Monday, December 10, 2012

pahala, aku datang!!!

Assalamualaikum dan hai semua!!

mood saya ni sebenarnya nak tidur..sambil baca solusi..tiba tiba nak update blog dengan idea yang tertangguh.


PAHALA, aku datang!!!
selalunya istanbul aku datang...hoho

tiba terfikir tajuk ni apabila...

nak buat sesuatu kebaikan, ye la..nak tolong orang ke..belanja makan ke..
buat benda baik mesti dapat pahala kan..

lebih-lebih lagi situasi saya sebagai seorang pelajar yang kadang-kadang ada yang meminta tolong, bertanya sesuatu, dan sebagainya..

contohnya,,mungkin anda pun pernah mengalaminya..
waktu ada kutipan derma!!!
hoho..saya tak kedekut..tapi kadang tu terfikir negatif pulak..
makanya, saya akan cakap kepada diri saya
------> syira, Allah pilih kau untuk buat baik ni..

dengan menderma kita dapat membuat hidup kita lebih berkat.
Allah pun suka.


waktu kutipan derma..bayangkan..kotak derma tu asyik hala ke kita je..
pernah tak terfikir kenapa??
kenapa hala ke aku je ni??
(idea nakal bermain di minda)




untuk mempositifkan keadaan..muhasabah diri!

kotak derma tu hala ke kita..orang mintak tolong kepada kita, orang mengajak kita ke program-program yang mendekatkan diri kepada Allah..
kenapa kita??
mungkin ada sebab, Allah lebih mengetahui apa yang patut untuk kita
tanpa kita sedar...
PAHALA datang kepada kita tanpa kita pohon pun,
tengok,
bukan susah pun nak cari pahala,
tinggal kita je nak sahut buat kebaikan atau lepaskan pahala tu dibawa angin.


kakak dan abang semua,
cik pahala dengan penuh senyuman datang kepada kita!
bila cik pahala datang, jangan nak larikan diri pula.
buat buat tak nampak, buat-buat sibuk..
Allah tarik nikmat tu baru tau!!

sambutlah dengan..
PAHALA,AKU DATANG!!!!!

kejarlah pahala yang datang tu..hapuskan dosa-dosa yang mengaburi hati kita.


jom, buat kebaikan :))))

Bila Allah tak ubah kita ke situasi yang lain..mungkin Allah nak ubah hati kita ke arah yang lebih baik :)
~kan...alhamdulillah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...