Monday, December 3, 2012

dakwah untuk siapa?

assalamualaikum sahabat :)
apa khabar hari ini? alhamdulillah.

topik kali ini pasal dakwah..nak kongsi apa yang saya dapat dari usrah tadi.

apa itu dakwah??
jawapan saya---> ajak! betulkan?
dakwah ni bagi saya ialah usaha mengajak ke arah kebaikan dan tak dorong orang lain ke arah keburukan.

apa hukum berdakwah?

dakwah ini ada dua hukum, fardu ain dan fardu kifayah
kenapa ada dua hukum?
sebab,,waktu zaman dahulu..yang zaman khalifah..hukum fardu kifayah sebab dah ada yang terang-terangan boleh menjadi pendakwah..

dan pada zaman kita ni..hukumnya fardu ain..
setiap dari kita adalah pendakwah..pendakwah boleh dilakukan sama ada dari segi percakapan, tingkah laku dan cara kita sendiri.

seperti sabda Rasulullah..sampaikan walau pun satu ayat :)

nak dakwah ni mestilah-----> rabbani iaitu ketuhanan kepada Allah, sejagat dan syumul iaitu menyeluruh.

sebelum terlupa!! faktor kejayaan dakwah ialah :

1. Ilmu.
apabila kita mempunyai ilmu yang cukup tentang sesuatu yang nak disampaikan, maka dakwah kita tidak dipandang remeh oleh sesetengah orang.



2. Merendah diri
haa..dalam usrah tadi..seorang sahabat saya tanya apa beza merendah diri dan merendah jiwa??
saya macam pernah dengar tentang persoalan ini :)
merendah diri memang elok..tapi tak elok..hoho..bukannya apa..kadang-kadang merendah diri tu boleh buat kita kurang keyakinan diri!!betul tak??
jadi caranya nak elak kita kurang keyakinan, eloklah kita always berikan kata-kata positif kepada diri kita..
merendah jiwa pula..haaa..ni yang bagus..maknanya kita ni humble la kan..jaga hati kita..bila hati kita jaga untuk Allah,,automatik kerendahan jiwa akan muncul,,maka lahirlah sifat-sifat mahmudah dalam diri kita.

3. Sabar
Nak jadi pendakwah yang sukses, kita kena ada sifat sabar!
Sabar itu indah!! cuba sabar sikit... :)


4. Benar
Yang ni sudah tentu!!bercakap benar, bersikap benar dan segala-galanya akan menjadi benar dan dipermudahkan Allah.

Rukun-rukun dakwah---> pendakwah, penerima dakwah,topik dakwah dan cara kita berdakwah

dakwah untuk siapa???untuk semua :))))))



di sini..saya suka nak share apa akak usrah ni cakap :)


apabila kita berdakwah kepada orang lain..tak kisah lah apa cara pun kan..dengan penuh hikmah yang pasti..tapi kita ditolak..
teruskan usaha dakwahmu..biar pun beribu kali kamu dihina..
jangan pernah berpatah harap..
jangan rasa bersalah apabila dia menolak ajakanmu..
dan yang pasti..
jangan putus asa!!

kerana..

Allah melihat usaha kita..mungkin usaha kita yang ke sejuta kali..akan membuahkan hasil..
dan ingatlah..
hidayah itu milik Allah..kita mesti terus berusaha, Allah memandang kepada usaha kita :)

1 comment:

  1. salam adik irah sayang dan disayangi Tuhan :')

    teruskan dakwah dan perjuangan ye dik!
    teruskan meninta kalamNya, smoga dikau menjadi mujahidah yg kuat, tabah dan trs bersemangat mmbawa risalah dan dkwhNya :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...