Showing posts with label pendidikan. Show all posts
Showing posts with label pendidikan. Show all posts

Wednesday, August 13, 2014

Universiti Malaysia Terengganu, together we are..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Entah apa semangat pula kakak ni nak update blog.
Cuti la kata..member lain da ada di UMT pom..mung masih di sini..menghadap laptop dan tv dalam satu masa.

First of all, terdetik nak update mengenangkan keputusan upu adik-adik dah keluar kan,,
Who get UMT?? Raise up your hand!

Tahniah saya ucapkan kepada yang terpilih belajar di UMT. Bukan semua orang dapat belajar di sini..anda bertuah..sebab ALLAH yang pilih untuk berada di UMT selama 3 tahun..4 tahun..6 tahun..or selama-lamanya.. (ni kes nak sambung master--->pHd--->bekerjaya di UMT)

Belajar betul-betul..ingat pesanan mak ayah..orang kampung.
If ada yang promote ajak berniaga tu...huhu..MLM selalunya..berhati hati..
if takde minat..sekadar nak cuba-cuba..saya pesan..JANGAN!!!
anda akan merasai pengalaman kerugian..huhu..
kalau minat...bahagilah masa sebaik mungkin..ingat niat sebenar kita ke sini.

BELAJAR!!!



banyakkan berdoa..beristighfar kepada ALLAH..

ok, ni kisah saya.. perasaan ambe dapat UMT
huhu...x lah hebat mana..nak share feeling gitu.,

lagi,,di UMT ni..ada survival laut!
U ni je ada survival laut...best...rasa nak pergi lagi!
Tak tahu la ada ke tak tahun ni..kalau xde,...huhu..boleh aje snorkeling di Pulau Kapas,,di pantai UMT :P
huhu...


gambar waktu first year..wuhahahahahaha..
macam muda je..haha

Hidup di Universiti tak seindah drama tv melayu,,huhu.ada kisah cinta bila buku tertinggal di library la..helmet tertinggal atas jalan la..haha..alamatnya..hilanglah barang korang tu..
macam-macam orang akan jumpa because bukan orang Melayu je kita kena jumpa..whole the world..

tbe teringat seorang Indian student selalu jumpa di bilik air.,.aku ingatkan junior..dah hujung tahun baru tahu..she is foreigner..waaa....dari India..sedang buat pHd..mudanya.....waaaa...aku masih degree...

pesan saya lagi..

AKTIFKAN diri anda menyertai setiap aktiviti di kelab-kelab UMT..
nak promote..kelab GEMERSIK(pengacaraan dan komunikasi) 
, kelab AMATUR INTELEKTUAL (KAI)..
kelab PENYAYANG, 
Sekteriat RAKAN MUDA, (latest event!!)  

Taman Negara..first year

Broga Hill..first year

Irau Yellow Pass..second year
3rd year????




 kelab KEMBARA, kelab 
PEMBINA, 
PRS..

kantoi ni kelab eden join,..hoho..banyak lagi kelabnya..UMT banyak dengan kelab.

unit uniform join la jugak..SISPA, PALAPES, SUKSIS, WATANIAH, PBSM,.....

untung bila aktifkan diri ini..softskill terbina..hardskill????hoho

ni antara view yang saya curi-curi tangkap dengan keizinan ALLAH..

di ala lagoon jalan airport tu..bukan pantai UMT tau.,

area jalan biawak

di jalan biawak..belakang tu pantai..

biawak, buterfly lizard banyak juga..boleh buat fyp!!

nak jalan jauh sikit,.,singgahlerr sini..tangkap insect..
nak gambar banyak-banyak..u must to feel it naturally..apa aku ckp niiihhh..haha

APA PUN...selamat belajar di UMT..anything to ask??? please refer to me!!! 

Friday, February 1, 2013

al-hidayah_Muslimah Bebas

assalamualaikum semua :)



tengok tak al-hidayah 1/2/2013 tajuknya MUSLIMAH BEBAS???
alhamdulillah...tengok, sebab tu nak share.
kali ini saya catat dengan pen, bukan dengan mata semata-mata..hehe..
semangat duduk depan tv,( tak tolong mak masak eaa...)
tolong la..haha..tolong tadi.. :)

Panel jemputan adalah ustaz Mohd Izhar Ariff

Apakah yang dikatakan dengan MUSLIMAH BEBAS???
Bebas macam mana?



Muslimah adalah wanita islam yang taat kepada ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW dengan mentaati segala suruhan ALLAH dan meninggalkan larangan-Nya.

Wanita muslim..iaitu muslimah yang banyak melakukan maksiat kepada Allah digelar Fasiqah.
Tidak lah jatuh kafir, kerana masih Islam.
Begitu juga dengan muslim, muslim yang melakukan maksiat kepada Allah digelar Fasiq.

Tahu tak? orang fasiq tak boleh jadi wali kepada anak gadisnya untuk bernikah.

Ha...jadi, abang2x dan ayah2x..jadi muslim yang sejati tau..nanti boleh jadi wali kepada anak gadis kalian.Zaman sekarang, selalunya berwakilkan tok kadi sebagai wali untuk menikahkan anak gadisnya.



Apakah ciri-ciri MUSLIMAH BEBAS?


  • Taat kepada ibu bapa.
  • Taat kepada suami.
  • Mencegah sikap mengumpat.
  • Tak jahil tentang hukum-hakam agama, fikah dan sebagainya.
  • Mencegah perkara yang merosakkan iman seperti memakai susuk, pelaris dan sebagainya.
  • Mencegah sifat mazmumah.
#mencegah sifat mazmumah..ustaz Izhar kata tadi..orang perempuan janganlah jeles dengan kelebihan yang dimiliki wanita lain seperti kecantikan. Ingat ye,,kecantikan itu subjektif.

Ye la...semua orang cantik tau!!! Allah dah cipta kita cantik dah!!

Hikmah menjadi MUSLIMAH BEBAS:
  • Memiliki keluarga bahagia. Apabila kita sentiasa melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan, Allah akan temukan kita dengan pasangan yang sesuai buat kita dan hadirkan sebuah keluarga yang bahagia.
  • Bebas daripada perkara yang memudaratkan. Contoh, apabila kita menutup aurat dengan sempurna, secara automatik kita akan dilindungi oleh Allah daripada segala fitnah dunia.
  • Disayangi suami.

Sekian, perkongsian pada hari ini. Alhamdulillah :)
Mudah-mudahan Allah redha.

Sunday, January 27, 2013

Al-Baghdadi Learning Centre Gemencheh ~ Iqra' with kalamullah

Bacalah dengan nama Tuhanmu..
Allah!!!!
Al-Quran menuntut kita untuk menuntut ilmu. Ilmu dunia dan akhirat.
Ilmu pengajian al-Quran amat penting untuk dunia dan akhirat.

Al-Baghdadi Learning Centre Gemencheh!!!
Gemencheh yang terletak di Negeri Sembilan.
Lokasi kelas ini adalah di jalan simpang masuk ke institut tahfiz (itqan) di Pekan Gemencheh.
Kelas pengajian teknik al-Quran yang dikendalikan sepenuhnya oleh Ustaz Taqiyuddin dan Ustazah Suriati.
Siapa yang layak menyertai??
Terbuka kepada semua yang berumur 7 tahun ke atas dan dewasa.
Yuran pendaftaran: RM 50
Yuran bulanan: RM50
Masa: 2 jam seminggu

Apa tunggu lagi?
Untuk maklumat lanjut, anda boleh like page Al-Baghdadi Learning Centre Gemencheh
Ustaz Taqiyuddin al-Hafiz: 0192821979
Ustazah Suriati: 0196561979
Pejabat: 064314021

Ayuh, bagi mereka yang berhampiran. Jom sertai kelas pengajian ini.


Sesiapa yang melalui jalan untuk menuntut ilmu kerana Allah,
maka Allah akan mudahkan jalannya ke syurga.


Sunday, November 11, 2012

explore the nature to TAMAN NEGARA Pahang

assalamualaikum dan salam sejahtera :)
apa khabar semua??semoga baik-baik sahaja.

keterujaan saya untuk update blog pada hari ini sangat tinggi!!!hoho..



bukannya apa..alhamdulillah..target saya dalam hidup dah tercapai!!
apa ek??

saya dapat jejakkan segala jiwa dan fizikal ke TAMAN NEGARA di Jerantut, Pahang.
Kampung kas tu..faham x??duk cakap ganu je..balik pahang cakap pahang la kan..
nak promote ni :) best kat sini :)



Saya pergi ke sana bersama-sama biosis club. UMT je ada tau club ni :)
Bersama kak wani selaku pengarah program,Dr, Andrew, kakak-kakak dan abang-abang memulakan perjalanan pada pukul 8 pagi dari UMT. Yang uniknya, saya paling muda..hoho..kenapa??only me first year student :)

Kenapa saya nak pergi sangat??

Sebab---> dari kecil nak gi..hehe.., suka masuk hutan, suka sungai..belakang umah tok pun ada sungai..tapi nama pun Taman Negara,best la lagi :), sebab nak explore the nature for the first time with all my kakak-kakak dan abang-abang.

Kami tiba pada pukul 4 petang cam tu kot..lupa dah,,tapi sebelum tu singgah makan kat Padang Piol,waahh...dah berapa tahun tak datang sini..maju dah quarters felda :) dulu saya tinggal kat sini..

Setibanya di sana, kami disambut oleh Encik Rasdan bin Salleh, Ejat dan yang lain :)
Sebelum terlupa, event kami diuruskan oleh Danz Travel and Adventures Sdn. Bhd. 
boleh dihubungi melalui link di atas atau pun di sini http://tamannegara-danz.com/ 

camp site kami menghadap sungai tembeling! menghadap sungai pulak..dulu menghadap pantai :)

sungai tembeling


next and next..

Pada belah malamnya pula, kami diberi taklimat serba ringkas dan pembahagian kumpulan..petang tadi pun ada juga taklimat dan kata-kata aluan.

Aktiviti pada malam itu ialah Interpretive Show dan NIght JUngle Walk

Bersama pemandu pelancong yang sporting, kami meredah malam yang indah..ecece..bintang banyak malam ni :)

haA..FIRST time jumpa tapir depan mata betul-betul ni..selama ni jumpa dalam kurungan di zoo.
banyak yang saya belajar malam tu, serangga-serangga yang keluar waktu malam :)
subhanallah, indah ciptaan Allah :)

Tidur malam tu memang lena dan saya mimpi,,,,haaa,,,biarlah rahsia..nak mimpi lain,mimpi lain pulak,,layan je,,

Esoknya pulak, alhamdulillah cuaca panas..thank you Allah..
sesi pagi, kami mengikuti aktiviti Jungle Trekking dan Canopy Walkway


pokok tapak hantu

puncak bukit teresek
haaa...ni word yang paling saya suka di sini :) TAKE NOTHING BUT PHOTOGHRAPS , LEAVE NOTHING BUT FOOTSTEPS

jom la kita
memang banyak pengetahuan yang kami dapat, yang dah tahu jadi lebih tahu, yang belum tahu jadi baru tahu :)

selepas itu kami berjalan di atas jalan kanopi :)

memang feel habis la.,.,haha,.suka giler..rasa nak jerit je cam dalam citer lawak ke der 1..yang ayat ni 'Aku BEbas,,,Bebas..Bebas,.'hoho...sekali ngan gema..


nampak muka teruja di situ
petang pula, aktiviti yang memang saya suka tahap giga!
Rapid Shooting iaitu aktiviti redah subgai dengan menaiki bot.
Gambar tak sempat nak snap sebab phone saya bukan yang water proof jadi tersimpan dalam cip minda saya je la :)
huiihh, best!!! dengan cuaca hujan kan..best!!main hujan sekali!!
semalam kat UMT main pantai, hari ini main sungai pulak.

lepas tu, kami pergi melawat ke perkampungan orang asli Batek.
di sana, kami dpat mempelajari tentang gaya hidup masyarkat mereka,cara menghidupkan api dan teknik menyumpit. 

Mereka malu-malu la dengan kami, takpe-takpe..akak bawak coklat ni dik..hehe..



kami habis aktiviti dalam pukul 5 lebih camtu, lepas tu..siap-siap berkemas untuk pulang ke UMT!!

sebelum pulang, kami dapat berkumpul seketika bersama-sama encik Rasdan dan para pemandu pelancong yang terbaik!
terima kasih kepada semua, ada rezeki kita jumpa lagi :)
tahniah kepada kak Saidah..dapat anugerah peserta terbaik :)

tq kepada pak lang dan pak cik bas... :)

memandangkan cuti midsem, saya terus balik rumah di Tawar Island..Island la sangat kan :)
keterujaan saya makin ekstrem bila saya bercerita kepada seisi keluarga..hehe..

what i had learn :

kerjasama itu penting :) tq semua :)
makin semangat nak explore the nature..coming soon animal diversity at lecture
cintakan alam ye.. Allah bagi untuk kita hargai, sayangi dan cintai bukan untuk saja-saja..yes, i admit, makin jatuh cinta kepada alam :) hidup bio!!
dan banyak lagi..

dah pasang niat, nak pergi ke sini lagi dengan adik-adik dan kawan-kawan!! kita buat aktiviti yang lagi advance pulak!!
tiba-tiba terfikir, honeymoon kat Taman  Negara la..mencabar sikit :)
tidur kat gua satu malam :)
3 malam lagi kat chalet :) hoho... berangan lebih..













Thursday, August 2, 2012

flow chart ptptn

haa....amacam hari ni>???
saya cam biasa...hihi..
minggu ni duk poning nak isi ptptn...opss..bukan..nak submit...katanya esok..saya ingat hari ini..semangat lah online..alih alih update entry..hoho..
haa...ni nak share ngan member...



haa...ni flow chartnya,,tq to my friend fb...semoga pahala anda berlimpah ruah..
saya sebarkan ni :)


Monday, July 30, 2012

biar mimpi sampai ke syurga

hai..tangan gatal nak menaip lagi..hehe..takpe kan,,
tadi saya duk menaip cerita untuk my sis hadiah untuk dia..jangan cakap kat dia ye..

Biar Mimpi sampai ke SYURGA!!

bukan biar mimpi sampai ke bintang..saya suka lagu ni..
menelusuri alam remaja,membuat saya muhasabah diri..alhamdulillah sudah 19 tahun..wah,kena jadi makin matang.

saya banyak cita-cita..anda pun..
dulu cita-cita yang paling besar nak jadi doktor..mana taknya..dari kecik duk dengan orang cakap nanti dah besar jadi doktor ye..wah...cam best kan,,,memang best pun..

lepas tu..haa,,,disebabkan saya ni boleh dikategorikan tinggi la jugak..ade ke patut..ada saudara suggest waktu kecik-kecik jadi model!!huhu...
pernah jugak terfikir nak jadi macam dalam cerita awan dania,,huhu

lagi,,nak jadi pembaca berita dan wartawan...macam best je..mencabar..takpe la..
dan yang ni memang nak jadi semenjak darjah 6..jadi ustazah bahasa arab!!huhu..
tapi,pilihan diberi...makanya saya menyimpang dah..tak jadilah cikgu arab..
nak jadi penulis pun pernah terfikir dan saya akan laksanakan nanti!!!
lagi..haa....banyak la..
cita-cita yang saya nak sangat tapi mungkin bukan rezeki saya..duit x de kot..nak jadi dentist...kat mesir..


sangat terkilan...Allah lagi tahu yang terbaik kan,,,
dan sekarang...saya nak jadi cikgu,pensyarah,pakar biologi,pakar alam sekitar...wahhh...banyak tu...
yang pasti kerjaya yang sesuai untuk saya.

doakan lah yang terbaik kan..
insya-Allah saya akan melanjutkan degree dalam kos sains biodiversiti di Universiti Malaysia Terengganu

link akak yang sama kos dengan saya (good explanation)
tak dapat pure biology pun xpe la..at least ada "bio"diversiti...
alhamdulillah...memang target dapat sambung belajar kat sini..
mudahan Allah mempermudahkan urusan :)


ingatlah, kita jadi apa sekalipun nanti..sentiasa ingat asal-usul kita..
ingat Allah..
ingat Islam..
tak guna belajar tinggi mana pun, andai agama bukan menjadi paksi utama kita.

Allah maha mengetahui apa yang baik untuk kita...tapi kita kena la usaha,,jangan duk wat tak tau je..
all the best :)
setiap orang ada impian kan? macam lagu kumpulan kristal memburu impian..

Ku jejak
Jalan yang berliku
Membara jiwaku
Memburu impian

Ku renang lautan gelora
Biarpun tersadai
Di hujung dunia
Akan ku rempuhi segala rintangan
Biarpun rebah ku bangun sendiri

Korus
Akan ku genggam biarpun hitam
Menjadi milikku

Ku mula
Dengan langkah ini
Menuju sinaran yang abadi


Sunday, May 8, 2011

aku dan budaya MRSM!success or not?

salam teman..nak bermadah jap...
kala minda ligat mengadun idea
aku jadi terawang ke kisah lama
sebagai warga MRSM..
berjayakah aku sebagai produk MRSM?

teringat saya sewaktu jadi salah seorang daripada Badan Wakil Pelajar,kena cari budaya MRSM?KALIAN TAHU?saya tahu tapi...haha...
ni ye...siapa yang nak tahu,bacalah!
biar tahu daripada tak tahu!

CIRI BUDAYA MRSM

kepada mantan warga penuntut kampus MRSM!
CUBA TANYA DIRI ANDA..
SUCCESS OR NOT?
wujud tak budaya ni dalam kehidupan kalian?
berjaya tak penerapan budaya ini?
saya?
SUCCESS...
ada..tapi tak semua...haha
kepada yang lain..
amalkan budaya ini..
tak rugi..
UNTUNG!
renungkan dan amalkan!

banyak kenangan di mRSM!hehe....
Budaya MRSM yang dimaksudkan ialah cara bertindak atau cara hidup warga MRSM khususnya pelajar-pelajar yang dapat menggambarkan identiti mereka sebagai produk MRSM yang unggul.
Adalah menjadi hasrat MARA untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai dan mengamalkan ciri-ciri budaya MRSM berlandaskan prinsip-prinsip Islam seperti berikut:

Budaya CemerlangSentiasa berusaha mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.
Budaya UsahawanCekap mengesan peluang dan sumber yang ada serta bersedia berhadapan dengan risiko di samping mempunyai sikap komited, tekal dan cekal.
Budaya KepimpinanMempunyai semangat dan mempunyai ciri-ciri untuk memimpin, berani, yakin, tegas, bertanggungjawab dan berwibawa.
Budaya PenyayangMempunyai perasaan simpati, prihatin dan hormat menghormati.
Budaya BerdikariBoleh menguruskan segala aktiviti di Maktab untuk mewujudkan ciri-ciri kepimpinan.
Budaya Sains dan TeknologiDapat berfikir secara kreatif, kritis dan rasional di samping mempunyai daya cipta yang tinggi dan dapat memanfaatkan teknologi semasa.
Budaya Menghargai MasaDapat menepati dan menggunakan masa dengan berkesan.
Budaya Bersih dan SihatMenjaga kesihatan diri, bersih fizikal, mental dan spiritual.
Budaya Meminati SeniMenghayati seni dan keindahan (estetik).
Budaya PemuafakatanMengamalkan semangat bekerjasama, bantu-membantu dan semangat persaudaraan (spirit de corps)
Budaya Jati DiriDapat mengenal diri, asal -usul dan budaya sendiri di samping mempunyai semangat patriotik.








Jelajah - Pulau Pinang 2 hari 1 malam

Hai u all. Ni cik syira nak update setelah setahun lebih. hahahaha Nak tawan hati para followers, meh kami share jenjalan kami p Penang. ...