Friday, November 11, 2011

ciri-ciri pakaian wanita islam

Assalamualaikum teman,apa khabar?
entry kali ini saya nak sentuh pasal pakaian muslimah.
mungkin cerita ini agak terkena kepada sesiapa atau kepada saya sendiri.,kadangkala tersasar iman,nafsu menguasai diri..nak tampil cantik..macam dalam entry saya yang ini klik sini



Secara ringkas berikut ini adalah sifat sifat pakaian wanita Islam,berpandukan Al-Quran(An-Nur 31 dan Al-Ahzab 59)

1.Pakaian mestilah menutup aurat.
2.Pakaian tidak nipis hingga terbayang tubuh badan dari luar.
3.Tidak ketat dan tidak sempit,tetapi longgar dan selesa dipakai.Menutup bahagian yang menarik perhatian orang lain.
4.Pakaian itu tidak sesekali disemerbakkan dengan bauan yang harum.Wanita yang memakai bau-bauan ketika keluar rumah,sehingga lelaki terhidu baunya disifatkan oleh Nabi sebagai zaniyah(pelacur/penzina).
5.Warna pakaian itu suram atau gelap..ala...pendek kata tak tarik perhatian lelaki..pakai warna pink la..oren la..hui..saya pun nak tenung awak lama-lama.
6.Pakaian tersebut tidak menyerupai pakaian wanita-wanita kafir atau musyrik.
7.Pakaian tidak menyerupai pakaian lelaki.
8.Pakaian itu tidaklah liba'syurah iaitu pakaian bermegah-megah untuk menunjuk-menunjuk.



Hmm...kalau fikir semula..muhasabah diri..
pendedahan aurat zaman sekarang lagi dahsyat dari zaman Jahiliyah dahulu..
Adakah cara pemakaian sekarang termoden dan terbaru?
atau
Tidakkah cara zaman sekarang lebih primitif atau lebih jahiliah dari wanita zaman jahiliah dahulu??
renungkan...

cuba kita hayati video ini..

sama samalah kita muhasabah diri..Insya Allah ..akan dipermudahkan urusan kita
saya pun tak la baik mana,tapi i try to be better...insya-Allah..









No comments:

Post a Comment

Be strong

Wahai teman, Usah merasa tewas saat kamu diuji, Ujian dari Allah tanda cinta. Ambil teladan daripada apa yang berlaku, Untuk bekalan ma...