Saturday, December 21, 2013

Ujian? Test! sekadar apa?

Bismillah,
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.
Intro saya kali,,makk aiii..blog saya bukan sekadar bersawang, berbagai-bagai penuh sampah sebab dah lama tak lawat. Sibuk la katanya. Sungguh sibuk!

Pejam celik pejam celik, dah nak final exam saya ni!
Untuk sem 1 tahun 2!
Alhamdulillah, masih bernafas saat menaip entri kali ini.

Nak final ni, minggu lepas bukan main ada test! woohhooo...
Seronok ada test, sebab saya jadi rajin nak study!
Aisshh, niat study ni untuk test semata-mata ke?
Ya Allah, kakak..sila tajdid niat semula.

Menuntut ilmu untuk mencari redha Allah,

Bukan setakat nak lulus test.


Ni nak citer..dalam perjalanan nak ke dewan peperiksaan hari itu,
tiba je terfikir..
macam lawak je..
if test yang diumumkan oleh pensyarah..bukan main sungguh2x kita study untuk skor subjek tersebut.
kita dengan redhanya menjawab soalan.
sebab apa?
memang kena jawab. jika tak skor, at least kita dapat jawab dan cover sikit resut.

sungguh2x menjawab, hope capai target!!
bila tak dapat jawab...frustnyee..
bila jawapan samar2x nak jawab..
dalam hati..ya Allah, tadi Allah dah bagi hint kat aku nak stress kan bahagian ni, tapi aku buat tak endahh..
alih2x...keluar pulak soalan ni..ish2xx...

macam tu juga dengan hidayah Allah, kita dah rasa Allah tunjuk something tu..as sign kita beroleh petunjuk-Nya..
tapi manusia kan..suka sangat buat tak endah..nanti lah..tomorrow never die..

memang la tomorrow never die, but you may die tomorrow!!!

tangguh buat kebaikan. astaghfirullah.
Allah dah jentik hati kita, berubahlah!


ok...
berbalik kepada ujian,,
ujian subjek yang nampak dengan mata kasar, kita sanggup menghadapi.
jika tak hadapinya, sudah tenta..final sem nanti haru-biru kita nak struggle extra3x!!

ujian yang tak nampak pula?
ujian tang mana?
ujian yang Allah beri kepada kita.
ujian yang sememangnya wajib dihadapi oleh semua manusia.

Kehidupan di dunia merupakan ujian. Setiap yang berlaku adalah ujian.
Dapat duit pun ujian, jatuh cinta ujian.
Naik pangkat ujian.
Jatuh sakit lagilah ujian.

Test final lagilah ujian....

Waktu tu saya terfikir,
Ujian yang Allah beri ni..kenapa kita tak cukup kuat nak menghadapinya?
Kenapa kita cepat sangat putus asa.
Allah baru uji sikit, hang dah menggelabah,
Orang lain lagi dahsyat diuji.

Tak sungguh-sungguh hadapi ujian Allah.
Nanti final kita macam mana?
Kelam kabut jadinya.

Sedangkan ujian kehidupan ini more valuable than test dalam kehidupan kampus ni..

Sedih rasa hati, saya kadang dan selalu kurang kuat menghadapi ujian Allah..

Tapi..
ingat kalamullah,
Allah takkan membebani seseorang, selagi sesuai dengan kesanggupannya.

Allah kan maha Penyayang.
Dia uji sebab dia tahu kita mampu.

Dia uji tanda Dia kasih kepada kita.

Ya Allah, ampuni aku. Aku hamba yang lemah.
Jangan Engkau bebani dengan sesuatu yang aku tak kuat menghadapinya.


Allah ada dengan kita.





pejam celik, saya dah nak final..doakan saya dan sahabat dapat menjalani peperiksaan dengan jayanya.
semoga Allah merahmati usaha kita :)




tarik nafas..lepas..tarik..lepas..
sila semangat untuk berjihad menuntut ilmu.!!!!

2 comments:

  1. insyaAllah..final exam yg ketiga akan ditempuhi x berapa lama lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. all the best kepada anda juga :) selamat berstudy week

      Delete

Be strong

Wahai teman, Usah merasa tewas saat kamu diuji, Ujian dari Allah tanda cinta. Ambil teladan daripada apa yang berlaku, Untuk bekalan ma...