Saturday, April 30, 2016

Impian dan niat

Assalamualaikum semua :)

Esok 1 Mei, Hari Pekerja uoollss..

Kerja ke idok esok? Untuk yang bekerja sendiri for sure gigih mencari rezeki kan. Takpe, teruskan usaha anda.

Impian dan niat.

Sebenarnya point nak tulis kali ini pelbagai. Nak tulis tu,,ini. Tetapkan point!

Makanya impian dan niat yang bermain di minda.

Impian dan niat mesti selari.

Impian saya tahun ini adalah nak bersama awak! Lol..hehe

Tak, nak kumpul dan janakan duit.

Dan nak bahagiakan hati.

.....................................................................................

Totally lost nak cerita apa.

Baiklah, saya cerita perkembangan saya ya ;) Mak sedang mencari rezeki ni haaa sambil mencari idea what the next plan after this..dah nak hampir setengah tahun da kot! What your achievement dear syira!!!

Ada...jadi dropship, huhu..berkarya dalam mimpi..huhu..

Impian tahun ini lebih banyak nak bahagiakan diri. Walaweii..jadi lebih bahagia tau!!

Mood..masih lagi mencari point apa tujuan tulis post ni,

Nasihat saya untuk post kali ini, hati kena kuat dan tabah. Allah sentiasa bersama kita. Be strong.





Tuesday, February 9, 2016

2 month after degree

Assalamualaikum and hello ;)

Lama kan tak update (klise intro saya..semua intro my entry macam ni..ahahaha)

2 month after degree..what i am doing?

Jap, sebelum tu nak citer dulu in 2 month,

What i am did?

Apa lagi...memasak la!! Lol.

Ni haaa..siap berfikir lagi nak berniaga sendiri. Kerja sendiri. Tak nak makan gaji. Amik ko!
Cita-cita tinggi tu.

List ideas:

Jual nasi bajet.
Jual tudung (ni nak siap sewa kedai lagi tau)

Last last..

Jual aiskrim Malaysia je dekat kedai mak. Kikiki..

Okay la tu kan, at least ada effort.

Okay, after 2 months..

Alhamdulillah, I got a letter from my boss (now she is my team leader) to be as assistant in conservation project.

Waaaa...waktu tu kan, tak fikir lain da. I must grab this opportunity. Mana nak dapat kan ;) ;)

Okay,sambung nanti ya ;)

Banyak cerita tertangguh ni ;)


Saturday, October 17, 2015

What next after degree?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Habuk sungguh niehhh..lama tak update.

Alhamdulillah, saya baru sahaja selesai menamatkan zaman degree saya dengan jayanya. Alhamdulillah. Insya-Allah, next week will be my convocation day. Yippieee.. :)

What next after my degree? Soalan yang nampak mudah tapi 7 hari 7 malam tak habis bagi jawapannya. Di google pendapat apa hala tujunya, tanya kawan kawan, tanya keluarga..

Nak kerja? Nak sambung master terus or kerja dulu..? Nak ambil double degree?

Bila hati kata ya, tiba tiba terfikir semula. Ishh, banyak betul ramalan ramalan yang mendownkan hati.

Bila jumpa dengan orang cerdik pandai, bekerja..most of them were said, "Sambunglah study, muda lagi, tak rugi pun..".....Again, "Kalau akak kan..akak kerja dulu, lepas tu sambung..." menarik jugak kan.

Ni lagi.. "kerja la..kita bukan orang senang...cari duit dulu.."

Hmm...sudahnya, saya duk termenung. Kan waste of time tu. Hmm.

Yang sebenarnya, semua ini berbalik kepada hati kita. Hendak atau tidak sahaja. Bagi banyak alasan, kerja tak jalan. Rugi!

Huhu..

So, what the next? :D

Doakan saya dan mereka yang bercelaru itu temui jawapannya ya.

#roadtoconvo


Friday, April 17, 2015

Sebab GST, aku menulis.

Assalamualaikum dunia :)

Salam Jumaat.

Wohooooooooo...long time no update this blog. Aiyaaa!!!

Okay,,

Tajuk kat atas pun da macam ape dah!

Sebab GST aku menulis.

Huhu..nayo kena saman gini..saman aje skang ni ye.. :D

GST!! kiri kanan depan belakang..semua cakap pasal GST.
Saya pun nak juga cakap pasal dia..haaa..konon xnak cakap.
Bukan apa..sedikit sebanyak GST berjaya mengalihkan sebentar sketsa dunia yang lain macam kisah saudara kita di Gaza..gempa bumi sana sini..
GST memanjang dalam berita.
Hmm...fokus benda yang mungkin boleh bikin stress..hahahahhaa..

sedang sibuk nak siapkan thesis ni..
tiba saya terfikir..ada baiknya la juga GST ni untuk yang kaki shopping macam saya.

haha..

-good improvement bila nak beli sesuatu kehendak tu...fikir 8 ke 9 kali tau nak beli ke tak..lastly..tak beli pun..haha,,,
-nak pergi jalan...fikir 4 kali je la..haha...setakat ni..berjaya jarang keluar..biarpun kaki ini.......nak jalan...biarpun sekejap..haha..
-banyak recycle barang da ni...

bagus juga rupanya..bantu saya bina kewangan lebih baik...
mana taknye..stok vitamin c..produk kecantikan..da standby before GST>.haha..
tahan la untuk setahun..mungkin..hehe..

Okay..jadi..sila berjimat cermat..


p/s: selamat bersambung semester akhir kawan kawan. :) Chaiyookk untuk siapkan thesis.

Saturday, January 3, 2015

2015, i am coming.

Assalamualaikum semua :)

3 Januari 2015, hari ini..ulangtahun kelahiran nabi Muhammad SAW.

Di waktu petang ni..hajat saya nak ke pantai...huhu..tapi nak sewa kereta lagi..nak tu lagi..nak ni lagi...see..untuk memanjakan diri menghirup udara petang..maybe near rm50 boleh habis. Huhu.
Sewa kereta..minyak kereta..makan lagi...

sudahnya,,saya menaip di blog ni.


2014 sudah berlalu, apa kejayaan??

ni bukan nak riak..nak share pengalaman. Mudah-mudahan anda yang membaca terdetik untuk berazam juga. Azam dan cuba untuk mencapainya.

alhamdulillah, tahun lepas banyak perkara yang berlaku, azam saya tercapai..

1. belajar berenang
2. pergi bercuti ke Taman Negara bersama keluarga, alhamdulillah,,hasil duit keuntungan berniaga tudung,
3. Khatam al-Quran sekali. Orang lain banyak kali khatamnye..sob sob.
4. Naik kuda..huhu..lama kot idam ni..hehe

4 je ke? huhu...ada lagi...

alhamdulillah..Allah beri keizinan untuk saya menikmati..kawan kawan sekeliling yang sangat baik. :)

Takde yang mustahil kan??? Jadi, marilah kita melaksanakan impian tu...
yang lepas biarkan lepas..2015???
waahhh...mood nak berkonvo dan berumahtangga,,haha

ehh...sebelum tu..siapkan projek tahun akhirmu...megachiropteran!!!

Doakan kejayaan saya dan rakan rakan ye. :)

Azam tahun ini???
Nak jadi awet muda...huhu..pulak!!!!

Bukan apa..alhamdulillah..mostly impian saya daripada kecil banyak tercapai..sekarang??
Ada juga..tapi memerlukan usaha yang luar biasa.

Kita guna impian lama seperti khatam Quran tu..cuba istiqamah seperti tahun lepas.

Target saya tahun ini. TIDAK MAKAN MAGGI!!!
Kurangkan makan ayam.
Minum 3 liter air sehari..haaa..biar terkucil sokmo..hihi..

Alamak..apasal more to awet muda!! Nope!! Nak sihat,,kena amalkan gaya hidup sihat.

Hiking?? Hmm..gara gara da puas berhiking di Irau Yellow Pass..saya dah tak hiking...apakah???

Tak target nak berhiking tahun 2015 ni...tahun ini like more want go to island...waaaa...sambil menikmati angin laut..ala romantic la konon...

Nak jadi backpacker..huhu,,

Semoga impian anda dan saya tercapai tahun 2015 ini ya :)

p/s: Selamat menyambut Maulidur Rasul :) :) :) Selawat 10 kali selepas solat. Amalkan ye :)



Sunday, December 7, 2014

Nikahi aku.

Assalamualaikum dan salam maghrib semua,

Niat nak kemaskini surat surat untuk program..tiba tiba mahu update blog pula!!

Yang tak tahannye..tajuk tu..nikahi aku.!!!

:) :) :)

Cakap pasal bernikah ni kan, kak sorang ni..(saya la tu) memang niat nak kahwin secepat mungkin. Habis degree nak nikah!!! Ni niat paling ekstrem abad ini.

NIKAH SEBELUM KONVO!!

Mampukah?? Huhu..

Ni kalau saya ceritakan hasrat saya kepada awak, mesti awak garu kepala. Ye la..kerja pun tiada lagi. Camne nak jaga anak dara orang..huhu... Tapi saya nak nikah secepat mungkin, boleh? Buat muka comel. Haha..

Alasan paling kelakar dan jauh di lubuk hati,..nanti bila konvo ke.,.apa ke...we are happily to spend time together..wefie with our jubah graduation day :) :) :) waktu tu..baru lah rasanya nikmat sebuah cinta yang halalan toyyiban,,hehe,,,(sebelum ni halal je,, ;p)

Ni gambar mak dengan abah konvo!!! Hehe..
Tak kisahlah majlis pengumumannya bila...yang penting..nikah dulu awak...huhu (sound like gedik!) Hehe..

Biarlah awak buruk mana pun..saya tahu..awak yang terbaik untuk saya..setakat ni..haha :P
saya terbaik tak untuk awak??hehe..


Cakap soal nikah.. orang kata..orang yang setiap hari asyik kata nak nikah jeeee...dia lah yang lambat kahwin!! hoho..orang yang xde cakap apa apa..tup tup dah nikah!! erkkkk...


Tapi...based on planning hidup..macam lambat proses nikah saya :)

Waaa...doakan dipercepatkan dan dipermudahkan urusan jodoh kita.

Untuk menjadi suri di hati awak..
saya tak harapkan kemewahan tahap giga.
Let us share our planning and combine and we achieve together.
ok, my dear? :)

My planning and your planning maybe tough and so heavy..but..we can try to manage it.
Insya Allah, dalam pernikahan itu akan ada keberkatan.

Hope awak, encik jodoh sedang berusaha ke arah itu juga untuk stand with me until jannah.
Insya-Allah, i believe you are on that way too, :)

Awak, even you look me maybe not like a romantic girl..haha...ye je..ye la..no bersayang sayang bagai..but you must know..i am looking to build a best life with you soon :)

Kena jaga la adab masing-masing,..nanti dah nikah tinggal apa je kan...hehe..

According to pendapat syirasyahir,,,

Soal nikah ni..i will choose you yang bila mana..saya tengok kiri..tengok kanan...tengok depan belakang...dalam dunia ini hanya tinggal aku dan kau sahaja yang masih berstatus bujang. and i am ready to life with you. Insya Allah. (in case, bila hang sanggup nak melamar aku la..hehe..) 
Maknanya,,,maybe kita ni dah kenal sikap masing masing..and we are willing to face the next life challenge together..waaaa...serius tak?? hahaahahhaha..

Ye...saya tak idam pun benda yang hebat giler daripada awak. 
Sebab saya tahu, you are human too like me..not perfect.
Huhu...saya dengan humblenya...yes..i am not perfect.
hoping we will complete each other. :)
Bersama sama cipta bahagia itu, bukan harapkan orang lain yang berikan bahagia itu.
Itu selfish namanya.hehe..

Jadi..are you will?
Nikahi saya :)



p/s: jom nikah cepat cepat awak.. :) saya nak masukkan nama awak dalam dunia masa depan saya :)






Sunday, October 26, 2014

Maal Hijrah :)

Assalamualaikum semua.

Ini serius! Dah lama tak bertaip di wall ini. Huhu..kenapa ye?
Sibuk kononnya! Blurghh..jawapan common.

Ok, jawapan saya, komitmen sebagai pelajar tahun akhir membuatkan saya sedang mengurangkan masa saya di alam maya.

Hanya yang perlu sahaja akan dilayan. Cewahh..nampak tak ketegasan di situ.

tak terlambat lagi kan untuk saya ucapkan 
salam maal hijrah :)
alhamdulillah, kita masih diberi ruang dan peluang untuk bertaubat dan berbakti kepada agama, dunia dan masyarakat :)

Saya sambut maal hijrah di setiu tahun ini, Kenapa? Kes saya sedang menyiapkan projek tahun akhir.
Alhamdulillah, banyak perkara yang kami belajar :)
Disebabkan banyak..saya tak taip apa yang banyak tu ye..hihi

Ada azam ke untuk tahun baru islam ini kawan-kawan? :)

Takde?? Kenapa?
Sebab azam yang lepas pun aku tak settle lagi :(

Aiyaa..Jangan macam ini!!

Niat dan azam tu kena pasang! Minta kepada Allah. Insya-Allah, Dia akan berikan kekuatan yang extra kepada kita untuk memiliki apa yang kita niatkan tu.

Ingat, apabila doa dilafazkan, Allah akan memakbulkan, Banyak cara Allah akan makbulkan doa kita tu. :)

Apa doa saya untuk tahun ini?
Mudah-mudahan segalanya baik-baik dan saya nak dapat dekan untuk dua sem ini. Doakan saya dan diri anda juga ye :)

Salam Maal Hijrah. Semoga kita menjadi hamba Allah yang lebih baik di sisi-Nya :) 

p/s: Ramai pulak orang nikah di tahun baru ini..huhu..saya bila?


Jelajah - Pulau Pinang 2 hari 1 malam

Hai u all. Ni cik syira nak update setelah setahun lebih. hahahaha Nak tawan hati para followers, meh kami share jenjalan kami p Penang. ...