Showing posts with label tilawah. Show all posts
Showing posts with label tilawah. Show all posts

Saturday, August 4, 2012

Jodoh penzina dengan penzina

assalamualaikum,belia benci zina!!
setuju??
tagline ini saya pinjam dalam majalah al-ustaz edisi kedua.
dan..dengan sukacitanya saya nak berkongsi pasal artikel tersebut..
sambil mempromosikan majalah al-ustaz:)


Jodoh penzina dengan penzina


soalan:

Adakah seorang gadis yang pernah membuat zina tetapi telah bertaubat sesungguh-sungguhnya akan mendapat jodoh dalam kalangan penzina juga?

Jawapan:

Nak tau seseorang itu dah bertaubat ke belum,cuba cek..jika beliau masih adakah mengamalkan gaya hidup lamanya seperti:


  • masih aktif berhubung dengan lelaki.
  • masih keluar makan, berjalan berdua-duaan dengan lelaki sama ada urusan kerja atau peribadi.
  • masih berdating dan chatting intim dengan orang lelaki tidak kira dia daripada kalangan orang agama atau tidak
maka jawapannya,
peluang untuk mendapat suami penzina akan terbuka luas seperti dahulu.

Taubatnya mestilah perubahan ketara dalam semua gaya hidup dan cara hubungannya dengan lelaki.
cara pemakaian lebih sopan, daripada tudung glamor munafik tapi mendedah aurat kepada yang menepati syarak..pergaulan lebih beradab.
 Hanya dengan demikian, mata lelaki soleh akan mula melihat dan masuk menghantar wakil kepada ibu bapanya.
sebab...
mata lelaki soleh tidak ingin melihat wanita yang bercampur gaul dengan teman lelaki sekerja, bertepuk tampar, bergurau senda, berdating sana-sini berdua-duaan.
hanya mata lelaki soleh luarannya dan tidak soleh dalamannya sahaja akan berminat dengan wanita tersebut.

"Lelaki yang berzina tidak akan mengahwini melainkan wanita yang berzina, atau wanita yang musyrik dan wanita yang berzina tidak akan mengahwini lelaki kecuali yang berzina atau musyrik."al-Nur ayat 3

"Wanita yang keji untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji untuk wanita yang keji. Wanita yang baik untuk lelaki yang baik."al-Nur ayat 26

ayat di atas mendapat perbezaan pendapat antara ulama dalam hal berkahwin dengan seseorang yang telah berzina. Ayat diatas secara sepintas lalu, kelihatan mengharamkan berkahwin dengan kumpulan penzina ini kecuali dengan seorang penzina juga.

namun, menurut pandangan yang terkuat , hukum ayat di atas telah dinasakhkan dengan ayat yang mengharuskan berkahwin dengan semua muslim dan muslimah yang masih boleh berkahwin, iaitu surah al-Nur ayat 32, ia adalah pandangan majoriti ulama.


tapi..kena ingat juga,jodoh itu kan rahsia Allah.
siapa lah kita nak menetapkan hukum dia layak dengan siapa..

Besar kemungkinan orang soleh tersebut berjaya menjadi lebih soleh apabila mendapat pasangan kurang baik. Martabatnya semakin tinggi di sisi Allah manakala pasangannya yang jahat menjadi soleh dan solehah.

jadi, pasangan individu yang kurang baik boleh sahaja menjadi anugerah terbesar buat sebilangan individu yang terpilih menjadi lebih baik dengannya.

Namun,boleh juga berlaku sebaliknya.macammna??
yang jahat bertambah buruk sikapnya dan yang baik merudum jatuh. Nauzubillah.

INGAt ni!!

antara tanda lelaki itu baik adalah dia TIDAK PERNAH MEMBICARAKAN SOAL SEKS ATAU YANG MENAIKKAN SYAHWAT DENGANMU SAMA ADA MELALUI SMS,TELEFON ATAU SECARA BERDEPAN SELAGI DIA BELUM MENIKAHIMU.
mana-mana lelaki yang membicarakannnya atau meminta sebelum bernikah adalah lelaki JAHAT dan tidak layak dijadikan suami atau itulah BAKAL SUAMI PENZINA,kecuali apabila mereka telah BERTAUBAT



saya sayang diri saya dan saya suka yang halal :)


Monday, June 25, 2012

anticlokwise...right first!!

Assalamualaikum teman.
Entry kali ini tentang lawan jam!!bukan lawan mak!!!
Faham???

                                       
Dua peristiwa yang buat saya terfikir tentang lawan jam ini.
Pertama,sewaktu saya mengikuti program Festival Estetika Islam yang diadakan di matrikulasi saya.
Ada rawatan kesihatan,free pulak tu..cek badan guna tapak tangan.



cek punya cek..alhamdulillah..doakan saya sihat sentiasa ye teman!!Ada minuman tambahan,,macam chlorophyl gitu,budak bio la kata,,function chlorophyl kan adalah tempat untuk fotosintesis.Jadi,apabila kita minum,ia akan cuci badan kita dan remove yang tak berkenaan,buang sisa toksik dalam badan.
Cata penyediaan minumannya ialah apabila bercampur dengan air tak perlu kacau sebab apa???
Kata encik tu,LUMRAH ALAM..AIR AKAN BERPUTAR SENDIRI IKUT LAWAN JAM..KITA KACAU IKUT JAM KAN,..waaa..betul gak...ligat otak saya berfikir,,hehe

Peristiwa kedua pula,saya menyertai seminar metafizik yang dianjurkan oleh perpustakaan kolej.
Penceramah tu kata banyakkan baca al-Quran,mata akan jadi elok,elak rabun.
Sebab apa??sebab kita baca dari kanan ke kiri.
Haa...dah la tergantung beliau cerita,suspen je..tak bagitau sebab apa..jadi,,selongkar punya selongkar..saya dah jumpa...alhamdulillah..

rupa rupanya...

Tanda kekuasaan Allah ialah lawan jam.
Tawaf ialah hukum alam semesta.
Peredaran darah dalam badan kita,tawaf,baca al-Quran..
semua ikut lawan jam...maknanya dari kanan ke kiri.
Kan lebih afdhal buat sesuatu mula dari kanan.
Lumrah alam,semua dalam anggota badan kita bertindak dalam lawan jam,
tapi kita pakai jam tangan ikut jam...memang la,,
tu yang mudah sakit..sebab minda terkejut nak reflectkan apa yang kita nak fikir,,ikut jam,..
tu yang mudah sakit..wallahualam..lain kali pakai jam digital..hehe...
(dalam hati,,saya dah berapa tahun tak pakai jam)

jadi,
lakukan sesuatu dari kanan ye.
Kanan bererti pengeluaran tenaga,kiri pula pengambilan tenaga
Idea bergerak pantas ke otak kanan.
Ovum pun bergerak ke kanan
Putaran bumi dan alam semesta yang lain pun ke kanan iaitu lawan jam.
tengok,kawad kaki pun ada arahan,ke kanan pusing  :)

makanya,jangan pertikaikan kenapa mesti mula dari kanan..
baca quran selalu,mata dan segala organ akan sihat,insya Allah...
baca jawi pun boleh juga..:)

semoga coretan yang ringkas ini buat kita berfikir akan kekuasaan Allah.,






Friday, April 29, 2011

perigi cari timba!#semanis kurma


salam..semalam..tengok semanis kurma..hehe..tajuk PERIGI CARI TIMBA..menarik!
ada la bagi tips kat kaum hawa ni how to tackle kaum adam dengan beretika..hehe..

pendapat saya dalam topik ni..wajar juga ada perempuan yang bertindak dahulu.da kata lelaki yang kita syok tu lambat faham...tunggu lama-lama kang merana!
mana tau..usia wanita tu da lanjut..ye la..cinta letak ke tepi..
yang penting berjaya kan!
lelaki pun janganlah ego sangat...
contoh kalau si hawa tu berpangkat tinggi dari awak..
relaks..
kat office dia bos
kat rumah...
awak tetap bos!

ni antara tips yang saya save dalam memori saya...
  • kedua-dua kaum ni jangan la memilih kan..
  • hmm,then kita kena berusaha pasal jodoh pun!memang la kuasa Allah..tapi kita kena ikhtiar di landasan yang betul!
  • kaum hawa jangan la segan sangat nak start dulu.tapi dengan berhemah la..jangan la terhegeh-hegeh!malu wei...
  • agak-agak da usia lajut,mak ayah asyik tanya je..pilihlah yang ada di depan mata..jangan tunggu bulan jatuh ke riba..haii..alamatnya tak jatuhlah bulan tu..
  • apa yang penting banyakkan berdoa dan solat istikharah..Allah maha mengetahui dan memakbulkan doa.

ha..ada la juga ustazah bahyah bagi doa elak sihir.yela ,takut orang dengki kat kita ni pas tu hantar sihir..hmm.
alangkah ceteknya minda mereka yang minta bantuan jin dan syaitan..
dah dia tak nak nak buat lagu mana..
antaranya ..
 
doa2 utk mereka yg x b'temu jodoh krn disihir ialah:
1)surah al-baqarah ayat 102
2)surah al-baqarah ayat 255
3)surah al-araf ayat 117-122
4)surah yunus ayat 81-89
 
hmm..then ni doa untuk kebahagiaan rumahtangga macam tu,tapi yang belum berjodoh lagi amalkan la doa ni...tak semestinya untuk jodoh je,,..tapi untuk disayangi oleh masyarakat ke orang lain ke...terutama pemmpin ke kan...x payah la mintak bantuan jin dan syaitan...Allah ada!
 
Antara doanya ialah:
1)surah yusuf ayat 4
2)surah al-anbiya ayat 89
3)surah Toha ayat 3
 
then..kalau da tertarik kepada seseorang tu cepat-cepat la datang rumah..
ingat pesanan ni..
 
hindari
4P
Pandang..jangan pandang lama-lama..dari mata turun ke hati..da tertawan tu cepat-cepat minta tolong orang tengah...
Pegang..da pandang,g pegang lak tangan makwe,...jangan!
Peluk..ha..ni bahaya..dipeluknya makwe yang haram selagi belum nikah...
Perzinaan..ni lagi bahaya..zina!
 
sekian wassalam..
 

Monday, April 18, 2011

fight sihir!

CARA MENGELAK DARIPADA SIHIR Dan KEJAHATAN LAINAntara langkah penting yang boleh menyelamatkan seseorang daripada disihir adalah membentengi diri dengan zikir syar'ie dan membaca doa matsur. iaitu....

1. Membaca ayat al-Kursi setiap kali selesai mengerjakan solat fardu selepas membaca zikir zikir....

2. Membacakan ayat al-Kursi menjelang tidur,kerana ia merupakan ayat yang paling mulia di dalam Al-Quran Al-Karim.....

3. Membaca surah Al-Ikhlas,surah Al-Falaq dan surah Al-Nas setiap kali mengerjakan solat fardu....

4. Membaca dua ayat akhir surah al-Baqarah pada awal malam,iaitu firman ALLAH TAALA ayat 205 dan 206.

Rasulullah S.A.W bersabda...
"sesiapa yang membaca ayat Al-Kursi pada waktu solat malam,Allah S.W.T mengutuskan kepadanya malaikat sebagai penjaga dan sayitan pun tidak menghampirinya sehingga waktu subuh.

Rasulullah S.A.W bersabda....
"sesiapa yang membaca dua ayat dari akhir surah Al-Baqarah pada suatu malam,kedua-duanya akan menjadi penjaga dirinya. (dari segala kejahatan)

5. Memperbanyakkan membaca doa.
pada waktu malam siang hari,ketika berada di suatu tempat laut atau hutan.

Rasulullah S.A.W bersabda...
"sesiapa yang mendiami sesuatu tempat penginapan,lalu ia berdoa "
"Aku memohon perlindungan dengan kalimah kalimah yang sempurna daripada segala kejahatan dan daripada apa sahaja yang diciptakan olehnya"


" Amalkan ia Moga kehidupan kita sentiasa diberkati dilindungi dari segala kejahatan..
 
 
 

Tuesday, April 12, 2011

iqra Mathurat

salam....
topik kali ini fadilat mathurat.Tahukah anda apakah itu mathurat?
Siapa yang tak tahu...mai sini cek bagi tau...
Al-mathurat adalah antara zikir amalan Rasulullah(kalau salah tolong betulkan)
Al-mathurat ada yang sughra dan kubra,tetapi yang selalu dilakukan yang sughra...
Ni bacaan mathurat daripada u tube...

http://www.youtube.com/watch?v=YzG6fwHV0TE

 Al- Syahid Imam Hassan Al Banna telah membina jalan yang baik untuk mengikut sunnah Rasulullah SAW. Beliau telah memilih dan menyusun al- Ma'thurat dgn mengharapkan bimbingan daripada Allah SWT agar terhindar daripada gangguan syaitan yang penuh angkara murka. Maka alangkah baik setiap diri muslim mengamalkan zikir al-Ma'thurat ini pada setiap pagi dan petang, siang dan malam.
Antara fadilatnya ialah:

1. Tidak dihampiri syaitan
2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
5. Selamat dari segala sesuatu.
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
7. Allah berhak untuk meredhainya
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
9. Terhindar daripada syirik.
10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
14.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.


sumber:http://hatikering.wordpress.com/

p/s:Alhamdulillah,saya mula mengetahui dan mengamalkan bacaan ini sejak tingkatan 1(tinggal di asrama).Bersyukur kerana dapat sesuatu yang saya tak tahu sebelum ini.

Hadis Rasulullah saw: "Sampaikan dariku walaupun satu ayat."

Jelajah - Pulau Pinang 2 hari 1 malam

Hai u all. Ni cik syira nak update setelah setahun lebih. hahahaha Nak tawan hati para followers, meh kami share jenjalan kami p Penang. ...