Tuesday, April 12, 2011

iqra Mathurat

salam....
topik kali ini fadilat mathurat.Tahukah anda apakah itu mathurat?
Siapa yang tak tahu...mai sini cek bagi tau...
Al-mathurat adalah antara zikir amalan Rasulullah(kalau salah tolong betulkan)
Al-mathurat ada yang sughra dan kubra,tetapi yang selalu dilakukan yang sughra...
Ni bacaan mathurat daripada u tube...

http://www.youtube.com/watch?v=YzG6fwHV0TE

 Al- Syahid Imam Hassan Al Banna telah membina jalan yang baik untuk mengikut sunnah Rasulullah SAW. Beliau telah memilih dan menyusun al- Ma'thurat dgn mengharapkan bimbingan daripada Allah SWT agar terhindar daripada gangguan syaitan yang penuh angkara murka. Maka alangkah baik setiap diri muslim mengamalkan zikir al-Ma'thurat ini pada setiap pagi dan petang, siang dan malam.
Antara fadilatnya ialah:

1. Tidak dihampiri syaitan
2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
5. Selamat dari segala sesuatu.
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
7. Allah berhak untuk meredhainya
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
9. Terhindar daripada syirik.
10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
14.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.


sumber:http://hatikering.wordpress.com/

p/s:Alhamdulillah,saya mula mengetahui dan mengamalkan bacaan ini sejak tingkatan 1(tinggal di asrama).Bersyukur kerana dapat sesuatu yang saya tak tahu sebelum ini.

Hadis Rasulullah saw: "Sampaikan dariku walaupun satu ayat."

2 comments:

  1. syukran.....
    rindu nak baca mathurat secara berjemaah
    sambil pegang mic sewaktu memikul tanggungjwb badar dulu...
    syukran syira

    ReplyDelete
  2. afwan faizal.aku pun rindu situasi tu....

    ReplyDelete

Jelajah - Pulau Pinang 2 hari 1 malam

Hai u all. Ni cik syira nak update setelah setahun lebih. hahahaha Nak tawan hati para followers, meh kami share jenjalan kami p Penang. ...