Sunday, March 24, 2019

Jelajah - Pulau Pinang 2 hari 1 malam

Hai u all.
Ni cik syira nak update setelah setahun lebih. hahahaha

Nak tawan hati para followers, meh kami share jenjalan kami p Penang.

Sebelum tadi, kami duk godek blog ni..ala lawak pula citer dolu dolu.. (dulu dulu), kanak - kanak betul. Sekarang ni kurang dah sikit...jadi belia da..hehe

181118 cik tulis... (mark the date sebab nak tengok bila boleh release post ni..), nak flashback lagi.

First time nak p Penang yang betul-betul p...dulu lalu ja sebab nak balik kampung di negeri Jelapang Padi tu.

Kami p bulan March dan balik bulan April (last day March and first day April) Gitu.

Terima kasih kepada sepupu yang jadi tour guide.


Agenda:

9.00 malam: Naik bas SP Bumi ke Pulau Pinang (petang tu ada meeting.. sis tak percaya nak jalan ke Penang pulak..huhu

Esoknya

5.15 pagi: Tiba di Penang. Yeay!!! First time jejak ni..buat muka serius ni..takut orang kacau. hihi

Okay, kami tak nak share waktu...sebab waktu sangat jeles dengan kita..

First day,

BUKIT BENDERA

P penang tak singgah Bukit Bendera memang rugi. Alang-alang di sana, kami masuk juga Habitat Hill Forest. Serius best.

Harga untuk orang awam agak mahal juga, dengan menggunakan kapasiti sebagai pelajar, murah la juga. hehe..

Nature yang sangat awesome.

Ada laluan ala ala canopy trail..best. Buaian gergasi.

Habis pusing tu..kami rehat sat di food court,,apa lagi..pekena ala ala bingsu tu..perisa mango. sedap.

Alang-alang di atas sana, kami solat di atas puncak Bukit Bendera. Ada surau di atas sana. Moga doa ku diangkat kelangit dan dimakbulkan.

Pukul 4.30 juga la kami baru turun ke bawah...beratur semua orang nak tunggu turn balik..ada yang baru sampai. Bermalam agaknya. Huhu

Petang dan malam..we all siap siap ke kenduri adik kawan di bandar. Tahniah. By the way, pengantin dah dapat baby Dec 2018 yang lepas.

Second day,

Breakfast di Taman Sardon.

Pelbagai menu sarapan dijual di sini. Tak mampu makan semuanya. Haha

Kami makan roti bakar telur leleh, roti jala.

And Jalan-jalan like a tourist di Georgetown.

Jetty Chew
Padang Kota
Esplanade (Mee yang femes tu...and char keow teow)

Masjid Kapitan Keling. Alhamdulillah..solat di sana.

Nasi kandar? Banyak ja jumpa kedai yang femes tu..tapi kami tak cari nasi kandar. Makanya tak singgah la.

Penutup sebelum balik malam tu,,

Kami p jalan-jalan di Chowrasta..ala-ala Pasar Payang gitu.

Haa..situ kat tingkat atas ada kedai buku yang menjual koleksi-koleksi lama.

Menarik harga pun berbaloi.

Pastu..yang wajib p singgah..JERUK PAK ALI.

Beli buah tangan untuk keluarga dan kawan-kawan..

Malam: Bye bye Penang, naik bas to Terengganu pula.

Esok kerja.Haha

Yuhuu.. so far, best jalan-jalan ke Penang. Nanti ada rezeki kita repeat lagi.

p/s: Gambar tiada dalam koleksi. Huhu..u all google la ye..banyak tempat menarik yg tak sempat pergi..

Hopefully, list aktiviti di atas boleh la u all refer untuk short trip di Penang.

Sekian.







Jelajah - Pulau Pinang 2 hari 1 malam

Hai u all. Ni cik syira nak update setelah setahun lebih. hahahaha Nak tawan hati para followers, meh kami share jenjalan kami p Penang. ...