Sunday, October 26, 2014

Maal Hijrah :)

Assalamualaikum semua.

Ini serius! Dah lama tak bertaip di wall ini. Huhu..kenapa ye?
Sibuk kononnya! Blurghh..jawapan common.

Ok, jawapan saya, komitmen sebagai pelajar tahun akhir membuatkan saya sedang mengurangkan masa saya di alam maya.

Hanya yang perlu sahaja akan dilayan. Cewahh..nampak tak ketegasan di situ.

tak terlambat lagi kan untuk saya ucapkan 
salam maal hijrah :)
alhamdulillah, kita masih diberi ruang dan peluang untuk bertaubat dan berbakti kepada agama, dunia dan masyarakat :)

Saya sambut maal hijrah di setiu tahun ini, Kenapa? Kes saya sedang menyiapkan projek tahun akhir.
Alhamdulillah, banyak perkara yang kami belajar :)
Disebabkan banyak..saya tak taip apa yang banyak tu ye..hihi

Ada azam ke untuk tahun baru islam ini kawan-kawan? :)

Takde?? Kenapa?
Sebab azam yang lepas pun aku tak settle lagi :(

Aiyaa..Jangan macam ini!!

Niat dan azam tu kena pasang! Minta kepada Allah. Insya-Allah, Dia akan berikan kekuatan yang extra kepada kita untuk memiliki apa yang kita niatkan tu.

Ingat, apabila doa dilafazkan, Allah akan memakbulkan, Banyak cara Allah akan makbulkan doa kita tu. :)

Apa doa saya untuk tahun ini?
Mudah-mudahan segalanya baik-baik dan saya nak dapat dekan untuk dua sem ini. Doakan saya dan diri anda juga ye :)

Salam Maal Hijrah. Semoga kita menjadi hamba Allah yang lebih baik di sisi-Nya :) 

p/s: Ramai pulak orang nikah di tahun baru ini..huhu..saya bila?


Wednesday, August 13, 2014

Universiti Malaysia Terengganu, together we are..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Entah apa semangat pula kakak ni nak update blog.
Cuti la kata..member lain da ada di UMT pom..mung masih di sini..menghadap laptop dan tv dalam satu masa.

First of all, terdetik nak update mengenangkan keputusan upu adik-adik dah keluar kan,,
Who get UMT?? Raise up your hand!

Tahniah saya ucapkan kepada yang terpilih belajar di UMT. Bukan semua orang dapat belajar di sini..anda bertuah..sebab ALLAH yang pilih untuk berada di UMT selama 3 tahun..4 tahun..6 tahun..or selama-lamanya.. (ni kes nak sambung master--->pHd--->bekerjaya di UMT)

Belajar betul-betul..ingat pesanan mak ayah..orang kampung.
If ada yang promote ajak berniaga tu...huhu..MLM selalunya..berhati hati..
if takde minat..sekadar nak cuba-cuba..saya pesan..JANGAN!!!
anda akan merasai pengalaman kerugian..huhu..
kalau minat...bahagilah masa sebaik mungkin..ingat niat sebenar kita ke sini.

BELAJAR!!!



banyakkan berdoa..beristighfar kepada ALLAH..

ok, ni kisah saya.. perasaan ambe dapat UMT
huhu...x lah hebat mana..nak share feeling gitu.,

lagi,,di UMT ni..ada survival laut!
U ni je ada survival laut...best...rasa nak pergi lagi!
Tak tahu la ada ke tak tahun ni..kalau xde,...huhu..boleh aje snorkeling di Pulau Kapas,,di pantai UMT :P
huhu...


gambar waktu first year..wuhahahahahaha..
macam muda je..haha

Hidup di Universiti tak seindah drama tv melayu,,huhu.ada kisah cinta bila buku tertinggal di library la..helmet tertinggal atas jalan la..haha..alamatnya..hilanglah barang korang tu..
macam-macam orang akan jumpa because bukan orang Melayu je kita kena jumpa..whole the world..

tbe teringat seorang Indian student selalu jumpa di bilik air.,.aku ingatkan junior..dah hujung tahun baru tahu..she is foreigner..waaa....dari India..sedang buat pHd..mudanya.....waaaa...aku masih degree...

pesan saya lagi..

AKTIFKAN diri anda menyertai setiap aktiviti di kelab-kelab UMT..
nak promote..kelab GEMERSIK(pengacaraan dan komunikasi) 
, kelab AMATUR INTELEKTUAL (KAI)..
kelab PENYAYANG, 
Sekteriat RAKAN MUDA, (latest event!!)  

Taman Negara..first year

Broga Hill..first year

Irau Yellow Pass..second year
3rd year????




 kelab KEMBARA, kelab 
PEMBINA, 
PRS..

kantoi ni kelab eden join,..hoho..banyak lagi kelabnya..UMT banyak dengan kelab.

unit uniform join la jugak..SISPA, PALAPES, SUKSIS, WATANIAH, PBSM,.....

untung bila aktifkan diri ini..softskill terbina..hardskill????hoho

ni antara view yang saya curi-curi tangkap dengan keizinan ALLAH..

di ala lagoon jalan airport tu..bukan pantai UMT tau.,

area jalan biawak

di jalan biawak..belakang tu pantai..

biawak, buterfly lizard banyak juga..boleh buat fyp!!

nak jalan jauh sikit,.,singgahlerr sini..tangkap insect..
nak gambar banyak-banyak..u must to feel it naturally..apa aku ckp niiihhh..haha

APA PUN...selamat belajar di UMT..anything to ask??? please refer to me!!! 

Tuesday, August 5, 2014

surat untuk encik suami

assalamualaikum awak,

surat ini untuk awak..(erkk..tak tau nak panggil apa..sebab saya pun tak terfikir nak panggil awal apa..)
awak je la dulu..

bismillah..
dari kecil sampai ke sekarang..i still mencari..
orang kata tak payah mencari..dia akan datang.
amboi, ingat habuk ke..tak cari pun tetap akan datang..
ish2x..

setiap persahabatan, perkawanan..haaa..apa lagi..huahua..
saya kawan dengan semua..dalam diam..saya mencari..hehe...
tengok..ada kena tak dengan saya..

saya cuba menjaga syariat..
cuba..cuba..if tak indah di mata kalian..
maafkan saya.

awak yang saya dah temui atau belum..
ye la..jodoh kita tak tahu kan sebenarnya..
sekarang ni dengan awak atau awak atau awak bukan jaminan akan bersama selama-lamanya.
semua ini insya ALLAH akan bersama awak atas nama jodoh.

dan perkahwinan!!! i am your wife soon ;)

(will be continue..)

Raya 2014

Bismillah..

Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin daripada saya dan keluarga. Hari ini baru teringat nak update blog. Hmm..tak teringat nak update..komitmen lain pulak.

Bagaimana hari raya kali ini?

cornflakes bersama mak,adik

Saya? Malam raya sampai tarikh hari ini..saya dikejutkan dengan berita pemergian saudara Islam saya..baik nenek nenek..atuk..sahabat..dan sudah tentu umat Islam di Palestin.
Allahu akbar.

Kepada Dia jualah kita kembali. Al-fatihah.

Semua pinjaman.
Sesaat semalam kita bersama. Celik mata. Aku tahu kau dah tiada di sisiku. Allah, kuatkan hatiku. Lindungi dia di sana. 

Apa nasibnya di sana..aku di sini masih lagi alpa dengan permainan dunia,
Ampuni aku Allah.

Aku insan yang lemah..ada Kau aku kuat.

Sekarang ini..berbaki sebulan lagi sebelum memasuki tahun akhir sebagai pelajar ijazah sarjana muda di universiti. Semoga ALLAH mudahkan urusan ku dan urusan kalian.

Saturday, June 28, 2014

IMPAK 2014 ~closing journey sem 2 2013/2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

penghujung semester 2 sesi 2013/2014 sudah berakhir dengan indahnya. HOHO..
alhamdulillah..Allah adalah sebaik-baik perancang.

IMPAK adalah event penutup untuk sem ini. Pada mulanya, planning nak p naik gunung banjaran trans-titiwangsa..tiba tiba..
last minute lebih kurang..saya pilih untuk menyertai IMPAK!

Program Implimentasi Kepimpinan Mahasiswa 2014 (IMPAK) anjuran Majlis Kolej Siswa yang diadakan selama 4 hari ini telah memberi nilai yang bermakna kepada saya dan rakan-rakan yang menyertainya.

Tak rugi! Alhamdulillah.




Nak cerita lebih-lebih nanti..tak suprise pulak untuk peserta IMPAK akan datang kan???hehe..
Makanya..kita pendekkan cerita dengan satu perkataan.. AWESoME!!!

Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini..Terima kasih kepada kak Elin dan abang Mirul :)
ahli kumpulan saya.. Gr8At StAr!!! terima kasih kak Farihah :)
Saya yang pada mulanya..krik2x..malu la konon..haaisshh..haha..
Terima kasih kepada encik B saya..hehe..you are so sequence :D
Terima kasih kepada fasi-fasi dan felo semua.. :) terima kasih kak Chai :)

Terima kasih :) :)  Semoga kita semua akan aplikasikan ilmu dan pengalaman yang diterima dalam kem ini.

Perbezaan kita..kekuatan kita!!

Selamat menyambut bulan ramadhan :)

p/s: gummy bear..hehe

Sunday, May 25, 2014

nak sesuatu kena korbankan sesuatu!

Assalamualaikum semua :)

alhamdulillah..ada masa sebentar nak berblog..wahh..lincahnya menaip..tadi buat assignment perah idea nak karang ayat..hehe..

baru klik nak update blog baru teringat nak siapkan cerpen..tapi dah buka dan ada idea ni..kita taip je la kan..huhu..

pernah dengar tak orang kata...nak sesuatu kita kena korbankan sesuatu yang lain..???
saya selalu dengar ni...nak sesuatu yang besar, kita mesti korbankan banyak perkara yang kecil!!!

yup, untuk berjaya..banyak benda yang perlu dikorbankan..jangan sampai diri terkorban udah lerr..

ini kisah saya.,

alhamdulillah!!! one of matlamat dalam hidup saya sudah tercapai..belajar berenang!!! :) ni gara-gara suka sangat dengan air..i am fall in love with the sea..the river and you..hehe..

sem ini punya kisah........

alhamdulillah..setelah dirancang selama setahun lebih..bertemu jodoh kita di pusat akuatik :)
berbekalkan duit untung berniaga tudung....guna untuk yuran dan tambang ke pusat renang...

saya jadi duyung....huhu...i can swim...alhamdulillah..
yupp...x lah hebat mana..perlukan latihan yang jitu..baru cekap... alhamdulillah...

seronok berenang...one of the reason kenapa nak sangat belajar berenang adalah sunnah Nabi berenang ni..
saya pernah terbaca artikel ke apa ntah..manusia sememangnya boleh berenang,...haaa...apa lagi..saya nak buktikan....alhamdulillah...
dan salah satunya..saya nak anak-anak saya reti berenang..sebelum anak-anak pandai..let your mummy be the first swim with you all k! hehe..
lagi..sebabnya impian saya adalah nak belajar skuba...nak belajar skuba..at least ada basic berenang,,,
lagi,..mestilah nak sihat kan...release stress berenang ni...

huhu...alhamdulillah...practice make perfect,,,slow2x berlatih,,,

haaaa...disebabkan nak sangat belajar berenang......all of the weeks..yang mana boleh dilapangkan, saya fokus untuk berenang...no more outing yang saja saja..haha..dulu rajin sangat jalan-jalan cari makan,,,
and then..sem ni juga...saya tak pergi mana mana untuk hiking...huhu,.,...duit2x...huhu...sudah dilaburkan untuk ilmu renang,,,
sedih jugak...gunung jerai, gunung berembun dan akan datang gunung trans-titiwangsa,.,,,ni yang paling advance....huhu...tapi fikir seminggu lagi nak puasa...nak cuci rumah..hehe..
.next sem la kita berhiking...ehh..ada la hiking hari tu...kat taman negara dengan ayah kesayangan :) hehe..

wink2x taman negara with my dad


lebih-lebih lagi...macam-macam duk bawak balik dari hiking...huhu..krik2x...tapi best kot hiking,,,,

ku korbankan gunung untuk mendapat lautan...huhu...
takpe..haiisshh..sekarang ni

tak sia sia duk tganu ni...dulu saya pernah niat..duk tganu ni...at least ko reti berenang...x pun berskuba..huhu,,

apa apa pun..saya bersyukur Allah beri peluang kepada saya untuk merasai semua ini...alhamdulillah... terima kasih ALLAH..

#countdown anniversary saya celik mata nampak mak dan ayah...huhu..
#countdown final..1 jun..huhu...

mood sekarang.,.macam2x...

next planning...practice2x..kumpul duit......hiking lagi dan....huhu...

view depan chalet..sungai pahang..


Thursday, May 15, 2014

before final!

Assalamualaikum semua :)

mood nak tengok jadual exam..tup2x..p update blog pula..

pejam celik dah nak habis setahun belajar untuk tahun ini..
final exam just around the corner..

haaa..
ni nak bukan cerita pasal exam..
nak berjiwa sebentar boleh?

dalam kesibukan melalui hari-hari yang mendatang ni..
duk berangan nak kahwin kononnyaa..haha
dah lama perasan cam ni tak muncul..aiyyaaaa...
buang tabiat tiba nak kawin! dulu nak juga kawin..tapi..
selama ni..kahwin adalah perkara number last dalam hidup..
bukan apa..anak sulung la kata..x kisah pun kahwin bila..asalkan aku bahagia!! haha

wish list aku sebelum umur 30 tahun ni banyak,,
salah satunya..
nak pergi umrah bersama mak ayah..
nak bawa diorang jalan-jalan..
i want to become Dr. Nur Syahirah!!!
itu plan A,,
tak dapat..saya akan bekerja di satu tempat..kerja penuh komited!!!
saya nak kerja bersama haiwan-haiwan..aiyyaaaaa!!! huhu..
semua ni dirancang atas tiket seorang anak dara.

tapi..andaikata jodoh awal..itu bonus!! jom umrah big family..
slowly menabung untuk capai hasrat ke Mekah.
Insya ALLAH.
jodoh awal lagi bagus..nak tengok sikit macam mana saya jadi matang sikit.,

dalam kesibukan ni...
tiba-tiba..kawan pesan..sebelum kita berapa-apa...jumpa mak ayah dulu..
hang jangan buat pasai...orang negeri tu selalunya nak menantu dalam yang satu negeri je..
errrrkkk...aku terlupa tentang tu!! bukan apa...mak aku tak kisah pun negeri mana..asalkan baik-baik sahaja..
bercinta bagai nak rak!! tiba tiba..awak..mak saya nak saya kahwin dengan orang kampung saya..haaaa..sedih giler.....
tak ke haru!!! orang macam aku ni haaa yang haru..sedih kot..sayang sungguh..tba jadi macam ni..anggap sahaja la kita xde jodoh..dan..huaaaaa... Allah tahu yang terbaik kan.

tapi kalau dah jodoh..insya ALLAH..ALLAH mudahkan jalan kita..

kesimpulannya..sayang tinggi mana sekali pun..hang bawak la jumpa mak ayah..
sebabnya.mak lebih tahu apa yang terbaik untuk anaknya..
restu mak ayah tu penting..

ingat mak ayah kat rumah tu...

ok...saya nak belajar..perasaan tu still ada..tp fokus apa yang kita ada sekarang...next year FYP!!!!huhu...


cik syira syahir dah nak final..tapi mood nak berhiking ada..huhu..mencari restu untuk ke sana..
haissshhh.,.final2x..

doakan saya dan rakan-rakan sukses dengan jayanya :) insya ALLAH.


Jelajah - Pulau Pinang 2 hari 1 malam

Hai u all. Ni cik syira nak update setelah setahun lebih. hahahaha Nak tawan hati para followers, meh kami share jenjalan kami p Penang. ...