Monday, July 30, 2012

biar mimpi sampai ke syurga

hai..tangan gatal nak menaip lagi..hehe..takpe kan,,
tadi saya duk menaip cerita untuk my sis hadiah untuk dia..jangan cakap kat dia ye..

Biar Mimpi sampai ke SYURGA!!

bukan biar mimpi sampai ke bintang..saya suka lagu ni..
menelusuri alam remaja,membuat saya muhasabah diri..alhamdulillah sudah 19 tahun..wah,kena jadi makin matang.

saya banyak cita-cita..anda pun..
dulu cita-cita yang paling besar nak jadi doktor..mana taknya..dari kecik duk dengan orang cakap nanti dah besar jadi doktor ye..wah...cam best kan,,,memang best pun..

lepas tu..haa,,,disebabkan saya ni boleh dikategorikan tinggi la jugak..ade ke patut..ada saudara suggest waktu kecik-kecik jadi model!!huhu...
pernah jugak terfikir nak jadi macam dalam cerita awan dania,,huhu

lagi,,nak jadi pembaca berita dan wartawan...macam best je..mencabar..takpe la..
dan yang ni memang nak jadi semenjak darjah 6..jadi ustazah bahasa arab!!huhu..
tapi,pilihan diberi...makanya saya menyimpang dah..tak jadilah cikgu arab..
nak jadi penulis pun pernah terfikir dan saya akan laksanakan nanti!!!
lagi..haa....banyak la..
cita-cita yang saya nak sangat tapi mungkin bukan rezeki saya..duit x de kot..nak jadi dentist...kat mesir..


sangat terkilan...Allah lagi tahu yang terbaik kan,,,
dan sekarang...saya nak jadi cikgu,pensyarah,pakar biologi,pakar alam sekitar...wahhh...banyak tu...
yang pasti kerjaya yang sesuai untuk saya.

doakan lah yang terbaik kan..
insya-Allah saya akan melanjutkan degree dalam kos sains biodiversiti di Universiti Malaysia Terengganu

link akak yang sama kos dengan saya (good explanation)
tak dapat pure biology pun xpe la..at least ada "bio"diversiti...
alhamdulillah...memang target dapat sambung belajar kat sini..
mudahan Allah mempermudahkan urusan :)


ingatlah, kita jadi apa sekalipun nanti..sentiasa ingat asal-usul kita..
ingat Allah..
ingat Islam..
tak guna belajar tinggi mana pun, andai agama bukan menjadi paksi utama kita.

Allah maha mengetahui apa yang baik untuk kita...tapi kita kena la usaha,,jangan duk wat tak tau je..
all the best :)
setiap orang ada impian kan? macam lagu kumpulan kristal memburu impian..

Ku jejak
Jalan yang berliku
Membara jiwaku
Memburu impian

Ku renang lautan gelora
Biarpun tersadai
Di hujung dunia
Akan ku rempuhi segala rintangan
Biarpun rebah ku bangun sendiri

Korus
Akan ku genggam biarpun hitam
Menjadi milikku

Ku mula
Dengan langkah ini
Menuju sinaran yang abadi


Sunday, July 29, 2012

yogurt hilangkan BAU NAFAS.

how about today my terjah blog??hope fine..alhamdulillah..

yogurt dapat hilangkan bau,,,,,
bau kentut??yakkkssss...
bau badan??huuuu..
bau NAFAS la sayang.

menarik nak kongsi dengan kalian.Bukan apa,saya minat tahap giga yogurt.Ingat lagi,dulu waktu kat matrik,kalau takde apa nak beli,yogurt lah menjadi sasaran utama.
sedap!!sampai licin makan..yummmyy...



bau busuk nafas berpunca daripada kesihatan mulut dan perut
apa yang kita makan,kesannya kita dapat semula
macam kata ni
what u give,u will get back!!

yogurt berdasarkan apa yang saya tahu dan akhbar kosmo hari ini cerita mengandungi

PROBIOTIK!! ia dapat meneutralkan bau nafas yang tidak enak

Namun,menurut pakar pencernaan di Hospital Lenox Hill di New York,
yogurt tak bagi kesan pada bakteria yang ada pada lidah.,,
tapi,
cik yogurt ni boleh 
meneutralkan asid yang ada di antara mulut dan perut termasuk di kerongkong.

dan menurut doktor gigi di Ohio,Matthew Messina
yogurt boleh menghilangkan bau mulut yang dihasilkan daripada keadaan gastrologi seperti asid refluks.

namun lagi..hehe
yogur tak bagi kesan ke atas bau nafas yang disebabkan kerosakan hati atau paru-paru.


jadi...tak kisah lah apa cari nak jaga bau nafas..yang penting jaga makan dan rajin-rajin la jaga kebersihan gigi ye :)

Monday, July 23, 2012

tudung dan aku..

Assalamualaikum,apa khabar?
alhamdulillah dua hari kita selesai menjalani ibadah puasa.
niatnya nak mengemaskini borang tadi.borang ape?nikah?haha...ni untuk belajar.
tapi,gatal jari lak nak menaip..

tudung dan aku..sebenarnya nak cerita pasal hijab..
tapi,macam tinggi makna hijab itu,
jadi..tudung dan aku ye!!
takde kaitan antara yang hidup dan telah selamat dimakam :)

cerita daripada seorang hamba Allah yang hina,
di tadika dia telah diasuh memakai tudung,nama sekolah tersebut TASBIH a.k.a PASTI..
banyak diterapkan nilai islam..
selepas setahun lebih bertukar ke Tabika Kemas..wahh..culture shock sebentar..kakak pakai tudung ibu,,macam mana??
sebab malu kot,dia pakai baju kurung sahaja bersama rakan,,
kanak-kanak lagi...

menginjak alam persekolahan..
dia semakin mengerti berkenaan aurat..
tapi mungkin tiada siapa kisah,dia hanya memakai ala kadar..ikut trend..
berkat tunjuk ajar kakak-kakak di asrama..
dia dapat tanamkan diri dia untuk menutup aurat,,
perlahan-lahan,tidak mendadak..
memakai stokin,,
tapi tu cuma di sekolah,di luar..dia jadi seperti remaja biasa..
tewas dengan dunia..Ya Allah..

menjadi remaja..
dia masih lagi menjaga adabnya sebagai gadis melayu Islam..
bertudung,,tak selempang sana-sini..
sekali dia tewas..terpesona dengan tabarruj..
subhanallah,,cantik dengan pin sana-sini.,.lilit sampai boleh singkat..
terpegun dengan cantiknya baju,.tetapi cantik yang menjolok mata...
Ya Allah...
dia tertipu akan nikmat itu,.
terasa seperti sang kumbang melihatnya dengan mata nafsu..bukan mata hati..
terasa malu menerpa diri,,.seksi sangat ke diri??
astaghfirullah...


dia termenung muhasabah diri..
apa yang aku dapat seandainya aku masih terikut dengan cara ini.,
sampai bila??
aku rasa seperti malaikat jijik melihatku..
hodoh sekali melihat bentuk badanku yang sedap dipandang sang kumbang..
astagfirullah..

"takde guna cantik dan sedap dipuji oleh orang lelaki,lumrah lelaki sukakan kecantikan..cantik itu perlu disimpan,,jangan nak show sangat"
kata sahabat dia...

dia mengadu kepada Allah,,
Allah memudahkan urusannya dengan membawa dia berteman dengan rakan-rakan yang baik dan lebih solehah,.,ukhwah itu indah bila atas nama Allah :)

subhanallah,,dia bermimpi,,perempuan memakai tudung labuh..
perempuan itu nampak cantik walaupun dari belakang..dan apabila dihalakan ke cermin...
subhanallah..itu wajah dia,,,
dia memakai tudung labuh,,
sangat cantik,,

sejak itu dia perlahan-lahan menjaga penampilannya agar lebih sesuai di sisi syarak..

sekali lagi dia didatangi mimpi..
perempuan itu memakai purdah,,,subhanallah,,sangat sangat indah,,
tak terucap..
dan perempuan itu adalah..ahh...hanya nampak mata..rohnya kuat mengatakan itu dirinya..

subhanallah..mungkin hidayah Allah sudah tiba...
dia patut berubah.,,Ya Allah...




janganlah kita lari daripada hidayah Allah...
mudah-mudahan dia mampu istiqamah dan menjaga akhlaknya untuk dunia dan akhirat.
insya-Allah..amin..





Thursday, July 19, 2012

selamat menyambut ramadhan

assalamualaikum,,dah nak ramadan kan,,tadi saya pergi sekolah lama saya Maktab Rendah Sains Mara di Negeri Sembilan...subhanallah,,terubat rindu saya,,banyak perubahan,,

sempat lagi jalan beli baju,,hehe,,,biasa lah orang perempuan..ini takkan menjadi kalau tiada ayah yang sporting,,bukan selalu pergi kan,,apa salahnya??

jadi,dah nak puasa ni.,.saya nak wish selamat menyambut ramadhan al-mubarak..maybe bulan puasa ni jarang update..nak muhasabah,,cehhh.....nak gi masjid...aim..nak khatam al-quran lagi,,,macam tahun-tahun lepas..insya-Allah...

terimalah,,,,



saya suka lagu ni...salam ramadhan :)


Wednesday, July 18, 2012

tuan smart dan puan jelita!

assalamualaikum,hari tu cerpen..hari ini refleksi diri sebentar.WAIT!! sudah baca belum ni??
baca ye..best giler..cerpen!! amacam??bagi komen ye,,,idea banyak ni..alhamdulillah,,

dah baca tak saya pun nak cantik??
entry kali ni ada kaitan dengan entry tersebut.

TUAN SMART dan PUAN JELITA

semua orang nak cantik,bukan orang sahaja..kereta,rumah,baju..
tapi disebabkan kita ni homo sapien,maka fokus kepada title orang ye...dan nampak lebih hormat lagi KHALIFAH!!

SMART =HENSEM,MACHO,KACAK,...
JELITA=CANTIK,CUN,LAWA,MENARIK..

Smart dan jelita mempunyai makna tersendiri bagi setiap individu.Bagi saya,cantik itu meliputi segalanya sebab semua orang cantik dan hensem,,cantik tersendiri.

wahai kakak dan abang khalifah,
cantik dan smart mesti berlandaskan syariah.
cantik kita mesti beriman,hensem kita mesti bertakwa kepada Allah..
jangan cantik dan smart pada nafsu dan logik akal..
sebab..nikmatnye sekejap sahaja..azabnya,,,astaghfirullah.
nak keluar rumah tu..cek pakaian kita..bukan cek dompet je!!
pakai..mak aii...kucing tengok pun terbeliak bijik mata..geramnya,,bajet hot ye!!

bagi puan jelita..cuba klik
bagi tuan smart..cuba cari sendiri..kalian kan bijak..lagi smart ;)


tertarik saya untuk berkongsi sedikit dialog dalam karya ustazah Fatimah Syarha,Sebarkan CInta-MU

"Pakailah sesuai dengan keikhlasanmu,asalkan ia selari dengan syarat-syarat yang digariskan syariat seperti longgar,tidak jarang,tidak ketat dan sebagainya."

"Yang tertutup itu indah.Buku yang kita sayang pun kita sampul,inikan pula aurat yang kita sucikan.Kejadian tubuh badan wanita jauh lebih indah daripada lelaki.Allah memuliakan keindahan kita dengan perintah menutupnya.Ia hanya layak ditunjukkan kepada orang yang berhak.Sebab itu,kita perlu berterima kasih kepada Allah.Allah menyuruh kita menutup aurat adalah tanda Dia sayang kita,dan tanda kita ini cantik.Seronok bukan,diciptakan sebagai makhluk yang cantik?"


suka bila tengok orang pakai tudung sebetulnya,tak dedah sana-sini..sejuk mata memandang,sejuk hati..baju sopan..ni,kalau semua yang labuh disingkatkan..panas je hati,nafsu,,,
tengok puan jelita dah berubah jadi semakin bai,bertudung litup lagi,,mesti orang kata..

 "Subhanallah,cantiknya ko...makin cantik.."




ha,,,sebelum nak singgah blog lain,cuba baca kisah yatt!!!

untuk berubah ke arah kebaikan,jangan bertangguh..kita tak tahu bila kita akan tidur atau sengsara di dalam tanah tu!!!
nak pijak tanah pun taknak,biasa duduk atas marmar la kata...opss...
siang malam kita minta Allah tunjukkan kita ke jalan yang lurus..perasan tak??
surah al-Fatihah
ayuh,sama-sama kita berubah ke jalan yang Allah redhai..




yang mana ek??


yang kotak tu cantik..hehe,,,bagi pakai helmet je.. :)







Monday, July 16, 2012

cerpen:syukran jannati

assalamualaikum,lama tak update..kali ni saya nak share cerpen saya karang waktu bosan di rumah..hehe.,
hope dapat beri kita sedikit pengajaran untuk masa depan ye..Insya Allah...



“Mama,tadi ustazah ajar along solat..”
“..adik da reti baca niat solat..mama dengar ye..usolli fardhu...,”keletah anak sulungku bercerita kepadaku tentang aktiviti dia di tadika hari ini.
Aku tersenyum senang melihat dia.Esok,genap 5 tahun usia anakku.
“Pandai anak mama ni..nanti boleh ajar adik kan.”kataku kepada along.Anak keduaku Nur Masyitah mengajuk apa yang alongnya,Muhammad Dani celotehkan tadi.
“Along nak cerita kan papa pulak nanti,”ujar Dani.Aku mengiakan sahaja kehendaknya.Terima kasih Allah kerana menganugerahkan anak-anak yang baik.


Seusai solat maghrib,aku menyediakan makan malam untuk kami sekeluarga.Suamiku,Saiful masih belum pulang,katanya ada kerja yang perlu disiapkan.Sudah biasa bagi aku menyambutnya pulang sewaktu aku menyiapkan makanan.Saiful yang bekerja sebagai Jurutera di ibu kota membuat dirinya sibuk mengejar waktu.Aku pula yang bekerja sebagai pendidik digunakan masa sebaik mungkin untuk kerjaya dan keluarga.Bukan aku tidak mahu kerja lain yang hanya di waktu siang,tapi jadi pendidik itu yang terbaik.
Tidak lama kemudian,bunyi kereta memasuki ruang laman rumah kedengaran.Along girang membuka pintu menyambut papanya.Hilang penat melihat keletah anak-anak.
“Papa balik..nak peluk...,”omel along.Si kecil yang berusia 9 bulan laju merangkak ke arah pintu.Suka melihat papanya pulang.Saiful tersenyum melihat anak-anak,lantas mendukung mereka.
“Papa penat ni sayang,,papa nak mandi dulu ye nanti kita makan sama-sama,”kata papa kepada Dani dan adiknya.
“Baik,bos..hehe...papa busuk.,”gurau Dani. “Ya..along anak papa yang paling wangi kan..,”kata Saiful lalu naik ke atas.Budak-budak ni..ada saja..ujarku sendirian.
Selepas selesai makan,Saiful dan anak-anak bersantai di ruang tamu.Si Masyitah sibuk mengagah papanya.Nak ajak bersembang agaknya.Aku membersihkan apa yang patut di dapur.Melihat dari jauh sahaja keadaan mereka.Tengok kegembiraan mereka buatku menjadi lapang.
“Papa,dengar along baca ye...ni ustazah ajar...usolli fardhu.....”
“Pandainya anak papa..good boy,”kata papa sambil mengusap ubun-ubun kepalanya.
“Papa ni..”
“Kenapa along?”
“Papa cakap sama macam mama cakap..pandainya anak mama..,”ajuk Dani kepada papanya.Meletus ketawa kami.Saiful lantas mengenyit kepadaku.Aku datang kepada mereka dengan senyuman mesra.
“Ni kan papa dan mama,mestilah sama...kan sayang?”jelas suamiku kepada anaknya sambil menarik tanganku untuk duduk di sisinya. “Betul tu along..hehe..,”sokongku.
“Ye,along kalah..,”rajuk Dani.Kami tersenyum melihat keletah Dani.
“Papa..ustazah kata kan..solat lima waktu wajib,Mama pun kata macam tu dulu..,”jelas Dani. “Tapi...along tengok...papa jarang solat...”sambung Dani.
Terus kelu lidah suamiku.Saiful memandang Dani dengan tenang.Aku terus mengusap lengan suamiku sambil berkata,”Along tak baik cakap macam tu kat papa.”
“Papa solatlah along..along je tak nampak,takkan papa nak tunjuk-tunjuk pulak..nanti riak kan tak baik,”jawab Saiful.
“Baguslah papa,ustazah kata lagi..solat berjemaah lagi baik..along tak pernah nampak pun kita solat sama-sama..,”luah along.
“Mama dan papa solat sama-sama..along mana nampak..along sibuk dengan ipad mama je,”kata papa. “Lagipun along kan kecik lagi,nanti kita solat sama-sama ye.”
Along mengangguk kegembiraan.Aku tersenyum simpul melihat suamiku berkata sebegitu.Pandai memujuk,mamanya pun boleh cair.






            Setelah menidurkan anak-anak.Aku masuk ke kamar dan melihat suamiku sedang membaca majalah Solusi.Aku sengaja meletakkan buku itu di rak katil agar menarik minat Saiful untuk membaca.Saiful bukanlah seorang pembaca tegar sepertiku,pelajar genius sewaktu di Tingkatan 5 dulu.Bukan minat membaca tetapi minat mengira.Berbeza dengan ku yang suka membaca dan tak suka mengira.
“Abang...,”panggilku sambil mendekatinya.
“Sayang...,”sahutnya sambil tersenyum.
“Sayang..sayang sayang sayang..”sambungnya.Aku geli hati dibuatnya.Ada sahaja idea nak tarik perhatian aku.Walaupun dah biasa dengar ayat ni di ceramah motivasi oleh Dr.Izzi.
“Ye sayang..sayang pun sayang sayang..,”balasku sambil mencium tanganya.Kami ketawa.
“Banyak pulak keletah si along tu,geram abang tadi,”luah Saiful. “Mati kutu abang tadi,anak-anak punya pasal abang senyap..kalau tak habis abang cili mulut tu,”luahnya lagi.
Saiful,bukannya tak pernah solat..tapi boleh bilang dengan jari dalam seminggu dia solat.Berapa kali dah aku nasihat,ada saja alasan diberi.Solat berjemaah seminggu sekali..aku faham dengan kehendak kerjaya dia yang sibuk,tapi tanggungjawab kepada Allah,itu lagi penting. “Hmm...abang ni..Ina sentiasa doakan abang dan keluarga kita berada dalam hidayah Allah.Mungkin abang tak nampak lagi.Bila nak nampak entah,agaknya tunggu kena buang kerja baru sedar,”kataku.
“Eh,awak ni..ada pulak,”jeling suamiku.Aku tersenyum.
“Tau tak nak kena buang kerja,abang solat ye..abang kan tahu..usia macam Dani tu sedang mengenal dunia,kehidupan sekeliling,apa yang cikgu ajar dia mesti mudah hadam.Lebih-lebih lagi Dani tu dah macam klon abang Saiful Ina dah,ye la...pandai dia aplikasikan apa yang dia belajar dengan apa yang terjadi dalam keluarga kita”.
“Tengok,Dani dah luahkan apa yang dia fikir,budak-budak kan..dia dah tahu mana baik mana salah..,”kataku sambil membelai tangan Saiful.
“Ehmm..ye la..klon abang ye..Masyitah klon awak..jom tidur sayang,”balas Saiful.Saja nak matikan perbualan.Aku biarkan saja.Nanti dah sedar,berubah lah cik abang sayang ni.






            Selama beberapa hari Saiful outstation,jadi aku yang menguruskan segalanya.Letih juga dibuatnya nak melayan kerenah dua si manja.Petang esok Saiful akan pulang.
Petang esoknya,pulang Saiful dengan senyuman manisnya.Betapa girangnya anak-anak melihat papa mereka pulang.Mamanya lagi gembira.Suami tercinta tiada di sisi,sepi rasanya.Kami makan seperti biasa,bergurau-gurau di ruang tamu.Macam-macam yang Dani cerita,Masyitah mengekek ketawa melihat gelagat alongnya.Malam ini kami tidur dengan lena sekali.
“Sayang,bangun sayang..kita solat sekali.,.”kejut Saiful sambil mengusap kepalaku.Aku melihatnya.Terkejut aku melihat suamiku dah siap mandi dan berpakaian untuk solat.Terus aku bangun.Pelik aku dibuatnya.Tapi Alhamdulillah.
“Awal abang bangun..,” kataku sambil mengikat rambut dan bersiap-siap untuk mandi.
“Sayang ni...bagus pe..abang nak jadi hamba Allah yang soleh lagi berjaya..sayang suka kan..,”usik suamiku.
“Mestilah abang...”
“Cepat sikit mandi..nak jadi imam ni..”
“Baik..sweetheart,”balasku sambil mengenyit mata kepadanya.


            Saiful menjadi imam kepadaku di pagi ini.Terasa syahdu mendengar gemersik suara Saiful mengalunkan ayat suci al-Quran.Seusai mengaminkan doa,aku bersalam tangan suamiku lantas Saiful mengucup dahiku.Subhanallah,dapat ku rasakan cinta yang tulus daripada cinta seorang insan bernama suami.Saiful memandangku lantas berkata, “Sayang,abang nak jadi imam yang betul-betul imam kepada keluarga kita..bukan imam sekadar atas sijil nikah je...abang nak jadi hero kat hati Dani dan Masyitah...,”kata suamiku.Sempat lagi buat jenaka di pagi hari.
“Ye abang,abang tetap jadi hero di hati saya dan anak-anak..,”balasku sambil tersenyum.
“Abang sebenarnya terkesan dengan si Dani tu..kata-katanya buat abang sedar tentang tanggungjawab abang kepada pemberi cinta kita,Allah yang Esa.Abang mungkin seorang suami dan papa yang bagus..perasan lak abang,tapi abang tak cukup baik di mata Dia,”luah suamiku.


La...tak habis lagi rupanya dengan si Dani tu cik abang ni.Dalam hatiku berbunga rasa bersyukur kepada Allah kerana menampakkan rasa tanggungjawab itu di hati Saiful.Terima kasih anak mama kerana kata-katamu menyedarkan papamu.Aku lantas merangkul pinggang Saiful.Terima kasih Allah atas rahmat-Mu ini.


Jelajah - Pulau Pinang 2 hari 1 malam

Hai u all. Ni cik syira nak update setelah setahun lebih. hahahaha Nak tawan hati para followers, meh kami share jenjalan kami p Penang. ...