Friday, December 23, 2011

selayar kenangan*hijrah remaja

assalamualaikum rakan blog sekalian..rasanya hampir sebulan lebih kita tidak memasukkan sebarang entry.
kesibukan sebagai penuntut ilmu,tidak memberi kesempatan kepada saya untuk bercerita.




entri kali ini saya ingin bercerita pengalaman saya mengenai HIJRAH REMAJA
cerita ke?
lagu ke?
Hijrah remaja adalah program motivasi yang dianjurkan oleh salah sebuah syarikat motivasi di Malaysia..
Saya menyertai program ini selama 2 hari 1 malam.
Anda tahu siapa yang menytampaikan motivasi itu?
Ustaz Hasrizal,beliau adalah penulis blog KLIK SINI
Kata-kata ustaz banyak membuat saya berfikir tentang kehidupan dan tentang diri yang hina ini,,

salah satu kata beliau ialah

JADI ORANG YANG HEBAT BUKAN PILIHAN,
TAPI KENA JADI HEBAT,
SEBAB SYURGA TERIMA ORANG-ORANG YANG HEBAT!!

teruja saya mendengar kata-kata beliau,
bayangkan..para serikandi Islam seperti Sumaiyah..pahlawan Islam seperti Khalid Al-Walid,
anak-anak palestin yang mati syahid,
dan sudah tentu baginda Rasulullah turut berada di syurga,
susah ke nak masuk syurga?
itu persoalan yang bermain di benak fikiran saya..
fikirkan..

lagi kata-kata beliau yang sempat saya salin

ORANG YANG BERUBAH KERANA TERPAKSA ADALAH MANGSA
ORANG YANG BERJAYA..
ADALAH
ORANG YANG PAKSA DIRI UNTUK BERUBAH

antara analogi yang ustaz berikan ialah,contohnya..kita seorang yang nakal,tbe tbe kemalangan patah kaki..contoh la,,,
then,barulah nak berubah setelah jadi macam tu..see!!
berubah kerana terpaksa sebab kerana keadaan daH jadi macam tu..jadi..
paksa diri untuk berubah!!
pendapat saya,kita yang kena ubah diri kita,,jangan manjakan diri!

kehadiran kakak kakak dan abang abang fasi daripada ipta,
pertama kali jumpa..subhanallah,sejuknya hati saya melihat mereka,cantik bertudung labuh,ada yang berpurdah,terasa hina pula diri ini..
kakak dan abang fasi memberi impak positif kepada saya..
di situlah saya belajar untuk lebih istiqamah,lakukan solat dhuha,,
subhanallah,,Allah bantu saya untuk berubah dan menjadi lebih baik..
dan,saya teringat kata kata seorang kakak fasi

ELAKKAN TABARUJ,
SEBAB WANITA,,KITA INI MEMANG DAH DICIPTAKAN OLEH ALLAH SANGAT INDAH,,CANTIK..
SEBAB ITU WANITA ADALAH AIB,AIB YANG PERLU DIJAGA
jagalah aurat,,hiasi peribadi dengan akhlak yang mulia

subhanallah,
terlampau banyak kenangan dan peristiwa yang membuat saya tersentak dan bertekad untuk BERUBAH KERANA ALLAH..
ya Allah,,,sungguh indah kenangan yang Engkau berikan kepadaku ini,,
tak terungkap,
sekian,terlalu indah pengalaman ini..

buku ini saya dan rakan yang lain dapat di sana,
pengisiannya sangat sesuai untuk kita para remaja menghargai cinta yang hadir,
PERKAHWINAN SEBENARNYA MENGGABUNGJALINKAN ANTARA CINTA,KASIH SAYANG,TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN













Jelajah - Pulau Pinang 2 hari 1 malam

Hai u all. Ni cik syira nak update setelah setahun lebih. hahahaha Nak tawan hati para followers, meh kami share jenjalan kami p Penang. ...