Saturday, December 21, 2013

Ujian? Test! sekadar apa?

Bismillah,
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.
Intro saya kali,,makk aiii..blog saya bukan sekadar bersawang, berbagai-bagai penuh sampah sebab dah lama tak lawat. Sibuk la katanya. Sungguh sibuk!

Pejam celik pejam celik, dah nak final exam saya ni!
Untuk sem 1 tahun 2!
Alhamdulillah, masih bernafas saat menaip entri kali ini.

Nak final ni, minggu lepas bukan main ada test! woohhooo...
Seronok ada test, sebab saya jadi rajin nak study!
Aisshh, niat study ni untuk test semata-mata ke?
Ya Allah, kakak..sila tajdid niat semula.

Menuntut ilmu untuk mencari redha Allah,

Bukan setakat nak lulus test.


Ni nak citer..dalam perjalanan nak ke dewan peperiksaan hari itu,
tiba je terfikir..
macam lawak je..
if test yang diumumkan oleh pensyarah..bukan main sungguh2x kita study untuk skor subjek tersebut.
kita dengan redhanya menjawab soalan.
sebab apa?
memang kena jawab. jika tak skor, at least kita dapat jawab dan cover sikit resut.

sungguh2x menjawab, hope capai target!!
bila tak dapat jawab...frustnyee..
bila jawapan samar2x nak jawab..
dalam hati..ya Allah, tadi Allah dah bagi hint kat aku nak stress kan bahagian ni, tapi aku buat tak endahh..
alih2x...keluar pulak soalan ni..ish2xx...

macam tu juga dengan hidayah Allah, kita dah rasa Allah tunjuk something tu..as sign kita beroleh petunjuk-Nya..
tapi manusia kan..suka sangat buat tak endah..nanti lah..tomorrow never die..

memang la tomorrow never die, but you may die tomorrow!!!

tangguh buat kebaikan. astaghfirullah.
Allah dah jentik hati kita, berubahlah!


ok...
berbalik kepada ujian,,
ujian subjek yang nampak dengan mata kasar, kita sanggup menghadapi.
jika tak hadapinya, sudah tenta..final sem nanti haru-biru kita nak struggle extra3x!!

ujian yang tak nampak pula?
ujian tang mana?
ujian yang Allah beri kepada kita.
ujian yang sememangnya wajib dihadapi oleh semua manusia.

Kehidupan di dunia merupakan ujian. Setiap yang berlaku adalah ujian.
Dapat duit pun ujian, jatuh cinta ujian.
Naik pangkat ujian.
Jatuh sakit lagilah ujian.

Test final lagilah ujian....

Waktu tu saya terfikir,
Ujian yang Allah beri ni..kenapa kita tak cukup kuat nak menghadapinya?
Kenapa kita cepat sangat putus asa.
Allah baru uji sikit, hang dah menggelabah,
Orang lain lagi dahsyat diuji.

Tak sungguh-sungguh hadapi ujian Allah.
Nanti final kita macam mana?
Kelam kabut jadinya.

Sedangkan ujian kehidupan ini more valuable than test dalam kehidupan kampus ni..

Sedih rasa hati, saya kadang dan selalu kurang kuat menghadapi ujian Allah..

Tapi..
ingat kalamullah,
Allah takkan membebani seseorang, selagi sesuai dengan kesanggupannya.

Allah kan maha Penyayang.
Dia uji sebab dia tahu kita mampu.

Dia uji tanda Dia kasih kepada kita.

Ya Allah, ampuni aku. Aku hamba yang lemah.
Jangan Engkau bebani dengan sesuatu yang aku tak kuat menghadapinya.


Allah ada dengan kita.





pejam celik, saya dah nak final..doakan saya dan sahabat dapat menjalani peperiksaan dengan jayanya.
semoga Allah merahmati usaha kita :)




tarik nafas..lepas..tarik..lepas..
sila semangat untuk berjihad menuntut ilmu.!!!!

Monday, October 7, 2013

sayangi sebuah persahabatan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
apa khabar?
situasi saya saat ini: mengantuk baca journal dan menaip.
alih-alih nak update blog pula yang dah berhabuk..
huhu..

pejam celik pejam celik dah nak cuti untuk mid sem. cepatnya..
sebulan di sem 3..banyak aktiviti dijalankan..alhamdulillah..
Majlis tautan kasih BIOSIS..lagi..hmm..
pergi pesta buku..kena ambil suntikan dos 3 vaksin HPV.
banyaklah..
haa..yang tak tahannya...
dapat juga saya ke pantai..setelah beberapa minggu di sini...
tq sahabat.. :)
nak joging x lepas lagi,.kelas penuh...huhu...



keterujaan dan keseronokan memasuki sem baru jelas terpancar.
kenapa? entahlah, mungkin ada bahagia di sini..cewahh,.haha

start dah nak merepek..
buat masa ini perancangan saya tergendala,.hope balik cuti ini,
saya akan siapkan dan submit dan diterima..
insya Allah...

nak cakap pasal persahabatan boleh?
dari sekadar senyuman dan sapaan akan menjadi permulaan sebuah persahabatan.
senyum sikit ke ambe.. ;)

untuk sahabat,
kita mungkin tidak mampu untuk bersama sentiasa dek waktu dan ruang yang kadangkala mencemburui kisah kita,
janganlah kerana keadaan itu kita kian jauh dan jauh..
masing-masing sepi,
berjumpa tidak semanis saat pertemuan dahulu..
ingat ini,
kita tak pernah berpisah,
doa buatmu sentiasa mengiringi..
semoga Allah merahmati tindakan kita..
sayang kamu semua kerana Allah...
maafkan aku andai aku tidak cukup sempurna buatmu..







Friday, September 6, 2013

welcome back to kampus cinta!

assalamualaikum dan salam sejahtera.
pejam celik pejam celik cuti semester pun dah nak habis.
sekejap sahaja rasanya. ewah..manusia memang tamak ye.
cuti seminggu merungut..cuti berbulan-bulan pun merungut.
apa nak jadi ni..

kepada rakan-rakan yang seangkatan dengan saya, apakah aktiviti cuti kalian?
banyak event la kata,
puasa..raya,,merdeka..wahh..apa lagi..harga minyak naik..ehh..!!

saya..hmm..alhamdulillah,dalam banyak-banyak plan,
adalah dalam 5 berjaya.
apa ye?
balik kampung,
belajar membawa kereta,
menghabiskan buku-buku utk dibaca,
menaip kisah cinta..sikit je..huhu..
menaip kisah...almost done!!! sikit lagi kakak!

alhamdulillah, at least ada somethings yang berjaya dilakukan.,tak banyak takpe,
asalkan adoo...
lagi..haa..belajar memasak..itu mesti! duduk rumah, cari tip dengan mak kesayangan.

fakta: saya sangat sedih seandainya cuti saya kosong.
kenapa?
itu tandanya waktu kita tidak berkualiti dan tidak berkat.
bayangkan, dalam sehari itu kita boleh buat macam-macam..
hasilnya tak banyak mana..sedih2x..
hidup hanya sementara..lakarkan kenangan untuk menjadi bekalan bertemu yang Esa nanti.
saya nak masuk syurga. Allah izinkan saya ya. :)


begitulah juga untuk pengajian di kampus yang bermula minggu depan,
harapan saya tinggi melangit..
plan lama sudah dikemaskini.
mudah-mudahan Allah merahmati rancangan saya.
semoga segalanya dipermudahkan Allah.

saya nak jadi lebih cemerlang berbanding sem lepas.
nantikan kemunculan saya..cewaahh...(mood beg tak kemas betul2x lagi ni..hehe)
jaga hubungan dengan Allah dan sesama makhluk,
sekejap sahaja sudah setahun bergelar mahasiswi..
selamat menuntut ilmu sahabat semua!

WELCOME BACK TO KAMPUS CINTA!

tak tahan benar kakak ni tajuk entrinya..haha..
untuk melakukan sesuatu,,kita mesti ada cinta..
no love, feel nothing!
wahh..

hayati lagu ini..
saya sudah jatuh cinta dengan lagu ini...siap download lagi!


Friday, August 23, 2013

kisah mak dan mak mertua

assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
seriously dah lama tak update..fokus kepada 2 kerja..sampai terlupa encik blog saya ini.
hmm..duk fokus..tapi..Allah uji saya...wuuaa...hidup kan tempat ujian.tak nak kena uji..pergi syurga nanti la kakak!


ini kisah mak dan mak mertua..
mak dan mak mertua siapa?
saya ke awak?

baiklah...ini cerita sewaktu dalam perjalanan nak pulang beraya hari tu..
petang akhir ramadhan kami sekeluarga bertolak nak balik ke utara..
tapi, kereta buat hal..padahal dah banyak kali servis..ada hikmahnya kan..
hikmahnya..saya dapat kisah ini..

bismillah..

sementara menunggu kereta siap dibaiki..
Kebetulan, di situ ada sepasang suami isteri sedang menunggu kereta juga.
Mak cik tersebut mengalukan kami berada di situ
saya, mak dan adik-adik duduk di kerusi yang disediakan.
Mak dan mak cik tersebut memulakan perbualan.
Rupa-rupanya mak kenal mak ayah mak cik tersebut.

Saya curi-curi dengar perbualan mereka.
Hehe..nak menyampuk malu..buatnya ada can jadi menantu..tak pasal..haha

bersempena dengan 1 Syawal pada esok hari,
keluar lah topik ini..

makcik: akak balik utara rumah siapa?
mak: balik rumah abang..
makcik: ouhh...ada mak ayah lagi ke kat sana?
mak: mak ada lagi..ayah dah takde..tu yang balik..mak dia ada lagi..
makcik: akak pulak?
mak: tak de sape dah kat sini..semua dah pergi..adik-beradik pun ada keluarga sendiri..
makcik: baguslah macam tu..mak mertua kita tu macam mak kita jugak kan..jaga..jenguk dia selagi hidup..
mak: haah..betullah tu..
makcik: saya tak lama dengan mak mertua saya,,berapa tahun je sempat...sangat baik maknya..
mak: ouhh..
makcik: kita yang dah ada suami ni..hormatlah mak mertua,,sayang dia macam sayang mak sendiri..
             hairan betul saya apabila orang ada masalah dengan mak mertua..mana silapnya entah..

saya yang duk pasang telinga ni..terkedu seketika..waktu tu sebak dah sebenarnya,,cover syira..huhu...walaupun takde mak mertua lagi..mak yang ada depan mata ini buat saya lagi sebak..sayang mak..

makcik: orang tua ni bukan nak apa sangat pun...dia pun da tua..tak macam orang muda, macam-macam.
             ikut je apa yang dia nak,,,hargai mereka selagi ada.

:(

sob2x...sebak...




aikk..gambar di bawah lagi besar pulak..hehe..

syurga di telapak kaki bonda.. :)

waktu tu saya teringat kepada semua calon ibu mertuaku..hoho..takde lah..adalah kan..

pengajaran:
sayangi lah mak ayah kita..selagi hidup..jaga mereka sungguh-sungguh..jangan tangisi yang sudah pergi..
sekalung al-fatihah kepada mak ayah kita dan bakal mak ayah mertua kita..mudah-mudahan dirahmati Allah selalu..

ini harapan saya untuk masa hadapan..
i wish..
sempat jaga mak ayah saya sepertimana mereka jaga saya sewaktu saya kecil..
kepada awak bakal encik suami..unknown..
semoga saya juga sempat berbakti kepada mak ayah awak yang telah melahirkan dan mendidik awak menjadi sebaik ini :)
kepada mak mertua..jangan marah saya if saya tersalah masak..hhuhu..saya sedang belajar..
didik saya seperti anak kandung mak ye...semoga kita menjadi sahabat nanti!
bimbing saya untuk menjadi ibu, isteri dan anak yang solehah untuk kalian semua.. amin.. :)


Friday, July 26, 2013

KAD raya pengerat silaturahim.

Assalamualaikum,

Tadi saya pergi shopping..shopping kad raya...!!!
Every years i must buy kad raya..wahh..speaking lak..

Sentimental value sikit bila kita bagi kad raya kan..
Boleh simpan kat celah buku..
kat bawah bantal..hehe
rindu2x boleh baca..

Saya dah listkan nama penerima kad daripada saya..
andakah??
hehe..


Semoga Allah merestui persahabatan kita..
walaupun jauh di mata.tapi tetap bersatu dalam doa..

Kepada rakan blogger yang inginkan kad raya daripada saya..
just comment saya nak ataupun like di page syira syahir dan tinggalkan comment 'SAYA NAK' anda di sini !!!

Mungkin anda yang bertuah.. :)
3 orang bertuah..

Thursday, July 11, 2013

Jodoh di tangan Allah..

Assalam dan selamat menunaikan ibadah di bulan puasa..

Nak kongsi semalam punya kisah..
first day ramadhan..

Sebelum solat isyak, kami adik beradik makan la kuih-muih...cetttt...macam banyak je..
banyak..lebih dari satu ketul...tapi sejenis..haha..

Makan punya makan..tinggallah lagi satu ketul..

Dah kenyang da ni...   



Terus kata kepada adik.."dik, makan ni..lagi satu.."
" tak nak lah.."
"Lorhh....makan...siapa makan last dapat suami soleh..."
suka hati aku,,haha

Ayat ni selalu guna dengan member2x..hehe..sebab tak nak membazir la kata...
Apa lagi..berebut la masing2x..gara2x nak suami soleh..

yang adik pulak..
"tak nak laki soleh"
"hhaaa????tak nak???"

"Jodoh kan kat tangan Tuhan..."

Haaa...amik nak setempek kena kat saya semula...hehe...
Memang la jodoh kat tangan Tuhan..
Aku nak ko habiskan je dikk.... huhu...

sambung adik..
"macam la aku makan ni...dapat laki soleh...."

Huhu...
Ok...jodoh di tangan Tuhan..tapi kita kena berusaha jugak..
jodoh tu pun macam kejayaan kita dalam kos la kan...
kena usaha...usaha dan usaha...usaha pelbagai jenis...usaha fizikal..doa...berbuat baik...
usaha dan tawakal...
yes or no jodoh kita bersama tu..biar Allah yang uruskan..suprises!!!!!


yang penting....laaa niii....kejar impian dulu..opss..kahwin pun impian jugak...
jodoh tu...saya tahu..ada..tapi belum masanya lagi.. :)



Monday, July 8, 2013

selamat berada dalam bulan ramadhan!

Assalam..haaii..
Di kesempatan, saya SYIRA SYAHIR ingin mengucapkan selamat beribadah di bulan ramadan.

Aiseyy...bulan lain hang x wish beria sangat pun..

ni kan bulan ramadan..bulan yang banyak fadhilatnya..
sama-sama kita grab peluang ni..

harapan saya, semoga puasa kali ini lebih bermakna dan bernilai.
insya Allah..

seronoknya...


:) 

Thursday, July 4, 2013

Kad Muhibah perantaraan kisah kami.

Assalamualaikum sahabat! Apa khabar?

Haa...setelah lama tak kemaskini blog..nak kongsi pasal kad muhibah. Pernah dengar tak?
Ni gara-gara adik terjumpa kad muhibah saya la ni..

Kad muhibah ni kira macam kad comel untuk sahabat kita di sekolah lain. Selalunya sekolah berasrama penuh dan Maktan Rendah Sains Mara ada sediakan servis ini. Pelajar-pelajar juga yang design kad-kad tu.
Cantik!!

Kad muhibah akan jadi penghubung rakan-rakan.
Bila row call pagi. ahli Badan Wakil Pelajar akan announce empunya kad tu..bila ada nama kita...apa lagi..excited bebnor!!! hoho...ye la kan..nak tahu siapa yang bagi.. MRSM or SBP mana..

terima kasih kepada anda yang pernah hantar kad muhibah kepada saya..hehe..
suka tau..simpan lagi..
tapi ada satu je..yang lain?? hmm..terselit dalam nota SPM zaman dahulu kala la tu...

macam sweet la sape yang bagi kad muhibah ni...erkk...saya sweet???haha...

\

haa...ni kata-kata motivasi dari confucius.. A JOURNEY OF A THOUSAND MILES BEGIN WITH A SINGLE STEP!!!

Sunday, June 2, 2013

Saya dah genap ....means ???

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!!!
Apa khabar? Saya alhamdulillah..makin sihat dan manis..cewaahh..
Dah lama tak update blog..huhu..biasalah banyak komitmen.

Nak citer...hmm..
banyak yang berlaku semenjak dua menjak ni..
jatuh longkang...aiyya...

ok ok..

saya dah genap ??? tahun!!!
alhamdulillah.. Allah masih pinjamkan umur untuk saya berbakti kepada-Nya, ibu bapa dan Islam.
27 Mei!
Hari tu..saya beli buku untuk saya sendiri!! Gila kan??? tapi nak buat macam mana..untuk statisfy kan diri saya...buat pembakar semangat..padahal, buku yang beli hari tu pun tak habis lagi baca.!
takpe..beli buku tak basi,..berguna sampai mati kan...
ilmu tu.. :)

lepas tu....hari ni saya puasa sunat..alhamdulillah..sejak tahun bila ntah..setiap kali hari lahir saya..saya akan berpuasa sebagai meraikan kelahiran saya.
my roomates dan sahabat saya buat suprise...waaaa........huhu..
terharu.,..

terima kasih!
16-??? years

hadiah daripada mereka..not include buku di bawah tu ye,, ;)

lagiii...hmmm...2 minggu kebelakangan ini, saya dua mesyuarat agung untuk kelab!!
Kelab Gemersik
Kelab Amatur Intelektual
Kelab BIOSIS

Alhamdulillah..semua kelab memberi keistimewaan yang tersendiri.
:) :) :)

Ni saya ...

calon je... tapi!!! ok la kan...hehe...

calon isteri...ehhh..hehe

serius..jadi calon kali ini mengingatkan saya waktu zaman sekolah dulu...mohon jadi Badan Wakil Pelajar..untuk jawatan Bendahari..padahal bukan tahu sangat pasal duit...alih2x...jadi Timbalan Presiden!!
Alhamdulillah!!! Kali ini..haaa...kita nantikan..

ok..berbalik kepada hari lahir saya... terima kasih kepada Allah,.semua..terutama mak ayah saya!!! akak sayang mak..sayang ayah!!!
sahabat2x...guru2x...semua lah!!! hehe..

terima kasih sebab kita bertemu dalam dunia ini walaupun seketika!

ok,,saya dah genap ??? tahun!! maknanya..dah boleh nikah! hehe,.
takla..
maknanya..saya kena kerja smart lagi untuk bekalan dunia dan akhirat,,pencen kubur nak kena get ready siap2x... amalan kena perbaiki :)

dan

 berdakwah sampai hujung nafas!! jihad fisabilillah!!!

hajat untuk tahun ni....hmm..banyak!!! hopefully tercapai!!

opppsss...lupa lak..all the best final exam for degree student like me and you!!! jawab betul2x ye...gunakan masa dengan sebaik-baiknya!!! love you all :)

ni sedikit perkongsian daripada usrah :) copy from my fb!

nak final da..
wish all the best!
ingat!! sila tajdid niat belajar kita.
study untuk final ke untuk mencari redha ALLAH!
fikir semula!
exam tu hanyalah salah satu jalan untuk kita mantapkan lagi penguasaan ilmu yang kita belajar tu...
pratical pun salah satu jalan juga,,
jadi..jangan stress nak exam ni..nak tnye..stress ke study?? 
study tu kan benda mulia..sila cek semula niat kita..






Sunday, May 5, 2013

Kisah selepas cuti MIDSEM

Assalamualaikum semua!! Alhamdulillah..dah 3 minggu di UMT selepas cuti midsem!

:)

Ni yang nak share pengalaman..3 minggu with 3 event!
Alhamdulillah. masa diisi dengan perkara yang berfaedah.



Minggu pertama--> BIOCON!
Untuk maklumat lanjut, sila klik--> biocon 2013
Saya selaku AJK dalam program ini berasa sangat
a. bahagia
b. teruja
c. bersyukur
d.semua jawapan di atas

d!!!

alhamdulillah, banyak input yang saya dan rakan-rakan dapat. Mudah-mudahan BIOCON next year lebih cemerlang,,kena buatan kertas kerja awal-awal ni..hehe


ada cik arnab tau waktu biocon, next year nak beli arnab..hehe..bagi hadiah untuk birthday saya nanti amatlah digalakkan!

tak lupa juga nak share..saya dah join TERENGGANU REPTILES CLUB!!
sebenarnya..dari dulu nak join..duk malas la..ape la..hoho..
lastly, gi daftar juga..
alhamdulillah..

dengan cik ular sayang..
mula first time sentuh ular..nerves,,sekali sentuh...nak lagi..hehe..
cuma tak berani nak kiss je lagi..
gambar atas ni kan...excited saya citer kat mak..mak suka je..aiishhh..anak aku ni..dulu gila duk gi daki bukit, ni gila ke ular pulak..

duk main dengan ular ni kan..tbe teringat kisah keturunanku..hmmm...if true,,biarlah muncul bila tiba waktunya..jangan duk nak panggil..hehe..seram mak..

and lagi satu...ular yang saya sayang ni la..berpotensi untuk ajak geng2x ular datang belit saya dalam alam barzakh nanti..if saya ingkar perintah Allah.. Allahurabbi...

di dunia, aku merelakan diulit sang ular..di kubur,,bagaimana???

next story...

kaki saya injured lagi!!!
Memang Allah dah atur akan terjatuh...huhu..
peristiwa 30 september 2010 berulang..

saya dan rakan2x sematrik buat reunion..

tq sahabat!!!



next...saya pergi ke BENGKEL PENULISAN DAKWAH bersempena program Majlis Kolej Siswa!
3 orang penulis diundang, iaitu,,ustazah Fatimah Syarha, DR.Farhan Hadi dan Dr. Mohd Fadzil bin Mohd Akhir.

Waaa...teruja mak..huhu..
sukanya..tq Allah..
inilah takdir Allah, ikutkan nama saya takde pun dalam list untuk ke bengkel tersebut, terlepas pandang nak isi nama,,
lastly, tanya ada peserta yang cancel tak..
alhamdulillah, rezeki..
dapat jugak join program ini..


Bersama Ustazah Fatimah Syarha
karya terbaru Dr. Farhan..
next,,
meeting SINERGI..ehh..suprises untuk bithday bulan april dan mei,,saya bulan.....jeng2x..
tq!!! 1 mei dah dapat kek!!

Ukhwah itu indah apabila atas nama Allah..

tq for this cake!


haa...buat pertama kalinya..saya mengikuti program TRC!



Pengalaman jaga haiwan..waa...saya rasa dekat dengan Allah..
waktu telefon dengan mak..mak tanya..tak takut ke?
tak lah...ehh..takut jugak..hehe,.,.
tapi..ular dan semua haiwan tu kan makhluk Allah juga..
diorang lagi taat kepada Allah compare dengan akak ni...

dan pulak..seorang pengunjung ni tanya..
awak ada ilmu ular ke??
hoo..macam mistik lak dia tanye...
ehh..x la..belajar sikit2x je.. (dalam hati..ambe baca bismillah, doa banyak2x..bila belai cik ular ni..)
ada ilmu ular la tu dia kata..

serius, saya dah jatuh sayang kepada ular,..bukan abang ular ye..hehe..
pengalaman??
tak yah cerita lah..Allah dah bagi yang terbaik untuk saya dan ahli TRC..thank you Allah..
semoga saya dan rakan-rakan dapat join lagi event dengan TRC.,


setakat ini lah..storynye..hehe..banyak nak share..tapi....biasalah..hidup sebagai mahasiswa..besar tanggungjawab tu,,.

mudah-mudahan Allah merahmati anda dan saya dalam menjalani kehidupan yang mendatang,
bulan rejab dah masuk kan?? jom banyakkan berpuasa sunat..

next event....hoho..nantikan...

sekejap je kan masa,,,

Demi masa.
sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
melainkan yang beriman dan beramal soleh,
yang berpesan-pesan dengan kebenaran, 
yang berpesan-pesan dengan kesabaran.




Tuesday, April 9, 2013

Tempe ke tampo?!

Assalamualaikum dan hai semua!
Apa khabar?hoho...nak cari mood update blog bukan main duk cari masa dan idea..

Haa...minggu lepas, kos saya pergi buat amali di Bukit Bakar..
tapi saya tak update lagi di blog! hehe..no mood..

kali ini..nak kongsi sedikit input pasal.... TEMPE!!!!


Ni gara2x pergi geledah buku di rumah..jumpa MASTIKA edisi MAC 2013!
Jumpa pulak pasal tempe..

apa lagi...terus fikir nak share ngan kalian..



makanan kegemaran ni..orang kata tempe ni asalnye orang jawa ye makannye..
ehh..kita tak jawa..tapi suka tempe!!! 1 malaysia kata!!!!

Kajian mendapati...kandungan isoflavon dalam tempe mampu mengurangkan proses penuaan terutama untuk wanita yang hampir mendekati waktu menopaus. Manakala, pada lelaki pula membantu mencegah kanser prostat.

kandungan kalsium yang tinggi boleh cegah penyakit osteoporosis. Bagus untuk tulang!
kandungan protein dalam tempe sangat tinggi. Ia mudah dicerna dan baik untuk mengatasi masalah cirit birit dan keracunan makanan.
mengandungi zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan dan mampu menurunkan tekanan darah bagi mereka yang menghidapi penyakit darah tinggi.
agen bakteria yang dihasilkan tempe mampu mengurangkan jangkitan kuman.
kandungan asam lemak pada tempe mampu mengurangkan kadar kolestrol.
tempe mampu mencegah kanser sebab ada antioksidan dan hipertensi juga.

nyum,...sedap tau tempe...huhu,,,, banyak khasiat pulak tu!!!
buat sambal tempe lagi la...perrggghhhh....


sambal tempe!!!!
bahan:
2 keping tempe potong kecil.. goreng
segenggam ikan bilis.. goreng
kacang tanah.. goreng

bahan untuk sambal:
5 sudu cili kisar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit bilis
sedikit belacan
air asam jawa
garam, gula dan serbuk perasa
minyak utk menumis

cara:
tumbuk bawang merah.. bawang putih.. bilis dan belacan
panaskan minyak..
tuniskan bahan yg telah ditumbuk sehingga kekuningan..
masukkan air asam jawa.. garam gula dan serbuk perasa secukup rasa..
masukkan bahan yang telah digoreng.. gaul sehingga rata..
sedia untuk dihidang

sumber : dapur maklong




Tuesday, March 26, 2013

Gunung Muntahak bersama kami!

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua!

Dah makan belum?

Nak kongsi ni...minggu lepas..saya dan rakan2x pergi ke Gunung Muntahak, Kota Tinggi, Johor.
haa,,,
saya bukan pergi suka-suka tau!
ada misi untuk dicapai!ecece...
sebenarnya..tak plan pun nak pergi program ni..entah macam mana..antara dua pilihan, saya pilih untuk ke sini..johor tu!!!

ku ukir namamu di awan gunung muntahak... ;)

ok ok serius!

program ini anjuran SOHOR, Kem Jati Diri Pasca Mahasiswa yang berlangsung selama 2 hari 1 malam penginapan khemah ye anak-anak!
ala..nama pun masuk hutan, khemah la..ko nak hotel 5 bintang pulak!

kami bertolak..eh..pergi malam sebelum kejadian..tepat pukul 9 malam..enjin bas UMT dah panas!hoho..

sampainye..solat subuh di masjid mana ntah..di kota tinggi!
tempat sahabat saya kota tinggi tu..teruja kakak ni..hoho..

opss..sebelum terlupa, kami dipecahkan kepada 4 kumpulan..saya kumpulan keempat!
alhamdulillah..semua geng memang terbaik!

hari pertama tu..
pertandingan memasak masakan rimba (lebih kurang gitu la namanya..)
kekok makkk..haha..selalu di dapur, ni di rimba..

baNYAk la yang saya belajar..
kerjasama,
peranan ketua dan anak buah,,
dalam nak buat sesuatu perkara tu kita kena ada plan..
lau xde plan..kita tak nampak matlamat sebenar kita.

kumpulan 4..

petangnye pulak..ice breaking..

haa..ad kembara halangan juga,..best!!!
saya ni pantang jumpa air..lupa daratan sebentar! hehe..

malam..save and rescue..
hmm..cano nak explain..ala..
macam belajar pertolongan cemas.,tapi kita buat simulasi terus..
best!!! macam macam yang kami belajar..pendek kata..refresh semula apa yang pernah belajar waktu sekolah dulu...
save and rescue
esoknye...waktu yang dinanti-nanti!

pendakian gunung muntahak!!!!
yeahhh,,
semangat tau..
tapi..saya ni..semangat and cuak! hoho..
ye la..setiap perkara yang kita lakukan dalam hidup ini ada risiko..tak kira kecil atau besar..macam tu juga dengan pendakian ini..
macam-macam boleh jadi kan..who knows?


dengan lafaz bismillah..
kami memulakan pendakian..
memang berliku dan berair..
haha..
bila daki..jumpa air terjun,,.sungai..automatik rasa penat tu hilang..
dapat main air sungai...

start..
ada style..hoho
sahabat kos saya :)


memang berjuta kesyukuran dan keinsafan dalam hati ini timbul sepanjang perjalanan mendaki dan pulang ke tapak perkhemahan.

subhanallah, indahnya pemandangan..air terjun!!!
batu2x sungai yang besar..
akar2x pokok..yang membantu mengukuhkan struktur gunung..
cuba bayangkan jika pokok2x ditebang..habislah..
mana pergi gunung,,air terjun..
hilang semua...!
tak sempat generasi akan datang merasai keindahan yang kita rasa sekarang,

haa..kami juga dapat flying fox..ni second time duk flying..first dulu waktu plkn..
dah pernah terbang kan..kurang lah cuak..tapi kena berhati-hati jugak.. :)

yeHaaa...

sampai di puncak bukit tu,,mak aiii..kami dapat hadiah..apa dia..hoho...
ni lah hasilnya...

di puncak gunung

nak tahu tak,,,yang muncul dalam minda saya bila sampai ke puncak..
aiikk..mana punca air terjun..??
tiba jadi macam gunung sahara..hoho..
bolah buat video kat sini... ;)
hebat kan Allah cipta...

bila naik pun bermacam cabaran...turun dari gunung apatah lagi..
dalam hati saya..tak henti duk subhanallah, alhamdulillah , allahu akbar kepada Allah..'
(kok ye pun nak jadi apa-apa,,biarlah dalam redha Allah..)
alhamdulillah..berkat kerjasama semua..terutama orang yang sentiasa di belakang dan hadapan saya yang sentiasa bantu saya sepanjang pendakian..masih mampu tersenyum kakak ni..hoho..

serius...banyak2x gunung yang pernah saya daki..ini paling mencabar dan best!
mana taknya..ada air terjun, jernih tau air di sini..
jadi, sila jaga keindahan alam di sini,
esok-esok boleh bawak family datang berkelah di sini..

p/s : terima kasih kepada semua..kak wawa selaku puan pengarah, AJK yang terlibat, fasilitator2x, jangan lupa like page ini tau.. iftitah MEMO dan rakan-rakan yang saya dah start sayang ni..hehe..
kenangan bersama kalian tetap terpahat dalam hati saya..pahit manis tawar..segala kenangan kita citer kat anak cucu nt..
ada rezeki, kita berjumpa lagi.. :)  ni baru  sikit citer..nak citer banyak jom minum tea kat kedai d'orange..)

sebelum pulang ke UMT 

apa yang dapat disimpulkan..

naik gunung ni..macam analogi kehidupan kita,,
banyak halangan dan pilihan ..setiap daripada itu..kita kena bijak membuat pilihan!
kadangkala kita terjatuh, mungkin jatuh sikit atau teruk..
(tbe tengah lalu dalam kawasan sungai, tersepak batu besar..tergelincir..sakit weiii...)
kita kena kuat untuk bangkit semula..
Allah takkan uji kita melainkan sesuai dengan kesanggupan kita tau..
pengalaman yang akan mematangkan kita. Insya ALLAH..

Wednesday, March 20, 2013

Hubungan kami dah 2 tahun!!

Assalamualaikum dan salam sayang!!!
sayang terus...hehe..

alhamdulillah..diberi kesempatan nak update ( kelas postopone ke petang pulak..tapi lepas ni nak pergi library dan urusan sikit..petang ni wat amali di pantai, malam ceramah dan kelas..)
habis satu hari saya kongsi!

Haa...apa citer kalian semua?
Saya..alhamdulillah, waktu terisi dengan perkara2x yang penting dan insya -Allah..sesuatu usaha ke arah mencari redha Allah.

Alhamdulillah, alhamdulillah dan alhamdulillah!
Kenapa?
Sebab masih diberi peluang untuk jadi hamba Allah!
Hamba Allah yang damba untuk bertemu dengan Allah!

dan...
nak tau tak..
hubungan saya dan dia dah genap 2 tahun! 
2 tahun!! baru lagi,,baby 2 tahun baru pandai berlari kan :)
muda pun..mudahan berkekalan :)
doakan kami setia ke hujung nyawa!
(erkk...pengaruh tv pulak)


hoho,.,hari ni genap kami bersama!
first date kami ni diaa... 
ish2x..date segala bagai..

ni la..hubungan saya dengan si akustatik ni
my lovely blog!
my apa lagi..

kenapa la saya boleh declare ada relationship dengan dia!aq
yang pasti nak cari redha Allah..
hajatnye dengan duk contact ngan dia ni dengan cara yang betul..dapatlah sebarkan sesuatu yang bermanfaat kepada ummah.
yang lain tu,,
i love to writing..jadi ini salah satu reason duk stay dengan cik akustatik ni!

jadi..selamat ulang tahun sayang!! hoho..
tq Allah, bagi masa ni untuk update kisah kami..
Allah duk tengok ni kita dating tau,.



selamat ulang tahun :)
haa..bagi hadiah lah untuk kami..nak kek! hehe..

p/s : jom hadiahkan al-fatihah kepada semua makhluk Allah dan para khalifah bumi (manusia...) yang sentiasa menyayangi kita :) pokok2x dan kucing pun sayang kita tau..kita je tak perasan :)

hajat nak tukar lagu kat blog ni,,x tertukar lagi,,sabar ye.. 




Saturday, March 2, 2013

semester 2~starting punya kisah!

assalamualaikum dan salam sejahtera!
dah hampir 3 minggu tak update blog. almaklum..broadband tak bagi makan..hehe
alhamdulillah..saya sedang menjalani kehidupan sebagai siswi untuk semester 2!
muda lagi..hoho..ehh..usia makin kurang kakak ehhh,,,

sem kali ini saya ambil 6 subjek, sama macam sem lepas.
tapi kali ini lagi hebat sebab ada dua subjek 4 kredit.
hoho...kena kerja keras nak capai target! sem ini saya nak dapat dekan!!doakan kita tau ;)

nak tahu tak apa yang jadi dalam masa dua minggu dalam sem ini?

saya menyertai kafe cinta..best! anjuran Pembina KT dan MPP UMT.



antara pengisian yang saya dapat...
- ingat ye ..dosa tak boleh didekati apatah lagi dicuba. macam couple la kan..bila dah cuba..haaa...mulalah dosa tu senang je nak ikut kita
-bercouple adalah KUNCI syaitan...ye la..cuba tengok..betapa angaunya pasangan bercouple..duk berkepit, berayat-ayat..nauzubuillah
-apa-apa hal pun dalam hidup ini kena yakin dengan Allah tau.

dan banyak lagi input yang menarik.

ni adab yang perlu dijaga apabila berjumpa dengan insan yang berlainan jantina.

1. Jaga niat. Ingat tujuan kita nak berjumpa mestilah hal perlu dan positif sahaja.
2. Jaga suara, tak payahlah nak sengaja nak memanjakan suara. boleh cair cik abang dengar si wanita merengek manja.
3. Jaga pakaian. Pakaian yang menutup aurat.
4. Tempat pertemuan. Jangan pergi berjumpa tempat yang sunyi dan gelap pulak! bajet hero pulak ko ek!! gi tempat yang terbuka tau dan ramai orang!
5. Mesti ada mahram menemani kita. Haa...tapi macam kes kita khususnya yang berada jauh dari keluarga, cukuplah membawa sahabat yang kita percaya. susahlak nak mengangkut adik-beradik teman kita kan!!!hoho
6. Jaga pandangan mata. Ingat ye, dari mata turun ke hati tu!! hehe..jangan nak tatap sangatlah muka orang depan anda.
7. Topik perbualan yang wajar dan perlu sahaja.

Ini kata-kata yang saya suka baca..hoho..ada pada kertas program.

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar 
dan dua mata untuk melihat.
Tetapi, mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati kepada kita?
Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya.
Itulah namanya CINTA,

Lagi..program..

Public Talk Boreal Forest Fragmentation Implications of Forestry on Biodiversity and Climate.
Ceramah yang disampaikan oleh Miss Amanda Tas from Sweden. Beliau ini adalah Nature Conservationist.

Banyak input yang saya dan member2x dapat.

Yang pasti, sayangi alam sekitar ye anak-anak.

Lagi..haaa,,lab vertebrate pertama saya!!
bersama ikan yu,,huhu

lukis2x haiwan dalam laut, encik ikan, encik pari dan banyak lagi.
subhanallah..indah ciptaan Allah :)

lagi...lab prinsip ekologi pertama saya!
saya dan member2x belajar menggunakan alat-alat untuk mengkaji alam. Banyak..hehe..
best, walaupun not real forest, but enjoy..nanti lah masuk hutan.
group projek eko! amir tangkap gambar :)


lagi..haaa...alhamdulillah..saya baru sahaja menyertai Kelab Amatur Intelektual (KAI)!
sem lepas tak join sebab entah..hehe....
sem ini nak join dan dapat..dan alhamdulillah..


bersama para sahabat :)
lagi satu...saya join HOKI!!! yeahhh...ni join yang tahap serius ni!!! terkejut padang bola nampak saya tadi. mana taknya..boleh bilang berapa kali pergi padang..selalu pergi ke pantai je..
terkejut urat2x badan..hehe...

sem 2 baru 2 minggu berlalu..
banyak impian saya untuk sem ini, ternyata sem ini lebih padat dengan tanggungjawab sebagai pelajar dan organisasi.

Mudah-mudahan Allah memberi saya dan anda semua kekuatan untuk menjadi hamba yang Allah redha.




Friday, February 1, 2013

al-hidayah_Muslimah Bebas

assalamualaikum semua :)



tengok tak al-hidayah 1/2/2013 tajuknya MUSLIMAH BEBAS???
alhamdulillah...tengok, sebab tu nak share.
kali ini saya catat dengan pen, bukan dengan mata semata-mata..hehe..
semangat duduk depan tv,( tak tolong mak masak eaa...)
tolong la..haha..tolong tadi.. :)

Panel jemputan adalah ustaz Mohd Izhar Ariff

Apakah yang dikatakan dengan MUSLIMAH BEBAS???
Bebas macam mana?



Muslimah adalah wanita islam yang taat kepada ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW dengan mentaati segala suruhan ALLAH dan meninggalkan larangan-Nya.

Wanita muslim..iaitu muslimah yang banyak melakukan maksiat kepada Allah digelar Fasiqah.
Tidak lah jatuh kafir, kerana masih Islam.
Begitu juga dengan muslim, muslim yang melakukan maksiat kepada Allah digelar Fasiq.

Tahu tak? orang fasiq tak boleh jadi wali kepada anak gadisnya untuk bernikah.

Ha...jadi, abang2x dan ayah2x..jadi muslim yang sejati tau..nanti boleh jadi wali kepada anak gadis kalian.Zaman sekarang, selalunya berwakilkan tok kadi sebagai wali untuk menikahkan anak gadisnya.



Apakah ciri-ciri MUSLIMAH BEBAS?


  • Taat kepada ibu bapa.
  • Taat kepada suami.
  • Mencegah sikap mengumpat.
  • Tak jahil tentang hukum-hakam agama, fikah dan sebagainya.
  • Mencegah perkara yang merosakkan iman seperti memakai susuk, pelaris dan sebagainya.
  • Mencegah sifat mazmumah.
#mencegah sifat mazmumah..ustaz Izhar kata tadi..orang perempuan janganlah jeles dengan kelebihan yang dimiliki wanita lain seperti kecantikan. Ingat ye,,kecantikan itu subjektif.

Ye la...semua orang cantik tau!!! Allah dah cipta kita cantik dah!!

Hikmah menjadi MUSLIMAH BEBAS:
  • Memiliki keluarga bahagia. Apabila kita sentiasa melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan, Allah akan temukan kita dengan pasangan yang sesuai buat kita dan hadirkan sebuah keluarga yang bahagia.
  • Bebas daripada perkara yang memudaratkan. Contoh, apabila kita menutup aurat dengan sempurna, secara automatik kita akan dilindungi oleh Allah daripada segala fitnah dunia.
  • Disayangi suami.

Sekian, perkongsian pada hari ini. Alhamdulillah :)
Mudah-mudahan Allah redha.

Jelajah - Pulau Pinang 2 hari 1 malam

Hai u all. Ni cik syira nak update setelah setahun lebih. hahahaha Nak tawan hati para followers, meh kami share jenjalan kami p Penang. ...