Friday, February 1, 2013

al-hidayah_Muslimah Bebas

assalamualaikum semua :)



tengok tak al-hidayah 1/2/2013 tajuknya MUSLIMAH BEBAS???
alhamdulillah...tengok, sebab tu nak share.
kali ini saya catat dengan pen, bukan dengan mata semata-mata..hehe..
semangat duduk depan tv,( tak tolong mak masak eaa...)
tolong la..haha..tolong tadi.. :)

Panel jemputan adalah ustaz Mohd Izhar Ariff

Apakah yang dikatakan dengan MUSLIMAH BEBAS???
Bebas macam mana?



Muslimah adalah wanita islam yang taat kepada ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW dengan mentaati segala suruhan ALLAH dan meninggalkan larangan-Nya.

Wanita muslim..iaitu muslimah yang banyak melakukan maksiat kepada Allah digelar Fasiqah.
Tidak lah jatuh kafir, kerana masih Islam.
Begitu juga dengan muslim, muslim yang melakukan maksiat kepada Allah digelar Fasiq.

Tahu tak? orang fasiq tak boleh jadi wali kepada anak gadisnya untuk bernikah.

Ha...jadi, abang2x dan ayah2x..jadi muslim yang sejati tau..nanti boleh jadi wali kepada anak gadis kalian.Zaman sekarang, selalunya berwakilkan tok kadi sebagai wali untuk menikahkan anak gadisnya.



Apakah ciri-ciri MUSLIMAH BEBAS?


  • Taat kepada ibu bapa.
  • Taat kepada suami.
  • Mencegah sikap mengumpat.
  • Tak jahil tentang hukum-hakam agama, fikah dan sebagainya.
  • Mencegah perkara yang merosakkan iman seperti memakai susuk, pelaris dan sebagainya.
  • Mencegah sifat mazmumah.
#mencegah sifat mazmumah..ustaz Izhar kata tadi..orang perempuan janganlah jeles dengan kelebihan yang dimiliki wanita lain seperti kecantikan. Ingat ye,,kecantikan itu subjektif.

Ye la...semua orang cantik tau!!! Allah dah cipta kita cantik dah!!

Hikmah menjadi MUSLIMAH BEBAS:
  • Memiliki keluarga bahagia. Apabila kita sentiasa melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan, Allah akan temukan kita dengan pasangan yang sesuai buat kita dan hadirkan sebuah keluarga yang bahagia.
  • Bebas daripada perkara yang memudaratkan. Contoh, apabila kita menutup aurat dengan sempurna, secara automatik kita akan dilindungi oleh Allah daripada segala fitnah dunia.
  • Disayangi suami.

Sekian, perkongsian pada hari ini. Alhamdulillah :)
Mudah-mudahan Allah redha.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...