Saturday, December 31, 2016

2016 dalam HIKMAH


2016

First of all, bersyukur ke hadrat Illahi kerana dapat menikmati usia dalam tahun 2016. 
Alhamdulillah!!!!
Meh, nak recall apa impian dan azam yang tercapai.

Alhamdulillah, mostly tercapai.

Contoh, sis target nak pergi Bukit Keluang tahun ini. Allah bagi pergi..bukan sekali..3 kali! Baik kan Allah..
Kerja, hmm..sebenarnya tak nak kerja lagi. Acah nak sambung master. Tapi, kecenderungan untuk menulis idea-idea secara berhemah sangat rendah. Huhu..makanya menjemput rezeki lah kita.
Alhamdulillah. Genap setahun berkecimpung dalam NGO. NGO yang cintakan alam sekitar tau. J

Manfaat:
      -    Secara tak langsung dapat tingkatkan communication and writing skills in English. Huhu
-        -  Bina soft skill, manage events
-       -   Make engagement dengan community
- Belajar hutan bakau, masuk hutan yang ada potensi jumpa buaya...huuuu
- Sampling tuntung
- tambah kawan baru...yeayyy
-          Banyak lagi…hehe

Fokus bisnes SHAKLEE. Alhamdulillah. Berkat tunjuk ajar sifu-sifu..kak jan..kak ina. We did it!!!
Join dropship kak Fifah. Thanks kak fifah J Join dropship Nurraysa. Huhu
Kuat nego syira ye…

Itu hal bekerjaya. Sambung master, doakan syira diberi idea dan kekuatan ya. Impian tu…untuk anak-anak sis.

Lagi..haaa..
Ni yang tak terduga dan tak terfikir.
Naik kapal terbang. Haha..nak bagitau ni..first time kak naik kapal terbang..hahahahah..jakun jap. Peluang. Ni kes pergi meeting dekat Sabah. Huhu..
Terima kasih atas nikmat ini. Siap tulis Selamat Hari Lahir Ayah dekat atas flight lagi. Background awan. Sweet tak?

Tahun ini juga..Allah bagi peluang pergi merata-rata..Terima kasih Allah. Pergi sebab kerja dan reunion dan balik kampung..hehe
-          Perak
-          Pulau Pinang
-          Johor Bahru
-          Kedah
-          Putrajaya
-          Sabah
-          Selangor
-          Kuala Lumpur
-          Negeri Sembilan
Umrah je belum lagi..doakan ya. J
Yang tak dijangka..apa lagi..haaaa…kenal rakan sekerja yang awesome. Thanks for the best moments.
Dari segi ibadah…biarlah Allah sahaja yang tahu. Semoga segala ibadah kita diterima Allah J

Yang tak dapat capai tahun ini..dan akan drag tahun depan..
-          Sambung master
-          Pergi Kelantan
-          Pergi Pulau Kapas, Pulau Perhentian dan Pulau hati awak..hahahaha

Alfatihah kepada insan-insan yang amat ku sayangi….
-          Natrah
-          Mak Ngah
-          Pak Manaf
-          Fahmi

Semoga kalian ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Aku juga akan ke sana. Pemergian mereka memberi 1001 makna dalam hidup. Belajar menghargai orang yang sentiasa dengan kita. Hargai waktu. Hargai nyawa. Hanya amalan yang akan dibawa ke sana.


Secara konklusinya, tahun 2016 nampak macam tiada apa-apa…tapi..banyak sangat nikmat dan hikmah Allah bagi kepada kita. Semua kejayaan dan memori ini takkan hadir tanpa izin Allah…Terima kasih keluarga, kawan-kawan, para pensyarah, rakan sekerja dan semua rakyat!Hoho. 

SELAMAT TAHUN BARU 2017!!!!!!

Nah..sekeping gambar kami..hehe

Near Terrapuri, Penarik, Setiu
Ada lagi..hahaha..haaaa...istiqamah jadi muslimah ya. :) :) :) 

Saturday, September 24, 2016

Do and Don't untuk aktiviti sampling.

Assalamualaikum dan hai semua. Apa khabar? Hope everything is fine.

Maaflah dik, akak memang suka rojak bahasa. Haha..campur english malay. Acah orang bandar. Makan petai jugak kita..haha

Duk gi seminar tadi, tak fokus. Sebab teringat nak share ni kepada adik-adik ku..cehhh.

Special kepada adik-adik yang melakukan aktiviti sampling, hiking, walking or everything yang related with the nature. Ni yang akak biasa buat bila sampling.

view from Broga Hill


Do and Don't yeah! Have a look.

1. Niat nak masuk hutan kena betul. Eh, masuk hutan ada niat jugak! Nak keluar duit pun ada niat untuk apa kan..huhu

2. Plan well, do well. Semoga dengan perkongsian akak ni dapat membantu adik-adik.

3. Baju. Baju wajiblah long sleeves. Sila pakai short sleeves if nak calar calar kena duri pokok.

4. Seluar panjang dan tracksuit. Ala macam seluar nak gi joging tu. Nak advance lagi, pakai seluar banyak poket tepi. Pakai legging kat dalam. Opps, ni kalau lasak sangatlah kan. Terutama hiking. Buatnya seluar adik terkoyak. Malu seumur dik. huhu

5. Tudung tak perlulah melambai-lambai, lilit berlilit-lilit. Simple dan tak macam-macam hal. Tudung instant banyak dijual. Pasar malam banyak. Tudung yang tak perlu iron lagi bagus. hehe..

Note: No need to branded la kan...nak masuk hutan. Cantik tak semestinya mahal kan. Material pakaian mestilah mudah serap peluh dan mudah kering. Baju jersi pun okay. Tak tebal. Warna pula? Warna nature is better like green, chocolate and apa lagi ya,,haha.. Baju tu kan, nak jimat..kau ulang pakai esoknya pulak. Haha..ye la..baju seluar tetap akan kotor..malam nak tidur tukar la baju bersih. Solat baju bersih. Its up to you all.

6. Bawak stoking banyak sikit ya. Buatnya masuk tempat berair. Esoknya takde stoking..huuuu...tak selesa kaki. Kat giant banyak stoking murah-murah. Akak ko ni suka kumpul stoking..colorful. Haha.. Kedai RM2 lagi murah. Jap, stokin or stoking?? Omg...haha

7. Kasut wajib bertutup. Kasut sukan. Tapi ni cadangan tambahan yang akak suka sangat..kasut adidas kampung. Its highly recommended. Tak sampai RM10 dik sepasang. Kotor pun tak payah beria nak rendam 7 hari 7 malam. Haha..mudah jaga. Kasut adidas ni la berjaya teman akak hiking kat gunung irau yellow pass tau. Nak beli kasut hiking too much lak harga. Hehe.. Bawak selipar biasa jugak. 

Di Irau Yellow Pass

Ni benda yang perlu standby dalam beg:

8. Baju hujan. Ada duit sikit, belilah jacket waterproof. Kat Lazada murah. RM39.90. Biasa mahal jacket tu..beratus..huhu.. (Ni bila akak da kerja baru mampu beli tau..hahaha)

9. Surat khabar lama. Standby untuk guna apa apa hal kan..

10. Kain batik and kain pelikat wajib bawak. Buatnya nak alas ko tidur ke..alas solat.

11. Torch light. Head lamp lebih baik. Ada lampu khemah tu pun bagus jugak..Cerah sikit tempat tu..haha..

12. Pisau poket. Ni bawak bila masuk hutan. Yang bawak parang lagi bagus. Tapi tu dah advance.

13. Air paip sebotol. Standby untuk hang ambil wuduk. Incase tempat sampling jauh dari campsite.

14. Yang advance lagi..bawalah tikar kan..tak pun yoga mat tu. Tak lah sejuk sangat tidur dalam khemah.

15. Sleeping bag. RM30 paling murah. Kat giant ada. Mydin tak ingat. Hoho..sampai balik kampung pun sleeping bag diangkut. Haha..senang. Tak berebut tempat tidur dengan cousins.

Semua barang ni ada jual dekat kedai barangan perkhemahan berhampiran traffic light nak ke xiri. Belah kiri daripada UMT, di kedai berhampiran Mesra Niaga pun ada juga.

16. Bawak extra plastik or non-woven bag. Senang nak letak apa-apa.

17. Zipper bag perlu bawak. Nak letak sample ke kan..ada di Giant kot jual. Ala..kedai DIY ada macam-macam jual..hang pi cari je.

18. Bag pulak. Bag hiking..tu kalau yang mampu..beg biasa tak pe da,.asalkan jangan beg roda. Haha..Beg yang memudahkan korang la kan. Beg waterproof lagi baik. Di Lazada dan pasar malam ada je jual..murah pun murah.

19. Ubat-ubatan. Standby la kan. Air 100 plus. Coklat untuk bagi u all tenaga. Choki choki pun okay.

20. Tali. Any tali..tali rafia ke..segulung kecik takpe da..guna incase nak jadi tirai ke..apa ke..nak sidai kain.

21. Untuk adik perempuan, dont make up too much k. Cukuplah pelembap ke..bedak ke..sunblock ke..

22. Haaa..ni yang tertinggal. Buku nota kecik dan pen sebatang. Ni yang paling simple. Apa sahaja finding, just catat je..berguna untuk report korang nanti. Cuaca, environment, pokok apa..anything. Buku rujukan seperti bird checklist.

23. Bawak extension. Buatnya plug satu. Jenuh nak gilir guna kan.

24. Powerbank.

25. Al-Quran. Almost benda last akak senarai..ish ish. Tak last..ni takkan nak habaq gak..pandai hang la...dah bawak baca. Tak bawak, dalam phone ada kan Quran tu...hehe

26. Barang kemas simpan. Jangan pakai. Kalau pakai, tanggungjawab hang. Huhu.

27. Ni extra point, ada kamera, bawaklah. Wajib bawak. Takde takpe..kawan hang ramai bawak. Haha..

28. Bawak bateri.

29. Bawak wet tissue.

30. Last, bawak la sudu, tupperware..no polisterin k.


Apa lagi ya...hmm..xde dah kot. Huhu..

Haa..jangan lupa. Bawak vitamin C shaklee k! huhu.. untuk bekalan badan.

Apa yang penting waktu ni adalah teamwork. Grab la peluang ni. Jangan malas-malas. Jangan biar kawan hang je buat kerja. Study betul-betul. Betapa indahnya alam..hadiah Allah untuk kita.

Sekian, dari akak yang rindu nak sampling. Huhu..

ahli kumpulan subjek toksikologi







Wednesday, August 31, 2016

Waiting for September!!

Selamat Hari Merdeka semua!!!

I am so excited today. But, memang typical teenagers like me will just stay at home when have a holiday..haha..

No mood for jalan-jalan. Huaaa...last year, 31 Ogos, I was internship with my friends. We celebrate Merdeka at Pasar Pagi Permaisuri. This year, huhu...I am struggling myself to positive my mind that everything will be okay. Keep positive dear syira.


Okay, 4 months to 2017.

What meaning of merdeka to you? Hmm.merdeka is when I freely to do what I want and you want. And of course can smile selebar-lebarnya..(now, senyum macam tersekat di skala 7..hahahaha) Muka macam nak nangis pun ada. Huhu..


Merdeka!!!

Alhamdulillah.

September will be a pack month. But August was very pack for me, Huhu..
Memang jadi single ni pack eh hidup..dah kahwin nanti camno pulak ye.,.hahaha

September, please be kind to myself.

Can you see my smile? :)

This photo was taken during my sampling at Setiu, Terengganu. Kercut is the heritage. Like rumput liar, but can be products to local community here such as bakul, alas meja, tikar dan banyak lagi. Conserve the places, conserve the heritage.



Saturday, April 30, 2016

Impian dan niat

Assalamualaikum semua :)

Esok 1 Mei, Hari Pekerja uoollss..

Kerja ke idok esok? Untuk yang bekerja sendiri for sure gigih mencari rezeki kan. Takpe, teruskan usaha anda.

Impian dan niat.

Sebenarnya point nak tulis kali ini pelbagai. Nak tulis tu,,ini. Tetapkan point!

Makanya impian dan niat yang bermain di minda.

Impian dan niat mesti selari.

Impian saya tahun ini adalah nak bersama awak! Lol..hehe

Tak, nak kumpul dan janakan duit.

Dan nak bahagiakan hati.

.....................................................................................

Totally lost nak cerita apa.

Baiklah, saya cerita perkembangan saya ya ;) Mak sedang mencari rezeki ni haaa sambil mencari idea what the next plan after this..dah nak hampir setengah tahun da kot! What your achievement dear syira!!!

Ada...jadi dropship, huhu..berkarya dalam mimpi..huhu..

Impian tahun ini lebih banyak nak bahagiakan diri. Walaweii..jadi lebih bahagia tau!!

Mood..masih lagi mencari point apa tujuan tulis post ni,

Nasihat saya untuk post kali ini, hati kena kuat dan tabah. Allah sentiasa bersama kita. Be strong.





Tuesday, February 9, 2016

2 month after degree

Assalamualaikum and hello ;)

Lama kan tak update (klise intro saya..semua intro my entry macam ni..ahahaha)

2 month after degree..what i am doing?

Jap, sebelum tu nak citer dulu in 2 month,

What i am did?

Apa lagi...memasak la!! Lol.

Ni haaa..siap berfikir lagi nak berniaga sendiri. Kerja sendiri. Tak nak makan gaji. Amik ko!
Cita-cita tinggi tu.

List ideas:

Jual nasi bajet.
Jual tudung (ni nak siap sewa kedai lagi tau)

Last last..

Jual aiskrim Malaysia je dekat kedai mak. Kikiki..

Okay la tu kan, at least ada effort.

Okay, after 2 months..

Alhamdulillah, I got a letter from my boss (now she is my team leader) to be as assistant in conservation project.

Waaaa...waktu tu kan, tak fikir lain da. I must grab this opportunity. Mana nak dapat kan ;) ;)

Okay,sambung nanti ya ;)

Banyak cerita tertangguh ni ;)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...