Sunday, December 7, 2014

Nikahi aku.

Assalamualaikum dan salam maghrib semua,

Niat nak kemaskini surat surat untuk program..tiba tiba mahu update blog pula!!

Yang tak tahannye..tajuk tu..nikahi aku.!!!

:) :) :)

Cakap pasal bernikah ni kan, kak sorang ni..(saya la tu) memang niat nak kahwin secepat mungkin. Habis degree nak nikah!!! Ni niat paling ekstrem abad ini.

NIKAH SEBELUM KONVO!!

Mampukah?? Huhu..

Ni kalau saya ceritakan hasrat saya kepada awak, mesti awak garu kepala. Ye la..kerja pun tiada lagi. Camne nak jaga anak dara orang..huhu... Tapi saya nak nikah secepat mungkin, boleh? Buat muka comel. Haha..

Alasan paling kelakar dan jauh di lubuk hati,..nanti bila konvo ke.,.apa ke...we are happily to spend time together..wefie with our jubah graduation day :) :) :) waktu tu..baru lah rasanya nikmat sebuah cinta yang halalan toyyiban,,hehe,,,(sebelum ni halal je,, ;p)

Ni gambar mak dengan abah konvo!!! Hehe..
Tak kisahlah majlis pengumumannya bila...yang penting..nikah dulu awak...huhu (sound like gedik!) Hehe..

Biarlah awak buruk mana pun..saya tahu..awak yang terbaik untuk saya..setakat ni..haha :P
saya terbaik tak untuk awak??hehe..


Cakap soal nikah.. orang kata..orang yang setiap hari asyik kata nak nikah jeeee...dia lah yang lambat kahwin!! hoho..orang yang xde cakap apa apa..tup tup dah nikah!! erkkkk...


Tapi...based on planning hidup..macam lambat proses nikah saya :)

Waaa...doakan dipercepatkan dan dipermudahkan urusan jodoh kita.

Untuk menjadi suri di hati awak..
saya tak harapkan kemewahan tahap giga.
Let us share our planning and combine and we achieve together.
ok, my dear? :)

My planning and your planning maybe tough and so heavy..but..we can try to manage it.
Insya Allah, dalam pernikahan itu akan ada keberkatan.

Hope awak, encik jodoh sedang berusaha ke arah itu juga untuk stand with me until jannah.
Insya-Allah, i believe you are on that way too, :)

Awak, even you look me maybe not like a romantic girl..haha...ye je..ye la..no bersayang sayang bagai..but you must know..i am looking to build a best life with you soon :)

Kena jaga la adab masing-masing,..nanti dah nikah tinggal apa je kan...hehe..

According to pendapat syirasyahir,,,

Soal nikah ni..i will choose you yang bila mana..saya tengok kiri..tengok kanan...tengok depan belakang...dalam dunia ini hanya tinggal aku dan kau sahaja yang masih berstatus bujang. and i am ready to life with you. Insya Allah. (in case, bila hang sanggup nak melamar aku la..hehe..) 
Maknanya,,,maybe kita ni dah kenal sikap masing masing..and we are willing to face the next life challenge together..waaaa...serius tak?? hahaahahhaha..

Ye...saya tak idam pun benda yang hebat giler daripada awak. 
Sebab saya tahu, you are human too like me..not perfect.
Huhu...saya dengan humblenya...yes..i am not perfect.
hoping we will complete each other. :)
Bersama sama cipta bahagia itu, bukan harapkan orang lain yang berikan bahagia itu.
Itu selfish namanya.hehe..

Jadi..are you will?
Nikahi saya :)



p/s: jom nikah cepat cepat awak.. :) saya nak masukkan nama awak dalam dunia masa depan saya :)






Sunday, October 26, 2014

Maal Hijrah :)

Assalamualaikum semua.

Ini serius! Dah lama tak bertaip di wall ini. Huhu..kenapa ye?
Sibuk kononnya! Blurghh..jawapan common.

Ok, jawapan saya, komitmen sebagai pelajar tahun akhir membuatkan saya sedang mengurangkan masa saya di alam maya.

Hanya yang perlu sahaja akan dilayan. Cewahh..nampak tak ketegasan di situ.

tak terlambat lagi kan untuk saya ucapkan 
salam maal hijrah :)
alhamdulillah, kita masih diberi ruang dan peluang untuk bertaubat dan berbakti kepada agama, dunia dan masyarakat :)

Saya sambut maal hijrah di setiu tahun ini, Kenapa? Kes saya sedang menyiapkan projek tahun akhir.
Alhamdulillah, banyak perkara yang kami belajar :)
Disebabkan banyak..saya tak taip apa yang banyak tu ye..hihi

Ada azam ke untuk tahun baru islam ini kawan-kawan? :)

Takde?? Kenapa?
Sebab azam yang lepas pun aku tak settle lagi :(

Aiyaa..Jangan macam ini!!

Niat dan azam tu kena pasang! Minta kepada Allah. Insya-Allah, Dia akan berikan kekuatan yang extra kepada kita untuk memiliki apa yang kita niatkan tu.

Ingat, apabila doa dilafazkan, Allah akan memakbulkan, Banyak cara Allah akan makbulkan doa kita tu. :)

Apa doa saya untuk tahun ini?
Mudah-mudahan segalanya baik-baik dan saya nak dapat dekan untuk dua sem ini. Doakan saya dan diri anda juga ye :)

Salam Maal Hijrah. Semoga kita menjadi hamba Allah yang lebih baik di sisi-Nya :) 

p/s: Ramai pulak orang nikah di tahun baru ini..huhu..saya bila?


Wednesday, August 13, 2014

Universiti Malaysia Terengganu, together we are..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Entah apa semangat pula kakak ni nak update blog.
Cuti la kata..member lain da ada di UMT pom..mung masih di sini..menghadap laptop dan tv dalam satu masa.

First of all, terdetik nak update mengenangkan keputusan upu adik-adik dah keluar kan,,
Who get UMT?? Raise up your hand!

Tahniah saya ucapkan kepada yang terpilih belajar di UMT. Bukan semua orang dapat belajar di sini..anda bertuah..sebab ALLAH yang pilih untuk berada di UMT selama 3 tahun..4 tahun..6 tahun..or selama-lamanya.. (ni kes nak sambung master--->pHd--->bekerjaya di UMT)

Belajar betul-betul..ingat pesanan mak ayah..orang kampung.
If ada yang promote ajak berniaga tu...huhu..MLM selalunya..berhati hati..
if takde minat..sekadar nak cuba-cuba..saya pesan..JANGAN!!!
anda akan merasai pengalaman kerugian..huhu..
kalau minat...bahagilah masa sebaik mungkin..ingat niat sebenar kita ke sini.

BELAJAR!!!



banyakkan berdoa..beristighfar kepada ALLAH..

ok, ni kisah saya.. perasaan ambe dapat UMT
huhu...x lah hebat mana..nak share feeling gitu.,

lagi,,di UMT ni..ada survival laut!
U ni je ada survival laut...best...rasa nak pergi lagi!
Tak tahu la ada ke tak tahun ni..kalau xde,...huhu..boleh aje snorkeling di Pulau Kapas,,di pantai UMT :P
huhu...


gambar waktu first year..wuhahahahahaha..
macam muda je..haha

Hidup di Universiti tak seindah drama tv melayu,,huhu.ada kisah cinta bila buku tertinggal di library la..helmet tertinggal atas jalan la..haha..alamatnya..hilanglah barang korang tu..
macam-macam orang akan jumpa because bukan orang Melayu je kita kena jumpa..whole the world..

tbe teringat seorang Indian student selalu jumpa di bilik air.,.aku ingatkan junior..dah hujung tahun baru tahu..she is foreigner..waaa....dari India..sedang buat pHd..mudanya.....waaaa...aku masih degree...

pesan saya lagi..

AKTIFKAN diri anda menyertai setiap aktiviti di kelab-kelab UMT..
nak promote..kelab GEMERSIK(pengacaraan dan komunikasi) 
, kelab AMATUR INTELEKTUAL (KAI)..
kelab PENYAYANG, 
Sekteriat RAKAN MUDA, (latest event!!)  

Taman Negara..first year

Broga Hill..first year

Irau Yellow Pass..second year
3rd year????




 kelab KEMBARA, kelab 
PEMBINA, 
PRS..

kantoi ni kelab eden join,..hoho..banyak lagi kelabnya..UMT banyak dengan kelab.

unit uniform join la jugak..SISPA, PALAPES, SUKSIS, WATANIAH, PBSM,.....

untung bila aktifkan diri ini..softskill terbina..hardskill????hoho

ni antara view yang saya curi-curi tangkap dengan keizinan ALLAH..

di ala lagoon jalan airport tu..bukan pantai UMT tau.,

area jalan biawak

di jalan biawak..belakang tu pantai..

biawak, buterfly lizard banyak juga..boleh buat fyp!!

nak jalan jauh sikit,.,singgahlerr sini..tangkap insect..
nak gambar banyak-banyak..u must to feel it naturally..apa aku ckp niiihhh..haha

APA PUN...selamat belajar di UMT..anything to ask??? please refer to me!!! 

Tuesday, August 5, 2014

surat untuk encik suami

assalamualaikum awak,

surat ini untuk awak..(erkk..tak tau nak panggil apa..sebab saya pun tak terfikir nak panggil awal apa..)
awak je la dulu..

bismillah..
dari kecil sampai ke sekarang..i still mencari..
orang kata tak payah mencari..dia akan datang.
amboi, ingat habuk ke..tak cari pun tetap akan datang..
ish2x..

setiap persahabatan, perkawanan..haaa..apa lagi..huahua..
saya kawan dengan semua..dalam diam..saya mencari..hehe...
tengok..ada kena tak dengan saya..

saya cuba menjaga syariat..
cuba..cuba..if tak indah di mata kalian..
maafkan saya.

awak yang saya dah temui atau belum..
ye la..jodoh kita tak tahu kan sebenarnya..
sekarang ni dengan awak atau awak atau awak bukan jaminan akan bersama selama-lamanya.
semua ini insya ALLAH akan bersama awak atas nama jodoh.

dan perkahwinan!!! i am your wife soon ;)

(will be continue..)

Raya 2014

Bismillah..

Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin daripada saya dan keluarga. Hari ini baru teringat nak update blog. Hmm..tak teringat nak update..komitmen lain pulak.

Bagaimana hari raya kali ini?

cornflakes bersama mak,adik

Saya? Malam raya sampai tarikh hari ini..saya dikejutkan dengan berita pemergian saudara Islam saya..baik nenek nenek..atuk..sahabat..dan sudah tentu umat Islam di Palestin.
Allahu akbar.

Kepada Dia jualah kita kembali. Al-fatihah.

Semua pinjaman.
Sesaat semalam kita bersama. Celik mata. Aku tahu kau dah tiada di sisiku. Allah, kuatkan hatiku. Lindungi dia di sana. 

Apa nasibnya di sana..aku di sini masih lagi alpa dengan permainan dunia,
Ampuni aku Allah.

Aku insan yang lemah..ada Kau aku kuat.

Sekarang ini..berbaki sebulan lagi sebelum memasuki tahun akhir sebagai pelajar ijazah sarjana muda di universiti. Semoga ALLAH mudahkan urusan ku dan urusan kalian.

Saturday, June 28, 2014

IMPAK 2014 ~closing journey sem 2 2013/2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

penghujung semester 2 sesi 2013/2014 sudah berakhir dengan indahnya. HOHO..
alhamdulillah..Allah adalah sebaik-baik perancang.

IMPAK adalah event penutup untuk sem ini. Pada mulanya, planning nak p naik gunung banjaran trans-titiwangsa..tiba tiba..
last minute lebih kurang..saya pilih untuk menyertai IMPAK!

Program Implimentasi Kepimpinan Mahasiswa 2014 (IMPAK) anjuran Majlis Kolej Siswa yang diadakan selama 4 hari ini telah memberi nilai yang bermakna kepada saya dan rakan-rakan yang menyertainya.

Tak rugi! Alhamdulillah.




Nak cerita lebih-lebih nanti..tak suprise pulak untuk peserta IMPAK akan datang kan???hehe..
Makanya..kita pendekkan cerita dengan satu perkataan.. AWESoME!!!

Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini..Terima kasih kepada kak Elin dan abang Mirul :)
ahli kumpulan saya.. Gr8At StAr!!! terima kasih kak Farihah :)
Saya yang pada mulanya..krik2x..malu la konon..haaisshh..haha..
Terima kasih kepada encik B saya..hehe..you are so sequence :D
Terima kasih kepada fasi-fasi dan felo semua.. :) terima kasih kak Chai :)

Terima kasih :) :)  Semoga kita semua akan aplikasikan ilmu dan pengalaman yang diterima dalam kem ini.

Perbezaan kita..kekuatan kita!!

Selamat menyambut bulan ramadhan :)

p/s: gummy bear..hehe

Sunday, May 25, 2014

nak sesuatu kena korbankan sesuatu!

Assalamualaikum semua :)

alhamdulillah..ada masa sebentar nak berblog..wahh..lincahnya menaip..tadi buat assignment perah idea nak karang ayat..hehe..

baru klik nak update blog baru teringat nak siapkan cerpen..tapi dah buka dan ada idea ni..kita taip je la kan..huhu..

pernah dengar tak orang kata...nak sesuatu kita kena korbankan sesuatu yang lain..???
saya selalu dengar ni...nak sesuatu yang besar, kita mesti korbankan banyak perkara yang kecil!!!

yup, untuk berjaya..banyak benda yang perlu dikorbankan..jangan sampai diri terkorban udah lerr..

ini kisah saya.,

alhamdulillah!!! one of matlamat dalam hidup saya sudah tercapai..belajar berenang!!! :) ni gara-gara suka sangat dengan air..i am fall in love with the sea..the river and you..hehe..

sem ini punya kisah........

alhamdulillah..setelah dirancang selama setahun lebih..bertemu jodoh kita di pusat akuatik :)
berbekalkan duit untung berniaga tudung....guna untuk yuran dan tambang ke pusat renang...

saya jadi duyung....huhu...i can swim...alhamdulillah..
yupp...x lah hebat mana..perlukan latihan yang jitu..baru cekap... alhamdulillah...

seronok berenang...one of the reason kenapa nak sangat belajar berenang adalah sunnah Nabi berenang ni..
saya pernah terbaca artikel ke apa ntah..manusia sememangnya boleh berenang,...haaa...apa lagi..saya nak buktikan....alhamdulillah...
dan salah satunya..saya nak anak-anak saya reti berenang..sebelum anak-anak pandai..let your mummy be the first swim with you all k! hehe..
lagi..sebabnya impian saya adalah nak belajar skuba...nak belajar skuba..at least ada basic berenang,,,
lagi,..mestilah nak sihat kan...release stress berenang ni...

huhu...alhamdulillah...practice make perfect,,,slow2x berlatih,,,

haaaa...disebabkan nak sangat belajar berenang......all of the weeks..yang mana boleh dilapangkan, saya fokus untuk berenang...no more outing yang saja saja..haha..dulu rajin sangat jalan-jalan cari makan,,,
and then..sem ni juga...saya tak pergi mana mana untuk hiking...huhu,.,...duit2x...huhu...sudah dilaburkan untuk ilmu renang,,,
sedih jugak...gunung jerai, gunung berembun dan akan datang gunung trans-titiwangsa,.,,,ni yang paling advance....huhu...tapi fikir seminggu lagi nak puasa...nak cuci rumah..hehe..
.next sem la kita berhiking...ehh..ada la hiking hari tu...kat taman negara dengan ayah kesayangan :) hehe..

wink2x taman negara with my dad


lebih-lebih lagi...macam-macam duk bawak balik dari hiking...huhu..krik2x...tapi best kot hiking,,,,

ku korbankan gunung untuk mendapat lautan...huhu...
takpe..haiisshh..sekarang ni

tak sia sia duk tganu ni...dulu saya pernah niat..duk tganu ni...at least ko reti berenang...x pun berskuba..huhu,,

apa apa pun..saya bersyukur Allah beri peluang kepada saya untuk merasai semua ini...alhamdulillah... terima kasih ALLAH..

#countdown anniversary saya celik mata nampak mak dan ayah...huhu..
#countdown final..1 jun..huhu...

mood sekarang.,.macam2x...

next planning...practice2x..kumpul duit......hiking lagi dan....huhu...

view depan chalet..sungai pahang..


Thursday, May 15, 2014

before final!

Assalamualaikum semua :)

mood nak tengok jadual exam..tup2x..p update blog pula..

pejam celik dah nak habis setahun belajar untuk tahun ini..
final exam just around the corner..

haaa..
ni nak bukan cerita pasal exam..
nak berjiwa sebentar boleh?

dalam kesibukan melalui hari-hari yang mendatang ni..
duk berangan nak kahwin kononnyaa..haha
dah lama perasan cam ni tak muncul..aiyyaaaa...
buang tabiat tiba nak kawin! dulu nak juga kawin..tapi..
selama ni..kahwin adalah perkara number last dalam hidup..
bukan apa..anak sulung la kata..x kisah pun kahwin bila..asalkan aku bahagia!! haha

wish list aku sebelum umur 30 tahun ni banyak,,
salah satunya..
nak pergi umrah bersama mak ayah..
nak bawa diorang jalan-jalan..
i want to become Dr. Nur Syahirah!!!
itu plan A,,
tak dapat..saya akan bekerja di satu tempat..kerja penuh komited!!!
saya nak kerja bersama haiwan-haiwan..aiyyaaaaa!!! huhu..
semua ni dirancang atas tiket seorang anak dara.

tapi..andaikata jodoh awal..itu bonus!! jom umrah big family..
slowly menabung untuk capai hasrat ke Mekah.
Insya ALLAH.
jodoh awal lagi bagus..nak tengok sikit macam mana saya jadi matang sikit.,

dalam kesibukan ni...
tiba-tiba..kawan pesan..sebelum kita berapa-apa...jumpa mak ayah dulu..
hang jangan buat pasai...orang negeri tu selalunya nak menantu dalam yang satu negeri je..
errrrkkk...aku terlupa tentang tu!! bukan apa...mak aku tak kisah pun negeri mana..asalkan baik-baik sahaja..
bercinta bagai nak rak!! tiba tiba..awak..mak saya nak saya kahwin dengan orang kampung saya..haaaa..sedih giler.....
tak ke haru!!! orang macam aku ni haaa yang haru..sedih kot..sayang sungguh..tba jadi macam ni..anggap sahaja la kita xde jodoh..dan..huaaaaa... Allah tahu yang terbaik kan.

tapi kalau dah jodoh..insya ALLAH..ALLAH mudahkan jalan kita..

kesimpulannya..sayang tinggi mana sekali pun..hang bawak la jumpa mak ayah..
sebabnya.mak lebih tahu apa yang terbaik untuk anaknya..
restu mak ayah tu penting..

ingat mak ayah kat rumah tu...

ok...saya nak belajar..perasaan tu still ada..tp fokus apa yang kita ada sekarang...next year FYP!!!!huhu...


cik syira syahir dah nak final..tapi mood nak berhiking ada..huhu..mencari restu untuk ke sana..
haissshhh.,.final2x..

doakan saya dan rakan-rakan sukses dengan jayanya :) insya ALLAH.


Monday, April 7, 2014

holiday to TAMAN NEGARA

assalamualaikum dan salam sejahtera..
jari lincah menaip di komputer riba tatkala teringat akan blog ini yang semakin berhabuk dek tuannya yang sibuk akan hal lain..haha
kabare?
hope semua sihat :)
saya..alhamdulillah..

pejam celik pejam celik...dah cuti midsem untuk semester 2 sesi 2013/2014..cepatnya masa..

sekarang ni..saya di rumah..i'm coming home!
syoknya bila di rumah..automatik terlupa saya ni ada banyak kerja..haha

maaflerrr..busy sungguh ni..
ni nak share moment dengan kalian..

alhamdulillah..seperti yang dirancang..akhirnya..saya dan ayahanda dan adinda tersayang telah berhoneymoon di Taman Negara Pahang selama 2 hari 1 malam..

Tujuan pergi ke sini..adalah memang dah lama kot niat nak bawa famili cuti2x..mak tak dapat join..ada hal..adik sorang lagi.x nak pulak...huhu..sedih kitaaaa..
Nak bagi kami as family merasa moment ni...saya dah pernah pergi last year..best! ni nak kasi mereka lak rasa aura Taman Negara!
and then as hadiah untuk birthday solehah kelmarin!

orang kata..orang yang selalu planning something utk buat orang lain hepi ni ROMANTIK! huhu..romantik ke?

ok..bertolak dari rumah lepas solat Jumaat..ala..dalam 45 minit kot dari rumah...
sampai2x..kami disambut oleh encik annas (senior saya tu..haha)
check in di TRV chalet :)

rumah sementara kami

petang tu,,kami buat rapid shooting.

merentasi sungai pahang...fuyyooo..happy kot dapat kena air..saya dah la pantang nampak air..nak je terjun ke sungai..

adik yang takut2x pun nampak hepi dia,,

sungai pahang

lepas tu...melawat kampung orang asli..silapnya saya apabila saya lupa nak bawa gula-gula atau buah tangan kepada anak-anak orang asli ni..tak dapat nak bagi apa-apa..bagi senyuman je la..hehe..
kami bersumpit..berselfieee..eh..haha..

orang asli batek..bukan calang2x orang asli tau...

geram lak aku tengok budak budak kecik ni

penat pusing2x...kami minum petang..hehe..sebenarnya..aktiviti2x ditaja oleh saya..hehe..tp makan2x..ayahanda yang taja..haha..bajet lari pulak saya ni..hehe...

lepas tu.kami bershopping jap..tiba tiba..inspektor pelangi call ..haha

malamnya pulak..

NIGHT WALK!!

subhanallah..dapat tengok rusa.. :)
apa lagi..insect2x yang keluar pada waktu malam..

gambar xde..malam ek pom..haha

balik bilik..tidur terus..
sedar2x..ingat dah pagi..aiyaaa..pukul 12.15 baru...huhu..

sejuk bak hangg..mana taknya..berumah menghadap sungai pahang.

esoknyaaa..

JUNGLE TREKKING dan CANOPY WALK dan GO to TERISEK HILL

pokok terbesar di sini..terasa kerdil




canopy walk

waktu bertiti gantung ni haaa...control je muka..haha..dah lama x bertiti tinggi macam ni..ada satu part tu..jambatan ni goyang dia bukan main lagi..macam tak stabil dah..haha..stres!!!

ada satu part tu...huhu..45 degree..macam nak terbalik je..duk fikir..kasut ni licin..memang ke sungai dah aku ni..haha..adik kata..nak nangis rasa..hehe..

ayah kata..xpe la..bagi berani sikit diri tu..huhu

yess..objektif ke sepuluh tercapai..nak bagi adik berani!!



yeaahh..sampai juga ke bukit terisek! alhamdulillah..on the way nak ke puncak tu..solehah dah letih sungguh dah..ayah duk bagi kata2x semangat..ayah ni dah umur berapa ni kuat lagi..adik muda lagi...sikit lagi nak sampai ni...

yeaah..sikit lagi...akhirnya..sampai juga..alhamdulillah..
finally..encik wahab dan dua puterinya sampai di atas sana :)

subhannallah
alhamdulillah...program terlaksana :)
nanti kita bawak cucu pula mai sini ye..ngan abah dia..haha.. :D
biar anak2x tahu untuk hargai alam..
dear anak2x..mama rela berhabis duit meneroka alam bersama kalian dan abahnya..hehe.. 

kagum tengok some people like foreigners like to visit Malaysia's forests..hiking together..

kami sampai di rumah..jam 3 petang..dalam kereta tu..bukan main ngantuk..haha..tahan je..

rasa macam sweet je bila mana..dua anak perempuan bersama ayahandanya..hehe..

thanks kepada ejat, anas dan yen atas kerjasama kalian dalam menjayakan misi saya pada kali ini :)

alhamdulillah..tq ALLAH..



Friday, February 28, 2014

jualan di hari karnival MKS 2014

assalamualaikum dan salam sejahtera semua!

dua minggu di sem 2 sesi 2013/2014! sekejap sahaja masa..
plannya minggu ni nak berwall climbing...hmm...plannya 4 hari, hanya satu saat saya ubah tindakan mengatakan CANCEL!! next time la kita pergi ye..

first week punya cerita,...syira syahir turun padang berniaga di karnival MKS UMT (ecece..macam retis pulak) selama ini siapa nak beli tudung..please pm me..now..sila jumpa di gerai 16 :D

saya, kak afifah dan kak master kita berkoblarasi berniaga di tapak gerai yang sama :)

tudung, shawl, dan macam-macam lagi dijual di sini.
jualan pakaian terpakai turun dijual di sini,, duit yang dapat hasil daripada itu, kami dermakan kepada yang memerlukan. alhamdulillah..

mulanya..x terfikir pun nak berniaga di alam nyata..life in depan B1..huhu..tapi, ada niat nak berniaga bila free..dah kata cuti hari tu duk rumah je..menjadi surirumah..ternampak iklan berniaga di karnival ni,,
ok, cari geng sape nak join.,,(aku sorang x terlarat jugak)
alhamdulillah..

minda dah rangka nak berniaga apa..kononnya naik sem ni..saya nak jadi budak skema..duk menghadap buku je..haha..x jadi...dari kecik diasuh kerja sendiri...LIKE A BOSS!!

see...berniaga lah saya...

awal bukak gerai..

one of side on the sale

jenis saya ni...saya akan buat dulu..dah berjaya baru cerita dekat mak ayah.. (jangan tiru aksi ini)
ehem ehem.. cuti hari tu dah cakap dah nak buka gerai kat mak.. mak ketawa..ish2x..

saya: mak...akak  berniaga tudung ni...
mak: tudung apa lagi kak.....
saya: hehe..ala...mesir lah..habiskan stok yang dulu... (klise..tak cerita lagi banyak lagi tudung lain saya duk jual...)
mak: ok tak jualan ?
saya: makk..alhamdulillah..hehe..rezeki ALLAH bagi..
mak: baik-baik kak.. :)
saya: baik mak...hehe

4 hari 3 malam berkampung depan B1..segan jugak..selalu kat fb je..rasa nak menyorok bawah meja je segannya..haha..

yang uniknya...kawan-kawan datang bagi sokongan..tq kawan-kawan :)
tq sahabat :)
dan..dalam masa 4 hari tu..ukhwah terjalin...kenalan semakin bertambah :)

jumpa kawan satu kampung..satu sekolah form 1 until form 3
saya borong wideshawl daripada dia..
dia teman cik yuyu bertutorial shawl di sini..

p/s: stok baru akan sampai dalam bulan 3 ni..insya ALLAH...akel batik, akel pasley, tudung mesir, tudung mesir cotton double face :) COMING SOON.... 


PESANAN DARI SAYA UNTUK SAYA DAN ANDA:

betulkan niat kita menuntut ilmu di ipt..nak cari ilmu..nak cari redha ALLAH..
jangan tersimpang pula..minat menembak...habis ko pergi menembak..lupa nak belajar betul2x..
minat MLM..tak nak belajar dah...huhu..
minat apa apa pun..utamakan yang utama..belajar tu yang utama..
minat bercinta..cinta kerana ALLAH..ehh..cintakan ilmu la kak..(itu bukan minat...hadir dengan izin ALLAH..jagalah cinta itu elok-elok)
semua ni sampingan, tambah pengalaman, asah softskill..
bukan selalu masuk u kan..hehe...
ingat mak ayah kat rumah tu..

Friday, February 7, 2014

susu kambing susu kedua terbaik di dunia

assalamualaikum dan salam sejahtera..
amacam hari ni? semangat10x!!!

awak suka apa?
saya suka awak!!!
erkkk..haha

hari ni nak kongsi..my daily routine..
minum susu! kawan saya tak suka susu..sob2x..xpela..lain minat..pelbagai minuman nanti kan..hehe

setiap pagi..if bangun awal dan banyak masa sebelum pergi ke kelas..
saya akan masak air dan..buat air for breakfast!
minum susu...heee...x pun,,makan oat..x pun..kita breakfast berjemaah di kafe :D

SUSU KAMBING!!!

dulu selalu minum anlene..nak tahu..saya pecinta gula yang tegar..haha
minum anlene letak gula..memang manislah!
lastly..anda diisytihar..gula banyak dalam badan..ada potensi nak kencing manis..
erkkk...
mungkin kanji pun banyak kot..makan nasi aje..
jadi..saya kurangkan makan nasi..

ok, berbalik kepada susu kambing..
mulanya tak terfikir nak minum, mak bagi rasa kot..
macam sedap je..

apa lagi..mak..nak bawa susu ni pergi hostel la..
bawak la...

alhamdulillah..makanan sunnah kan..
kismis done..
susu kambing done.,
kurma done..
madu je tak berapa nak done lagi..

saya biasa minum susu kambing higoat dan yusmira :D


        


alhamdulillah..banyak khasiatnya :)

antaranya..

kaya dengan protein dan enzyme (susu kedua terbaik daripada susu ibu)
anti penuaan (awet mudaa...fuyoo..)
antibodi untuk merawat penyakit kulit, gastrik, dan lelah.
bersifat alkali semula jadi
meningkatkan daya tumpuan dan kepekaan
membantu sistem penghadaman (ini terbukti...hihi..cepat kenyang,,dan lambat lapar)
menguatkan jisim tubuh badan

ini testimoni daripada cik syirasyahir :
alhamdulillah, mulanya tak suka..tengok manfaatnya..saya cuba lah,
sedap, cepat hadam,,dan cepat pergi toilet,,and...rasa ringan je badan,,,boleh maintain badan ni,,,

maklumat lebih lanjut...sila klik khasiat susu kambing

mungkin ada yang tak biasa minum susu kambing..sebab rasanya lain sikit daripada susu lembu..dah tu bukan lembu..memangla..hehe

try..insya ALLAH..anda suka..
untuk masa depan yang gemilang..jom..amalkan minum susu kambing..wohhooo..berkempen ni..
lebih-lebih untuk mereka yang mengandung..




Wednesday, January 29, 2014

surat untuk emak akak!

Bismillah,
ke hadapan bonda yang sangat akak sayang, akak kagumi, akak sanjung,
untuk pertama kalinya kakak nak bercerita panjang dengan mak,
walaupun dulu-dulu pun banyak ceritanya kan..hehe

mak..
terima kasih sebab jadi mak kepada insan yang kerdil ini.
terima kasih terima akak apa adanya..
semoga ALLAH sentiasa merahmati mak..

waktu kecil-kecil dulu..akak kagum tengok mak..
ye la..mak ligat kerja bantu ayah..
balik rumah..memasak pula, kemas rumah, basuh kain.
macam-macam lagi..
dalam diam..waaa..tabik spring..

sampai akak dah besar..mak masih seperti dulu..
bersemangat, tak putus asa dan ada matlamat.
ada matlamat! itu yang akak suka.
mak ada misi dan target dalam hidup.

akak sayang mak..
walaupun mak bukan dalam kalangan ustazah,
mak wanita biasa, tapi bagi akak..mak wanita luar biasa.
mak kuat!
mak akan sedaya upaya sediakan yang terbaik untuk kami semua..
macam mana la..mak yang ada 10 orang anak kan,.
yang 3 orang ni pun..hehe
semua mak di dunia ni hebat ALLAH ciptakan.

mak akan pastikan akak dapat ilmu selayaknya sebagai seorang manusia..
mak suruh kami belajar mengaji..
mak kata..mak tak pandai mengaji sangat,,
biarlah anak mak yang pandai..

ye...akak berusaha..dan berusaha..
insya ALLAH..kami mencuba menjadi anak yang solehah..

mak,,
maafkan akak..
jiwa remaja..kadang rasa bongkak dengan ilmu yang ada..
astaghfirullah..
bongkak sampai akak tegar merengus kepada mak..
padahal mak letih pulang kerja waktu tu.,
akak lupa..mak lah sumber kekuatan untuk akak meneruskan pelajaran..
akak lupa..mak lah tulang belakang atas kejayaan akak selama ni..
doa mak kan takde hijab di sisi Allah..
kan,mak?

mak..
maafkan akak..
kadang-kadang akak bermasam muka dengan mak.
akak buat tak tahu je mak minta tolong apa.,
akak buat-buat tidur..padahal akak malas dan sakit hati.
tak tahu sakit hati sebab apa..
mungkin datang bulan kot..tapi memang pun datang bulan waktu tu..
ya Allah..ampuni aku..
akak tahu akak salah..tapi ego akak!!!
ya Allah..

maafkan akak mak..
maafkan akak..

sekarang akak makin dewasa,,
dari kecil sampai ke besar,,
akak memerhati sahaja apa yang berlaku dalam sketsa kehidupan kita ni.,
akak cari nilai kehidupan.,
mak adalah nilai terpenting dalam hidup akak..

mak tak suka tengok akak sedih..
mungkin akak nampak tak comel kot..haha..
ingat lagi, bila akak ada masalah..
mak ada sahaja kata-kata like a counsellor ;)

akak perhati..perhati..dan cuba cari solusi supaya hidup kita semua lebih baik daripada dulu..
akak nak masuk syurga dengan mak..dengan keluarga kita.
walaupun, kadangkala tindakan akak tak menghala ke syurga,,
akak tak nak masuk api neraka..sakit mak..

akak sekarang dah habis dua dekad hidup dalam dunia ini..
mesti mak rindu akak yang bayi dulu kan..(ini perasan!! hehe)
akak kan anak sulung..anak yang dinantikan..
lahir pula awal-awal lagi dah buat hal!!
songsang!! first baby dah kena operate..ishh..akak ni..
takpe..mak kan kuat :)
dari kecil sampai ke besar akak buat hal kan mak.
akak anak yang degil...akak tahu..tapi akak ada matlamat juga. macam mak!
alhamdulillah..ALLAH bagi peluang akak hidup di dunia ini untuk melihat wajah mak..
akak dapat merasa kasih sayang mak..

akak dah besar sekarang..
tapi masih dalam tangungan mak dan ayah,
sampai bila-bila kita tetap bersama..
walau jauh..di hati sentiasa ada nama mak..
doa untuk mak..
akak nak masuk syurga dengan mak..

akak pernah dengar..segala amalan kita sia-sia seandainya anda tidak berbuat baik dengan ibu bapa..
buat mereka terasa hati..
akak takut itu berlaku..
akak tak nak doa akak..doa mak terhijab daripada ALLAH..
akak taknak Allah murka.
akak takut mak..

mak..
ampuni akak.,
sayang mak..
terima kasih mak untuk segalanya..
semoga syurga firdaus tempat mak di alam sana nanti :)

daripada anak mak!
kakak!






Monday, January 27, 2014

spaghetti first try!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :)

Alhamdulillah..mood cuti sedang berjalan dengan jayanya..
mood nak menulis cerita cinta tak datang...sedih...mood nak makan aje kejenye,,

untuk pertama kalinya, saya mencuba buat spaghetti!!
fuyoooo!!
i am impress myself :D
sebenarnya, dah mengidam nak makan sejak final exam hari tu dah.,
fulusnya kurang ada..hehe,,

bismillah, tadi beli bahan bahan untuk memasak dengan emak,
balik rumah terus buat..tak tahan betul..haha

sambil masak, sambil tengok laptop..sebab..tengok resipi dan ada keje sikit.. (jangan tiru aksi ini)

bahan-bahan:
a.
1. bawang putih
2. sebiji tomato
3. lobak merah 1/2 batang
(semua ni blender)
b.
1. sos prego
2. setin kecil tomato puri
3. 4 batang hotdog
4. cendawan butang
c.spaghetti

bahan a tumis dulu sampai naik bau dan mendidih.
masukkan bahan b..
agak-agak dah masak dan pekat kuahnya..dah masak la tu..
tak lama mana pun..

spaghetti tu rebus macam nak rebus mee maggi tu..hoho..
letak minyak sikit, untuk elak ianya melekat.

hasilnya,,
banyak ni..mak dah pesan letak sikit..hehe,satu kampung boleh jemput rasa!

macam sedap je..

alhamdulillah..mudah rupanya buat..hehe..
sedap lagi..letaklah ayam ke..apa apa je la..untuk menyedapkan lagi :)
loorrhhh..baru tau ke?
ok la kan..at least nak try..
terima kasih Allah.
next time, we try makaroni pulak ye..






Thursday, January 23, 2014

Irau Yellow Pass Cameron Highlands- closing event sem 1 2013/2014

Bismillah, fuh2x..berhabuk giler blog ni!
tuannya tak menyempat nak update, hanya mampu scroll sahaja.
sem 3 yang semakin busy. tandanya saya dah besar! haha..
banyak amanah perlu dilaksanakan.

sem ini tak jalan p mana sangat...banyak jalan-jalan cari makan dengan encik pelangi je :D
jalan jalan main air laut dengan sahabat sejati :D
disebabkan kegembiraan yang bergunung-gunung sem ini, alhamdulillah,
bahagia sokmo..hehe.. tq ALLAH

baik....ni nak cerita, pada 17-19 Januari yang lepas,
saya dan rakan-rakan pergi honeymoon di Gunung Irau Yellow Pass! Honeymoon la sangat!
terpergi ke xpdc ni sebab sem ini saya tak pergi mana-mana pun..pergi jalan-jalan cari makan je keje..haha..
so, join la kan.

alkisah...
penginapan 3 hari 2 malam di dua puncak gunung yang berbeza memberi pengalaman yang berbeza.

bertolak dari UMT, jam 10 something pm..bismillah...
sampainya di sana jam 4.30 pagi.
celik mata, alhamdulillah, hidup lagi aku! haha..

sejuk bak hangg..ceitt..macam tak pernah p ja sini kan..

breakfast..dan pulak jumpa member KMPh dari UMK..diorang nak pi hiking ke gunung...ala..lupa lak gunung apa.. :(

ok.,sebelum hiking, kami dibawa oleh hilux...,,last naik hilux darjah 6 waktu pergi Dusun Eco Resort..haha..kanak-kanak lagi..
laaa ni dah boleh jadi mak kanak-kanak da!!



subhanallah...on the way tu..kami disambut oleh ladang-ladang teh..ladang kobis..indahnya...sejuknya...dan gerunnya apabila tiba brek mengejut...haha...enjoy je la kan!

sampai dekat Gunung Brinchang..ok, sempat lagi snap2x gambar..


bismillah..start mendaki..
sampai dekat anak-anak tangga tu..
saya dah tak boleh kawal pernafasan dah..sejuk ya amat!!
kawal2x..ko nak hidup lagi kan!!!! haha

pendakian bermula...
astaghfirullah..tua sungguh aku ni..cepat benar semput...memang mencabar betul!!
first time hiking tanah yang lembap sungguh ni dan real sejuk!!
tq kepada sahabat-sahabat yang membantu dan menkaunselorkan diri saya ni..hoho..
semangat naik turun macam apa je...

viewnye cantik. subhanallah...seperti di alam fantasi..feeling2x jap..sampai tempat ekstrem sikit..hilang feeling..haha





malamnye..kami tidur di gunung mini Irau..baru mini...menggigil aku..
tidur malam tu..sebenarnya..kaki dan tangan dah kejang..pehhh,,
Tuhan je tahu rasanye...aku cepat2x usahakan untuk genggam2x tangan..takut tersyahid pula aku di atas..
masuk paper nanti..dosa banyak lagi nieee... :(

selang dua jam terbangun..sebenarnya...hajatnya ingin bertahajud..bukan selalu dapat peluang macam ni..
jom tambahkan tempat sujud di bumi Allah ini..
makanya..ngan kejangnya..aku terkebil-kebil dalam sleeping bag dan.....
hanya mampu berzikir dan berdoa kepada ALLAH..

ye la..orang kata..bila kita tersedar daripada tidur tu..maknanya Allah kejut kita..mungkin waktu tu adalah waktu mustajab untuk berdoa kepada Allah..untuk berkasih-kasih dengan Allah.

hari kedua:

pendakian ke gunung Irau dan Yellow.
alhamdulillah..sampai juga ke Irau..
waaa..ni lagi sejuk!!!



petangnya pula, sambung ke Yellow..
ni lagilah!!! naik turun bukit dan gunung..yang pasti..cuaca tersangat dingin..no sun..
pemandangan..subhanallah..tempat lain takde tau..
hebat ALLAH cipta..

saya sampai di Yellow jam 6.18 petang..
lapor diri dengan ucapan alhamdulillah..selamat..


bermalam di sana..sejuk bak hannngg..
hebat air-cond yang hak milik Allah ni...hehe..
sejuk..
malam ni..semua tidur..tak sedar apa..
ye ke???


hari ketiga:


pendakian ke Pass dan pulang...
hari ni.dah slowly turun daripada gunung ganang..
banyak jam juga la..saya ni..semangat tak cukup kental!!
mental kena kuat kakak!!

ada ke..dalam fikiran ni dah fikir..balik ni..tak kira..nak makan mcd, nak minum teh tarik! haha..
macam-macam.,..

lepas sampai ke point last tu..
nak turun bawah tu...laju je..
dalam hati ni fikir..aku mesti sampai bawah.
benda pertama nak buat bila sampai bawah adalah call ayah!!
yeaahh..alhamdulillah...selamat turun..nampak highway bawah tu..
dalam hati..alhamdulillah..



kisah tadi sudah menjadi sejarah..boleh patah balik dalam alam kenangan sahaja. nak p lagi..next time la..

alhamdulillah...
alhamdulillah..
alhamdulillah..

terima kasih kepada Allah, mak ayah..mak yang berat hati nak bagi anak dia ni pergi..haha..
terima kasih kepada pesanan sahabat-sahabat supaya saya hati-hati..
terima kasih kepada encik pelangi..
(pesanan kalian semakin terlintas di minda apabila lalu tepi gaung...huhu...saya nak mati syahid..tapi bukan ini caranya....)
terima kasih kepada ahli group saya..kepada team pendakian kali ini..
terima kasih atas kata-kata sokongan, bantuan dan macam-macam lagi,
terima kasih kepada guider3x... :)
terima kasih atas pengalaman dan ukhwah yang terbina ini.. insya Allah..sedikit sebanyak.. Allah menghitung nilai persahabatan ini..
elok-elok tak kenal..kenal terus..hehe...
minta maaf salah silap ye :) halalkan makan minum semua ye...

post mortem daripada saya untuk diri saya:
~bersyukur kepada ALLAH,,indah alam yang Kau cipta..makin teroka..makin banyak yang belum terungkai
~mental kena kuat!
~stamina kena kuat..tu la..semester ni asyik makan je...jogging jarang...semput la jadinya..
~positif!!
~kepada mereka yang cintakan pembangunan negara..
 sayangi hutan dahulu..fikir molep nak tebang pokok.. Allah timpakan bencana atas tindakan kita ni baru tau...
~jaga diri..jaga hati :)


next plan: sem depan nak ajak member pi pulau..lama x snorkelling...hiking..insya Allah..main ngan ular lagi..heee..
teruskan kerja-kerja yang tergendala..ok..
jom..sambung baca novel.. :D

Jelajah - Pulau Pinang 2 hari 1 malam

Hai u all. Ni cik syira nak update setelah setahun lebih. hahahaha Nak tawan hati para followers, meh kami share jenjalan kami p Penang. ...