Sunday, August 26, 2012

kahwin nak pilih yang mana??

assalamualaikum,,haa...selamat siang...
ni saya nak huraikan satu topik yang saya kata nak huraikan kan..
ingat??
ada...jap dalam link ni ce tekan..

jadi...jom kita baca..sumber daripada buku Aku Terima Nikahnya.. daripada ustaz hasrizal
best buku ni...tiba jadi matang jap saya soal hati ni,,,hehe...
almaklum..banyak sangat nasi kawah dan nasi minyak kat kampung...suka tengok orang kahwin.

"Perempuan itu dinikahi kerana empat pertama: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. maka pilihlah yang memiliki agama, nescaya sejahteralah hidupnya."


1. Apa tujuan berumah tangga?

“Begin with the end in mind” adalah slogan kita untuk menetapkan matlamat kehidupan dan segenap peringkat perjalanannya.

Berkahwin kerana harta? Harta bukan sumber bahagia.
Harta bukan matlamat utama dalam menentukan pemilihan pasangan.

Berkahwin kerana keturunan? Keturunan bukan jaminan untuk bahagia.
Soal keturunan bukan penentu mutlak kerana setiap manusia lahir dengan fitrah yang satu dan murni, lantas setiap mukalaf dan mukalafah mampu kembali kepada kemurnian itu, biarpun lahir ke dunia tanpa bapa yang sah sekalipun.


2. Berkahwin kerana kecantikan?


Cinta itu dari mata turun ke hati. Maka mata pemutus pertama. Jika berkenan di mata, mudahlah mata memujuk hati.
Tetapi selama mana kecantikan menyenangkan kehidupan? Kecantikan, biar secantik mana sekali pun, akan pudar perjalanan masa dan boleh dicabar oleh naluri manusia yang mudah kalah dengan alasan JEMU.
Cantik bukan sumber bahagia, ia bukan matlamat atau pertimbangan dalam menentukan pasangan.

“Maka pilihlah yang memiliki agama...nescaya sejahtera hidupmu,” pesan Nabi SAW.

“Maka saya kena kahwin dengan ustazah, saya kena kahwin dengan ustaz!”kata seorang pelajar ‘bukan bidang agama’.



3. Penyakit tidak jelas?

Apakah yang memiliki agama itu mesti seorang yang ustazah atau ustaz? Maka berkahwin dengan golongan ini, jaminan bahagia. Benarkah?

Di sinilah penting untuk kita bezakan golongan yang TAHU agama, MAHU beragama dan MAMPU dalam beragama.

Apakah TAHU itu merupakan maksud kita beragama dengan agama Islam ini? Sejauh mana gred A yang digarap dalam subjek pengeTAHUan Agama Islam menjadi bekal dan perisai generasi Muslim yang beragama?
‘Yang memiliki agama’ itu lebih luas daripada sekadar sempadan tahu agama. Ia adalah soal MAHU yang menjadikan penegetahuan agama itu dihayati,dan MAMPU dalam erti dia sentiasa bermujahadah untuk memperbaiki diri.

Maka janganlah disempitkan maksud mencari yang beragama itu hanya pada mereka yang berlabelkan ‘jenama TAHU agama’ tetapa apa yang penting ialah mereka yang MAHU dan terbukti pada perbuatan hariannya dia sentiasa berusaha menuju MAMPU.

Dia mungkin seorang ustazah.
Dia mungkin seorang jurutera dan doktor.
Dia mungkin bertudung labuh.
Dia juga mingkin belum bertudung, tetapi sentiasa mencari jalan untuk menuju kesempurnaan kebaikan. Dia seorang yang membuka dirinya untuk dibimbing dan diajar.

4. Hanya 'beragama'?

Ada pula yang menyangka bahawa kebahagiaan rumah tangga itu terletak pada beragamanya pasangan kita. Soal harta, keturunan dan rupa paras tolak tepi.

Maka jadilah seorang perempuan yang fasih lidahnya tentang agama dan rapi pakaiannya sebagai isyarat dia beragama, tetapi dia tiadak mengetahui nilai harta. Dia boros dan tidak bijak menguruskan harta rumah tangganya.

Dia nampak elok beragama, malah mungkin seorang pejuang agama, tetapi dia tidak peduli pada nilai keturunan dan kekeluargaan. Padanya, soal kekeluargaan dan keturunan bukan urusan agama.

Dia bijak dalam memperkatakan tentang agama, tetapi dia menjadikan alasan untuk todak peduli kepada penampilan diri. Pakaiannya selekeh atas nama agama, kulitnya tidak bersih beralasankan agama. 

Jika perempuan, dia tidak peduli untuk mewangikan diri atau bersolek untuk mengemas diri, kerana padanya itu semua bukan kehendak agama, dan si suami menikahinya bukan kerana itu. Saban hari mukanya bertepek dengan bedak sejuk dan tubuhnya bersarung baju kelawar. Hambar...

Jika lelaki, dia biarkan diri selekeh dan sentiasa berkemban di dalam kain pelikat dan baju pagoda, membiarkan bau peluh jantannya tidak berbasuh, kerana semua itu tiada kaitan dengan agama.





eh...syira???
hehe...nama saya..

so..amacam??
nak pilih yang cane ek??
saya kan nak yang beragama...
hehe...gatal,,bukan gatal..harapan tu..

tak hensem takpe..nanti dah bersama..saya akan buat hidup beliau jadi 'hensem'!!!
tak kaya takpe,nanti kita berusaha untuk kaya dunia dan akhirat ye..
keturunan??hmm...kita ramaikan umat nabi Muhammad yang berkualiti ye!!!





No comments:

Post a Comment

Be strong

Wahai teman, Usah merasa tewas saat kamu diuji, Ujian dari Allah tanda cinta. Ambil teladan daripada apa yang berlaku, Untuk bekalan ma...