Sunday, October 26, 2014

Maal Hijrah :)

Assalamualaikum semua.

Ini serius! Dah lama tak bertaip di wall ini. Huhu..kenapa ye?
Sibuk kononnya! Blurghh..jawapan common.

Ok, jawapan saya, komitmen sebagai pelajar tahun akhir membuatkan saya sedang mengurangkan masa saya di alam maya.

Hanya yang perlu sahaja akan dilayan. Cewahh..nampak tak ketegasan di situ.

tak terlambat lagi kan untuk saya ucapkan 
salam maal hijrah :)
alhamdulillah, kita masih diberi ruang dan peluang untuk bertaubat dan berbakti kepada agama, dunia dan masyarakat :)

Saya sambut maal hijrah di setiu tahun ini, Kenapa? Kes saya sedang menyiapkan projek tahun akhir.
Alhamdulillah, banyak perkara yang kami belajar :)
Disebabkan banyak..saya tak taip apa yang banyak tu ye..hihi

Ada azam ke untuk tahun baru islam ini kawan-kawan? :)

Takde?? Kenapa?
Sebab azam yang lepas pun aku tak settle lagi :(

Aiyaa..Jangan macam ini!!

Niat dan azam tu kena pasang! Minta kepada Allah. Insya-Allah, Dia akan berikan kekuatan yang extra kepada kita untuk memiliki apa yang kita niatkan tu.

Ingat, apabila doa dilafazkan, Allah akan memakbulkan, Banyak cara Allah akan makbulkan doa kita tu. :)

Apa doa saya untuk tahun ini?
Mudah-mudahan segalanya baik-baik dan saya nak dapat dekan untuk dua sem ini. Doakan saya dan diri anda juga ye :)

Salam Maal Hijrah. Semoga kita menjadi hamba Allah yang lebih baik di sisi-Nya :) 

p/s: Ramai pulak orang nikah di tahun baru ini..huhu..saya bila?


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...