Thursday, August 9, 2012

nah,untuk kakak saya!!

assalamualaikum,,waahh...10 last ramadhan is coming..
hari ni,,saya nak bagi hadiah hari lahir..haaa..dedicate for my lovely sister..who??
kak insyirah saya!!!

to my sis,saya da create this short story seminggu lepas..
alhamdulillah...ikhlas dari hati..
special untuk akak
maafla sebab ni yang saya mampu..
alhamdulillah

selamat hari lahir
sayang kakak
semoga kakak sihat dan bahagia sentiasa
dan dalam rahmat Allah
selamat masuk ipta..hehe..



jom baca ni kakak dan semua :)

“Cukup sampai di sini kisah kita,sahabat!”,tengking Zainal. Amani tergamam dengan tengkingan itu. Hanya kerana luahan isi hati Amani terhadap dirinya. Amani tahu dia tidak mampu memiliki hati Zainal. Meskipun mereka sering digelar pasangan serasi. Itu hanya di pandangan mata rakan-rakan yang lain.
“Aman, cuma luah apa yang Aman rasa terhadap Zainal je”,jelas Amani gugup.
Ternampak keberangan Zainal dari anak matanya. “Aman tahu kita hanya layak berkawan sahaja,”kata Amani lagi.
“Cukup, i don’t want to listen your explanation again!”arah Zainal dengan begitu lantang sehingga pengunjung di tasik itu memandang kehairanan.
“We full stop our friendship here,Izati Amani bin Mokhtar!”jerit Zainal lagi. Amani makin terkejut dan hampir menitiskan air mata.
“Baiklah,seandainya itu mampu membuat persahabatan kita lebih bermakna,”balas Amani sambil melangkah laju dan seterusnya memecut keretanya.


Bukan sengaja Amani menghancurkan persahabatannya,tetapi selagi ada kesempatan dia ingin meluahkan apa yang terbuku di hati. Amani akui rasa cinta itu hadir semenjak Zarul, kekasih lamanya meninggalkannya. Semakin ditepis, semakin muncul di jiwa rasa itu. Pertemuan dengan Zainal bukanlah satu kehendak tapi sudah Allah temukan mereka dalam satu insiden sewaktu  mendaftarkan diri ke universiti. Perkenalan yang tidak disangka kerana mereka rupanya berasal dari sekolah rendah yang sama dahulu Cuma tidak mengenali satu sama lain dan tidak pernah bertegur sapa. Lantaran itu,mereka semakin rapat. Ke mana sahaja mesti bersama-sama.
“Amani,awak janji dengan saya ye..,”pinta Zainal di suatu petang setelah menemani Amani ke kedai buku.
“Janji apa awak?”Tanya Amani sambil memandang kanak-kanak bermain di taman seberang jalan.
“Sampai bila-bila pun kita akan jadi sahabat..saya selesa macam ini sahaja..awak janji ye?”pinta Zainal sambil merenung anak mata Amani.
“Kalau perasaan cinta wujud macam mana?”
“Padamkan rasa itu,saya tak layak untuk awak.”
“Tapi...”
“Amani,please..janji dengan saya?”rayu Zainal.
“Baiklah cik Zainal sayang”,jawab Amani sambil menunjal bahu Zainal.
“Saya serius ni awak,”kata Zainal dengan nada serius.Amani menelan air liur. Seriuskah? Aku dah mula mencintaimu Zainal.
“Baiklah,Zainal,”balas Amani dengan senyuman manis.
“Terima kasih,Amani.”
“Sama-sama.” Zainal tahu Amani mencintainya dalam diam semenjak dia terbaca diari Amani sewaktu Amani meminta Zainal menjaga barang-barangnya ketika di perpustakaan. Dia pun turut merasakan hal itu. Namun, aku tak layak memilikimu, Amani.



Bunyi deringan lagu Percaya Padaku mengejutkan lamunan Amani. “Ish,siapa pulak telefon malam-malam buta ni?”rungut Amani. Tangannya menggagau mengambil telefon di atas meja kecil di tepi katilnya. Tertera nama Zainal memanggil. Serba-salah untuk Amani menjawabnya. Sebanyak tiga panggilan Amani sengaja tidak menjawab. “Tadi bukan main tengking aku, ni nak minta maaf la tu..aku dah letih!”rungut Amani sendirian. Selang lima minit kemudian, satu mesej daripada Zainal masuk ke dalam telefon Amani.
“Awak, maafkan saya. Saya tak berniat nak cakap sebegitu kepada awak.”
“Huh, ayat sama sahaja setiap kali bergaduh.”kata Amani dalam hati. Tapi kali ini tahap kemarahan Zainal sangat menakutkan Amani. Zainal sangat serius dan tidak mahu langsung mendengar penjelasannya. Amani tidak menjawab mesej itu. Dia terus sahaja mematikan telefon itu dan terlena setelah berair mata petang tadi gara-gara Zainal. Oh, air mata sangat murah untuk Zainal. Lumrah wanita, mudah menangis untuk orang yang dia cinta.
Sudah masuk tiga bulan kami tidak bertemu. Sudah tidak ada makna bagi Amani. Amani membuka laman sosial pun terasa kosong. Kalau tidak ada juga senda gurau Zainal menghiburkan hatinya di kala sibuk menyiapkan tugasan. Mana taknya, sambil mencari maklumat di internet, Amani sengaja membuka laman sosialnya dengan harapan Zainal ada di situ untuk menemaninya. Kini, sepi. Amani menutup kembali laman hak miliknya.


            Minggu depan genap ulang tahun persahabatan Zainal dan Amani. Sebenarnya mereka tidak tahu bila bermulanya persahabatan itu. Tetapi, mereka berspekat bersetuju untuk mengambil tarikh sewaktu mereka mendaftarkan diri ke universiti sebagai permulaan persahabatan mereka.
 “Adakah dia akan menghubungiku? Perlu ke aku menghubunginya setelah apa yang dia katakan kepadaku dahulu.” monolog Amani tatkala melihat gambar kenangan mereka sewaktu genap setahun persahabatan mereka. Wajah gembira mereka jelas terpancar sewaktu menyambut hari itu. Adakah tahun ini dapat berulang kembali kegembiraan itu?
8 Ogos, hari persahabatan kami. Amani manis mengenakan baju kurung ungu bersama selendang. Dia mengenakan secalit pelembap bibir sekadar menyerikan wajahnya. Kecantikan Amani memang terserlah walaupun dia tidak mengenakan apa-apa solekan. Amani berhasrat untuk pergi ke suatu tempat. Kebetulan, hari ini dia cuti. Jadi, tiada masalah untuk dia ke destinasi yang dirancang.


Amani memandang sepi kafe yang mereka selalu makan bersama setelah penat menimba ilmu. Setiap kali tarikh itu, ada sahaja kejutan yang Zainal adakan. Amani duduk di tempat yang selalu mereka duduk dahulu. Tidak lama kemudian, muncul seorang budak lelaki membawa bungkusan datang ke arah Amani.
“Siapa pulak ni?”omel Amani sendirian.
“Kak Amani ke?”
“Haah..kenapa?”
“Ni ada orang bagi kat akak..dia kata jaga elok-elok.”
“Boleh akak tahu siapa?”
“Nanti akak tahu juga..saya dah lewat ni...saya pergi dulu ye kak,assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.” Amani lantas menyambut bungkusan itu. Bungkusabn yang berwarna ungu. Mengingatkan aku kepada warna kegemaran Zainal. Tanpa disedari ada sepasang mata memerhati tingkah mereka dari jauh.


Seusai minum, Amani terus pulang ke rumah. Tak sempat membuka tudung, dia  terus membuka balutan kotak itu. Dia sangat teruja. Subhanallah, senaskhah tafsir al-Quran Tafsir Wanita. Idaman Amani selama ini. Berkulit ungu, itu yang diidamkan. Amani tersenyum lebar. Namun,hanya seketika. Siapakah yang berhati mulia memberikan Quran ini kepadaku??

Di sebalik helaian Quran terselit sekeping surat. Amani lantas membaca,


Kepada bidadari dunia,
Terimalah Quran wanita ini, apabila aku melihat Quran ini, nama pertama yang terlintas dalam benak fikiranku adalah namamu, Izati Amani binti Mokhtar. Ku fikir apa salahnya aku memberikan Quran ini kepadamu.
Terima kasih kerana menjadi sahabatku selama ini. Maafkan aku kerana tidak menghubungi. Untuk pengetahuan Amani, aku baru sahaja menjalani rawatan kerana kesihatanku yang semakin kronik. Penyakit apa? Tak perlu untuk aku katakan. Maafkan aku kerana merahsiakan kepadamu.

Amani tak mampu menahan sebak. Dia berasa sangat bersalah. Kenapa tegar Zainal merahsiakan kepadaku selama ini?

Amani yang manis,
Maafkan aku kerana menengking kepadamu tempoh hari. Aku tidak berniat ke arah itu. Sebenarnya, aku tak nak Amani berharap dengan keadaan aku yang entah bila mampu bertahan. Namun, jauh di sudut hatiku. Amani adalah sahabat dan kekasih yang bertakhta di hatiku.
Seandainya aku panjang umur dan sememangnya jodoh kita tertulis di Loh Mahfuz. Izinkan aku menjadi imam untuk Amani dan keluarga kita.
Yang sentiasa mengingatimu,
Zainal.


Berjuraian air mata Amani mengalir. Ya Allah, Engkau pertemukanlah kami suatu hari nanti. Engkau sembuhkan sahabatku itu. Amin.
Amani merangkul erat Quran tafsir Wanita itu. Dia sangat berharap akan bersatu dengan Zainal.



2 comments:

  1. terima kasih adik sayang...akhirnya mampu juga kamu tunaikan permintaan akak yg mengarut tu..btw tahniah selamat berkarya..terharu sangat tak mampu nak cakap apa dah..syukran ya ukhti Nur Syahirah..moga kamu di rahmati Allah dan memudahkan urusan kamu meuntut ilmuNya..alhamdulillah meningkat usia akak, semakin dekat dengan kematian..terima kasih..sayang adik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama kakak sayang...hehe..alhamdulillah...niat dah ade mak buatmmAllah beri ilham kan,..

      Delete

Be strong

Wahai teman, Usah merasa tewas saat kamu diuji, Ujian dari Allah tanda cinta. Ambil teladan daripada apa yang berlaku, Untuk bekalan ma...