Saturday, March 17, 2012

real syabab islam??

assalamualaikum,salam pembuka hari..how about your day?firstly,i want to sorry..haha...da lama x update..almaklumla..busy satu hal,,nak menaip pun...bila la free...jadi waktu p;agi yang hening di matrik tercinta jari mula lincah menaip seiring dengan limpahan idea...banyak la idea..x terluah di laman ni pun lagi...

hmm....saya tengah menghitung hari nak final!!!walawei..cuak...yang penting,doa,usaha,ikhtiar dan tawakal!!!!
dengan result mid sem yang....hmmm....aiiyaaa...haha....

ok ok...entry kali ni ade kaitan dengan result midsem saya...
hari tu pergilah berjumpa dengan my lecturer,,,kena discuss la,.,ape problem x dapat skor..huhu....malu...dah tu..apesal bagi result cam tu cik kak oiii.....

REAL SYABAB ISLAM???
faham dok??
pemuda islam sebenar ke kita ni????

Dipendekkan cerita..dengan result midsem yang kurang cemerlang,,,ni lah ape yang cikgu pesan kepada saya dan dua orang budak comel,.,..errkkk?????hehe...

setelah dikaji dan memang sedar pun...semua dari ATTITUDE!!!
ye la kan....kenapa tak dapat skor???
reason saya-------------------> malas,xde minat dalam chapter tu..dan yang sure...kalau tak minat mesti kita buat sambil lewa kerja tu...ye la...kalau da suka...onak duri sanggup diredah....walawei...macam kisah cinta terlarang kita tu....

cikgu tanya..MALAS itu sifat orang islam ke?CEPAT MENGALAH tu sifat umat islam ke?
terdiam saya,,astaghfirullah,,memang pun....islam tak pernah ajar kita suruh tunjuk sifat x baik...semua yang baik baik...rajin,amanah...bersemangat,..
tapi....kita ni.....tarbiah xde...kesedaran xde....ape lagi....ishhh.,,,malu la kita dengan para imam kita,,,serikandi islam...syabab islam di zaman Rasulullah...
renung-renungkan la...

 

"KITA HIDUP KAT DUNIA NI TAK TAU SEKEJAP MANA..
BUATLAH SESUATU TU YANG BOLEH BAGI MANFAAT KAT ORANG LAIN"
pesanan yang cikgu beri  kat kami sekelas,,,

 


betul...hidup x lama..i still remember what he said to us...
jadi,,,kita ni...jangan lah nak menyusahkan orang...mainkan hati orang pun bikin susah tau,,,
yang penting...ingat ALLAH
Rasul,,,mak ayah kita...
sedih kalau RASULULLAH ade juga pada zaman ni..tengok attitude kita yang ting tong...

jadi....are we real pemuda islam?????
tepuk dada tanya iman....
hmm....saya pun banyak kelemahan....
sekian...




Saturday, February 4, 2012

takut MANUSIA,,takut ALLAH

assalamualaikum...apa khabar semua?
saya di sini baik baik sahaja..Ujian Pertengahan Semester baru sahaja habis..alhamdulillah,,
entry hari ini nak cerita tentang perasaan kita,,,

apa?
cinta?haha....cinta aje cik kak ni...


benci?


bukan la...asyik pasal tu je..kita tukar sikit hari ni..

rasa TAKUT!
yup!
siapa takut saya?comfirm xde...i am not canibal...but....huahua...
setiap hari mesti perasaan takut ni muncul...
time jumpa pensyarah...ye la..takut kantoi  tak pandai..tapi..MALU BERTANYA SESAT JALAN!
takut bangun lewat!bangun lewat..habis lari plan for today!haru biru jadinya.
saya takut jumpa dia..sebab dia pandang saya macam saya ni...seksi sangat ke?ooppsss
takut apa lagi...
banyak kan,,,

baiklah sahabat,,,,
cuba kita renungkan...
atas tadi tu semua takut kita kepada dunia..manusia,.

takut kepada manusia,,,kita akan elak dari berjumpa dengannya,
takut kepada masalah..kita akan lari dari masalah,
takut kepada apa lagi..
tapi yang pasti kita AKAN ELAK dari bertemu kan!
sebab TAKUT!

cuba kita fikir TAKUT kita kepada ALLAH
cuba ambil masa 1 saat...sikit je pun..
apa yang kita lakukan apabila TAKUT KEPADA ALLAH?
Allah ni!!bukan sesiapa,,Tuhan yang jaga ko siang malam,bagi ko nikmat bernafas..bagi mak ayah yang baik!
TAKUT tak?

apabila takut kepada-Nya..

kita akan takut nak buat dosa!dosa hati..dosa fizikal..Ya Allah ampuni aku..
takut nak menipu orang..
takutla,,,
and for sure,,
KITA SENTIASA NAK BERADA DEKAT DENGAN ALLAH
tak nak lari dah..nak Allah ada dengan kita,,jaga kita..lindung kita..rahmat kita..
berapa banyak percent dah takut kita kepada Allah?

TAKUT KEPADA MANUSIA,,KITA AKAN LARI SEJAUH MUNGKIN DARIPADA  BERTEMU
TETAPI,
TAKUT KEPADA ALLAH KITA SENTIASA MAHU  HAMPIR DENGAN-NYA,,











Wednesday, January 25, 2012

anniversary!!

assalamualaikum sahabat dan my followers!
apa khabar?harap sihat dan gembira la ye..saya alhamdulillah..
da lama tak update...huhu...
bukan malas..tp x sempat la...busy and line yang x berapa nak clear,,,

entry kali ni.. happy first ANNIVERSARY HONEY!huhu...

yeay!i love u
for my lovely pakwe...selamat ulang tahun,,,

eh,jangan salah faham,,bukan pakwe....
ni haa,,,,,
da genap setahun blog akustatik ni dibuat!alhamdulillah,,,
da lupa tarikh betulnya bila...haha...tak romantiknya saya ni.,.
ada aku kisah....
haha.....eh,nak update lagi....tapi...
......
....
nak pack barang balik island la...huhu...
anyway,,,tq kepada semua followers and bloggers,readers and sesape je la....
haha,,,
yang terbaca dan nak baca...
tq.....
sayang kalian,,,,
banyak lagi ni nak tulis,,,banyak idea...nanti ye,,,,
teruslah support AKUSTATIK!!

Friday, December 23, 2011

selayar kenangan*hijrah remaja

assalamualaikum rakan blog sekalian..rasanya hampir sebulan lebih kita tidak memasukkan sebarang entry.
kesibukan sebagai penuntut ilmu,tidak memberi kesempatan kepada saya untuk bercerita.




entri kali ini saya ingin bercerita pengalaman saya mengenai HIJRAH REMAJA
cerita ke?
lagu ke?
Hijrah remaja adalah program motivasi yang dianjurkan oleh salah sebuah syarikat motivasi di Malaysia..
Saya menyertai program ini selama 2 hari 1 malam.
Anda tahu siapa yang menytampaikan motivasi itu?
Ustaz Hasrizal,beliau adalah penulis blog KLIK SINI
Kata-kata ustaz banyak membuat saya berfikir tentang kehidupan dan tentang diri yang hina ini,,

salah satu kata beliau ialah

JADI ORANG YANG HEBAT BUKAN PILIHAN,
TAPI KENA JADI HEBAT,
SEBAB SYURGA TERIMA ORANG-ORANG YANG HEBAT!!

teruja saya mendengar kata-kata beliau,
bayangkan..para serikandi Islam seperti Sumaiyah..pahlawan Islam seperti Khalid Al-Walid,
anak-anak palestin yang mati syahid,
dan sudah tentu baginda Rasulullah turut berada di syurga,
susah ke nak masuk syurga?
itu persoalan yang bermain di benak fikiran saya..
fikirkan..

lagi kata-kata beliau yang sempat saya salin

ORANG YANG BERUBAH KERANA TERPAKSA ADALAH MANGSA
ORANG YANG BERJAYA..
ADALAH
ORANG YANG PAKSA DIRI UNTUK BERUBAH

antara analogi yang ustaz berikan ialah,contohnya..kita seorang yang nakal,tbe tbe kemalangan patah kaki..contoh la,,,
then,barulah nak berubah setelah jadi macam tu..see!!
berubah kerana terpaksa sebab kerana keadaan daH jadi macam tu..jadi..
paksa diri untuk berubah!!
pendapat saya,kita yang kena ubah diri kita,,jangan manjakan diri!

kehadiran kakak kakak dan abang abang fasi daripada ipta,
pertama kali jumpa..subhanallah,sejuknya hati saya melihat mereka,cantik bertudung labuh,ada yang berpurdah,terasa hina pula diri ini..
kakak dan abang fasi memberi impak positif kepada saya..
di situlah saya belajar untuk lebih istiqamah,lakukan solat dhuha,,
subhanallah,,Allah bantu saya untuk berubah dan menjadi lebih baik..
dan,saya teringat kata kata seorang kakak fasi

ELAKKAN TABARUJ,
SEBAB WANITA,,KITA INI MEMANG DAH DICIPTAKAN OLEH ALLAH SANGAT INDAH,,CANTIK..
SEBAB ITU WANITA ADALAH AIB,AIB YANG PERLU DIJAGA
jagalah aurat,,hiasi peribadi dengan akhlak yang mulia

subhanallah,
terlampau banyak kenangan dan peristiwa yang membuat saya tersentak dan bertekad untuk BERUBAH KERANA ALLAH..
ya Allah,,,sungguh indah kenangan yang Engkau berikan kepadaku ini,,
tak terungkap,
sekian,terlalu indah pengalaman ini..

buku ini saya dan rakan yang lain dapat di sana,
pengisiannya sangat sesuai untuk kita para remaja menghargai cinta yang hadir,
PERKAHWINAN SEBENARNYA MENGGABUNGJALINKAN ANTARA CINTA,KASIH SAYANG,TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN













Wednesday, November 16, 2011

untuk mahabbah...

●❤●..Perasaan cinta yang lahir terhadap seseorang bukanlah tanda kita akan memilikinya. Namun kekadang ia muncul sebagai ujian dari ALLAH buat kita, kerana DIA ingin melihat bagaimana kita memelihara, mengawal dan mengurusnya. Perasaan cinta itu amanah, dan amanah pasti akan dihisab oleh ALLAH.. sama-sama menjaga hati, jangan dicemari, jangan dinodai jangan dikotori dengan apa yang tidak ALLAH sukai, insya ALLAH!♥..



assalamualaikum..apa khabar?hehe,saya tengah menghitung hari nak balik sambung belajar..doakan saya berjaya ye..atas  tu kata kata saya copy n paste kat fb..best,,,bawah ini pun sama..hihi


Saya tak pernah bersetuju dengan prinsip:
"Kalau suka, simpan dalam hati. Berdoalah kepada Allah agar dia menjadi jodoh kita, atau mintalah Allah SWT agar berikan kita yang terbaik."


Islam mengajar kita usaha sambil bertawakkal. Maka menyatakan rasa suka adalah usaha. Tinggal kita kena letak usaha itu dalam batasan syara'. Kalau perempuan, hantarkan wakil untuk menyatakan rasa hatinya. Kalau lelaki, pergilah menghadap wakil perempuan, ibu bapanya, atau menghantar wakil juga untuk menyatakan rasa hatinya.

Kalau suka, persiapkan diri serba sedikit sebelum memberitahu. Kemudian beritahulah. Jangan simpan.

- Hilal Asyraf 






KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi bakal anak-anak kitaJanganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi bakal anak-anak kita.


KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.


KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah


KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.


KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah.Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.


SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalanbertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan

KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%

KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurusdengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingikita semasa menderita

KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan 

Anda.




ni pun..


Isteri yang baik, tidak semestinya memiliki suami yang baik, kerana pernikahan adalah ruang ujian, teman hidup kita boleh saja menjadi ujian getir dalam hidup yang sebentar ini.





Bila ada yang sayang, jangan lukai hatinya..
Bila ada yang cinta, jangan kamu titiskan air matanya..
Bila ada yang menanti, pastikan kamu kembali..
Bila ada yang setia, lakukan yang sama..

Bila dia banyak berkorban untuk kamu, hargailah jangan lukakan hatinya..
Bila dia pergi, pergilah kejar selagi merasa dia bererti..
Kerana bila dia tiada di sisi, barulah nanti kamu menyesal kerana mensiakan satu-satunya insan yang ikhlas mencintai kamu..








Sunday, November 13, 2011

demi matahari-snada,,fall in love with it



assalamualaikum teman,apa khabar?
entry kali ini nak share about this song: SNADA-DEMI MATAHARI
siapa pernah dengar lagu ini?kalau nak dengar sila pause kat lagu blog ini tau,...nanti jadi macam macam lagu pulak!

ni nak citer,,,first time dengar lagu ni waktu pergi CSR Rebung 2010 at MJSC Pontian..
time kat wat sukarelawan program motivasi kat adik adik UPSR kat kampung tu,,,
kita duduk kat belakang buat ape..haaa....ade la...hihi..
ok...first time dengar lagu ni...waaa...bestnye,.,terpesona!
cuba hayati ye...

Friday, November 11, 2011

ciri-ciri pakaian wanita islam

Assalamualaikum teman,apa khabar?
entry kali ini saya nak sentuh pasal pakaian muslimah.
mungkin cerita ini agak terkena kepada sesiapa atau kepada saya sendiri.,kadangkala tersasar iman,nafsu menguasai diri..nak tampil cantik..macam dalam entry saya yang ini klik sini



Secara ringkas berikut ini adalah sifat sifat pakaian wanita Islam,berpandukan Al-Quran(An-Nur 31 dan Al-Ahzab 59)

1.Pakaian mestilah menutup aurat.
2.Pakaian tidak nipis hingga terbayang tubuh badan dari luar.
3.Tidak ketat dan tidak sempit,tetapi longgar dan selesa dipakai.Menutup bahagian yang menarik perhatian orang lain.
4.Pakaian itu tidak sesekali disemerbakkan dengan bauan yang harum.Wanita yang memakai bau-bauan ketika keluar rumah,sehingga lelaki terhidu baunya disifatkan oleh Nabi sebagai zaniyah(pelacur/penzina).
5.Warna pakaian itu suram atau gelap..ala...pendek kata tak tarik perhatian lelaki..pakai warna pink la..oren la..hui..saya pun nak tenung awak lama-lama.
6.Pakaian tersebut tidak menyerupai pakaian wanita-wanita kafir atau musyrik.
7.Pakaian tidak menyerupai pakaian lelaki.
8.Pakaian itu tidaklah liba'syurah iaitu pakaian bermegah-megah untuk menunjuk-menunjuk.



Hmm...kalau fikir semula..muhasabah diri..
pendedahan aurat zaman sekarang lagi dahsyat dari zaman Jahiliyah dahulu..
Adakah cara pemakaian sekarang termoden dan terbaru?
atau
Tidakkah cara zaman sekarang lebih primitif atau lebih jahiliah dari wanita zaman jahiliah dahulu??
renungkan...

cuba kita hayati video ini..

sama samalah kita muhasabah diri..Insya Allah ..akan dipermudahkan urusan kita
saya pun tak la baik mana,tapi i try to be better...insya-Allah..









Jelajah - Pulau Pinang 2 hari 1 malam

Hai u all. Ni cik syira nak update setelah setahun lebih. hahahaha Nak tawan hati para followers, meh kami share jenjalan kami p Penang. ...