setuju??
tagline ini saya pinjam dalam majalah al-ustaz edisi kedua.
dan..dengan sukacitanya saya nak berkongsi pasal artikel tersebut..
sambil mempromosikan majalah al-ustaz:)
Jodoh penzina dengan penzina
soalan:
Adakah seorang gadis yang pernah membuat zina tetapi telah bertaubat sesungguh-sungguhnya akan mendapat jodoh dalam kalangan penzina juga?
Jawapan:
Nak tau seseorang itu dah bertaubat ke belum,cuba cek..jika beliau masih adakah mengamalkan gaya hidup lamanya seperti:
- masih aktif berhubung dengan lelaki.
- masih keluar makan, berjalan berdua-duaan dengan lelaki sama ada urusan kerja atau peribadi.
- masih berdating dan chatting intim dengan orang lelaki tidak kira dia daripada kalangan orang agama atau tidak
maka jawapannya,
peluang untuk mendapat suami penzina akan terbuka luas seperti dahulu.
Taubatnya mestilah perubahan ketara dalam semua gaya hidup dan cara hubungannya dengan lelaki.
cara pemakaian lebih sopan, daripada tudung glamor munafik tapi mendedah aurat kepada yang menepati syarak..pergaulan lebih beradab.
Hanya dengan demikian, mata lelaki soleh akan mula melihat dan masuk menghantar wakil kepada ibu bapanya.
sebab...
mata lelaki soleh tidak ingin melihat wanita yang bercampur gaul dengan teman lelaki sekerja, bertepuk tampar, bergurau senda, berdating sana-sini berdua-duaan.
hanya mata lelaki soleh luarannya dan tidak soleh dalamannya sahaja akan berminat dengan wanita tersebut.
"Lelaki yang berzina tidak akan mengahwini melainkan wanita yang berzina, atau wanita yang musyrik dan wanita yang berzina tidak akan mengahwini lelaki kecuali yang berzina atau musyrik."al-Nur ayat 3
"Wanita yang keji untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji untuk wanita yang keji. Wanita yang baik untuk lelaki yang baik."al-Nur ayat 26
ayat di atas mendapat perbezaan pendapat antara ulama dalam hal berkahwin dengan seseorang yang telah berzina. Ayat diatas secara sepintas lalu, kelihatan mengharamkan berkahwin dengan kumpulan penzina ini kecuali dengan seorang penzina juga.
namun, menurut pandangan yang terkuat , hukum ayat di atas telah dinasakhkan dengan ayat yang mengharuskan berkahwin dengan semua muslim dan muslimah yang masih boleh berkahwin, iaitu surah al-Nur ayat 32, ia adalah pandangan majoriti ulama.
tapi..kena ingat juga,jodoh itu kan rahsia Allah.
siapa lah kita nak menetapkan hukum dia layak dengan siapa..
Besar kemungkinan orang soleh tersebut berjaya menjadi lebih soleh apabila mendapat pasangan kurang baik. Martabatnya semakin tinggi di sisi Allah manakala pasangannya yang jahat menjadi soleh dan solehah.
jadi, pasangan individu yang kurang baik boleh sahaja menjadi anugerah terbesar buat sebilangan individu yang terpilih menjadi lebih baik dengannya.
Namun,boleh juga berlaku sebaliknya.macammna??
yang jahat bertambah buruk sikapnya dan yang baik merudum jatuh. Nauzubillah.
INGAt ni!!
antara tanda lelaki itu baik adalah dia TIDAK PERNAH MEMBICARAKAN SOAL SEKS ATAU YANG MENAIKKAN SYAHWAT DENGANMU SAMA ADA MELALUI SMS,TELEFON ATAU SECARA BERDEPAN SELAGI DIA BELUM MENIKAHIMU.
mana-mana lelaki yang membicarakannnya atau meminta sebelum bernikah adalah lelaki JAHAT dan tidak layak dijadikan suami atau itulah BAKAL SUAMI PENZINA,kecuali apabila mereka telah BERTAUBAT
saya sayang diri saya dan saya suka yang halal :)
No comments:
Post a Comment