Saturday, September 24, 2016

Do and Don't untuk aktiviti sampling.

Assalamualaikum dan hai semua. Apa khabar? Hope everything is fine.

Maaflah dik, akak memang suka rojak bahasa. Haha..campur english malay. Acah orang bandar. Makan petai jugak kita..haha

Duk gi seminar tadi, tak fokus. Sebab teringat nak share ni kepada adik-adik ku..cehhh.

Special kepada adik-adik yang melakukan aktiviti sampling, hiking, walking or everything yang related with the nature. Ni yang akak biasa buat bila sampling.

view from Broga Hill


Do and Don't yeah! Have a look.

1. Niat nak masuk hutan kena betul. Eh, masuk hutan ada niat jugak! Nak keluar duit pun ada niat untuk apa kan..huhu

2. Plan well, do well. Semoga dengan perkongsian akak ni dapat membantu adik-adik.

3. Baju. Baju wajiblah long sleeves. Sila pakai short sleeves if nak calar calar kena duri pokok.

4. Seluar panjang dan tracksuit. Ala macam seluar nak gi joging tu. Nak advance lagi, pakai seluar banyak poket tepi. Pakai legging kat dalam. Opps, ni kalau lasak sangatlah kan. Terutama hiking. Buatnya seluar adik terkoyak. Malu seumur dik. huhu

5. Tudung tak perlulah melambai-lambai, lilit berlilit-lilit. Simple dan tak macam-macam hal. Tudung instant banyak dijual. Pasar malam banyak. Tudung yang tak perlu iron lagi bagus. hehe..

Note: No need to branded la kan...nak masuk hutan. Cantik tak semestinya mahal kan. Material pakaian mestilah mudah serap peluh dan mudah kering. Baju jersi pun okay. Tak tebal. Warna pula? Warna nature is better like green, chocolate and apa lagi ya,,haha.. Baju tu kan, nak jimat..kau ulang pakai esoknya pulak. Haha..ye la..baju seluar tetap akan kotor..malam nak tidur tukar la baju bersih. Solat baju bersih. Its up to you all.

6. Bawak stoking banyak sikit ya. Buatnya masuk tempat berair. Esoknya takde stoking..huuuu...tak selesa kaki. Kat giant banyak stoking murah-murah. Akak ko ni suka kumpul stoking..colorful. Haha.. Kedai RM2 lagi murah. Jap, stokin or stoking?? Omg...haha

7. Kasut wajib bertutup. Kasut sukan. Tapi ni cadangan tambahan yang akak suka sangat..kasut adidas kampung. Its highly recommended. Tak sampai RM10 dik sepasang. Kotor pun tak payah beria nak rendam 7 hari 7 malam. Haha..mudah jaga. Kasut adidas ni la berjaya teman akak hiking kat gunung irau yellow pass tau. Nak beli kasut hiking too much lak harga. Hehe.. Bawak selipar biasa jugak. 

Di Irau Yellow Pass

Ni benda yang perlu standby dalam beg:

8. Baju hujan. Ada duit sikit, belilah jacket waterproof. Kat Lazada murah. RM39.90. Biasa mahal jacket tu..beratus..huhu.. (Ni bila akak da kerja baru mampu beli tau..hahaha)

9. Surat khabar lama. Standby untuk guna apa apa hal kan..

10. Kain batik and kain pelikat wajib bawak. Buatnya nak alas ko tidur ke..alas solat.

11. Torch light. Head lamp lebih baik. Ada lampu khemah tu pun bagus jugak..Cerah sikit tempat tu..haha..

12. Pisau poket. Ni bawak bila masuk hutan. Yang bawak parang lagi bagus. Tapi tu dah advance.

13. Air paip sebotol. Standby untuk hang ambil wuduk. Incase tempat sampling jauh dari campsite.

14. Yang advance lagi..bawalah tikar kan..tak pun yoga mat tu. Tak lah sejuk sangat tidur dalam khemah.

15. Sleeping bag. RM30 paling murah. Kat giant ada. Mydin tak ingat. Hoho..sampai balik kampung pun sleeping bag diangkut. Haha..senang. Tak berebut tempat tidur dengan cousins.

Semua barang ni ada jual dekat kedai barangan perkhemahan berhampiran traffic light nak ke xiri. Belah kiri daripada UMT, di kedai berhampiran Mesra Niaga pun ada juga.

16. Bawak extra plastik or non-woven bag. Senang nak letak apa-apa.

17. Zipper bag perlu bawak. Nak letak sample ke kan..ada di Giant kot jual. Ala..kedai DIY ada macam-macam jual..hang pi cari je.

18. Bag pulak. Bag hiking..tu kalau yang mampu..beg biasa tak pe da,.asalkan jangan beg roda. Haha..Beg yang memudahkan korang la kan. Beg waterproof lagi baik. Di Lazada dan pasar malam ada je jual..murah pun murah.

19. Ubat-ubatan. Standby la kan. Air 100 plus. Coklat untuk bagi u all tenaga. Choki choki pun okay.

20. Tali. Any tali..tali rafia ke..segulung kecik takpe da..guna incase nak jadi tirai ke..apa ke..nak sidai kain.

21. Untuk adik perempuan, dont make up too much k. Cukuplah pelembap ke..bedak ke..sunblock ke..

22. Haaa..ni yang tertinggal. Buku nota kecik dan pen sebatang. Ni yang paling simple. Apa sahaja finding, just catat je..berguna untuk report korang nanti. Cuaca, environment, pokok apa..anything. Buku rujukan seperti bird checklist.

23. Bawak extension. Buatnya plug satu. Jenuh nak gilir guna kan.

24. Powerbank.

25. Al-Quran. Almost benda last akak senarai..ish ish. Tak last..ni takkan nak habaq gak..pandai hang la...dah bawak baca. Tak bawak, dalam phone ada kan Quran tu...hehe

26. Barang kemas simpan. Jangan pakai. Kalau pakai, tanggungjawab hang. Huhu.

27. Ni extra point, ada kamera, bawaklah. Wajib bawak. Takde takpe..kawan hang ramai bawak. Haha..

28. Bawak bateri.

29. Bawak wet tissue.

30. Last, bawak la sudu, tupperware..no polisterin k.


Apa lagi ya...hmm..xde dah kot. Huhu..

Haa..jangan lupa. Bawak vitamin C shaklee k! huhu.. untuk bekalan badan.

Apa yang penting waktu ni adalah teamwork. Grab la peluang ni. Jangan malas-malas. Jangan biar kawan hang je buat kerja. Study betul-betul. Betapa indahnya alam..hadiah Allah untuk kita.

Sekian, dari akak yang rindu nak sampling. Huhu..

ahli kumpulan subjek toksikologi







Jelajah - Pulau Pinang 2 hari 1 malam

Hai u all. Ni cik syira nak update setelah setahun lebih. hahahaha Nak tawan hati para followers, meh kami share jenjalan kami p Penang. ...