Tuesday, March 26, 2013

Gunung Muntahak bersama kami!

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua!

Dah makan belum?

Nak kongsi ni...minggu lepas..saya dan rakan2x pergi ke Gunung Muntahak, Kota Tinggi, Johor.
haa,,,
saya bukan pergi suka-suka tau!
ada misi untuk dicapai!ecece...
sebenarnya..tak plan pun nak pergi program ni..entah macam mana..antara dua pilihan, saya pilih untuk ke sini..johor tu!!!

ku ukir namamu di awan gunung muntahak... ;)

ok ok serius!

program ini anjuran SOHOR, Kem Jati Diri Pasca Mahasiswa yang berlangsung selama 2 hari 1 malam penginapan khemah ye anak-anak!
ala..nama pun masuk hutan, khemah la..ko nak hotel 5 bintang pulak!

kami bertolak..eh..pergi malam sebelum kejadian..tepat pukul 9 malam..enjin bas UMT dah panas!hoho..

sampainye..solat subuh di masjid mana ntah..di kota tinggi!
tempat sahabat saya kota tinggi tu..teruja kakak ni..hoho..

opss..sebelum terlupa, kami dipecahkan kepada 4 kumpulan..saya kumpulan keempat!
alhamdulillah..semua geng memang terbaik!

hari pertama tu..
pertandingan memasak masakan rimba (lebih kurang gitu la namanya..)
kekok makkk..haha..selalu di dapur, ni di rimba..

baNYAk la yang saya belajar..
kerjasama,
peranan ketua dan anak buah,,
dalam nak buat sesuatu perkara tu kita kena ada plan..
lau xde plan..kita tak nampak matlamat sebenar kita.

kumpulan 4..

petangnye pulak..ice breaking..

haa..ad kembara halangan juga,..best!!!
saya ni pantang jumpa air..lupa daratan sebentar! hehe..

malam..save and rescue..
hmm..cano nak explain..ala..
macam belajar pertolongan cemas.,tapi kita buat simulasi terus..
best!!! macam macam yang kami belajar..pendek kata..refresh semula apa yang pernah belajar waktu sekolah dulu...
save and rescue
esoknye...waktu yang dinanti-nanti!

pendakian gunung muntahak!!!!
yeahhh,,
semangat tau..
tapi..saya ni..semangat and cuak! hoho..
ye la..setiap perkara yang kita lakukan dalam hidup ini ada risiko..tak kira kecil atau besar..macam tu juga dengan pendakian ini..
macam-macam boleh jadi kan..who knows?


dengan lafaz bismillah..
kami memulakan pendakian..
memang berliku dan berair..
haha..
bila daki..jumpa air terjun,,.sungai..automatik rasa penat tu hilang..
dapat main air sungai...

start..
ada style..hoho
sahabat kos saya :)


memang berjuta kesyukuran dan keinsafan dalam hati ini timbul sepanjang perjalanan mendaki dan pulang ke tapak perkhemahan.

subhanallah, indahnya pemandangan..air terjun!!!
batu2x sungai yang besar..
akar2x pokok..yang membantu mengukuhkan struktur gunung..
cuba bayangkan jika pokok2x ditebang..habislah..
mana pergi gunung,,air terjun..
hilang semua...!
tak sempat generasi akan datang merasai keindahan yang kita rasa sekarang,

haa..kami juga dapat flying fox..ni second time duk flying..first dulu waktu plkn..
dah pernah terbang kan..kurang lah cuak..tapi kena berhati-hati jugak.. :)

yeHaaa...

sampai di puncak bukit tu,,mak aiii..kami dapat hadiah..apa dia..hoho...
ni lah hasilnya...

di puncak gunung

nak tahu tak,,,yang muncul dalam minda saya bila sampai ke puncak..
aiikk..mana punca air terjun..??
tiba jadi macam gunung sahara..hoho..
bolah buat video kat sini... ;)
hebat kan Allah cipta...

bila naik pun bermacam cabaran...turun dari gunung apatah lagi..
dalam hati saya..tak henti duk subhanallah, alhamdulillah , allahu akbar kepada Allah..'
(kok ye pun nak jadi apa-apa,,biarlah dalam redha Allah..)
alhamdulillah..berkat kerjasama semua..terutama orang yang sentiasa di belakang dan hadapan saya yang sentiasa bantu saya sepanjang pendakian..masih mampu tersenyum kakak ni..hoho..

serius...banyak2x gunung yang pernah saya daki..ini paling mencabar dan best!
mana taknya..ada air terjun, jernih tau air di sini..
jadi, sila jaga keindahan alam di sini,
esok-esok boleh bawak family datang berkelah di sini..

p/s : terima kasih kepada semua..kak wawa selaku puan pengarah, AJK yang terlibat, fasilitator2x, jangan lupa like page ini tau.. iftitah MEMO dan rakan-rakan yang saya dah start sayang ni..hehe..
kenangan bersama kalian tetap terpahat dalam hati saya..pahit manis tawar..segala kenangan kita citer kat anak cucu nt..
ada rezeki, kita berjumpa lagi.. :)  ni baru  sikit citer..nak citer banyak jom minum tea kat kedai d'orange..)

sebelum pulang ke UMT 

apa yang dapat disimpulkan..

naik gunung ni..macam analogi kehidupan kita,,
banyak halangan dan pilihan ..setiap daripada itu..kita kena bijak membuat pilihan!
kadangkala kita terjatuh, mungkin jatuh sikit atau teruk..
(tbe tengah lalu dalam kawasan sungai, tersepak batu besar..tergelincir..sakit weiii...)
kita kena kuat untuk bangkit semula..
Allah takkan uji kita melainkan sesuai dengan kesanggupan kita tau..
pengalaman yang akan mematangkan kita. Insya ALLAH..

Wednesday, March 20, 2013

Hubungan kami dah 2 tahun!!

Assalamualaikum dan salam sayang!!!
sayang terus...hehe..

alhamdulillah..diberi kesempatan nak update ( kelas postopone ke petang pulak..tapi lepas ni nak pergi library dan urusan sikit..petang ni wat amali di pantai, malam ceramah dan kelas..)
habis satu hari saya kongsi!

Haa...apa citer kalian semua?
Saya..alhamdulillah, waktu terisi dengan perkara2x yang penting dan insya -Allah..sesuatu usaha ke arah mencari redha Allah.

Alhamdulillah, alhamdulillah dan alhamdulillah!
Kenapa?
Sebab masih diberi peluang untuk jadi hamba Allah!
Hamba Allah yang damba untuk bertemu dengan Allah!

dan...
nak tau tak..
hubungan saya dan dia dah genap 2 tahun! 
2 tahun!! baru lagi,,baby 2 tahun baru pandai berlari kan :)
muda pun..mudahan berkekalan :)
doakan kami setia ke hujung nyawa!
(erkk...pengaruh tv pulak)


hoho,.,hari ni genap kami bersama!
first date kami ni diaa... 
ish2x..date segala bagai..

ni la..hubungan saya dengan si akustatik ni
my lovely blog!
my apa lagi..

kenapa la saya boleh declare ada relationship dengan dia!aq
yang pasti nak cari redha Allah..
hajatnye dengan duk contact ngan dia ni dengan cara yang betul..dapatlah sebarkan sesuatu yang bermanfaat kepada ummah.
yang lain tu,,
i love to writing..jadi ini salah satu reason duk stay dengan cik akustatik ni!

jadi..selamat ulang tahun sayang!! hoho..
tq Allah, bagi masa ni untuk update kisah kami..
Allah duk tengok ni kita dating tau,.



selamat ulang tahun :)
haa..bagi hadiah lah untuk kami..nak kek! hehe..

p/s : jom hadiahkan al-fatihah kepada semua makhluk Allah dan para khalifah bumi (manusia...) yang sentiasa menyayangi kita :) pokok2x dan kucing pun sayang kita tau..kita je tak perasan :)

hajat nak tukar lagu kat blog ni,,x tertukar lagi,,sabar ye.. 




Saturday, March 2, 2013

semester 2~starting punya kisah!

assalamualaikum dan salam sejahtera!
dah hampir 3 minggu tak update blog. almaklum..broadband tak bagi makan..hehe
alhamdulillah..saya sedang menjalani kehidupan sebagai siswi untuk semester 2!
muda lagi..hoho..ehh..usia makin kurang kakak ehhh,,,

sem kali ini saya ambil 6 subjek, sama macam sem lepas.
tapi kali ini lagi hebat sebab ada dua subjek 4 kredit.
hoho...kena kerja keras nak capai target! sem ini saya nak dapat dekan!!doakan kita tau ;)

nak tahu tak apa yang jadi dalam masa dua minggu dalam sem ini?

saya menyertai kafe cinta..best! anjuran Pembina KT dan MPP UMT.



antara pengisian yang saya dapat...
- ingat ye ..dosa tak boleh didekati apatah lagi dicuba. macam couple la kan..bila dah cuba..haaa...mulalah dosa tu senang je nak ikut kita
-bercouple adalah KUNCI syaitan...ye la..cuba tengok..betapa angaunya pasangan bercouple..duk berkepit, berayat-ayat..nauzubuillah
-apa-apa hal pun dalam hidup ini kena yakin dengan Allah tau.

dan banyak lagi input yang menarik.

ni adab yang perlu dijaga apabila berjumpa dengan insan yang berlainan jantina.

1. Jaga niat. Ingat tujuan kita nak berjumpa mestilah hal perlu dan positif sahaja.
2. Jaga suara, tak payahlah nak sengaja nak memanjakan suara. boleh cair cik abang dengar si wanita merengek manja.
3. Jaga pakaian. Pakaian yang menutup aurat.
4. Tempat pertemuan. Jangan pergi berjumpa tempat yang sunyi dan gelap pulak! bajet hero pulak ko ek!! gi tempat yang terbuka tau dan ramai orang!
5. Mesti ada mahram menemani kita. Haa...tapi macam kes kita khususnya yang berada jauh dari keluarga, cukuplah membawa sahabat yang kita percaya. susahlak nak mengangkut adik-beradik teman kita kan!!!hoho
6. Jaga pandangan mata. Ingat ye, dari mata turun ke hati tu!! hehe..jangan nak tatap sangatlah muka orang depan anda.
7. Topik perbualan yang wajar dan perlu sahaja.

Ini kata-kata yang saya suka baca..hoho..ada pada kertas program.

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar 
dan dua mata untuk melihat.
Tetapi, mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati kepada kita?
Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya.
Itulah namanya CINTA,

Lagi..program..

Public Talk Boreal Forest Fragmentation Implications of Forestry on Biodiversity and Climate.
Ceramah yang disampaikan oleh Miss Amanda Tas from Sweden. Beliau ini adalah Nature Conservationist.

Banyak input yang saya dan member2x dapat.

Yang pasti, sayangi alam sekitar ye anak-anak.

Lagi..haaa,,lab vertebrate pertama saya!!
bersama ikan yu,,huhu

lukis2x haiwan dalam laut, encik ikan, encik pari dan banyak lagi.
subhanallah..indah ciptaan Allah :)

lagi...lab prinsip ekologi pertama saya!
saya dan member2x belajar menggunakan alat-alat untuk mengkaji alam. Banyak..hehe..
best, walaupun not real forest, but enjoy..nanti lah masuk hutan.
group projek eko! amir tangkap gambar :)


lagi..haaa...alhamdulillah..saya baru sahaja menyertai Kelab Amatur Intelektual (KAI)!
sem lepas tak join sebab entah..hehe....
sem ini nak join dan dapat..dan alhamdulillah..


bersama para sahabat :)
lagi satu...saya join HOKI!!! yeahhh...ni join yang tahap serius ni!!! terkejut padang bola nampak saya tadi. mana taknya..boleh bilang berapa kali pergi padang..selalu pergi ke pantai je..
terkejut urat2x badan..hehe...

sem 2 baru 2 minggu berlalu..
banyak impian saya untuk sem ini, ternyata sem ini lebih padat dengan tanggungjawab sebagai pelajar dan organisasi.

Mudah-mudahan Allah memberi saya dan anda semua kekuatan untuk menjadi hamba yang Allah redha.




Jelajah - Pulau Pinang 2 hari 1 malam

Hai u all. Ni cik syira nak update setelah setahun lebih. hahahaha Nak tawan hati para followers, meh kami share jenjalan kami p Penang. ...