Friday, November 11, 2011

ciri-ciri pakaian wanita islam

Assalamualaikum teman,apa khabar?
entry kali ini saya nak sentuh pasal pakaian muslimah.
mungkin cerita ini agak terkena kepada sesiapa atau kepada saya sendiri.,kadangkala tersasar iman,nafsu menguasai diri..nak tampil cantik..macam dalam entry saya yang ini klik sini



Secara ringkas berikut ini adalah sifat sifat pakaian wanita Islam,berpandukan Al-Quran(An-Nur 31 dan Al-Ahzab 59)

1.Pakaian mestilah menutup aurat.
2.Pakaian tidak nipis hingga terbayang tubuh badan dari luar.
3.Tidak ketat dan tidak sempit,tetapi longgar dan selesa dipakai.Menutup bahagian yang menarik perhatian orang lain.
4.Pakaian itu tidak sesekali disemerbakkan dengan bauan yang harum.Wanita yang memakai bau-bauan ketika keluar rumah,sehingga lelaki terhidu baunya disifatkan oleh Nabi sebagai zaniyah(pelacur/penzina).
5.Warna pakaian itu suram atau gelap..ala...pendek kata tak tarik perhatian lelaki..pakai warna pink la..oren la..hui..saya pun nak tenung awak lama-lama.
6.Pakaian tersebut tidak menyerupai pakaian wanita-wanita kafir atau musyrik.
7.Pakaian tidak menyerupai pakaian lelaki.
8.Pakaian itu tidaklah liba'syurah iaitu pakaian bermegah-megah untuk menunjuk-menunjuk.



Hmm...kalau fikir semula..muhasabah diri..
pendedahan aurat zaman sekarang lagi dahsyat dari zaman Jahiliyah dahulu..
Adakah cara pemakaian sekarang termoden dan terbaru?
atau
Tidakkah cara zaman sekarang lebih primitif atau lebih jahiliah dari wanita zaman jahiliah dahulu??
renungkan...

cuba kita hayati video ini..

sama samalah kita muhasabah diri..Insya Allah ..akan dipermudahkan urusan kita
saya pun tak la baik mana,tapi i try to be better...insya-Allah..









Thursday, November 10, 2011

alamak!kena tag!

assalamualaikum,apa khabar?amacam entry semalam?best?
tadi bukak la blog..tak pasal saya di tag oleh blogger ni..aiiyyaaa???!!
terkejut..bertuah la kan.bukan selalu orang tag akustatik ni!!
beliau...mia maharani
saya kene jawab soalan la...huhu


1. sapa 1st love korang? kasi nama, and picture, and tmpat first date! kalau ada... :p


huhu...1st love..nama dia..saya panggil dia ABi..picture ade kat IPTA terkemuka..cari la ek..x minat r date ni kak...hihi





2. sape bf korang SEKARANG? kasi nama, and post gmbar sekali yer..hik3, jahat aq


huhu..sape ek?nama dia adik comeyyy!!gambar dia x ley la..huhu..





3. list kan, 5 perangai huduh korang


nak tahu ye..kang terkezut lak..
undefined lak..haha


4, post 1 gmbar, yg paaaaaling huduh yg korang penah ada


x perlu kot..coz i am born as a beauty,,uweeekkk...

5. ceritakan knp korang buat nama blog korang mcm tu


cane ek?waa...ingat da..main letak je nama AKUSTATIK ni..sebab asyik failed je nak register blog..huahua..


6. keputusan exam yag latest..kalau SPM, kasi SPM..kalau PNR, kasi PMR.. :) JANGAN TIPU!


huhu..dengan bangga dan riaknya,,astaga,,SPM  5A je la..ok la kan..alhamdulillah


7. kalau diberi peluang patah balik masa, apa korang nk buat ?


saya nak buat SPM betul betul and....nak cover sume dosa..insaf jap




8. sapa yg korang tgh fikirkan SEKARANG! post gambar sekali..jgn tipu!


huhu..leyh lad ade soalan ni..saya tengah terfikir adik comeyy saya....


9. apa first impression korang, tntang aq? hehehehe



walawei...cam ok je...akak ni cikgu ek?jom kita member..hihi..mcm sweet je..


soalan ke10 x nampak la..haha...malas jawab




11. apa pndapat korang tntang blog aq? nk kutuk, puji, kritik, dipesilakan..:)


in my opinion,cute la blog anda,ade kartun kartun gitu,,,cantik posing..
saya x reti kritik la..hehe...


tq..

Wednesday, November 9, 2011

ibu,,ibu tak sayang adik ke?

assalamualaikum sahabat..malam ni kalian sibuk study ye?
saya dalam mood cuti so online je la..
hmm..sibuk sibuk fb,blogging,you tube,tiba tiba hati ini terdetik untuk meluahkan apa yang terpendam ke dalam akustatik.
Mesti kalian sudah dapat agak kan kisah apa?

hmm...BUANG BAYI!!
teringat suatu ketika saya pernah luahkan kegeraman saya di laman facebook saya..
ramai bagi feedback and like..
Ya Allah..
hati kecil ini terdetik,mereka tak sayang ke anak mereka?
tak takut ke dosa?
tapi,
mungkin situasi panik dan mungkin ugutan daripada sang lelaki supaya membuang bayi itu
membuatkan mereka nekad untuk buang anak mereka sendiri
seperti kata kata di media..
ala..da terlanjur,nak buat cam ne?
tu bukan atas kerelaan aku..bukan anak aku..
amboi..
yang hang duk sedap nikmati tu bukan rela namanya??
da terkantoi mula la gelabah!
baling anak macam bola baling...
geram ni..
dah tu buat lagi..
nikmat tu..haha.,,.adui..dosa pahala tak pikir?

ini mungkin suara baby mereka..
"ibu..adik sayang ibu..sebab ibu bagi adik peluang lihat dunia..
tapi,kenapa tiba tiba gelap..makin gelap ibu..
badan adik makin sejuk di sapa angin..
badan adik sakit ibu kene gigit semut..adik ingatkan ibu usap badan adik..tapi semut ibu..sakit
ibu..adik sakit ibu,,ibu tak sayang adik ke?
ibu jangan buat adik macam ni,,kalau ibu tak sayang sekali pun
letak adik kat tempat elok elok..
moga adik dapat berjumpa dengan orang yang baik-baik..
adik sayang ibu.."


cukuplah dengan apa yang terjadi sekarang..tolong hargai usia yang ada di dunia ini
Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk hamba-hambaNya..

semoga dengan bingkisan video di link yang saya share mampu buat kita berfikir sejenak tentang situasi sekarang.
Ya shabab ya sahabati..tunjukkan nilai Islam dalam dirimu..


Tuesday, November 8, 2011

saya pun nak cantik!

assalamualaikum sahabat blog sekalian!
apa khabar?macam mana sambutan aidiladha?
semoga aidiladha kali ini membawa seribu pengertian

first of all,i am sorry because very lazy to update my blog.
maybe i just finished read novel..wasilah cinta weera
best novel ni..

ok..entry kali ini nak share isu CANTIK!
semua orang nak kelihatan cantik,saya pun macam tu juga.

zaman sekarang ni..macam macam fesyen..
uiihhh,saya yang suka window shopping makin rambang mata jadinya,,
lebih lebih lagi kalau ada sale..
fikir dua tuga kali nak beli ke tak...
compare harga merata kedai..
tudung tak yah cakap la..macam macam fesyen!
terbelit leher nak pakai!haha..
ye la..melawa melawa juga..bajet jangan lari..
oppss...
bajet duit je ke kak oii?
bajet untuk akhirat jangan lupa..
hmm...nak tampil cantik tu memang digalakkan..
tapi kalau sudah tabarujj..
niat da lain..
nak tarik perhatian lelaki..,pakwe ke..
nak orang puji la..
cute la awak,,,huhu,,,kembang seyh!
tapi..
berpada pada la ye..
ni nak pesan pada diri saya juga..
kalau fikir fikir balik..
tak perlu nak melawa sangat,,
sebab kita ni Allah dah cipta sebaik-baik kejadian.
sepertimana dalam surah at-Tin
wanita kan hiasan paling indah..
sebaik-baik wanita adalah wanita solehah..
pakai biasa biasa pun da cukup..
tak perlu la nak terlebih sangat..
nanti hilang serinya.
sebab anda da cukup cantik!
tapi..
SAYA PUN NAK CANTIK!









Saturday, November 5, 2011

Cinta Tanpa Noda...

assalamualaikum sahabat,kaifa halukum?
alhamdulillah..
semalam saya malas nak update blog..ish,teruknya saya...
jayyid..
entry kali ini saya nak share kalian dengan sajak yang dinukil oleh Fatimah Syarha Mohd Noordin..
kenal?ala...kolumnis dalam Majalah Solusi..
hayati ye...

CINTA TANPA NODA

Tak mampu kudustai hati ini,
Cukuplah dengan pertautan hati,
Belum masanya berhubung saban hari,
Awasi hati dan anggota,takutkan Ilahi.

Aduh!
Beratnya menggalas perasaan cinta,
Tatkala pacaran menjadi budaya,
Mujurlah wahyu menunjuk cara,
Jangan diikut sebahagian besar manusia.

Cintaku bukan cinta murahan,
Jati diri benteng pertahanan,
Cabaran komunikasi kutundukkan,
Mengawal hati formula kekuatan.

Aku berazam pada diri,
Kuingin mahligai kasihku berdiri,
Tanpa kenangan cinta yang dicemari,
Tanpa noda kemurkaan Ilahi.

Kuingin hadiahkan cinta suci,
Buat insan yang kunikahi,
Dengan nama Allah sebagai juri,
Bukan nilaian nafsu sendiri.

4 ogos 2011





Thursday, November 3, 2011

finally..i am in blogging now!

assalamualaikum..apa khabar?
sudah lama saya tak update blog ini..
disebabkan faktor tertentu....haha..macam ape da...
tak dapat lah nak update..busy..2 minggu ni saya akan jadi sosial kat laman ini ye..hehe..
a lot of story i want to share with all bloggers..



tengok..busynye saya..hehe...ala prof...
ok...see you later...
daaa...

Thursday, September 15, 2011

for my future wife..abg pesan...

assalam...lama x update..hehe...k,,,
walaupun ni copy n paste..but..i nak share gak...
best!
maybe ni la antara apa yang lelaki rasa kan...


Kehadapan my future wife,

I menulis article ini bukan lah kerana di cabar oleh seorang member yang ingin melihat keromantikan I. Tapi.. err.. I …menulis ini adalah kerana kehendak I. So, sila baca entri ni perlahan-lahan. Tak perlu laju-laju.

So, wahai my future wife,

I don’t know who the hell are you and I have no idea where you are right now. But one day, bila kita dah berjumpa, I harap you mampu terima I seadanya seperti mana I akan terima you dan diri you sebenarnya. Lagi pun, I tahu yang you ni memang comel. Dan baik. Dan rajin. Dan alim. Dan cun.

I berharap bila I check facebook you nanti, you tidak letak banyak gambar you yang daring-daring kat facebook. Sebab, setahu I, kalau perempuan tu comel, mesti nak tunjukkan ke seluruh dunia. Macam lah dia sorang je yang comel. I comel tak ada pun letak gambar kat facebook tunjuk ke seluruh dunia. Boleh je hidup. Ehem.

Serta, gambar di facebook tu, jangan lah nak dedah sana dedah sini. Malu I. You pun tau kan, perempuan ni ibarat cokelat Ferrero Rocher. Bila berbalut dengan pembalut, even cokelat tu jatuh kelantai pun orang still nak. Tapi kalau dah tak berbalut, bila jatuh ke lantai, semua buat dono. Ada tu, kalau boleh, ada yang nak pijak lagi. You pun tak nak kena pijak kan?

Lagi pun, you tahu, tak ada lelaki di dunia ni yang nak kahwin dengan perempuan yang seksi meksi.

My future wife,

I tak tahu pasal masa depan I. I tak tahu berapa banyak duit yang I akan ada. So, dengan kata lain, I mungkin tak akan mampu kasi rumah 10 tingkat kat you. I juga mungkin tak mampu kasi you 10 emas intan berlian. Harap you tak kisah dengan diri I yang tak beharta ni. Tapi kalau setakat kasi you 20 hingga 30 anak tu, I okay je. Dalam tiga tahun, kita mungkin akan ada 2 anak. Tapi tu tak termasuk yang kembar tau.

Bila kita ada rumah nanti, I tak kisah kalau you nak bekerja. Tapi lagi bagus kalau you duduk je rumah jaga I. I bukan mintak di layan bagai raja. Tapi kalau I balik dari kerja tu, apa salahnya tanggalkan stokin I, urut bahu I, sediakan minum-minum I. Tapi kalau you tak nak buat, tak apa. I boleh tambah lagi 1 (cukup 2). Lagi pun, bila I tambah lagi 1, kurang la sikit beban you. See? I memang prihatin.

Hmm. You tau, I tak mengharapkan yang you adalah gadis lemah lembut dan ikut semua kata I. Kalau you boyish sikit pun apa salahnya. Aggressive itu menarik. Kalau boleh, lebihkan kat bahagian mengada-ngada dan keras kepala you tu. I suka. Senang la I nak ajak bergaduh kalau macam tu. Sebab kalau di ikutkan, I tak suka perempuan yang lemah lembut sangat. Nanti tak meriah rumah tangga. So kalau skali skala bergaduh, best juga kan? Lagi pun, kita gaduh siang-siang je, bila dah nampak katil di malam Jumaat, kita berbaik lah. Tambahan pula, bagi kita, setiap malam kan malam Jumaat.

My future wife ,

You, I harap you reti memasak. You mesti reti memasak. Apa? Tak salah kalau perempuan tak reti masak? Ya. Memang tak salah. I tak kata pun salah. Tapi jangan salahkan I kalau I tambah lagi 1 isteri (cukup 3) sebab yang satu dan dua tak reti masak nak buat macam mana kan? Okay tak-tak. I tak nak bini 2,3,4. Banyak sangat. bukan tak mampu. Tapi… Ehem.

Actually, I bukan mintak you masak macam makan kat hotel. Asalkan you reti masak yang simple-simple sudah lah. You tau, air tangan masakan isteri lah yang buat si suami setia. Lagi pun, tak akan setiap hari kita nak makan kat restoran kan? Kalau setiap hari makan kat restoran, baik I kahwin je dengan mak cik tukang masak tu. Ye tak? You pun tak nak kan I tambah lagi satu (cukup 4) kan?

I harap you reti jaga diri sebelum jumpa I. Kalau boleh, jangan couple banyak-banyak. Tak pernah couple lagi bagus. Tapi kalau dah couple tu, jangan buat yang bukan-bukan dengan boyfriend you. Bila dating tu, jangan nak mengada-ngada keluar berdua. Boyfriend you tu bukan boleh percaya sangat. Kebanyakkanya adalah buaya. Sebab kalau dah lelaki, mesti bermulut manis. Boys, their mouth is bull****. So, don’t trust them.

Akhir kata dari I, bila kita kahwin nanti, you masak, I makan. I imam, you makmum. I baca doa, you aminkan. You merajuk, I pujuk. Perfect, kan? So cepat lah cari I. I takut lah nak cari ‘you’. Takut tersalah pilih perempuan lain. You pun mesti tak nak jadi isteri ke dua I kan.?



Jelajah - Pulau Pinang 2 hari 1 malam

Hai u all. Ni cik syira nak update setelah setahun lebih. hahahaha Nak tawan hati para followers, meh kami share jenjalan kami p Penang. ...