Tuesday, May 17, 2011

jannah cinta buat-Mu(episod 4)


                                       I don’t know how beautiful you are…
Mesej ini menjadi penyambut aku kala di subuh hari.Jack pasti mengirim kata-kata romantis kepadaku.Aku tidak memberi apa-apa reaksi yang memberi harapan.Hanya sekadar ucapan terima kasih akan ku balas.Malas nak berharap kepada yang tak pasti.
Tapi dalam hatiku turut membalas mesej ini.
                         I don’t know how gentle you are…
Cukuplah dalam hati,Jack tak perlu tahu semua itu.Mulakan hari ini dengan senyuman.
                Awal-awal pagi lagi ibu menelefon aku agar pulang ke kampung.Katanya ada urusan penting.Mujurlah hari ini dan esok tiada kuliah.Jadi,aku pulang ke kampung dengan keadaan tergesa-gesa.Apa yang pentingnya?Ibu masih lagi enggan beritahu kepadaku.Ibu kata tak puas berbual melalui telefon.
                Mujurlah laluan highway tak sesak,mungkin bukan musim raya agaknya.Aku tiba setelah matahari hampir terbenam.Sesampainya aku di kampung,ibu dan ayah menyambutku dengan senyuman.Keluarnya aku daripada kereta aku terus bersalaman dengan kedua-dua orang tuaku.
“Tak kerja pulak Salwa hari ini?”tanya ayah kepadaku.
“Kebetulan hari ini dan esok takde kuliah.Tu yang balik..mak kata mustahak..apa dia?”tanyaku kepada ayah.
Ayah lantas memandang ibu dengan pandangan inginkan penjelasan.Ibu pulak tersengih-sengih.Aku pula yang ternanti-nanti.
“Apa ibu?”tanyaku.
“Alahai Salwa ni,baru sampai dah nak tanya pasal tu..malam nilah kita bercerita  ye nak..”pinta ibu.
“Aik..kata penting..boleh pulak kata nak cerita malam ni…”rungutku hairan.
Ibu hanya tersenyum mendengar omelanku.
“Betul cakap ibu tu,malam ni selepas isyak kita bercerita sambil minum kopi yang ibu kamu buat ye..,”saran ayahku sambil tersenyum.Sempat pula berjenaka.
“Ye la…Salwa nak masuk bilik dululah ibu ayah…”kataku lalu bergerak ke bilik tidurku.
                Usainya solat maghrib,aku menolong ibu di dapur menyediakan hidangan makan malam.Ayah ke surau.Sudah menjadi rutin ayah sejak pencen dari jadi polis solat berjemaah di surau setiap hari.Di rumah,yang ada hanya kami bertiga,adikku sedang menuntut di Universiti Malaya.Jadi,memang sunyilah ibu dan ayah sewaktu ketiadaan kami.
                Selesai makan malam,ayah duduk membaca suratkhabar yang  entah berapa kali dibacanya.Mana taknya,hanya suratkhabar menjadi wadah bacaan untuk ayah mengetahui perkembangan dunia.Tak suratkhabar,buku-buku agama ayah akan baca di malam hari.Ayah memang suka membaca buku-buku agama.katanya,melalui pembacan kita dapat meneroka ilmu dari segenap inci.Sedangkan dalam al-Quran pun ada menyarankan agar kita membaca.Surah Al-‘Alaq..bacalah dengan nama tuhanmu..
Aku menolong ibu mengemas dapur.Selesainya di dapur,kami pergi ke ruang tamu.Ibu mengambil tempat duduk si sebelah ayah.Aku pula duduk menghadap mereka.
“Ibu ayah ceritalah perkara yang penting tu..”pintaku dengan semangat.
Ibu dan ayah hanya tersenyum melihat keterujaan aku.
“Tak sabar benar anak kamu ni Mah,”kata ayahku kepada ibu.
“Cepatlah bang,Mah pun nak dengar juga..”pinta ibu sambil ketawa.
“Eh..bukan Mah dah tahu…”jawab ayah sambil melipat suratkhabar yang sudah dibacanya.
“Cepatlah..”rengetku manja.
“Baiklah wahai anakku..,”kata ayah.
Aku mula memberi sepenuh perhatian kepada kata-kata ayah.Ibu hanya diam seribu bahasa.
“Kelmarin ada orang datang ke rumah.Mereka datang membawa hajat hendak menyunting Salwa sebagai menantu.”jelas ayah.
Aku terkedu.Tak terkata.Baru aku sedar yang aku selayaknya boleh berkahwin dengan umurku yang hampir mencecah 27 tahun.
“Apa ibu dan ayah cakap?”tanyaku.
“Ibu dan ayah tak memberi  apa-apa kata sepakat lagi,mahukan jawapan daripada Salwa dulu.”kata ayah.”Errr..Salwa ada orang lain ke?”tanya ayah.
Aku terdiam.”Tiada sesiapa pun…”,kataku.Tapi,hanya Tuhan yang tahu.”Jack..ayah..,”jawabku dalam hati.
“Budak lelaki itu baik,dia ada datang sekali semalam..,”kata ibuku pula.
“Macam mana dia boleh kenal Salwa?”tanyaku hairan.
“Katanya dia kenal Salwa di ibu kota..namanya Faiz,”jelas ayah.
“Faiz mana pulak ni?”tanyaku kembali.
“Macam ni..apa kata Salwa istikharah dulu..apa jawapan dari Salwa ayah terima.”,cadangan ayahku.Ibu turut setuju dengan cadangan itu.
“Baiklah,ayah…Salwa akan fikirkan..”kataku.
“Salwa masuk tidur dulu..esok nak balik Kuala Lumpur pula.Assalamualaikum,”kataku kepada ibu dan ayah.
“Waalaikumsalam,”jawab ibu dan ayah serentak.
“Ya Allah,jika benar Faiz adalah hak mutlak aku di dunia ini..Engkau jodohkan aku dengan dia.Jika bukan,Engkau pertemukan orang yang selayaknya untuk memimpinku di dunia ini untuk meraih rahmat-Mu ya Allah..Sesungguhnya Engkau maha mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Mu yang hina ini..Amin..”
Doaku mengakhiri solat istikharah.Pertama kali aku rasa berdebar lantaran lamaran seorang lelaki.Siapa Faiz?Sakit kepalaku memikirkan tentangmu..Namun,aku dapat rasakan Faiz adalah jodohku.Aku redha andai dia untukku.
Sebelum aku bergerak pulang ke Kuala Lumpur aku memberitahu kepada ibu dan ayahku tentang hal lamaran Faiz.Aku terima.Mungkin itu yang terbaik untukku walaupun aku tidak pernah bertemu dengannya.Lagipun cara dia melamar aku secara berhemah dan tidak melulu seperti sesetengah pemuda zaman ini.Riak wajah gembira jelas terpancar di wajah ibu dan ayah.Aku hanya tersenyum sahaja.Aku turut gembira bila ibu dan ayahku gembira.Namun,Jack?
 bersambung..







No comments:

Post a Comment

Jelajah - Pulau Pinang 2 hari 1 malam

Hai u all. Ni cik syira nak update setelah setahun lebih. hahahaha Nak tawan hati para followers, meh kami share jenjalan kami p Penang. ...