Sunday, December 16, 2012

closing journey 2012- Bukit Broga

Saya nak kongsi pengalaman saya pergi ke Bukit Broga, Semenyih, Selangor.

Sebelum tu, nak cerita kat semua..
Mendaki Broga Hill ni merupakan salah satu azam saya..pada mulanya tak pun..macam mana entah..sebab ramai kawan dah pergi..tak boleh jadi! Saya mesti pergi juga.

Alhamdulillah, tercapai juga hasrat saya :)
Pendakian ke Bukit Broga adalah bawah program Seketeriat Rakan Muda di universiti saya.
Saya salah seorang ahlinya bersemangat nak pergi..hoho
Pendek kata..ni adalah closing journey for 2012 :)

Dari universiti, kami pergi pada pukul 10.30 malam, 14/12/12
Haaa...saya dan dua orang kawan saya lagi je pelajar tahun satu!
Segan ada gak..peduli apa..hehe..pengalaman bersama kakak-kakak dan abang-abang memang terbaik!

Perjalanan yang saya rasa agak panjang..sampai juga di Broga Hill pada pukul 8.00 pagi..agak terkilan jugak sebab tak dapat tengok matahari terbit..sebab matahari terbit sewaktu kami dalam bas...huhu..tak pe la..lain kali pergi lagi..

Pengalaman....haaa..best!
Dah sebulan tak naik bukit..hoho...semput akak!!!
Separuh pendakian..saya hampir mengalah!!Curam weyyhh..x lah curam mana..saya ni haaa..,manja sangat dan kurang keyakinan. Boleh ke aku ni???

Kebetulan pada hari ini, ramai pengunjung datang..dari dalam dan luar negara sama banyak!
Yang buat saya rasa teruja dan tercabar adalah....
ada nenek tau..mendaki jugak!!!!saya tabik la!!!
Aku yang muda ni pun semput...
Saya jumpa team Telekung Project!!!teruja jap!! sebab pernah niat nak jadi sukarelawan mereka nanti :)
Dan...
Ada satu keluarga ni.. bawak 3 orang anak lelaki yang usia lingkungan darjah 3 ke tadika..
semangat anak-anaknya mendaki!
Sampai ke puncak tu..sampai bendera Malaysia!!!
Tiba nak berangan..nanti dah berkeluarga..nak mohon cik suami bawak kami anak-beranak mendaki ke..belayar ke.. :) sweet macam tu..anak-anak pun dapat bina keyakinan sejak kecil!waahhh...memang fikir jauh :)

sampai jugak ke puncak

Bak kata kawan saya..alang-alang dah sampai sini..biar sampai ke atas tu!
Wah, aku yang tengok dekat separuh pendakian ni pun dah seram..huhu..tinggi!!!
Ye la kan..alang alang..biar sampai ke atas!
Naik berani!!
Turun...hmmm..haha..terima kasih kepada semua terutama faizah di atas pemantauan anda sewaktu turun dari puncak..alhamdulillah :)
Gambar di puncak bukit..sempat diambil!hoho..buat kenangan!



Pemandangan dari atas..tak usah cerita!!hoho
Subhanallah..cantik!!!!kalau jatuh tergolek pun cun!!dijauhkan..
dari atas..nampak kecik je bas UMT..hehe..

Selepas puas menikmati keindahan alam..kami pulang!
Tak puas pun lagi..ni la manusia..x reti nak bersyukur!huhu..
Ada rezeki, kita bertemu lagi!

Selepas itu, apa lagi..pergi KLCC! Hoho..eh..lupa..solat zohor di Masjid Negara!!
Boleh pulak saya singgah ke kedai buku terbesar..Kinokuya!!
Apa lagi, macam apa da saya!!banyaknya buku!!!
Ada la buku yang terpilih saya grab! Hoho..
Penat berjalan..pulang ke UMT..dan tiba pada pukul 4.15 pagi...

Niat---> nak pergi lagi!!! dengan adik ke..cik suami ke!!!!

Alhamdulillah :) Terima kasih atas nikmat ini.








Monday, December 10, 2012

pahala, aku datang!!!

Assalamualaikum dan hai semua!!

mood saya ni sebenarnya nak tidur..sambil baca solusi..tiba tiba nak update blog dengan idea yang tertangguh.


PAHALA, aku datang!!!
selalunya istanbul aku datang...hoho

tiba terfikir tajuk ni apabila...

nak buat sesuatu kebaikan, ye la..nak tolong orang ke..belanja makan ke..
buat benda baik mesti dapat pahala kan..

lebih-lebih lagi situasi saya sebagai seorang pelajar yang kadang-kadang ada yang meminta tolong, bertanya sesuatu, dan sebagainya..

contohnya,,mungkin anda pun pernah mengalaminya..
waktu ada kutipan derma!!!
hoho..saya tak kedekut..tapi kadang tu terfikir negatif pulak..
makanya, saya akan cakap kepada diri saya
------> syira, Allah pilih kau untuk buat baik ni..

dengan menderma kita dapat membuat hidup kita lebih berkat.
Allah pun suka.


waktu kutipan derma..bayangkan..kotak derma tu asyik hala ke kita je..
pernah tak terfikir kenapa??
kenapa hala ke aku je ni??
(idea nakal bermain di minda)




untuk mempositifkan keadaan..muhasabah diri!

kotak derma tu hala ke kita..orang mintak tolong kepada kita, orang mengajak kita ke program-program yang mendekatkan diri kepada Allah..
kenapa kita??
mungkin ada sebab, Allah lebih mengetahui apa yang patut untuk kita
tanpa kita sedar...
PAHALA datang kepada kita tanpa kita pohon pun,
tengok,
bukan susah pun nak cari pahala,
tinggal kita je nak sahut buat kebaikan atau lepaskan pahala tu dibawa angin.


kakak dan abang semua,
cik pahala dengan penuh senyuman datang kepada kita!
bila cik pahala datang, jangan nak larikan diri pula.
buat buat tak nampak, buat-buat sibuk..
Allah tarik nikmat tu baru tau!!

sambutlah dengan..
PAHALA,AKU DATANG!!!!!

kejarlah pahala yang datang tu..hapuskan dosa-dosa yang mengaburi hati kita.


jom, buat kebaikan :))))

Bila Allah tak ubah kita ke situasi yang lain..mungkin Allah nak ubah hati kita ke arah yang lebih baik :)
~kan...alhamdulillah..

Monday, December 3, 2012

dakwah untuk siapa?

assalamualaikum sahabat :)
apa khabar hari ini? alhamdulillah.

topik kali ini pasal dakwah..nak kongsi apa yang saya dapat dari usrah tadi.

apa itu dakwah??
jawapan saya---> ajak! betulkan?
dakwah ni bagi saya ialah usaha mengajak ke arah kebaikan dan tak dorong orang lain ke arah keburukan.

apa hukum berdakwah?

dakwah ini ada dua hukum, fardu ain dan fardu kifayah
kenapa ada dua hukum?
sebab,,waktu zaman dahulu..yang zaman khalifah..hukum fardu kifayah sebab dah ada yang terang-terangan boleh menjadi pendakwah..

dan pada zaman kita ni..hukumnya fardu ain..
setiap dari kita adalah pendakwah..pendakwah boleh dilakukan sama ada dari segi percakapan, tingkah laku dan cara kita sendiri.

seperti sabda Rasulullah..sampaikan walau pun satu ayat :)

nak dakwah ni mestilah-----> rabbani iaitu ketuhanan kepada Allah, sejagat dan syumul iaitu menyeluruh.

sebelum terlupa!! faktor kejayaan dakwah ialah :

1. Ilmu.
apabila kita mempunyai ilmu yang cukup tentang sesuatu yang nak disampaikan, maka dakwah kita tidak dipandang remeh oleh sesetengah orang.



2. Merendah diri
haa..dalam usrah tadi..seorang sahabat saya tanya apa beza merendah diri dan merendah jiwa??
saya macam pernah dengar tentang persoalan ini :)
merendah diri memang elok..tapi tak elok..hoho..bukannya apa..kadang-kadang merendah diri tu boleh buat kita kurang keyakinan diri!!betul tak??
jadi caranya nak elak kita kurang keyakinan, eloklah kita always berikan kata-kata positif kepada diri kita..
merendah jiwa pula..haaa..ni yang bagus..maknanya kita ni humble la kan..jaga hati kita..bila hati kita jaga untuk Allah,,automatik kerendahan jiwa akan muncul,,maka lahirlah sifat-sifat mahmudah dalam diri kita.

3. Sabar
Nak jadi pendakwah yang sukses, kita kena ada sifat sabar!
Sabar itu indah!! cuba sabar sikit... :)


4. Benar
Yang ni sudah tentu!!bercakap benar, bersikap benar dan segala-galanya akan menjadi benar dan dipermudahkan Allah.

Rukun-rukun dakwah---> pendakwah, penerima dakwah,topik dakwah dan cara kita berdakwah

dakwah untuk siapa???untuk semua :))))))



di sini..saya suka nak share apa akak usrah ni cakap :)


apabila kita berdakwah kepada orang lain..tak kisah lah apa cara pun kan..dengan penuh hikmah yang pasti..tapi kita ditolak..
teruskan usaha dakwahmu..biar pun beribu kali kamu dihina..
jangan pernah berpatah harap..
jangan rasa bersalah apabila dia menolak ajakanmu..
dan yang pasti..
jangan putus asa!!

kerana..

Allah melihat usaha kita..mungkin usaha kita yang ke sejuta kali..akan membuahkan hasil..
dan ingatlah..
hidayah itu milik Allah..kita mesti terus berusaha, Allah memandang kepada usaha kita :)

Jelajah - Pulau Pinang 2 hari 1 malam

Hai u all. Ni cik syira nak update setelah setahun lebih. hahahaha Nak tawan hati para followers, meh kami share jenjalan kami p Penang. ...