Sunday, May 22, 2011

setelah 2 bulan lebih di rumah...aku bakal belajar semula!tq all my blog readers!

salam teman..apa khabar?harap sihat la..waa..ramai sudah members pergi IPT..tahniah..semoga kalian berjaya..saya?esok..bakal ke KMPh!huhu...barang tak habis packing lagi...nak gi ke tak nak saya ni?nak...but i am lazy to packing barang...boleh tak tolong...hehe...

hmm...setelah 2 bulan lebih saya berada di rumah,apa yang saya dapat?
jom check...

  • duit PLKN:alhamdulillah...simpan sikit,beli banyak novel dan buku motivasi,hp(type of brand..secret)
  • dapat offer matrik dan IPT..hehe..alhamdulillah
  • dapat hasilkan cerita pendek..Jannah cinta buat-Mu
  • tolong adik buat assignment
  • buat blog..ni ha....
  • lappy..alhamdulillah..tak terfikir akan dapat dalam masa terdekat ni
  • segi kerohanian....just only me know k!
  • berat badan naik agaknya..(mak masak sangat sedap!)
  • banyak la...tak tertulis....
selama 2 bulan lebih ni juga...TAHNIAH to internet..jadi teman setia saya..esspecially

kalau boleh...everyday nak bukak..haha..

ni yang penting....BLOG!
seronok la juga..
what i get?
hmm..kemahiran menaip dengan lebih pantas!
kawan baru..

as conclusion...mostly..i always in online..hehe...
da nak kerja..ayah tak bagi..
so i decide to working part time at fb and blog...
busy juga..hehe

lepas ni...pencen sekejap blogging ni...focus to what i want...


belajar betul-betul..jangan jadi tak betul..
belajar!
start from zero and the end until infinity!

syira...tekadkan niat!
focus!
focus!
focus!
Allah bersamamu!
thank you to all followers in my blog...alhamdulillah dalam masa 2 bulan lebih...ini lah hasilnya my blog...simple but i love!teruskan support my blog k!sama-sama kita berjaya..insya-Allah

doakan kejayaan saya tau!!!
tak sabar nak belajar lagi!

Ya Allah..permudahkan urusanku!

any advice?leave at the comment box ok!



Saturday, May 21, 2011

jannah cinta buat-Mu(episod 6)akhir...

Hujung minggu yang dinanti sudah tiba,aku kini sudah berada sehari lebih awal di kampung untuk berjumpa dengan Faiz,bakal suamiku.Aku menanti ketibaan Faiz dengan penuh debaran.Wah,macam nak nikah dah!Hehe..
Ibu kata Faiz sudah selalu datang ke rumah sewaktu ketiadaan aku.Hmm..nampaknya Faiz sudah mengorak langkah lebih pantas dan efisien sampai aku pula yang ternanti-nanti.Entah apa agaknya propaganda dan manifesto dia telah cipta untuk pikat hati ibu dan ayahku.Ingat dia boleh ke jadi wakil rakyat dalam rumah aku ini.
Sedang aku menanti sambil menonton televisyen,tiba-tiba satu mesej aku terima.Tertera nama Jack di skrin telefon bimbitku.Aku terkejut.Lantas aku baca apa yang dihantarnya.
You can count the stars..you can count the sands of the sea.But you can’t count the love that I have for you..
Oh,Jack!”Kenapa kau hantar mesej sebegini?”getus hatiku.Aku bakal berkahwin.Cukuplah kita sebagai sahabat baik.Aku menghargaimu tapi usahlah buaikan perasaanku ini.Tapi,aku bersyukur kerana Jack menghubungi aku setelah hampir seminggu mendiamkan diri.
Tidak lama kemudian,sebuah kereta tiba di halaman rumahku.Ibu dan ayah menyambut kedatangan tuan empunya kereta itu.Aku pula kelam- kabut mengemaskan diri sebelum bertemu dengan bakal suami.Hehe..Faiz sudah naik ke rumah.Aku pula curi-curi dengar perbualan mereka di dapur sambil menyediakan minuman.Tapi,suara Faiz macam aku biasa dengar.Aku kurang pasti siapa empunya suara itu.Ah,Salwa..dah ada depan mata tinggal tengok saja lagi!
Aku datang ke ruang tamu sambil menatang dulang kecil yang berisi minuman dan kek pisang.Dengan sopan santunnya aku menghidangkan minuman.Sempat pula aku mencuri pandang kepada Faiz.Tergamam aku apabila dia turut memerhatikan tingkahku.Dia tersenyum kepadaku.Aku terkedu.Ya Allah,betul ke apa yang aku lihat di depan mata ini?
“Jack!”,panggilku.
Faiz hanya menganggukkan kepala sambil tersenyum.
“Itu setahun yang lalu…Faiz Malik bin Abdullah nama I sekarang,”jelasnya.
“You dah peluk Islam?Why you didn’t tell me?”tanyaku terkejut.Dalam benak fikiranku aku perkahwinan bukan jadi perkara utama saat ini tetapi seorang hamba Allah telah bertambah di muka bumi ini.Alhamdulillah,Jack telah mendapat petunjuk dari Allah.
“Yes,I sengaja tak nak beritahu you.Maafkan I,Salwa..”mohon Faiz.
“It’s okey…you dah jadi muslim..i’m very glad.”kataku lantas menitiskan air mata.
“Salwa….will you marry me?”tanya Faiz.
“No,Faiz…”Faiz terkejut dengan jawapanku.”I cannot leave you…I will be your wife,”jawabku sambil menitiskan air mata.Faiz tersenyum mendengar jawapanku.Ibu dan ayah turut tersenyum mendengar jawapanku.
“Sebenarnya ayah dah tahu lama pasal kamu berdua.Faiz yang beritahu kepada ayah.Jadi,ayah tidak mahu bertindak melulu.Ayah tahu Salwa akan menerima pinangan Faiz kerana Salwa taat kepada kami dan kalau sudah jodoh pasti tidak ke mana.Faiz memeluk Islam kerana jatuh cinta dengan  Allah …Allah memberikannya hidayah..alhamdulillah,”jelas ayah.Aku terus memeluk ayah.”Terima kasih ayah”.

2 bulan kemudian…

                Aku kini sah menjadi isteri kepada Faiz Malik bin Abdullah.Walaupun baru seminggu kami membina mahligai cinta,aku berasa cukup bahagia.Ya Allah,terima kasih kerana Engkau jodohkan aku dengan lelaki yang aku idamkan selama ini.Semoga kami berkekalan hingga ke akhir hayat.Faiz dan Jack,mencintaimu dan memilikimu kenangan terindah dalam hidupku.
                Kami bersama-sama melihat album perkahwinan yang mengabadikan seribu satu kenangan dari saat kami dinikahkan sehingga tamatnya majlis perkahwinan di kedua-dua belah pihak.Kami sedondon berpakaian putih manakala aku berbusana pengantin berwarna putih bersulamkan warna emas kelihatan berseri-seri di hari bahagia kami.Memilih tema ungu putih sebagai elemen utama dalam majlis perkahwinan jelas menonjolkan warna kelembutan dan ketelusan hati.Ya..ketelusan hati kami untuk melayari hidup bersama-sama hingga ke akhir hayat.
                “Look..you look so beautiful my beauty..”kata Faiz sambil menunjukkan gambar candidku sewaktu akad nikah.Aku tersenyum malu.
                “Kenapa abang selalu panggil Salwa beauty?Sejak dari zaman saya belajar di IPT lagi…”tanyaku hairan.Aku sudah mula memanggil Faiz dengan panggilan abang.Kadangkala tersasul terpanggil dengan nama sebelum dia memeluk agama Islam,Jack.
“Because my dear,you are so beauty for me…first time abang jumpa Salwa abang rasa tenang tapi mendebarkan!Abang pun tak tahu macam mana boleh timbul perasaan cinta abang terhadap Salwa..”jelas Faiz.
" Tak sangka pertemuan yang tak dirancang kita di kedai kek itu menjadi satu kenangan indah buat abang dan perasaan cinta abang terhadap Salwa semakin bertambah..jadi abang takkan lepaskan peluang pertemuan itu..cukuplah 5 tahun yang lalu..."
“Salwa ingat tak..Salwa pernah cakap kepada abang yang Salwa takkan bercinta sebelum kahwin…no couple..sebab alasan Salwa…cinta kepada Allah yang utama..dan….
“Mesti sedih suami Salwa andai ada lelaki lain pernah menakluk cinta Salwa sebelum kami berkahwin..”sambungku pantas sambil tersenyum bahagia.Mengingati kenangan lama sungguh indah rasanya.
“Kami sekarang tu siapa?”tanya Faiz sengaja.”Salwa dan Faiz Malik..”jawabnya sendiri.”Sejak itu abang nekad akan miliki Salwa suatu hari nanti.Walaupun,abang waktu itu masih lagi penganut kristian..but I am feel different when I know you..beauty…inilah jodoh kan,”kata Faiz sambil membelai mesra jari-jemariku.
“Ya..abang…"jawabku.
"Setelah abang memeluk Islam,abang dapat menikmati erti hidup sebenar.Islam sungguh indah.Abang rasa tenang.Abang belajar agama di Kelantan,berulang-alik setiap minggu dari Selangor.Penat memanglah penat,tapi apa salahnya.Abang ingin mendalami Islam.Untuk Allah yang Esa..setelah beberapa bulan abang menjadi muslim abang teringat akan janji abang untuk miliki Salwa..terima kasih Salwa kerana sudi terima abang sebagai teman hidup Salwa."nyata Faiz dengan tenang.
"Sebenarnya Salwa bersyukur dapat bersama dengan abang.Salwa tak sangka abang memeluk Islam..Pada fikiran Salwa,kita hanya kawan baik dan kawan baik sampai bila-bila..sebab kita tak seagama dan Salwa akan berkahwin dengan Faiz…dan rupa-rupanya Faiz itu adalah kawan baik Salwa..Jack..alhamdulillah abang,”kataku kepada Faiz dengan penuh keikhlasan.
“My beauty..hear what I say..there are 3 great things that happened in my life.The first thing is that I fell in love with you.The second thing is that you feel in love with me..and the third thing is that we stayed in love with each other through all the years in blessing of Allah..”kata Faiz lantas mengucup dahiku.Aku terasa bahagia.
“Thanks,honey..”balasku manja.”Insya-Allah..Salwa akan menjadi isteri yang solehah dan umi yang terbaik untuk anak-anak kita..”ikrarku kepada Faiz.
“Insya Allah,abang akan menjadi suami yang terbaik untuk Salwa dan abi yang terbaik buat anak-anak kita.Semoga jannah cinta yang terbina ini sentiasa dalam redha-Nya..dan abang berharap kita mampu untuk membina jannah cinta buat-Nya..insya-Allah,”ikrar Faiz dengan penuh ketulusan.
“Insya-Allah…”jawabku tersenyum bahagia.
 
tamat....
                salam...alhamdulillah...selesai sudah cerita Jannah cinta buat-Mu..segala kekurangan harap dimaafkan..terima kasih kepada yang sudi membaca..any comment..can leave kat box comment ok!sekian..wassalam...


Thursday, May 19, 2011

jannah cinta buat-Mu(episod 5)

Dalam perjalanan aku ke rumah,fikiran aku menerawang kepada lamaran Faiz.Betul ke pilihan aku ni?Ya Allah berilah petunjuk yang betul.Pada masa yang sama,aku teringat Jack.Cukuplah Jack sekadar kawan baik untukku.Nampak gayanya,berpeluanglah Jack nak memberi hadiah perkahwinanku nanti.Aku tersenyum sendirian.Namun,terasa ngilu hati ini.Kebetulan lagu nasyid nyanyian In-team,Kasih-Kekasih berputar di radio.Alunan lagu ini seperti memahami apa yang ada dalam fikiranku di kala ini.
..Sebelum diijabkabulkan..syariah tetap membataskan..pelajari ilmu rumahtangga..agar kita lebih bersedia..menuju hari yang bahagia….
Ya!Sebuah perkahwinan memerlukan pengetahuan.Pengetahuan untuk duniawi dan ukhrawi.Perkahwinan menjadikan sepasang insan dari kaum Adam dan Hawa hidup saling melengkapi.Lantas kemunculan Faiz telah menimbulkan pertanyaan.Aku dapat rasakan Faiz seorang yang baik lantaran dia melamarku secara bersopan.menemui kedua-dua orang tuaku bersama keluarganya.Faiz tidak menjebakku ke lembah yang boleh menimbulkan fitnah.Aku mesti mengenali Faiz terlebih dahulu sebelum kami berumahtangga.Hairan juga aku,aku tak kenal dia..tapi dia kenal aku.
Setibanya di rumah,aku merehatkan diri.Terasa nikmat seketika setelah berada di dalam kereta berjam-jam lamanya.Aku lantas mencapai telefonku dan menghubungi ibu.Ada sesuatu yang perlu aku beritahu kepada ibu.
“Assalamualaikum ibu!”aku membuka bicara di telefon.
“Waalaikumsalam,kenapa Salwa?”tanya ibu kepadaku.
“Emm..Salwa nak mohon satu perkara boleh..izinkan Faiz bertemu dengan Salwa di kampung hujung minggu depan..”mohonku kepada ibu.
“Insya-Allah,nanti ibu beritahu kepada Faiz,”balas ibuku.
“Terima kasih,ibu.Bukannya apa,Salwa nak kenal Faiz itu dengan lebih dekat sebelum kami berumahtangga.Tak salah kan?
“Tak salah,memang selayaknya kita mengenali dulu seseorang lebih-lebih lagi sebagai teman hidup,”jelas ibu.
“Terima kasih,ibu.Assalamualaikum,”balasku.
“Waalaikumsalam.”ibu mengakhiri perbualan kami.
Minggu ini aku sibuk menyediakan kuliah untuk para penuntut ilmu di bidang bahasa ini.Berbincang tentang isu semasa sering menjadi kupasanku di bilik kuliah.Kadangkala,aku akan bercerita tentang pengalamanku tentang sesuata perkara kepada mereka,sengaja aku melakukan hal sedemikian bagi menghilangkan kebosanan kepada mereka dan secara tidak langsung dapat mengeratkan hubunganku dengan mereka.Aku berasa seronok dapat menerokai gelagat remaja zaman ini.Berbeza daripada aku dahulu,aku masih lagi remaja sekarang tapi remaja yang dah layak digelar remaja pencen.Hehe..
Sedang aku asyik menonton televisyen di rumah,telefonku berdering.”Ishh,siapa pulaklah…”rungut hatiku.
Tertera nama Jack di skrin telefon bimbitku.Hatiku melonjak kegembiraan.Sudah lama kami tidak bertanya khabar.
“Hello..beauty,”sapa Jack.
“Hello..”jawabku ringkas sambil mengambil posisi duduk yang selesa.
“Lama tak dengar cerita daripada you..I busy ada seminar pergigian di Terengganu..”jelasnya.
Aku hanya mendengar apa yang diceritakan oleh Jack.Kadangkala dia mengeluarkan reaksi kelakar melalui nada suaranya.aku turut ketawa.Aku kadangkala berasa rindu dengan suaranya.Namun,semuanya adalah sementara.Aku bakal menjadi milik orang lain.Jadi,usahlah mendambakan Jack berjenaka untukmu Salwa.
“Jack,I want to tell something to you..”kataku.
“Bad or good?”tanyanya teruja.
“I don’t know..but..hmm..Jack,I bakal berkahwin tak lama lagi,”beritahuku kepadanya.
Terdiam seketika.Sepi antara kami.
“Jack..are you okey?”tanyaku.
“What?I am okey…ohh…congratulation!Dapatlah I tengok you punya wedding nanti!So,let me guess what type of this news..ehhmm..good news!”balasnya.Tapi aku dapat rasakan nada suaranya berubah.
“Yes,you orang first yang tahu berita ini.”kataku untuk memujuk hatinya.
“Really?Thank you beauty!,”balasnya kembali.
Kami mengakhiri pebualan dengan ucapan semoga berbahagia dengan pasangan masing-masing.Sengaja berbuat demikian untuk menghilangkan resah di hati.Aku dapat rasakan bahawa Jack terkejut dengan beritaku itu.Dalam diam aku menyipan perasaan cinta kepada Jack.Namun,apakan daya.Aku ini hanyalah seorang wanita,aku takkan melafazkan kata cinta kepadanya.Malahan pula,kita berbeza agama.Namun,jauh di lubuk hatiku,aku tetap mendoakan agar Allah memberikan petunjuk kepada Jack.

A part of you has grown in me.So you see,it’s me and you together  forever never part..Maybe in distance but never in heart…

Itu mesej terakhir yang aku terima daripada Jack.Aku cuba menghubunginya berkali-kali.Namun,tiada  jawapan.Ke manakah dia?Kami sudah tidak berhubung semenjak mesej terakhir  yang  Jack kirimkan kepadaku.Apakah makna di sebalik semua ini?Ya Allah,aku enggan kehilangan sahabat sebaik Jack.


bersambung...

Tuesday, May 17, 2011

jannah cinta buat-Mu(episod 4)


                                       I don’t know how beautiful you are…
Mesej ini menjadi penyambut aku kala di subuh hari.Jack pasti mengirim kata-kata romantis kepadaku.Aku tidak memberi apa-apa reaksi yang memberi harapan.Hanya sekadar ucapan terima kasih akan ku balas.Malas nak berharap kepada yang tak pasti.
Tapi dalam hatiku turut membalas mesej ini.
                         I don’t know how gentle you are…
Cukuplah dalam hati,Jack tak perlu tahu semua itu.Mulakan hari ini dengan senyuman.
                Awal-awal pagi lagi ibu menelefon aku agar pulang ke kampung.Katanya ada urusan penting.Mujurlah hari ini dan esok tiada kuliah.Jadi,aku pulang ke kampung dengan keadaan tergesa-gesa.Apa yang pentingnya?Ibu masih lagi enggan beritahu kepadaku.Ibu kata tak puas berbual melalui telefon.
                Mujurlah laluan highway tak sesak,mungkin bukan musim raya agaknya.Aku tiba setelah matahari hampir terbenam.Sesampainya aku di kampung,ibu dan ayah menyambutku dengan senyuman.Keluarnya aku daripada kereta aku terus bersalaman dengan kedua-dua orang tuaku.
“Tak kerja pulak Salwa hari ini?”tanya ayah kepadaku.
“Kebetulan hari ini dan esok takde kuliah.Tu yang balik..mak kata mustahak..apa dia?”tanyaku kepada ayah.
Ayah lantas memandang ibu dengan pandangan inginkan penjelasan.Ibu pulak tersengih-sengih.Aku pula yang ternanti-nanti.
“Apa ibu?”tanyaku.
“Alahai Salwa ni,baru sampai dah nak tanya pasal tu..malam nilah kita bercerita  ye nak..”pinta ibu.
“Aik..kata penting..boleh pulak kata nak cerita malam ni…”rungutku hairan.
Ibu hanya tersenyum mendengar omelanku.
“Betul cakap ibu tu,malam ni selepas isyak kita bercerita sambil minum kopi yang ibu kamu buat ye..,”saran ayahku sambil tersenyum.Sempat pula berjenaka.
“Ye la…Salwa nak masuk bilik dululah ibu ayah…”kataku lalu bergerak ke bilik tidurku.
                Usainya solat maghrib,aku menolong ibu di dapur menyediakan hidangan makan malam.Ayah ke surau.Sudah menjadi rutin ayah sejak pencen dari jadi polis solat berjemaah di surau setiap hari.Di rumah,yang ada hanya kami bertiga,adikku sedang menuntut di Universiti Malaya.Jadi,memang sunyilah ibu dan ayah sewaktu ketiadaan kami.
                Selesai makan malam,ayah duduk membaca suratkhabar yang  entah berapa kali dibacanya.Mana taknya,hanya suratkhabar menjadi wadah bacaan untuk ayah mengetahui perkembangan dunia.Tak suratkhabar,buku-buku agama ayah akan baca di malam hari.Ayah memang suka membaca buku-buku agama.katanya,melalui pembacan kita dapat meneroka ilmu dari segenap inci.Sedangkan dalam al-Quran pun ada menyarankan agar kita membaca.Surah Al-‘Alaq..bacalah dengan nama tuhanmu..
Aku menolong ibu mengemas dapur.Selesainya di dapur,kami pergi ke ruang tamu.Ibu mengambil tempat duduk si sebelah ayah.Aku pula duduk menghadap mereka.
“Ibu ayah ceritalah perkara yang penting tu..”pintaku dengan semangat.
Ibu dan ayah hanya tersenyum melihat keterujaan aku.
“Tak sabar benar anak kamu ni Mah,”kata ayahku kepada ibu.
“Cepatlah bang,Mah pun nak dengar juga..”pinta ibu sambil ketawa.
“Eh..bukan Mah dah tahu…”jawab ayah sambil melipat suratkhabar yang sudah dibacanya.
“Cepatlah..”rengetku manja.
“Baiklah wahai anakku..,”kata ayah.
Aku mula memberi sepenuh perhatian kepada kata-kata ayah.Ibu hanya diam seribu bahasa.
“Kelmarin ada orang datang ke rumah.Mereka datang membawa hajat hendak menyunting Salwa sebagai menantu.”jelas ayah.
Aku terkedu.Tak terkata.Baru aku sedar yang aku selayaknya boleh berkahwin dengan umurku yang hampir mencecah 27 tahun.
“Apa ibu dan ayah cakap?”tanyaku.
“Ibu dan ayah tak memberi  apa-apa kata sepakat lagi,mahukan jawapan daripada Salwa dulu.”kata ayah.”Errr..Salwa ada orang lain ke?”tanya ayah.
Aku terdiam.”Tiada sesiapa pun…”,kataku.Tapi,hanya Tuhan yang tahu.”Jack..ayah..,”jawabku dalam hati.
“Budak lelaki itu baik,dia ada datang sekali semalam..,”kata ibuku pula.
“Macam mana dia boleh kenal Salwa?”tanyaku hairan.
“Katanya dia kenal Salwa di ibu kota..namanya Faiz,”jelas ayah.
“Faiz mana pulak ni?”tanyaku kembali.
“Macam ni..apa kata Salwa istikharah dulu..apa jawapan dari Salwa ayah terima.”,cadangan ayahku.Ibu turut setuju dengan cadangan itu.
“Baiklah,ayah…Salwa akan fikirkan..”kataku.
“Salwa masuk tidur dulu..esok nak balik Kuala Lumpur pula.Assalamualaikum,”kataku kepada ibu dan ayah.
“Waalaikumsalam,”jawab ibu dan ayah serentak.
“Ya Allah,jika benar Faiz adalah hak mutlak aku di dunia ini..Engkau jodohkan aku dengan dia.Jika bukan,Engkau pertemukan orang yang selayaknya untuk memimpinku di dunia ini untuk meraih rahmat-Mu ya Allah..Sesungguhnya Engkau maha mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Mu yang hina ini..Amin..”
Doaku mengakhiri solat istikharah.Pertama kali aku rasa berdebar lantaran lamaran seorang lelaki.Siapa Faiz?Sakit kepalaku memikirkan tentangmu..Namun,aku dapat rasakan Faiz adalah jodohku.Aku redha andai dia untukku.
Sebelum aku bergerak pulang ke Kuala Lumpur aku memberitahu kepada ibu dan ayahku tentang hal lamaran Faiz.Aku terima.Mungkin itu yang terbaik untukku walaupun aku tidak pernah bertemu dengannya.Lagipun cara dia melamar aku secara berhemah dan tidak melulu seperti sesetengah pemuda zaman ini.Riak wajah gembira jelas terpancar di wajah ibu dan ayah.Aku hanya tersenyum sahaja.Aku turut gembira bila ibu dan ayahku gembira.Namun,Jack?
 bersambung..







Monday, May 16, 2011

jannah cinta buat-Mu(episod 3)

Perjalanan hidupku sebagai pensyarah berjalan seperti biasa.Aku berasa seronok kerana dapat beramah mesra dengan lebih rapat dengan pelajar bawah jurusan aku.Salah seorangnya ialah Rahayu.Dia cukup peramah dan suka bertanya.Kebetulan dia sekampung denganku.Jadi,aku selalu mengajaknya beli-belah di mall.Kadang-kadang kami berjoging bersama-sama.Waktu kuliah,aku sebagai pensyarah dan waktu luar kumpus,aku sebagai kawan.
                Hujung minggu,aku mengajak Rahayu pergi ke kedai kek Bake House di tengah kota.Aku suka vanilla cake di kedai itu,dengan penambahan ais krim di atas kek itu menambahkan lagi daya tarikan apabila sekali pandang.Rasa,sedap!Mungkin itu menjadi tarikan para pelanggan untuk berkunjung ke gerai ini.
Sedang rancak berbual sambila makan kek bersama Rahayu,tiba-tiba ada seorang lelaki menyapaku.
“Hai..kenal tak lagi I?”tanyanya.
Aku terkedu.
Masakan aku tak ingat,lelaki ini yang sering bermain di fikiranku beberapa tahun dahulu.Dia yang sering menemaniku di kafe.
“Jack?”tanyaku kemabali.Sekadar kepastian.
“Yes,thank you because still remember my name.”balasnya dengan senang hati.
“Oh!sorry disturb you all..by the way,this is my card.”sambungnya lagi lantas menghulurkan kad nama kepadaku.
Aku masih lagi terkejut.Sudah 5 tahun tidak bertemu.Alih-alih ada depan mata.
“Thank you…ha…this is my card”,hulurku kepadanya.

“Ok,see you later!”katanya dan terus berlalu pergi.
Aku hanya menemaninya pergi dengan pandangan aku sahaja.Itu sahaja yang aku mampu.
Rahayu terus mengambil kad nama Jack dan terus membacanya.
“Dr.Jack Lawrence….Klinik Pergigian Setiawangsa….,”bacanya satu persatu.Aku terus ambil kad nama dari tangannya lalu menyimpan dalam beg tanganku.
“Wah,kak!he is dentist!Bestnya….”,kata Rahayu dengan penuh teruja.
“Why?,”tanyaku hairan.
“Ye la…dentist..siapa dapat dia..terjamin hidup…hehe..kacak…kaya…”,katanya sambil ketawa.
Aku turut ketawa.Mustahil aku dapat dia..berlainan agama dan bangsa.Mahu kecoh satu kampung aku bila kahwin dengan bangsa lain.Apa?ingat lelaki melayu dah pupus?Tak cukup hebat?Mesti aku jadi famous sekejap di kampung.Orang yang tak kenal aku..terus kenal!
“Merepek je Ayu ni..mulalah tu nak berangan..,”usikku sambil ketawa.
“Takpe kak..tak telan duit berangan..kalau kahwin telan baru guna duit!”jawabnya.
“Tapi buang masa…”balasku.
“No money no talk kak!”balasnya lagi.
Aku ketawa.
“Ade je ye…makan cepat!”arahku dengan nada serius.Tapi nak ketawa.
“Baik,bos!”balasnya kembali.
Dalam diam,aku mengakui hari ini cukup bermakna kerana aku dapat bertemu dengan Jack setelah sekian lama.Makin bidang badan Jack..makin hensem!Agaknya..dia pun tak terkecuali dalam mengidamkan badan sedemikian seperti kebanyakan lelaki lain.Aset agaknya!Ni dah bertukar kad ada harapan untuk kami bersua lagi.Lagipun,Dia ada cakap,”See you later”.Ada harapan lagi.Senyumku sendirian.
“Ha..berangan!”sergah Rahayu.
“Bukan berangan…,”balasku.
“Habis?”tanyanya.
“Merenung dan merancang masa depan,”balasku sambil tersengih.
“Banyaklah…”balasnya sambil ketawa.Aku turut ketawa.
                Aku dikehendaki menghadiri seminar bahasa di Kajang selama seminggu.Seminar yan dihadiri oleh para remaja dan pencinta bahasa seperti pensyarah seperti aku dan pihak Dewan Bahasa dan Pustaka.Apatah lagi,aku turut diamanahkan utuk memberi  ceramah pada hari ketiga.Ceramah mengenai ‘Situasi Remaja Melayu di Era ini”.Ligatlah aku mencari idea dan menghuraikannya dengan baik.Dengan bantuan power point dan visual telah mencantikkan lagi sesi ceramah aku.Alhamdulillah,seminar itu berjalan lancer.Aku turut ditemukan dengan penulis novel kesukaanku,Anis Ayuni.Apa lagi,aku tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan beliau.
                Hampir seminggu lebih aku tidak membuka mana-mana laman social baik facebook,twitter atau ym.Sibuk dengan kerjayaku.Baru kini ada kesempatan untuk membuka.Mana tau ada berita kawan kahwin ke..
Aku buka facebook,ada 15 permintaan untuk menjadi kawan.Kebanyakannya rakan-rakan yang baru kenal di seminar hari itu.Dalam 15 orang itu,tertulis nama Jack.Mahu tak tersembul mata aku baca namanya.Pucuk dicita ulam mendatang,aku terus terima!Betapa terujanya aku!Tapi,kenapa dia tak hubungi aku dengan telefon sahaja..senang sikit.Ah,Salwa..Jack sibuk agaknya..dia jadi kenalan dalam facebook kira cukup baik dah.Jangan mengharap sesuatu yang tak pasti,merana diri nanti.
                 Suatu hari,Jack menelefon aku dan mengajak aku keluar.Lagipun,pertemuan secara tidak rasmi dengan seorang lelaki.bak kata orang putih,first date!Pada mulanya aku keberatan,bukan penting pun.Tapi aku pergi juga,apa salahnya berkawan.Banyak perkara yang kami bualkan.Masing-masing menceritakan kerjaya yang berbeza.Jack doktor gigi manakala aku pensyarah bahasa,memang ketara benar perbezaan kerjaya. Rupa-rupanya dia menghilangkan diri 5 tahun dahulu kerana menyambung pelajaran di luar Negara.Dah bergelar doktor gigi sekarang.Aku?Pensyarah yang kesepian..hehe…
 Kesibukan aku di kampus membuatkan aku dan Jack tidak berjumpa.Kami hanya berhubung melalui telefon dan di laman social facebook dan ym.Sekadar bertanya khabar dan bercerita tentang kerjaya masing-masing.
Kadangkala aku berasa hairan,Jack tiada teman wanita ke?asyik hubungi aku sahaja.Biarkanlah,duit banyak takpe!Setakat bercakap melalui telefon,berapalah sangat nilai pengeluaran duit itu bagi seseorang yang bergelar doktor gigi.Jack pernah juga bertanya kepadaku tentang teman lelaki.Pendapat aku,buat apa ada teman lelaki kalau putus di tengah jalan.Biarlah cintaku pada suamiku sahaja.
Hubungan kami makin rapat walaupun tidak bersua muka.Jack semakin berani untuk menghantar kata-kata romantis di telefonku.Pandai pula bermadah,doktor la katakan.Aku terima sahaja tanpa mengharap sesuatu yang payah terjadi.Cinta!Kami berbeza.
bersambung...

Saturday, May 14, 2011

jannah cinta buat-Mu(episod 2)


Sudah seminggu aku pulang ke kampung.Terasa lama aku di sini.Bukan ada apa pun yang nak dilakukan di rumah,di Shah Alam sudah tentu bertimbun kerja yang aku kena siapkan.Menjelang subuh,aku membantu ibu menyiapkan sarapan,kami membuat nasi lemak.Ibu sengaja buat lebih hari ini sebagai bekalan aku ke sana nanti.Bagus juga.Jimat duit aku!
Sedang aku sibuk menyusun baju ke dalam beg,aku ternampak sebuah kotak yang sudah lama aku tak buka.Aku mengambil kotak itu dan membuang debu yang ada di atas kotak itu.Aku membukanya.Banyak benda berharga yang masih tersimpan rapi dalam kotak ini.
Dalam banyak benda dalam kotak ini semuanya adalah barang pemberian kawan-kawan yang aku sayang. Ala-ala kenangan zaman remaja dulu.Aku tertarik kepada penanada buku yang tertulis nama mamat cina itu.
Kalau you tanda buku guna book mark ini..you akan tahu..I sentiasa ada bersama you..All the best..JACK!
                Aku baca ayat itu berulang kali.Ya,ayat ini yang sering aku baca tatkala aku kebosanan sewaktu di IPT dahulu.
“Hai,beauty!”jerit mamat cina itu.
Aku dah lali.Biarkan sahaja,asalkan dia tidak bunuh aku sudah!Tapi,kalau dia bunuh hati aku?Abaikan.
Buat kali pertama aku tegur dia secara baik.Tapi masih lagi dalam nada menyampah.
“Nama awak?”tanyaku.
Dia hanya tersenyum.Argh,aku akui senyuman dia mampu membuat wanita jatuh hati.Senyuman dia turut menampakkan lesum pipit di pipi kirinya.Tapi bukan aku,jangan tewas dengan lelaki!Itu prinsip aku.
“Hei,I ask you!”kataku dengan nada geram.
Dia hanya tersenyum.Makin lebar.
“Teka..”balasnya.
“Huh,nak berteka pulak dia…fikir kita ni nak layan dia sahaja!”kataku dengan jelingan tajam.
“I know your name!”balasnya.
“Tell me my name and your name!”balasku kembali.
“Your name is Beauty and my name is……..ambil book mark ni dan jangan buang okey!I must go now!”katanya.
Dia terus pergi meninggalkan aku begitu sahaja.
Jack…namanya.
Ahh,mengelamun lagi!
Tanpa berlengah,aku simpan kembali kotak itu berserta book mark itu.
                Aku bersiap-siap untuk kembali ke ibu kota.Banyak perkara yang aku perlu selesaikan,tambahan pula semester hadapan ada penambahan siswa dan siswi dalam kemasukan peringkat diploma.Khabarnya tahun ini bertambah pelajar diploma yang ingin berada dalam jurusan ini.Pengajian bahasa bukannya sesenang yang difikirkan.Tapi,bidang ini mampu membuat kita berfikir supaya menghargai keunikan bahasa Melayu dan bahasa-bahasa yang ada di rantau ini.

                Laluan ke ibu kota agak sesak,agaknya banyak yang baru pulang dari pulang ke kampung.Aku memandu dengan berhati-hati.Walaupun hanya aku dalam kereta ini,keselamatan kena jaga.Tak jaga,alamatnya..aku sengaja menempah percutian ke alam barzakh yang mana aku sendiri tak tahu nasibku di sana bagaimana nanti..Selamatkah?insya-Allah.
                Setibanya aku di rumah,aku terus merebahkan diriku ke atas katil.Nikmatnya terasa setelah 6 jam berada dalam kereta.Selang beberapa minit,aku berehat dan menyiapkan tugasan aku.Persiapan untuk semester baru aku mesti laksanakan dengan baik.Kecemerlangan itu penting.
Kadangkala aku ke taman rekreasi di taman perumahan yang berdekatan untuk mengambil angin.Jadi,aku dapat meninjau telatah masyarakat setempat sambil memikirkan idea untuk membuat tesis aku.Aku berhajat untuk menyambung pengajian di peringakat doktor falsafah dalam bidang Persuratan Melayu.
“Dr Nur Salwa binti Hasnol,”sebutku sambil tersenyum.
Aku bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan kepadaku..dalam usia muda sudah bergelar pensyarah.Mampu memiliki sebuah kondominium dan sebuah kereta buatan luar Negara,NISSAN.Mujur bukan NISAN!Namun,hatiku kosong.Disebabkan kekosongan itu,aku sering terimbau kenangan lama.Kenangan bersama Jack.Walaupun setelah hampir 4 tahun aku tidak bertemu dengannya.
                Kafe Sri Aman,kafe itu banyak menjadi saksi senda gurau Jack.
Seperti biasa,aku akan makan tengah hari di kafe itu setelah habis kuliah di kampus.Hampir sebulan Jack tak datang berkunjung ke kafe.Aku berasa hairan.Ke manakah dia?
“Mak cik,nampak tak lelaki cina yang selalu makan dengan saya sewaktu bulan lepas?”tanyaku kepada makcik Ina yang memang cukup mesra dengan aku.
“Oh,entahlah nak…mak cik pun dah lama tak Nampak batang hidung dia…”,jawab mak cik Ina.
“Oh,takpelah….”,jawabku.
Kenapa aku ni?Dulu bukan main tak suka dia datang…
Sekarang….
Ternanti-nanti pula…
Jauh cinta?Jangan..dia bukan islam!
Tapi..apa salahnya berdakwah!Pahala besar tu….
Aku tak dapat tipu diri aku bahawa aku rindu dengannya.Ahh..perasaan!Cepat benar kau tewas!
Begitulah hari yang seterusnya,Jack tidak datang lagi ke kafe ini.Aku meneruskan hidupku seperti biasa.Bila rindu,aku akan menatap book mark pemberiannya.Tapi,buat apa aku ingat,kita berlainan agama…engkau hanya sekadar bersinggah di hati aku.Hanya orang yang layak sahaja bertakhta di hatiku.Tapi siapa?
Dan sampai sekarang aku tak tahu ke mana Jack menghilang.Mati dah ke?

bersambung...

Wednesday, May 11, 2011

jannah cinta buat-Mu(episod 1)

salam teman...ni saya ada wat penulisan sikit!hehe..sekadar nak release tension!episod tau!so,kena ikutilah kisahnya.macam cerpen gitu..haha..any comment,leave k!anda dilarang menyalin semula kisah ini tanpa kebenaran saya.ini ori ni...no ciplak k!

cinta tak perlu dilafaz,ia akan datang bila tiba masanya...

Mendepani arus modenisasi aku dikecam dengan ketandusan moral masyarakat era ini. Aku buntu. Keadaan memaksa aku mengharungi kehidupan dengan berani.Kerjayaku sebagai pensyarah bahasa di salah sebuah universiti tempatan di ibu kota menambahkan lagi kebejatan aku sebagai anak bangsa yang memartabatkan bahasa Melayu.Bukan tidak suka dengan kerjaya aku ini,tetapi situasi semasa membuatkan aku keliru dengan perangai anak Melayu kala ini.
Cuti semester tiba lagi,inilah peluang untuk aku merehatkan minda dari kesibukan kota.Para penuntut IPT melonjak kegembiraan tatkala musim peperiksaan bagi sem ini sudah selesai.Masing-masing pulang ke kampung.Selesai sahaja kertas akhir,aku terus pulang ke kampung.Selamat tinggal warga kampus!
Setibanya di kampung,aku lihat adikku sedang mencakar sampah.”Sudah besar Aina!”getus hatiku.Keluar sahaja dari kereta,aku terus naik ke rumah dan bersalaman dengan ibu dan ayah.Kami bertanya khabar.Seronok aku bila melihat kebahagiaan ibu dan ayah.Perkahwinan atas pemilihan keluarga telah menemukan ibu dan ayahku.pada mulanya mereka tak suka,masing-masing ada pilihan hati.Tapi,betullah kata nenekku,cinta macam pokok.Kalau setiap hari dibaja dan dan disemai sudah tentu pokok itu akan membesar .Begitu juga cinta,jika disemai dengan kasih-sayang dan keikhlasan,lambat laun perasaan cinta akan bercambah juga dan hidup mekar.
Seusai solat asar,aku pergi ke pantai di hujung kampung.Sudah lama rasanya tidak menjengah deruan ombak pantai.Pantai.Kawasan yang paling indah bagiku.Aku bertenggek di sebuah batu besar di situ.Dengan angin sepoi-sepoi bahasa,terasa nyaman.Memang agak ayulah dengan keadaan aku yang berbaju kurung dan berselendang sahaja.Aku tersenyum sendirian.’dah macam gadis melayu terakhir’…
Keasyikan hembusan angin Laut China Selatan membuat aku menerawang jauh kepada si dia.Ahh,cinta monyet!
“Hello,beauty!”sapa lelaki itu.Mahu tak terjatuh pinggan yang aku bawa.
Dia tertawa melihat reaksi aku.”Terkejut?,”tanyanya.
Aku tidak endahkan pertanyaannya.’Ahh..dahlah orang cina..buta ke?Pergilah usha awek lain’,getus hatiku.Aku terus duduk di tempat yang selalu aku menjamu selera.Aku melemparkan jelingan kepada mamat itu.Dia balas dengan sebuah senyuman.Ahh,persetankan.
Setipa kali aku pergi menjamu selera di kafe ini,setipa kali itulah aku akan terserempak dengan mamat cina tu.Geramnya.Setiap harilah juga aku akan dengar sapaan dia kepadaku,’hai,beauty!’.Malas nak layan..biarkan.Dah bosan nanti dia tak tegur dah.
Dah 6 bulan aku belajar di Universiti Teknologi Mara,dan seperti biasa aku akan makan tengah hari di kafe itu.Bukannya apa,mak cik tu peramah.Seronok dapat berbual dengan mak cik tu.Dah macam mak kedua aku dah.Alhamdulillah,dah hampir sebulan mamat cina tu dah tiada di kafe ni.Bolehlah aku makan dengan tenang!hehe..
Sangkaan aku meleset.Mamat cina itu datang lagi ke kafe ini.Aku lihat dia sedang mengambil  hidangan.
“Baik aku makan cepat-cepat.Boleh aku bla dulu!”kata hatiku.Dia tak Nampak aku lagi.Cepat,cepat!!!jerit hatiku.Tengah kekalutan aku makan,ada orang menyapaku.
“Hai,beauty..may I lunch with you?”
Tergamam aku.Takkan nak kata tak boleh,mana ada nama aku pun kat kerusi tu.Mamat tu terus duduk tanpa aku pelawa.
“Duduklah,tapi saya dah nak siap makan dah!”.
“You bagi I makan semeja dengan you pun I dah seronok!”kata mamat cina tu sambil tersenyum.Gila ape dia?Pertama kali lelaki yang aku tak kenal makan semeja denganku,cina pulak tu!
Sambil dia menjamu selera,aku curi-curi pandang muka dia.Bulu keningnya lebat,kalau sekali tengok mesti ingat anak kacukan.Kulit tak lah putih mana,mungkin faktor  cuaca agaknya.Tengah ralit tengok dia,dia tegur aku,”hei,you perhatikan i?..why?hensem?”.
Aku jeling kepadanya.’Argghh,payah kalau perasan hensem!’
“Taklah,hensem lagi Jackie Chan la!”kataku geram.
Dia ketawa melihatku.
Sejak itulah aku dan dia makan bersama di kafe itu.Tapi masing-masing tak bertanya nama.Pelik.Aku pun tak teringat nak bertanya nama dia.
“Hoi kak!..mengelamun pulak!”jerit adikku dari jauh.
Mahu tak terkejut aku.Habis berkecai kisah lama aku tadi.
“Mak suruh balik,nak maghrib da..”jerit Aina sambil membonceng basikal.
“Ye..akak balik!”balasku.

bersambung...

Tuesday, May 10, 2011

siapa HERO anda?

salam teman...
sihat?saya sekarang ni buntu nak gi mana..haha...

siapa HERO anda?
setiap orang ada hero kan termasuk saya!
haa...jangan la asyik fikir HERO ni macam hero hindustan pulak...
ni HERO yang jadi pemangkin semangat..
supporter,
admire..haha
and the most important
ROLE MODEL!!!

for the best..of course..
your mum!
status mother is the best!
tapi ni HEROIN!haha...
layan...

HERO?
siapa???
imam muda!
waa....bagus.....

siapa lagi ?
tan sri p.ramlee...

lagi?
dr.mahathir..
saya setuju!

lagi?
barack obama?!
oh no!!
senyum lebar beliau ye...

admire saya..
jiran satu kampung...haha
haha...


lagi?
siapa lagi?siapa?
banyaklah yang boleh buat HERO anda!
long list!haha

pilihlah HERO anda...
teladanilah akhlak orang yang berjaya..

tapi..
SIAPA HERO ANDA???
 saya harap jawapan kita serupa!

ye..
baginda Rasulullah s.a.w!
kekasih Allah!

Baginda digelar al-amin..

di kala maut menjemput..
baginda masih memikirkan umatnya..
betapa kasih dan sayangnya baginda kepada kita!
umatnya...

jihad fi sabilillah

RASULULLAH is our real HERO!

memanglah kita tak mampu jadi sehebat baginda
tapi
kita mampu untuk berubah ke arah yang lebih baik!
insya-Allah!

moga kita beroleh syafaat di Rasulullah di akhirat kelak
amin...

so?who is your hero?!




Monday, May 9, 2011

bila NeNek dan Tok WaN sibuk online...

salam teman...kabare?mesti sibuk merancang masa depan ni!

tahniah kepada Malaysia kerana nak jadikan Malaysia maju!
lebih lebih lagi nak buat rangkaian internet di kawasan luar bandar
kampung saya dah ada!
jadi
semua dah sibuk di udara
berniaga di internet je la!jimat masa!untung!
semua akaun laman sosial diserbu!





dan banyak lagi...
ni yang penting...

jangan lupa follow saya!

sekarang ni tak kira usia tua muda semua dah pandai guna internet,tak 100 % tapi reti je!
semuanya di hujung jari anda!
pilihan di tangan anda!
nak buat dosa boleh..pahala lagilah boleh!

banyak da syarikat telekomunikasi sediakan broadband..beli je!

cuba kita fikir..bila kita dah bergelar nenek atau datuk..
wa..bukan nenek dan datuk kita kat kampung tu...
NENEK DAN DATUK MODEN!
mana taknya..
sibuk berfacebook..blogwalking...bertwitter...
si nenek update blog!hehe
update tentang cucu dia masuk ipta!....
advance da!
memang maju lah!
tapi...
macam kelakar pulak bila nenek da tak hirau ayam kat belakang rumah..
ade ke ayam nanti?!hehe...
nak pegang ayam hidup pun geli...hehe..
makan ayam je la...


bila si datuk bercucuk tanam di

zaman kan datang...lagi maju sistem komunikasi di Malaysia ni!
gunakan sebaik-baiknya...

renungkan ye bakal nenek dan datuk..
bila umur dah lanjut
dunia kata pergi,kubur kata mari!
internet takkan lari!hehe
bila kalian busy di udara...
apa jadi pada dunia!

DUNIA TANPA SEMPADAN!!!



Sunday, May 8, 2011

aku dan budaya MRSM!success or not?

salam teman..nak bermadah jap...
kala minda ligat mengadun idea
aku jadi terawang ke kisah lama
sebagai warga MRSM..
berjayakah aku sebagai produk MRSM?

teringat saya sewaktu jadi salah seorang daripada Badan Wakil Pelajar,kena cari budaya MRSM?KALIAN TAHU?saya tahu tapi...haha...
ni ye...siapa yang nak tahu,bacalah!
biar tahu daripada tak tahu!

CIRI BUDAYA MRSM

kepada mantan warga penuntut kampus MRSM!
CUBA TANYA DIRI ANDA..
SUCCESS OR NOT?
wujud tak budaya ni dalam kehidupan kalian?
berjaya tak penerapan budaya ini?
saya?
SUCCESS...
ada..tapi tak semua...haha
kepada yang lain..
amalkan budaya ini..
tak rugi..
UNTUNG!
renungkan dan amalkan!

banyak kenangan di mRSM!hehe....
Budaya MRSM yang dimaksudkan ialah cara bertindak atau cara hidup warga MRSM khususnya pelajar-pelajar yang dapat menggambarkan identiti mereka sebagai produk MRSM yang unggul.
Adalah menjadi hasrat MARA untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai dan mengamalkan ciri-ciri budaya MRSM berlandaskan prinsip-prinsip Islam seperti berikut:

Budaya CemerlangSentiasa berusaha mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.
Budaya UsahawanCekap mengesan peluang dan sumber yang ada serta bersedia berhadapan dengan risiko di samping mempunyai sikap komited, tekal dan cekal.
Budaya KepimpinanMempunyai semangat dan mempunyai ciri-ciri untuk memimpin, berani, yakin, tegas, bertanggungjawab dan berwibawa.
Budaya PenyayangMempunyai perasaan simpati, prihatin dan hormat menghormati.
Budaya BerdikariBoleh menguruskan segala aktiviti di Maktab untuk mewujudkan ciri-ciri kepimpinan.
Budaya Sains dan TeknologiDapat berfikir secara kreatif, kritis dan rasional di samping mempunyai daya cipta yang tinggi dan dapat memanfaatkan teknologi semasa.
Budaya Menghargai MasaDapat menepati dan menggunakan masa dengan berkesan.
Budaya Bersih dan SihatMenjaga kesihatan diri, bersih fizikal, mental dan spiritual.
Budaya Meminati SeniMenghayati seni dan keindahan (estetik).
Budaya PemuafakatanMengamalkan semangat bekerjasama, bantu-membantu dan semangat persaudaraan (spirit de corps)
Budaya Jati DiriDapat mengenal diri, asal -usul dan budaya sendiri di samping mempunyai semangat patriotik.








Saturday, May 7, 2011

sambungan..matrik or upu...

salam...tq to all friends yang bagi feedback di entri ni....

semalam da surf internet tanya pendapat member....
pendapat parents...
all differents!
so?
blogwalking la lagi....
jumpa yang saya cari...
ada member yang ambil course ni but mostly lelaki...
keje orang lelaki la...haha
interesting..
but..
my mum said...
"akak,cari keje orang perempuan ..kita ni bukan lelaki!"

so?
terjah lagi...
jumpa ni...
haha...
sama la!
hehe
apa yang penting..
fokus!

so syira!
what the results?
memandangkan lagi beberapa hari nak masuk 18tahun..
i decide to follow my dad opinions...
tak kisah la...
yang penting BELAJAR!
kena perform best la!
TAK MUSTAHIL syira!

hmm...
jom layan video ni jap...
motivasi
daaa....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...