Friday, April 22, 2011

buatmu ya habibi

bacalah wahai sayangku... 

Aku memang berharap dia datang kepadaku.Aku ini pemalu...aku tahu.Namun,aku berdoa agar dia mengerti suara hatiku.Aku mahu dia tahu sekalipun lisanku sentiasa kelu apabila menatapnya.Sekalipun bicaraku tidak pernah lancar di hadapannya.Namun,jauh dalam sanubariku sudahama membina istana kristal yang kukuh untuk menyambut cintanya.

Istana kristalku tidak akan menjadi milik sesiapa...ia hanya akan menyambut rajanya.Dan aku mahu kamu jadi penakluknya,memerintahnya dan memakmurkan istana itu cinta itu.Namun,biarkan istana itu di situ.Aku tidak akan menzahirkannya selagi kami belum diijabkabulkan.Biarkan segalanya menjadi rahsia hatiku.
Cintaku adalah benar sekalipun tidak pernah diungkap
Cintaku adalah teguh sekalipun tidak pernah disentuh
Cintaku wujud di dalam makhfi,tersembunyi dan suci
Cintaku adalah milik nutlak untuk lelaki yang bergelar suami....


Aku sememangnya menanti lelaki sepertimu.Menunggumu.Mengharapkanmu.Tetapi,aku takkan ucapkan cintaku.Aku cuma berdoa kepada Tuhan,agar Dia membawamu kepadaku dengan kudrat dan takdir-Nya.Aku mahu cintaku bersatu atas dasar wahyu.Aku mahu cintaku akhirnya berdiri dengan kalam Illahi.

Ya Allah...bawalah lelaki itu kepadaku dengan kuasa cinta-Mu.Bukan kerana ucapan lisanku atau kerana sebab yang zahir.Aku ikhlas mencintainya dan aku mahu dia melihat cintaku dalam hatinya menerusi makrifat cinta-Mu.

2 comments:

Be strong

Wahai teman, Usah merasa tewas saat kamu diuji, Ujian dari Allah tanda cinta. Ambil teladan daripada apa yang berlaku, Untuk bekalan ma...