Tuesday, April 9, 2013

Tempe ke tampo?!

Assalamualaikum dan hai semua!
Apa khabar?hoho...nak cari mood update blog bukan main duk cari masa dan idea..

Haa...minggu lepas, kos saya pergi buat amali di Bukit Bakar..
tapi saya tak update lagi di blog! hehe..no mood..

kali ini..nak kongsi sedikit input pasal.... TEMPE!!!!


Ni gara2x pergi geledah buku di rumah..jumpa MASTIKA edisi MAC 2013!
Jumpa pulak pasal tempe..

apa lagi...terus fikir nak share ngan kalian..



makanan kegemaran ni..orang kata tempe ni asalnye orang jawa ye makannye..
ehh..kita tak jawa..tapi suka tempe!!! 1 malaysia kata!!!!

Kajian mendapati...kandungan isoflavon dalam tempe mampu mengurangkan proses penuaan terutama untuk wanita yang hampir mendekati waktu menopaus. Manakala, pada lelaki pula membantu mencegah kanser prostat.

kandungan kalsium yang tinggi boleh cegah penyakit osteoporosis. Bagus untuk tulang!
kandungan protein dalam tempe sangat tinggi. Ia mudah dicerna dan baik untuk mengatasi masalah cirit birit dan keracunan makanan.
mengandungi zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan dan mampu menurunkan tekanan darah bagi mereka yang menghidapi penyakit darah tinggi.
agen bakteria yang dihasilkan tempe mampu mengurangkan jangkitan kuman.
kandungan asam lemak pada tempe mampu mengurangkan kadar kolestrol.
tempe mampu mencegah kanser sebab ada antioksidan dan hipertensi juga.

nyum,...sedap tau tempe...huhu,,,, banyak khasiat pulak tu!!!
buat sambal tempe lagi la...perrggghhhh....


sambal tempe!!!!
bahan:
2 keping tempe potong kecil.. goreng
segenggam ikan bilis.. goreng
kacang tanah.. goreng

bahan untuk sambal:
5 sudu cili kisar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit bilis
sedikit belacan
air asam jawa
garam, gula dan serbuk perasa
minyak utk menumis

cara:
tumbuk bawang merah.. bawang putih.. bilis dan belacan
panaskan minyak..
tuniskan bahan yg telah ditumbuk sehingga kekuningan..
masukkan air asam jawa.. garam gula dan serbuk perasa secukup rasa..
masukkan bahan yang telah digoreng.. gaul sehingga rata..
sedia untuk dihidang

sumber : dapur maklong




No comments:

Post a Comment

Be strong

Wahai teman, Usah merasa tewas saat kamu diuji, Ujian dari Allah tanda cinta. Ambil teladan daripada apa yang berlaku, Untuk bekalan ma...