Thursday, November 29, 2012

itu hak saya!!

assalamualaikum semua..

haa...ni niat nak buat assignment,,lastly update blog!!

lama da tak update..saya baru je habis menyiapkan tugasan di pesta konvo UMT...alhamdulillah..terindah!!!!



itu hak saya!!!
pernah tak anda cakap macam tu kepada sesiapa??
honestly, saya pernah!!
cakap gitu bila da geram sangat ni!!!

sebenarnya cakap macam tu jelas sangat menunjukkan yang kita pentingkan diri sendiri..ye?
ye...
sebab..apabila kita sentiasa memikirkan apa yang kita mesti dapat daripada orang lain, mesti kita akan menjadi orang yang tamak dan tak fikirkan perasaan orang lain.



rasanya tak perlu nak fikirkan apa hak kita sebelum kita fikirkan apa yang kita telah berikan kepada orang sekeliling kita

bak kata ustaz hasrizal HIDUP UNTUK MEMBERI..
lebih banyak kita memberi, lebih banyak kita menerima.



ingat,memberi jangan harap balasan!!bila kita harap balasan..hati kita akan punah bila tidak berbalas,,
apabila memberi..tanpa sedar kita juga telah mendapat hak kita.,sekian..

Tuesday, November 13, 2012

kakak ni asyik laptop aje..

assalamualaikun dan salam sejahtera..

bangun-bangun tidur saya terasa nak menaip pulak..nak buat story malas..nak update blog rajin pulak..biasa la tu..

tengok tajuk---> KAKAK NI ASYIK LAPTOP AJE

cuba teka??ayat siapa ni..mestilah dari adik saya..

bukan sekali dia cakap cam tu..banyak kali..

agak tersentap sebenarnya..ye la..duk sedap-sedap berfacebook..bertaip-taip..tiba keluar statement sedih tu..teruk ke aku ni??



to my adik..maafkan kakak..

i know from your statement you need to spend your time with me.
you want my holiday become more meaningful without my laptop :)

haaa...pointnye dekat sini..berkualiti tak cuti saya bersama keluarga di rumah?
kalau asyik menghadap laptop dan terperap dalam bilik..baik tak payah balik!!itu yang saya fikirkan sewaktu kemas-kemas barang sebelum balik ke rumah.

nak buat cane..laptop dah sebati dalam jiwa..i love to taip-taip :)


tq to my adik,
sebab ingatkan kakak.
maafkan kakak andai cuti yang singkat ini kurang kualiti..kakak cuba untuk menjadikan cuti bersama keluarga bermakna..ye la,..akak pun kadang-kadang terhomesick juga tau..hukhuk..

jadi..pesan saya untuk saya dan anda semua yang jarang-jarang pulang ke rumah,
lakukan sesuatu yang menandakan kita WUJUD bersama keluarga kita seperti jangan asyik buat hal sendiri, tolong mak ayah...tanya perkembangan pelajaran adik-adik.
jangan jadi selfish :)
balik rumah ni,,jumpa family..orang kata dapat ambil semangat yang terbang..yeaahh...saya mengaku..balik ke rumah, i can refresh semangat untuk membahagiakan keluarga..perjalanan masih jauh..tapi saya sedang melalui jalan untuk sebuah kejayaan.insya-Allah..

show your love :)


                       

Sunday, November 11, 2012

explore the nature to TAMAN NEGARA Pahang

assalamualaikum dan salam sejahtera :)
apa khabar semua??semoga baik-baik sahaja.

keterujaan saya untuk update blog pada hari ini sangat tinggi!!!hoho..



bukannya apa..alhamdulillah..target saya dalam hidup dah tercapai!!
apa ek??

saya dapat jejakkan segala jiwa dan fizikal ke TAMAN NEGARA di Jerantut, Pahang.
Kampung kas tu..faham x??duk cakap ganu je..balik pahang cakap pahang la kan..
nak promote ni :) best kat sini :)



Saya pergi ke sana bersama-sama biosis club. UMT je ada tau club ni :)
Bersama kak wani selaku pengarah program,Dr, Andrew, kakak-kakak dan abang-abang memulakan perjalanan pada pukul 8 pagi dari UMT. Yang uniknya, saya paling muda..hoho..kenapa??only me first year student :)

Kenapa saya nak pergi sangat??

Sebab---> dari kecil nak gi..hehe.., suka masuk hutan, suka sungai..belakang umah tok pun ada sungai..tapi nama pun Taman Negara,best la lagi :), sebab nak explore the nature for the first time with all my kakak-kakak dan abang-abang.

Kami tiba pada pukul 4 petang cam tu kot..lupa dah,,tapi sebelum tu singgah makan kat Padang Piol,waahh...dah berapa tahun tak datang sini..maju dah quarters felda :) dulu saya tinggal kat sini..

Setibanya di sana, kami disambut oleh Encik Rasdan bin Salleh, Ejat dan yang lain :)
Sebelum terlupa, event kami diuruskan oleh Danz Travel and Adventures Sdn. Bhd. 
boleh dihubungi melalui link di atas atau pun di sini http://tamannegara-danz.com/ 

camp site kami menghadap sungai tembeling! menghadap sungai pulak..dulu menghadap pantai :)

sungai tembeling


next and next..

Pada belah malamnya pula, kami diberi taklimat serba ringkas dan pembahagian kumpulan..petang tadi pun ada juga taklimat dan kata-kata aluan.

Aktiviti pada malam itu ialah Interpretive Show dan NIght JUngle Walk

Bersama pemandu pelancong yang sporting, kami meredah malam yang indah..ecece..bintang banyak malam ni :)

haA..FIRST time jumpa tapir depan mata betul-betul ni..selama ni jumpa dalam kurungan di zoo.
banyak yang saya belajar malam tu, serangga-serangga yang keluar waktu malam :)
subhanallah, indah ciptaan Allah :)

Tidur malam tu memang lena dan saya mimpi,,,,haaa,,,biarlah rahsia..nak mimpi lain,mimpi lain pulak,,layan je,,

Esoknya pulak, alhamdulillah cuaca panas..thank you Allah..
sesi pagi, kami mengikuti aktiviti Jungle Trekking dan Canopy Walkway


pokok tapak hantu

puncak bukit teresek
haaa...ni word yang paling saya suka di sini :) TAKE NOTHING BUT PHOTOGHRAPS , LEAVE NOTHING BUT FOOTSTEPS

jom la kita
memang banyak pengetahuan yang kami dapat, yang dah tahu jadi lebih tahu, yang belum tahu jadi baru tahu :)

selepas itu kami berjalan di atas jalan kanopi :)

memang feel habis la.,.,haha,.suka giler..rasa nak jerit je cam dalam citer lawak ke der 1..yang ayat ni 'Aku BEbas,,,Bebas..Bebas,.'hoho...sekali ngan gema..


nampak muka teruja di situ
petang pula, aktiviti yang memang saya suka tahap giga!
Rapid Shooting iaitu aktiviti redah subgai dengan menaiki bot.
Gambar tak sempat nak snap sebab phone saya bukan yang water proof jadi tersimpan dalam cip minda saya je la :)
huiihh, best!!! dengan cuaca hujan kan..best!!main hujan sekali!!
semalam kat UMT main pantai, hari ini main sungai pulak.

lepas tu, kami pergi melawat ke perkampungan orang asli Batek.
di sana, kami dpat mempelajari tentang gaya hidup masyarkat mereka,cara menghidupkan api dan teknik menyumpit. 

Mereka malu-malu la dengan kami, takpe-takpe..akak bawak coklat ni dik..hehe..



kami habis aktiviti dalam pukul 5 lebih camtu, lepas tu..siap-siap berkemas untuk pulang ke UMT!!

sebelum pulang, kami dapat berkumpul seketika bersama-sama encik Rasdan dan para pemandu pelancong yang terbaik!
terima kasih kepada semua, ada rezeki kita jumpa lagi :)
tahniah kepada kak Saidah..dapat anugerah peserta terbaik :)

tq kepada pak lang dan pak cik bas... :)

memandangkan cuti midsem, saya terus balik rumah di Tawar Island..Island la sangat kan :)
keterujaan saya makin ekstrem bila saya bercerita kepada seisi keluarga..hehe..

what i had learn :

kerjasama itu penting :) tq semua :)
makin semangat nak explore the nature..coming soon animal diversity at lecture
cintakan alam ye.. Allah bagi untuk kita hargai, sayangi dan cintai bukan untuk saja-saja..yes, i admit, makin jatuh cinta kepada alam :) hidup bio!!
dan banyak lagi..

dah pasang niat, nak pergi ke sini lagi dengan adik-adik dan kawan-kawan!! kita buat aktiviti yang lagi advance pulak!!
tiba-tiba terfikir, honeymoon kat Taman  Negara la..mencabar sikit :)
tidur kat gua satu malam :)
3 malam lagi kat chalet :) hoho... berangan lebih..













Thursday, November 8, 2012

untungla ada couple

assalamualaikum :)
haa...dah hampir sebulan tak update blog...berhabuk tahap apa ntah..ni duk nak bersihkan..huhu..
malam ni start blog2x semula..sebab

~~saya rindu kalian
~~ni la masa yang sesuai nak story2x..
~~.........

UNTUNGLA ADA COUPLE!!!



kenapa pulak la akak sorang ni?bukannya apa..ini fenomena yang biasa di ipta dan ipts era ini..
nak habis sem...tup2x..tau si mamat tu dengan si dara ni..
berkepit cam belangkas dah akak tengok..
untungla..ada yang care..dapat makan sama-sama..study sama-sama..shopping sama-sama..apa lagi yang sama-sama....untung ek??
menyampah akak..
tapi...
bohongla..naluri manusia..mesti ingin disayangi kan..perhatian.,.lebih-lebih lagi bila tahu dia syok kat kita..waaa...rasa dunia ni indah ya amat...sweet2x cam tu...

saya pun terasa cam tu jugak..

tapi..

bila direnungkan..dicari gali...

ternyata..semuanya palsu belaka..

ingat!!!



ada ke orang yang nak ke syurga Allah , tergamak melakukan sedemikian??
fikirkan..
tiba nak cakap..saya jadi kagum bila tahu awak ke..dia ke..single..waahhh...bagusnya..untungla pasangan  dia nanti..

ingat tau..kata kata hilal asyraf dalam bukunya..SEBELUM AKU BERNIKAH

'sekiranya benar cinta, mesti kita mahu bersama hingga ke syurga. Apa-apa yang membawa ke neraka, itu bukan cinta namanya.'

persoalan bila saya mula terfikir syoknya couple

~ishh, ada ke nak couple..cam kelakar je..
~hmm..lupa da ke niat asal ko masuk universiti ni?
~apa niat ko nak couple ni..sure ke ko bersama dengan dia sampai hujung nafas??ke nak wat research je..ye la..syok ke rasa disayangi.. ke...nak isi masa lapang..dan mengisi ruang hati yang suram???
~tolonglah kakak,sedih mak dan ayah bila tahu sikap kita sebenar cane..duk berkepit dengan laki..
~no couple islamik la kakak!!!
~bila frust,pehhh....

bila suka kepada someone..berdoa yang terbaik :) mudah-mudahan kita dipertemukan insan yang selayaknya untuk kita..
kawan je..no couple..tapi kalau kita ngan dia declare nak bersama satu hari nanti??cano??tunang da ek??
tapi sekarang duk busy dengan hal masing-masing..takpe..fokus dalam matlamat masing-masing dahulu,,matlamat bersama..insya -Allah..
hmmm...kalau jodoh tak ke mana..

jodoh tu kan rahsia Allah..
mungkin hari ini kita tidak dijodohkan untuk bersama..akan datang?jap..jodoh tak semestinya hal kahwin..persahabatan pun jodoh jugak.. :)
siapa tahu..alih-alih muka dia jugak yang muncul salam tok kadi :)




setakat nak isi kekosongan hati..tak payah la..takde faedah pun..
perbaiki diri kita dahulu..betulkan hubungan kita dengan Allah, ibu bapa, pensyarah, rakan-rakan dan semua orang sekitar kita :)

majukan diri kita dahulu..selagi tiada lafaz nikah..selagi tu kisah cinta kita belum bermula tau!!
seronok pulak saya baca buku cinta high class
sesuai untuk sesiapa yang nak mencari redha Allah..



pesanan dari penaja untuk anda dan diri penaja,,khususnya yang darah muda seperti penaja..

~~kejar cinta Allah jom!!indah terasa bila kita merasai cinta daripada Allah :)

maaf-ayat saya berputar belit..duk speaking london je :) yes,yes and yes only..

semoga kita sentiasa dalam rahmat Allah..jom hadiahkan al-fatihah kepada kedua-dua mak ayah kita :)








Friday, September 28, 2012

survival laut dan jejak warisan 2012

salam pembuka kata..apa khabar??alhamdulillah..

entri kali ini saya nak share pasal program yang saya sertai selama 2 hari 1 malam di Pusat Penyelidikan Universiti Malaysia Terengganu di Pulau Bidong.Program ini diadakan setiap tahun untuk pelajar tahun pertama.Program ini diwajibkan sebagai 20 peratus markah untuk subjek ko-kurikulum.Jadi,nak tak nak kita mesti buat. Tapi,bagi saya ini adalah suatu perkara yang saya sangat nanti-nantikan sebelum masuk UMT lagi. 

Setiap orang mempunyai pengalaman yang berbeza walau pun mencapai objektif yang samaJadi,dengan lapang dan rendah hati saya nak kongsi pengalaman saya di sana.

DETIK BERMULA..

Haaa..kami berkumpul di kompleks sukan UMT pada jam 7 pagi..nak tunggu bas..opss,sebelum terlupa..program kali ini melibatkan dua kos iaitu kos biod dan math kewangan..tetapi kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan..

saya kumpulan KETAM!!

Pulau Bidong dari UMT tak lah jauh mana..setibanya di jeti kami naik kapal kecil..haha..tak tau nak panggil apa..feri kecil kot..
sejujurnya, saya dah lama tak main laut..tapi saya suka laut!! sama macam ayah saya!! WE LOVE SEA AND BEACH!!

subhanallah,,kagum saya tengok pemandangan alam yang sangat indah.
deruan ombaknya..kalah ombak rindu!!

setiap kumpulan bergilir-gilir buat aktiviti..macam group saya..kami berkayak dahulu..tapi!!

setiap kumpulan mesti mengikuti aktiviti WATER CONFIDENT dahulu!!

haa..nak cerita ni,
saya dah la berenang pun tak reti..wuuaaa...takut akak!!
alhamdulillah..dengan izin Allah..saya dapat melaksanakan dengan sebaik mungkin

water confident ni nak bentuk keyakinan kita di laut la kan..

akak dan abang fasi tolong ajarkan kepada kami..saya ni berapa kali tercungap dah!cuak tu..terima kasih kepada sahabat-sahabat dan ahli bilik saya terutamanya mira,amy dan shud!!kalian sangat bagus,sebab sentiasa bantu saya...

berenang punya berenang,kami dikehendaki menerjunkan diri ke laut dari kapal..
wuuaa...saya hanya pejam mata dan terjun!!gelabah tu memang ada..tapi fikir orang lain boleh,takkan kita tak boleh pulak..

blurp..macam cerita titanic pulak apabila saya terjun tu,,ecece..
then, berenang ke tepi pantai..
jauh jugak la..

BEST!!!'

selepas itu, kami rest sekejap dan BERKAYAK pula..

ni lagi satu,,saya tak pernah naik pun!!huhu..dulu belajar teori atas darat je..

kekoknya la..

yang ni saya dah biasa buat,,kata duduk darat..
apa lagi>>? MASUK HUTAN..JUNGLE TREKKING!!
hutan yang kami masuk bukan calang-calang hutan.
hutan peninggalan orang vietnam..
agak cerun la..

banyak kesan peninggalan, ada gereja..replika kapal,tempat mereka sembahyang,tugu!!
tugu je ada tangkap gambar..yang lain tak berani dan tak nak!!

almaklum..hutan..jaga adab ye!!

pelarian orang vietnam ke pulau bidong

next,aktiviti MEMANCING!!

haa...kami naik kapal dan pergi ke tengah laut untuk memancing.
best!terasa seperti titanic pulak..titanic lagi!

tapi,cuaca tak mengizinkan..hujan lebat..ombak pulak tak tentu ..
kami terkandas hampir dua jam di laut,,
romantik pulak!!haha..

menikmati keindahan alam..subhanallah..

terasa tenang, tapi bila ombak besar datang,takut!!

aktiviti yang ditunggu-tunggukan pula ialah SNORKELING!!
tetapi,cuaca petang tak baik..tertangguh..

pagi esoknya kami snorkeling,,

pakai fin,snorkel dan mask..

nak masuk ke dasar laut tu..mula tak confident,,hmm.,,boleh ke aku buat??
testing..alhamdulillah..

subhanallah..

tak terucap saya..mana taknya dah snorkel tutup mulut..bernafas ikut mulut..tertelan air laut..mahu nak semput saya!!

cantik sangat keadaan dalam laut..

saya nampak terumbu karang,ikan-ikan..colourful..gamat dan banyak lagi...ternampak cik obor-obor lak!!lari...!!!

sampai ke tengah..aik,apsal tak nampak orang lain..haha..patah balik la..nak lawan ombak lagi..aduyai..lastly..sampai ke pantai..hanya biar ombak bawak saya ke pasir..sakit!!
macam terdampar..tak larat..tapi best!!

kali kedua nak buat lagi snorkeling..tapi suku je...hehe..

fasi siap offer lagi ambil lesen skuba!!huhu..insya Allah..satu hari nanti saya akan cuba capai matlamat itu!!

as conclusion!!
BEST,EXCELLENT,SWEET,FUN,WONDERFUL!!!

alhamdulillah,,certain my target had achieved..
saya tabik spring kepada muslimah..kita pun boleh buat aktiviti air..alhamdulillah..


semoga kita semua sentiasa dalam redha-Nya..









Thursday, September 20, 2012

apa yang diniatkan itu doa!!

assalamualaikum dan apa khabar??
semoga sihat dan gembira selalu..

dah 3 minggu saya di kampus UPM Terengganu( tu dulu..) sekarang ?? sila cari ye..
alhamdulillah..macam macam pengalaman..indah dan indah!!

ada ke waktu orientasi kos..dalam explorace..kena makan bawang putih tu!!waaahhh...seulas tu...pedas!!!
tak jangka, dapat jugak habiskan!!hoho..

okay..iklan je..tapi kisah benar tu..


back to my topic!
 pernah tak kita terfikir apa yang kita nak..kebanyakkannya Allah beri kita peluang untuk memiliki apa yang kita mahu?
kadang kadang kita hanya terlintas untuk melakukan atau memiliki sesuatu..
tiba tiba,Allah bagi kita jalan untuk ke arah itu..
tinggal untuk kita ambil sahaja peluang itu.
pernah tak berlaku??

mesti pernah!!
saya teringat ustazah saya pernah kata..
SETIAP KATA KATA ADALAH DOA!!
saya setuju!
dan setiap apa yang kita niatkan adalah doa..

doa adalah pengharapan kita kepada Allah..
sebagai tanda kita mengagungkan keesaan-Nya..
sebagai tanda kita syukur kita kepada Allah.

apabila kita berdoa dan niatkan sesuatu..
Allah dengar apa yang kita pinta..
dengan penuh keikhlasan dan kerendahan hati..
Insya Allah..Allah akan memakbulkan doa kita..
jika tidak dimakbulkan , ingatlah bahawa Allah merancang sesuatu yang lebih indah buat kita!

yang penting,,doa,usaha dan tawakal!!

saya percaya dengan janji Allah yang maha mengabulkan doa!!


setakat ini..alhamdulillah..apa yang saya niatkan..saya catatkan..saya ungkapkan..alhamdulillah...Allah aturkan untuk saya memiliki..merasai..walau pun seketika..dan mungkin lama saya menanti..
dan saya percaya dengan janji Allah!!

tapi kadang tu pernah gak tak dapat..takpe lah..Allah tahu yang terbaik untuk saya dan anda.
jadi..jangan berhenti berniat yang baik baik dan berdoa kepada Allah...





Saturday, September 15, 2012

otak kanan atau kiri?

assalamualaikum..

amacam hari ni??dah berapa hari saya tak berkongsi cerita.

jadi..saya nak cerita berkenaan di kuliah pertama saya untuk subjek PLANT BIOLOGY AND DIVERSITY..

sir Farid ask us about our brain..which brain side you more prefer??apa ayat aku ni!!haha...
 RIGHT or LEFT??


setelah melalui ujian tapisan!!hoho
saya adalah golongan RIGHT BRAIN!!

otak kanan ni kan..jap,,cakap omputih lak la..

big picture oriented
random
spiritualism
can get it
synthesizing
subjective
uses feeling
imagination rules
symbols and images
present and future
believes
appreciates
fantasy based
present possibles
spontaneus
advanterous
dan berani ambil risiko

YES!!
saya mengaku..banyak yang kena dengan sikap saya

kena la seimbang kan otak kanan dan kiri

al kisahnya..saya sememangnya tak suka setempat je..
yang sure saya romantik!!haha...
sangat menghargai sesuatu dan seseorang
dan tak suka yang sangat teliti,,haaa...macam mana nak jadi cikgu ni!

boleh je..kita ajar anak murid kita dengan cara yang kreatif!!!






Jelajah - Pulau Pinang 2 hari 1 malam

Hai u all. Ni cik syira nak update setelah setahun lebih. hahahaha Nak tawan hati para followers, meh kami share jenjalan kami p Penang. ...