Wednesday, August 29, 2012

pahala berpanjangan dengan menjaga aurat

assalamualaikum..

siapa setuju?
wanita memang cantik!!!
serius...yang seksi tu sure lah cantik..sebab nampak..haha..tak malu ko nak seksi seksi..
seksa abang tengok..
yang tertutup tu..manis je..haa...abang nak tengok pun malu..sebab tak nampak..
malu nak perhati lama-lama takut kantoi



duk google majalah kat rumah..
terjumpa majalah solusi isu 41 TUTUP AURAT SUPAYA SELAMAT

tutup aurat + niat ikhlas kerana Allah + pelaksanaan betul + natijah yang baik + tidak meninggalkan ibadah asas = sedang beribadah

dengan menutup aurat, wanita solehah telah membuat pilihan yang tepat  dengan memilih sebaik-baik pakaian iaitu pakaian TAKWA.


haaa...

jom kita create this list comel comel dan tampal dekat almari pakaian..
tandakan right or pangkah kat list tu...

1. PAKAIAN

  • fabrik yang tak terlalu tipis sehingga menampakkan bayang tubuh dan warna kulit
  • longgar dan tidak ketat
  • menutup seluruh bahagian lengan sehingga pergelangan tangan
  • kain atau seluar yang dipakai perlu labuh menutupi betis dan buku lali
  • menutup kaki (pakai stokin ke)
  • tidak menyerupai pakaian lelaki
  • tidak menyerupai pakaian wanita Musyrik atau kafir
  • bukan pakaian yang mempamerkan syuhrah (sifat berbangga-bangga)
2. TUDUNG

  • menutup keseluruhan kepala dan leher
  • labuh menutup bahagian dada
  • fabrik yang tidak terlalu tipis sehingga menampakkan rambut dan bentuk leher
3. PERHIASAN

  • tidak bertabarruj sehingga menarik pandangan
  • bersolek secara sederhana dan tidak berlebih-lebihan
  • tidak disemerbakkan dengan haruman yang melampau
  • menggunakan alat perhiasan bukan tujuan untuk menunjuk-nunjuk


haa...
bab tudung kan,,saya ada google blog tadi..
terjumpa frasa MAKSIAT TUDUNG???
hmm...agak ganas bagi saya..
dalam bacaan saya lak..
TUDUNG DEDAH..
hmm..
yang tak menepati syarat pemakaian la ni kan...


sedar tak...kita menutup aurat dengan sempurna,,,pahala tak henti henti mengalir untuk kita..
tengok..betapa ALLAH MAHA PENYAYANG..




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...