Thursday, May 19, 2011

jannah cinta buat-Mu(episod 5)

Dalam perjalanan aku ke rumah,fikiran aku menerawang kepada lamaran Faiz.Betul ke pilihan aku ni?Ya Allah berilah petunjuk yang betul.Pada masa yang sama,aku teringat Jack.Cukuplah Jack sekadar kawan baik untukku.Nampak gayanya,berpeluanglah Jack nak memberi hadiah perkahwinanku nanti.Aku tersenyum sendirian.Namun,terasa ngilu hati ini.Kebetulan lagu nasyid nyanyian In-team,Kasih-Kekasih berputar di radio.Alunan lagu ini seperti memahami apa yang ada dalam fikiranku di kala ini.
..Sebelum diijabkabulkan..syariah tetap membataskan..pelajari ilmu rumahtangga..agar kita lebih bersedia..menuju hari yang bahagia….
Ya!Sebuah perkahwinan memerlukan pengetahuan.Pengetahuan untuk duniawi dan ukhrawi.Perkahwinan menjadikan sepasang insan dari kaum Adam dan Hawa hidup saling melengkapi.Lantas kemunculan Faiz telah menimbulkan pertanyaan.Aku dapat rasakan Faiz seorang yang baik lantaran dia melamarku secara bersopan.menemui kedua-dua orang tuaku bersama keluarganya.Faiz tidak menjebakku ke lembah yang boleh menimbulkan fitnah.Aku mesti mengenali Faiz terlebih dahulu sebelum kami berumahtangga.Hairan juga aku,aku tak kenal dia..tapi dia kenal aku.
Setibanya di rumah,aku merehatkan diri.Terasa nikmat seketika setelah berada di dalam kereta berjam-jam lamanya.Aku lantas mencapai telefonku dan menghubungi ibu.Ada sesuatu yang perlu aku beritahu kepada ibu.
“Assalamualaikum ibu!”aku membuka bicara di telefon.
“Waalaikumsalam,kenapa Salwa?”tanya ibu kepadaku.
“Emm..Salwa nak mohon satu perkara boleh..izinkan Faiz bertemu dengan Salwa di kampung hujung minggu depan..”mohonku kepada ibu.
“Insya-Allah,nanti ibu beritahu kepada Faiz,”balas ibuku.
“Terima kasih,ibu.Bukannya apa,Salwa nak kenal Faiz itu dengan lebih dekat sebelum kami berumahtangga.Tak salah kan?
“Tak salah,memang selayaknya kita mengenali dulu seseorang lebih-lebih lagi sebagai teman hidup,”jelas ibu.
“Terima kasih,ibu.Assalamualaikum,”balasku.
“Waalaikumsalam.”ibu mengakhiri perbualan kami.
Minggu ini aku sibuk menyediakan kuliah untuk para penuntut ilmu di bidang bahasa ini.Berbincang tentang isu semasa sering menjadi kupasanku di bilik kuliah.Kadangkala,aku akan bercerita tentang pengalamanku tentang sesuata perkara kepada mereka,sengaja aku melakukan hal sedemikian bagi menghilangkan kebosanan kepada mereka dan secara tidak langsung dapat mengeratkan hubunganku dengan mereka.Aku berasa seronok dapat menerokai gelagat remaja zaman ini.Berbeza daripada aku dahulu,aku masih lagi remaja sekarang tapi remaja yang dah layak digelar remaja pencen.Hehe..
Sedang aku asyik menonton televisyen di rumah,telefonku berdering.”Ishh,siapa pulaklah…”rungut hatiku.
Tertera nama Jack di skrin telefon bimbitku.Hatiku melonjak kegembiraan.Sudah lama kami tidak bertanya khabar.
“Hello..beauty,”sapa Jack.
“Hello..”jawabku ringkas sambil mengambil posisi duduk yang selesa.
“Lama tak dengar cerita daripada you..I busy ada seminar pergigian di Terengganu..”jelasnya.
Aku hanya mendengar apa yang diceritakan oleh Jack.Kadangkala dia mengeluarkan reaksi kelakar melalui nada suaranya.aku turut ketawa.Aku kadangkala berasa rindu dengan suaranya.Namun,semuanya adalah sementara.Aku bakal menjadi milik orang lain.Jadi,usahlah mendambakan Jack berjenaka untukmu Salwa.
“Jack,I want to tell something to you..”kataku.
“Bad or good?”tanyanya teruja.
“I don’t know..but..hmm..Jack,I bakal berkahwin tak lama lagi,”beritahuku kepadanya.
Terdiam seketika.Sepi antara kami.
“Jack..are you okey?”tanyaku.
“What?I am okey…ohh…congratulation!Dapatlah I tengok you punya wedding nanti!So,let me guess what type of this news..ehhmm..good news!”balasnya.Tapi aku dapat rasakan nada suaranya berubah.
“Yes,you orang first yang tahu berita ini.”kataku untuk memujuk hatinya.
“Really?Thank you beauty!,”balasnya kembali.
Kami mengakhiri pebualan dengan ucapan semoga berbahagia dengan pasangan masing-masing.Sengaja berbuat demikian untuk menghilangkan resah di hati.Aku dapat rasakan bahawa Jack terkejut dengan beritaku itu.Dalam diam aku menyipan perasaan cinta kepada Jack.Namun,apakan daya.Aku ini hanyalah seorang wanita,aku takkan melafazkan kata cinta kepadanya.Malahan pula,kita berbeza agama.Namun,jauh di lubuk hatiku,aku tetap mendoakan agar Allah memberikan petunjuk kepada Jack.

A part of you has grown in me.So you see,it’s me and you together  forever never part..Maybe in distance but never in heart…

Itu mesej terakhir yang aku terima daripada Jack.Aku cuba menghubunginya berkali-kali.Namun,tiada  jawapan.Ke manakah dia?Kami sudah tidak berhubung semenjak mesej terakhir  yang  Jack kirimkan kepadaku.Apakah makna di sebalik semua ini?Ya Allah,aku enggan kehilangan sahabat sebaik Jack.


bersambung...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...