Wednesday, August 29, 2012

pahala berpanjangan dengan menjaga aurat

assalamualaikum..

siapa setuju?
wanita memang cantik!!!
serius...yang seksi tu sure lah cantik..sebab nampak..haha..tak malu ko nak seksi seksi..
seksa abang tengok..
yang tertutup tu..manis je..haa...abang nak tengok pun malu..sebab tak nampak..
malu nak perhati lama-lama takut kantoi



duk google majalah kat rumah..
terjumpa majalah solusi isu 41 TUTUP AURAT SUPAYA SELAMAT

tutup aurat + niat ikhlas kerana Allah + pelaksanaan betul + natijah yang baik + tidak meninggalkan ibadah asas = sedang beribadah

dengan menutup aurat, wanita solehah telah membuat pilihan yang tepat  dengan memilih sebaik-baik pakaian iaitu pakaian TAKWA.


haaa...

jom kita create this list comel comel dan tampal dekat almari pakaian..
tandakan right or pangkah kat list tu...

1. PAKAIAN

  • fabrik yang tak terlalu tipis sehingga menampakkan bayang tubuh dan warna kulit
  • longgar dan tidak ketat
  • menutup seluruh bahagian lengan sehingga pergelangan tangan
  • kain atau seluar yang dipakai perlu labuh menutupi betis dan buku lali
  • menutup kaki (pakai stokin ke)
  • tidak menyerupai pakaian lelaki
  • tidak menyerupai pakaian wanita Musyrik atau kafir
  • bukan pakaian yang mempamerkan syuhrah (sifat berbangga-bangga)
2. TUDUNG

  • menutup keseluruhan kepala dan leher
  • labuh menutup bahagian dada
  • fabrik yang tidak terlalu tipis sehingga menampakkan rambut dan bentuk leher
3. PERHIASAN

  • tidak bertabarruj sehingga menarik pandangan
  • bersolek secara sederhana dan tidak berlebih-lebihan
  • tidak disemerbakkan dengan haruman yang melampau
  • menggunakan alat perhiasan bukan tujuan untuk menunjuk-nunjuk


haa...
bab tudung kan,,saya ada google blog tadi..
terjumpa frasa MAKSIAT TUDUNG???
hmm...agak ganas bagi saya..
dalam bacaan saya lak..
TUDUNG DEDAH..
hmm..
yang tak menepati syarat pemakaian la ni kan...


sedar tak...kita menutup aurat dengan sempurna,,,pahala tak henti henti mengalir untuk kita..
tengok..betapa ALLAH MAHA PENYAYANG..




Monday, August 27, 2012

cara-cara nak selamat di universiti

assalamualaikum kengkawan..wahh..kawan..ye la..
hari ni saya pergi melawat baby baru...so cute...halus je pipi...geram saya..


haaa,,,menghitung hari nak pergi universiti ni kan,.,
untuk akak dan abang,,nak sambung tahun baru,,
bagi saya dan yang lain..
nak sambung degree!!!
alhamdulillah..


impian dari kecik tu nak masuk universiti..cuba ingat,,
ayah..tok..cikgu,,semua kata

BELAJAR RAJIN-RAJIN,NANTI LEH MASUK U..
haa...c u...
zaman dulu kecoh satu kampung kalau dapat masuk u..
zaman sekarang,,pelik kalau tak masuk u..
ehh...jangan la pelik sangat..
Allah ada plan untuk kita semua kan..

haa..maih sini,,
nak kongsi pesanan apabila di ipt..
saya pun baru nak jejak..
so,,bukan nak tunjuk hebat..cuma nak berkongsi apa yang saya dapat..
kongsi ye!!

ingat duk universiti sentiasa selamat ke??
kita yang pilih nak selamat ke huru-hara kan..



haaa...
~ kita kena SET NIAT DAN TARGET!niat bukan nak bikin hot..cool je..haha..niat nak menuntut ilmu kerana Allah..

~PANDAI PILIH SAHABAT..haa..berkawan lah dengan semua orang..tetapi jangan terpengaruh yang tak baik..
almaklum..semua jiwa panas..darah muda..semua nak cuba..

~jaga HUBUNGAN KITA DENGAN ALLAH DAN MANUSIA
*baca quran at least 1 page satu hari
*nak kuar bilik tu..baca lah ayat kursi..selawat..mudahan kerja kita berkat dan dilindungi
*sesibuk mana pun kita...rajinkan diri dengan aktiviti agama..solat jemaah

~KAWAL NAFSU

~elak CULTURE SHOCK..terkejut tengok yang pakai ketat-ketat..awak pun nak try..jangan...
just BE YOURSELF

~JAGA DIRI..tu yang penting..

~CINTA??saya tak halang..sebab ni soal hati..ecece..ko terasa ke dik??
jaga elok-elok...SETIA..jangan MAIN-MAIN CINTA..sakit tau tak..tapi jangan nak duk berkepit je..lemas mak cik!!

jadikan cinta sebagai pemangkin semangat untuk kita berjaya,
jangan jadi pembakar semangat!!
haha...terbakar ko nanti...


~jangan lupa MAK AYAH..doakan kesejahteraan mereka..calling la selalu..

~HORMAT ORANG LAIN


sekian saja dari saya..banyak lagi nak buat..haha..tamak..ni pun idea dari kakak saya..tq sis..
all the best for us..kita fokus dan cipta kecemerlangan!




Sunday, August 26, 2012

kahwin nak pilih yang mana??

assalamualaikum,,haa...selamat siang...
ni saya nak huraikan satu topik yang saya kata nak huraikan kan..
ingat??
ada...jap dalam link ni ce tekan..

jadi...jom kita baca..sumber daripada buku Aku Terima Nikahnya.. daripada ustaz hasrizal
best buku ni...tiba jadi matang jap saya soal hati ni,,,hehe...
almaklum..banyak sangat nasi kawah dan nasi minyak kat kampung...suka tengok orang kahwin.

"Perempuan itu dinikahi kerana empat pertama: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. maka pilihlah yang memiliki agama, nescaya sejahteralah hidupnya."


1. Apa tujuan berumah tangga?

“Begin with the end in mind” adalah slogan kita untuk menetapkan matlamat kehidupan dan segenap peringkat perjalanannya.

Berkahwin kerana harta? Harta bukan sumber bahagia.
Harta bukan matlamat utama dalam menentukan pemilihan pasangan.

Berkahwin kerana keturunan? Keturunan bukan jaminan untuk bahagia.
Soal keturunan bukan penentu mutlak kerana setiap manusia lahir dengan fitrah yang satu dan murni, lantas setiap mukalaf dan mukalafah mampu kembali kepada kemurnian itu, biarpun lahir ke dunia tanpa bapa yang sah sekalipun.


2. Berkahwin kerana kecantikan?


Cinta itu dari mata turun ke hati. Maka mata pemutus pertama. Jika berkenan di mata, mudahlah mata memujuk hati.
Tetapi selama mana kecantikan menyenangkan kehidupan? Kecantikan, biar secantik mana sekali pun, akan pudar perjalanan masa dan boleh dicabar oleh naluri manusia yang mudah kalah dengan alasan JEMU.
Cantik bukan sumber bahagia, ia bukan matlamat atau pertimbangan dalam menentukan pasangan.

“Maka pilihlah yang memiliki agama...nescaya sejahtera hidupmu,” pesan Nabi SAW.

“Maka saya kena kahwin dengan ustazah, saya kena kahwin dengan ustaz!”kata seorang pelajar ‘bukan bidang agama’.



3. Penyakit tidak jelas?

Apakah yang memiliki agama itu mesti seorang yang ustazah atau ustaz? Maka berkahwin dengan golongan ini, jaminan bahagia. Benarkah?

Di sinilah penting untuk kita bezakan golongan yang TAHU agama, MAHU beragama dan MAMPU dalam beragama.

Apakah TAHU itu merupakan maksud kita beragama dengan agama Islam ini? Sejauh mana gred A yang digarap dalam subjek pengeTAHUan Agama Islam menjadi bekal dan perisai generasi Muslim yang beragama?
‘Yang memiliki agama’ itu lebih luas daripada sekadar sempadan tahu agama. Ia adalah soal MAHU yang menjadikan penegetahuan agama itu dihayati,dan MAMPU dalam erti dia sentiasa bermujahadah untuk memperbaiki diri.

Maka janganlah disempitkan maksud mencari yang beragama itu hanya pada mereka yang berlabelkan ‘jenama TAHU agama’ tetapa apa yang penting ialah mereka yang MAHU dan terbukti pada perbuatan hariannya dia sentiasa berusaha menuju MAMPU.

Dia mungkin seorang ustazah.
Dia mungkin seorang jurutera dan doktor.
Dia mungkin bertudung labuh.
Dia juga mingkin belum bertudung, tetapi sentiasa mencari jalan untuk menuju kesempurnaan kebaikan. Dia seorang yang membuka dirinya untuk dibimbing dan diajar.

4. Hanya 'beragama'?

Ada pula yang menyangka bahawa kebahagiaan rumah tangga itu terletak pada beragamanya pasangan kita. Soal harta, keturunan dan rupa paras tolak tepi.

Maka jadilah seorang perempuan yang fasih lidahnya tentang agama dan rapi pakaiannya sebagai isyarat dia beragama, tetapi dia tiadak mengetahui nilai harta. Dia boros dan tidak bijak menguruskan harta rumah tangganya.

Dia nampak elok beragama, malah mungkin seorang pejuang agama, tetapi dia tidak peduli pada nilai keturunan dan kekeluargaan. Padanya, soal kekeluargaan dan keturunan bukan urusan agama.

Dia bijak dalam memperkatakan tentang agama, tetapi dia menjadikan alasan untuk todak peduli kepada penampilan diri. Pakaiannya selekeh atas nama agama, kulitnya tidak bersih beralasankan agama. 

Jika perempuan, dia tidak peduli untuk mewangikan diri atau bersolek untuk mengemas diri, kerana padanya itu semua bukan kehendak agama, dan si suami menikahinya bukan kerana itu. Saban hari mukanya bertepek dengan bedak sejuk dan tubuhnya bersarung baju kelawar. Hambar...

Jika lelaki, dia biarkan diri selekeh dan sentiasa berkemban di dalam kain pelikat dan baju pagoda, membiarkan bau peluh jantannya tidak berbasuh, kerana semua itu tiada kaitan dengan agama.





eh...syira???
hehe...nama saya..

so..amacam??
nak pilih yang cane ek??
saya kan nak yang beragama...
hehe...gatal,,bukan gatal..harapan tu..

tak hensem takpe..nanti dah bersama..saya akan buat hidup beliau jadi 'hensem'!!!
tak kaya takpe,nanti kita berusaha untuk kaya dunia dan akhirat ye..
keturunan??hmm...kita ramaikan umat nabi Muhammad yang berkualiti ye!!!





Saturday, August 25, 2012

awas!makanan dalam tin

ceh,,,tajuk cam hot je!!!
lantakla..asalkan hati anda tergerak nak baca seperti mana saya terdetik untuk berkonsi dengan anda :))


ambil perhatian sebelum membeli makanan bertin

  • Pastikan memilih produk yang rendah kandungan garam,gula dan lemak.
  • Pilih makanan bertin yang bebas bahan pengawet dan monosodium glutamate.
  • Campur makanan bertin bersama sayur-sayuran segar untuk mendapat khasiat lebih tinggi.
  • Sekiranya mampu, makan makanan organik bertin adalah pilihan yang lebih bijak.
  • Makanan yang ditinkan di dalam air adalah pilihan baik untuk mereka yang mementingkan ramasalah berat badan, Sirap cair lebih baik berbanding sirap pekat kerana kandungan gulanya yang rendah.
  • Sekiranya ragu-ragu, bilas makanan dengan air bersih kerana ia dapat mengeluarkan kandungan gula atau garam yang berlebihan.
  • Periksa tarikh luput dan elakkan membeli tin yang bocor,membonjol,kemek atau tak sempurna.
haaa...berguna tak??
sumber metro 24 ogos 2012

Wednesday, August 22, 2012

shopping muslimah online :)

assalamualaikum dan salam lebaran :)
ingat tak saya pernah cakap nak kongsi kedai shopping online yang saya selalu geledah dan berurusan..hehe..
ingat tak??
dekat entry istiqamah dengan hijabmu

ni saya share ye...


  • hijab...haaa...banyak koleksi tudung labuh...like la ye..
  • hudanur collections ni lagi la...tudungnya high quality...kenal dah ngan akak aini..
  • ummi balqis collection haa...ni tudung labuh yang cam ustazah tu,,kain dia sedap pakai..labuh dan   sejuk je..tak panas..purdah ada sekali tau..tudung akel..banyak lagi

banyak lagi sebenarnya..tak terlist..google sendiri ye..

ni baju pulak,,,

  • baju muslimah
  • anggun muslimah haaa..ni page kawan saya...promote sikit
  • puteri muslimah..haaa...ni page yang saya selalu singgah dan berjual beli..serius...akaknye baik...hehe...baju cantik cantik..kain muslimah pun ada jugak..
  • hilyah ni brand pertama saya pakai..kainnya sejuk je dan tebal..
haa...amacam??
banyak lagi..tapi ni yang saya selalu singgah dan bertanya,,hehe
bukan susah nak tutup aurat kan..

stokin lak???
ala..x sampai rm10 pun kan...

Friday, August 17, 2012

jauhi kekasih PANAS BARAN

assalamualaikum..haa,,baca dah entri semalam klik!!
hari ni di saat ini nak kongsi artikel berkenaan berita yang gadis koma dibakar oleh kekasihnya tu..
waahh,,,sekali baca tajuk tu..saya toleh sekali lagi..mak aii...
dahsyatnya lelaki ni..sakit tau tak kena bakar..waaa...kena pukul.,..tak suka!!!

harian metro hari ini memaparkan artikel daripada penceramah motivasi yang saya kagumi..tak lain dan tak bukan..DR.FADZILAH..

artikel yang bertajuk

jauhi kekasih panas baran


antara point yang menarik dan untuk tatapan kita ni:

pesanan daripada beliau

~ Kalau ada perangai marah-marah atau bentuk keganasan ditunjukkan pasangan sebelum berkahwin,jauhilah insan seperti ini kerana anda menempah sengsara jika diteruskan (kalau yang jenis cemburu buta camne pulak,,haa.,..cemburu cukup la,,jangan nak pukul saya...sakit!!!)


~berikutan kejadian yang menimpa gadis yang berusia 16 tahun ni...kejadiaan yang menimpa remaja berkenaan perlu dijadikan iktibar kerana Allah nak tunjukkan bahawa pasangannya tidak sesuai,selain tidak berbaloi untuk meneruskan perhubungan.
ni penting!!
~kalau dah waktu bercinta dah tunjuk belang,nanti dah kahwin lagi teruk belangnya...haaa...berbelang-belang la ko nanti..

~INGAT EMPAT KRITERIA DALAM PILIH BAKAL ISTERI ATAU SUAMI
kecantikan,keluarga yang baik(keturunan),kekayaan dan agama

haa...nape agama letak yang keempat syaratnye???nanti kita akan bincangkan..

~Allah menjadikan manusia di mana pasangannya berlainan perwatakan untuk kedua-duanya saling melengkapi..(ohh..so sweet)
 ye la...saya ni penyabar...awak...pemarah,..ehh...haha..xla..
saya gelabah..awak..tenang...



~pasangan yang bahagia adalah PASANGAN YANG MENDAPAT REDA KEDUA-DUA IBU BAPA.
ingat ye...keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa

haaa...amacam??
bab kata prof izi.. tak nak...tak nak..tak nak..


so sweet...bestnya..hehe.,.

pesanan saya..jangan duk nak wat perangai tak baik..tak elok..esok mengikut ke anak pulak,,,
nak anak soleh,,kita yang KENA jadi soleh dahulu ye!!



Thursday, August 16, 2012

biskut mazola saya!

haa...selamat mengakhiri bulan ramadhan..amacam??
lincah tak mengaji??
solat terawih??
ke tidor semula lepas subuh??

haa...pagi tadi saya dan mak saya buat biskut mazola..
not bad,,setelah ditunjuk ajar oleh my mum..

mula2x..kena blender gula jadi halus,kacang tanah yang dah siap digoreng juga diblender..
separuh kacang tanah tu x perlu lah blender,,sebab nak letak kat atas biskut tu nanti..

bahan bahan lain,,tepung gandum,minyak jagung,soda untuk naikkan lagi,,telur..

ce google resipinya..saya x salin lak..hehe...
mazola sedap!!


tepung yang dah bercampur telur,minyak jagung,gula yang sudah di kisar,kacang yang sudah dikisar

in proses

haa,,,hasilnya..




Thursday, August 9, 2012

nah,untuk kakak saya!!

assalamualaikum,,waahh...10 last ramadhan is coming..
hari ni,,saya nak bagi hadiah hari lahir..haaa..dedicate for my lovely sister..who??
kak insyirah saya!!!

to my sis,saya da create this short story seminggu lepas..
alhamdulillah...ikhlas dari hati..
special untuk akak
maafla sebab ni yang saya mampu..
alhamdulillah

selamat hari lahir
sayang kakak
semoga kakak sihat dan bahagia sentiasa
dan dalam rahmat Allah
selamat masuk ipta..hehe..



jom baca ni kakak dan semua :)

“Cukup sampai di sini kisah kita,sahabat!”,tengking Zainal. Amani tergamam dengan tengkingan itu. Hanya kerana luahan isi hati Amani terhadap dirinya. Amani tahu dia tidak mampu memiliki hati Zainal. Meskipun mereka sering digelar pasangan serasi. Itu hanya di pandangan mata rakan-rakan yang lain.
“Aman, cuma luah apa yang Aman rasa terhadap Zainal je”,jelas Amani gugup.
Ternampak keberangan Zainal dari anak matanya. “Aman tahu kita hanya layak berkawan sahaja,”kata Amani lagi.
“Cukup, i don’t want to listen your explanation again!”arah Zainal dengan begitu lantang sehingga pengunjung di tasik itu memandang kehairanan.
“We full stop our friendship here,Izati Amani bin Mokhtar!”jerit Zainal lagi. Amani makin terkejut dan hampir menitiskan air mata.
“Baiklah,seandainya itu mampu membuat persahabatan kita lebih bermakna,”balas Amani sambil melangkah laju dan seterusnya memecut keretanya.


Bukan sengaja Amani menghancurkan persahabatannya,tetapi selagi ada kesempatan dia ingin meluahkan apa yang terbuku di hati. Amani akui rasa cinta itu hadir semenjak Zarul, kekasih lamanya meninggalkannya. Semakin ditepis, semakin muncul di jiwa rasa itu. Pertemuan dengan Zainal bukanlah satu kehendak tapi sudah Allah temukan mereka dalam satu insiden sewaktu  mendaftarkan diri ke universiti. Perkenalan yang tidak disangka kerana mereka rupanya berasal dari sekolah rendah yang sama dahulu Cuma tidak mengenali satu sama lain dan tidak pernah bertegur sapa. Lantaran itu,mereka semakin rapat. Ke mana sahaja mesti bersama-sama.
“Amani,awak janji dengan saya ye..,”pinta Zainal di suatu petang setelah menemani Amani ke kedai buku.
“Janji apa awak?”Tanya Amani sambil memandang kanak-kanak bermain di taman seberang jalan.
“Sampai bila-bila pun kita akan jadi sahabat..saya selesa macam ini sahaja..awak janji ye?”pinta Zainal sambil merenung anak mata Amani.
“Kalau perasaan cinta wujud macam mana?”
“Padamkan rasa itu,saya tak layak untuk awak.”
“Tapi...”
“Amani,please..janji dengan saya?”rayu Zainal.
“Baiklah cik Zainal sayang”,jawab Amani sambil menunjal bahu Zainal.
“Saya serius ni awak,”kata Zainal dengan nada serius.Amani menelan air liur. Seriuskah? Aku dah mula mencintaimu Zainal.
“Baiklah,Zainal,”balas Amani dengan senyuman manis.
“Terima kasih,Amani.”
“Sama-sama.” Zainal tahu Amani mencintainya dalam diam semenjak dia terbaca diari Amani sewaktu Amani meminta Zainal menjaga barang-barangnya ketika di perpustakaan. Dia pun turut merasakan hal itu. Namun, aku tak layak memilikimu, Amani.



Bunyi deringan lagu Percaya Padaku mengejutkan lamunan Amani. “Ish,siapa pulak telefon malam-malam buta ni?”rungut Amani. Tangannya menggagau mengambil telefon di atas meja kecil di tepi katilnya. Tertera nama Zainal memanggil. Serba-salah untuk Amani menjawabnya. Sebanyak tiga panggilan Amani sengaja tidak menjawab. “Tadi bukan main tengking aku, ni nak minta maaf la tu..aku dah letih!”rungut Amani sendirian. Selang lima minit kemudian, satu mesej daripada Zainal masuk ke dalam telefon Amani.
“Awak, maafkan saya. Saya tak berniat nak cakap sebegitu kepada awak.”
“Huh, ayat sama sahaja setiap kali bergaduh.”kata Amani dalam hati. Tapi kali ini tahap kemarahan Zainal sangat menakutkan Amani. Zainal sangat serius dan tidak mahu langsung mendengar penjelasannya. Amani tidak menjawab mesej itu. Dia terus sahaja mematikan telefon itu dan terlena setelah berair mata petang tadi gara-gara Zainal. Oh, air mata sangat murah untuk Zainal. Lumrah wanita, mudah menangis untuk orang yang dia cinta.
Sudah masuk tiga bulan kami tidak bertemu. Sudah tidak ada makna bagi Amani. Amani membuka laman sosial pun terasa kosong. Kalau tidak ada juga senda gurau Zainal menghiburkan hatinya di kala sibuk menyiapkan tugasan. Mana taknya, sambil mencari maklumat di internet, Amani sengaja membuka laman sosialnya dengan harapan Zainal ada di situ untuk menemaninya. Kini, sepi. Amani menutup kembali laman hak miliknya.


            Minggu depan genap ulang tahun persahabatan Zainal dan Amani. Sebenarnya mereka tidak tahu bila bermulanya persahabatan itu. Tetapi, mereka berspekat bersetuju untuk mengambil tarikh sewaktu mereka mendaftarkan diri ke universiti sebagai permulaan persahabatan mereka.
 “Adakah dia akan menghubungiku? Perlu ke aku menghubunginya setelah apa yang dia katakan kepadaku dahulu.” monolog Amani tatkala melihat gambar kenangan mereka sewaktu genap setahun persahabatan mereka. Wajah gembira mereka jelas terpancar sewaktu menyambut hari itu. Adakah tahun ini dapat berulang kembali kegembiraan itu?
8 Ogos, hari persahabatan kami. Amani manis mengenakan baju kurung ungu bersama selendang. Dia mengenakan secalit pelembap bibir sekadar menyerikan wajahnya. Kecantikan Amani memang terserlah walaupun dia tidak mengenakan apa-apa solekan. Amani berhasrat untuk pergi ke suatu tempat. Kebetulan, hari ini dia cuti. Jadi, tiada masalah untuk dia ke destinasi yang dirancang.


Amani memandang sepi kafe yang mereka selalu makan bersama setelah penat menimba ilmu. Setiap kali tarikh itu, ada sahaja kejutan yang Zainal adakan. Amani duduk di tempat yang selalu mereka duduk dahulu. Tidak lama kemudian, muncul seorang budak lelaki membawa bungkusan datang ke arah Amani.
“Siapa pulak ni?”omel Amani sendirian.
“Kak Amani ke?”
“Haah..kenapa?”
“Ni ada orang bagi kat akak..dia kata jaga elok-elok.”
“Boleh akak tahu siapa?”
“Nanti akak tahu juga..saya dah lewat ni...saya pergi dulu ye kak,assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.” Amani lantas menyambut bungkusan itu. Bungkusabn yang berwarna ungu. Mengingatkan aku kepada warna kegemaran Zainal. Tanpa disedari ada sepasang mata memerhati tingkah mereka dari jauh.


Seusai minum, Amani terus pulang ke rumah. Tak sempat membuka tudung, dia  terus membuka balutan kotak itu. Dia sangat teruja. Subhanallah, senaskhah tafsir al-Quran Tafsir Wanita. Idaman Amani selama ini. Berkulit ungu, itu yang diidamkan. Amani tersenyum lebar. Namun,hanya seketika. Siapakah yang berhati mulia memberikan Quran ini kepadaku??

Di sebalik helaian Quran terselit sekeping surat. Amani lantas membaca,


Kepada bidadari dunia,
Terimalah Quran wanita ini, apabila aku melihat Quran ini, nama pertama yang terlintas dalam benak fikiranku adalah namamu, Izati Amani binti Mokhtar. Ku fikir apa salahnya aku memberikan Quran ini kepadamu.
Terima kasih kerana menjadi sahabatku selama ini. Maafkan aku kerana tidak menghubungi. Untuk pengetahuan Amani, aku baru sahaja menjalani rawatan kerana kesihatanku yang semakin kronik. Penyakit apa? Tak perlu untuk aku katakan. Maafkan aku kerana merahsiakan kepadamu.

Amani tak mampu menahan sebak. Dia berasa sangat bersalah. Kenapa tegar Zainal merahsiakan kepadaku selama ini?

Amani yang manis,
Maafkan aku kerana menengking kepadamu tempoh hari. Aku tidak berniat ke arah itu. Sebenarnya, aku tak nak Amani berharap dengan keadaan aku yang entah bila mampu bertahan. Namun, jauh di sudut hatiku. Amani adalah sahabat dan kekasih yang bertakhta di hatiku.
Seandainya aku panjang umur dan sememangnya jodoh kita tertulis di Loh Mahfuz. Izinkan aku menjadi imam untuk Amani dan keluarga kita.
Yang sentiasa mengingatimu,
Zainal.


Berjuraian air mata Amani mengalir. Ya Allah, Engkau pertemukanlah kami suatu hari nanti. Engkau sembuhkan sahabatku itu. Amin.
Amani merangkul erat Quran tafsir Wanita itu. Dia sangat berharap akan bersatu dengan Zainal.



Jelajah - Pulau Pinang 2 hari 1 malam

Hai u all. Ni cik syira nak update setelah setahun lebih. hahahaha Nak tawan hati para followers, meh kami share jenjalan kami p Penang. ...