Showing posts with label dakwah. Show all posts
Showing posts with label dakwah. Show all posts

Friday, February 7, 2014

susu kambing susu kedua terbaik di dunia

assalamualaikum dan salam sejahtera..
amacam hari ni? semangat10x!!!

awak suka apa?
saya suka awak!!!
erkkk..haha

hari ni nak kongsi..my daily routine..
minum susu! kawan saya tak suka susu..sob2x..xpela..lain minat..pelbagai minuman nanti kan..hehe

setiap pagi..if bangun awal dan banyak masa sebelum pergi ke kelas..
saya akan masak air dan..buat air for breakfast!
minum susu...heee...x pun,,makan oat..x pun..kita breakfast berjemaah di kafe :D

SUSU KAMBING!!!

dulu selalu minum anlene..nak tahu..saya pecinta gula yang tegar..haha
minum anlene letak gula..memang manislah!
lastly..anda diisytihar..gula banyak dalam badan..ada potensi nak kencing manis..
erkkk...
mungkin kanji pun banyak kot..makan nasi aje..
jadi..saya kurangkan makan nasi..

ok, berbalik kepada susu kambing..
mulanya tak terfikir nak minum, mak bagi rasa kot..
macam sedap je..

apa lagi..mak..nak bawa susu ni pergi hostel la..
bawak la...

alhamdulillah..makanan sunnah kan..
kismis done..
susu kambing done.,
kurma done..
madu je tak berapa nak done lagi..

saya biasa minum susu kambing higoat dan yusmira :D


        


alhamdulillah..banyak khasiatnya :)

antaranya..

kaya dengan protein dan enzyme (susu kedua terbaik daripada susu ibu)
anti penuaan (awet mudaa...fuyoo..)
antibodi untuk merawat penyakit kulit, gastrik, dan lelah.
bersifat alkali semula jadi
meningkatkan daya tumpuan dan kepekaan
membantu sistem penghadaman (ini terbukti...hihi..cepat kenyang,,dan lambat lapar)
menguatkan jisim tubuh badan

ini testimoni daripada cik syirasyahir :
alhamdulillah, mulanya tak suka..tengok manfaatnya..saya cuba lah,
sedap, cepat hadam,,dan cepat pergi toilet,,and...rasa ringan je badan,,,boleh maintain badan ni,,,

maklumat lebih lanjut...sila klik khasiat susu kambing

mungkin ada yang tak biasa minum susu kambing..sebab rasanya lain sikit daripada susu lembu..dah tu bukan lembu..memangla..hehe

try..insya ALLAH..anda suka..
untuk masa depan yang gemilang..jom..amalkan minum susu kambing..wohhooo..berkempen ni..
lebih-lebih untuk mereka yang mengandung..




Saturday, December 21, 2013

Ujian? Test! sekadar apa?

Bismillah,
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.
Intro saya kali,,makk aiii..blog saya bukan sekadar bersawang, berbagai-bagai penuh sampah sebab dah lama tak lawat. Sibuk la katanya. Sungguh sibuk!

Pejam celik pejam celik, dah nak final exam saya ni!
Untuk sem 1 tahun 2!
Alhamdulillah, masih bernafas saat menaip entri kali ini.

Nak final ni, minggu lepas bukan main ada test! woohhooo...
Seronok ada test, sebab saya jadi rajin nak study!
Aisshh, niat study ni untuk test semata-mata ke?
Ya Allah, kakak..sila tajdid niat semula.

Menuntut ilmu untuk mencari redha Allah,

Bukan setakat nak lulus test.


Ni nak citer..dalam perjalanan nak ke dewan peperiksaan hari itu,
tiba je terfikir..
macam lawak je..
if test yang diumumkan oleh pensyarah..bukan main sungguh2x kita study untuk skor subjek tersebut.
kita dengan redhanya menjawab soalan.
sebab apa?
memang kena jawab. jika tak skor, at least kita dapat jawab dan cover sikit resut.

sungguh2x menjawab, hope capai target!!
bila tak dapat jawab...frustnyee..
bila jawapan samar2x nak jawab..
dalam hati..ya Allah, tadi Allah dah bagi hint kat aku nak stress kan bahagian ni, tapi aku buat tak endahh..
alih2x...keluar pulak soalan ni..ish2xx...

macam tu juga dengan hidayah Allah, kita dah rasa Allah tunjuk something tu..as sign kita beroleh petunjuk-Nya..
tapi manusia kan..suka sangat buat tak endah..nanti lah..tomorrow never die..

memang la tomorrow never die, but you may die tomorrow!!!

tangguh buat kebaikan. astaghfirullah.
Allah dah jentik hati kita, berubahlah!


ok...
berbalik kepada ujian,,
ujian subjek yang nampak dengan mata kasar, kita sanggup menghadapi.
jika tak hadapinya, sudah tenta..final sem nanti haru-biru kita nak struggle extra3x!!

ujian yang tak nampak pula?
ujian tang mana?
ujian yang Allah beri kepada kita.
ujian yang sememangnya wajib dihadapi oleh semua manusia.

Kehidupan di dunia merupakan ujian. Setiap yang berlaku adalah ujian.
Dapat duit pun ujian, jatuh cinta ujian.
Naik pangkat ujian.
Jatuh sakit lagilah ujian.

Test final lagilah ujian....

Waktu tu saya terfikir,
Ujian yang Allah beri ni..kenapa kita tak cukup kuat nak menghadapinya?
Kenapa kita cepat sangat putus asa.
Allah baru uji sikit, hang dah menggelabah,
Orang lain lagi dahsyat diuji.

Tak sungguh-sungguh hadapi ujian Allah.
Nanti final kita macam mana?
Kelam kabut jadinya.

Sedangkan ujian kehidupan ini more valuable than test dalam kehidupan kampus ni..

Sedih rasa hati, saya kadang dan selalu kurang kuat menghadapi ujian Allah..

Tapi..
ingat kalamullah,
Allah takkan membebani seseorang, selagi sesuai dengan kesanggupannya.

Allah kan maha Penyayang.
Dia uji sebab dia tahu kita mampu.

Dia uji tanda Dia kasih kepada kita.

Ya Allah, ampuni aku. Aku hamba yang lemah.
Jangan Engkau bebani dengan sesuatu yang aku tak kuat menghadapinya.


Allah ada dengan kita.





pejam celik, saya dah nak final..doakan saya dan sahabat dapat menjalani peperiksaan dengan jayanya.
semoga Allah merahmati usaha kita :)




tarik nafas..lepas..tarik..lepas..
sila semangat untuk berjihad menuntut ilmu.!!!!

Sunday, May 5, 2013

Kisah selepas cuti MIDSEM

Assalamualaikum semua!! Alhamdulillah..dah 3 minggu di UMT selepas cuti midsem!

:)

Ni yang nak share pengalaman..3 minggu with 3 event!
Alhamdulillah. masa diisi dengan perkara yang berfaedah.



Minggu pertama--> BIOCON!
Untuk maklumat lanjut, sila klik--> biocon 2013
Saya selaku AJK dalam program ini berasa sangat
a. bahagia
b. teruja
c. bersyukur
d.semua jawapan di atas

d!!!

alhamdulillah, banyak input yang saya dan rakan-rakan dapat. Mudah-mudahan BIOCON next year lebih cemerlang,,kena buatan kertas kerja awal-awal ni..hehe


ada cik arnab tau waktu biocon, next year nak beli arnab..hehe..bagi hadiah untuk birthday saya nanti amatlah digalakkan!

tak lupa juga nak share..saya dah join TERENGGANU REPTILES CLUB!!
sebenarnya..dari dulu nak join..duk malas la..ape la..hoho..
lastly, gi daftar juga..
alhamdulillah..

dengan cik ular sayang..
mula first time sentuh ular..nerves,,sekali sentuh...nak lagi..hehe..
cuma tak berani nak kiss je lagi..
gambar atas ni kan...excited saya citer kat mak..mak suka je..aiishhh..anak aku ni..dulu gila duk gi daki bukit, ni gila ke ular pulak..

duk main dengan ular ni kan..tbe teringat kisah keturunanku..hmmm...if true,,biarlah muncul bila tiba waktunya..jangan duk nak panggil..hehe..seram mak..

and lagi satu...ular yang saya sayang ni la..berpotensi untuk ajak geng2x ular datang belit saya dalam alam barzakh nanti..if saya ingkar perintah Allah.. Allahurabbi...

di dunia, aku merelakan diulit sang ular..di kubur,,bagaimana???

next story...

kaki saya injured lagi!!!
Memang Allah dah atur akan terjatuh...huhu..
peristiwa 30 september 2010 berulang..

saya dan rakan2x sematrik buat reunion..

tq sahabat!!!



next...saya pergi ke BENGKEL PENULISAN DAKWAH bersempena program Majlis Kolej Siswa!
3 orang penulis diundang, iaitu,,ustazah Fatimah Syarha, DR.Farhan Hadi dan Dr. Mohd Fadzil bin Mohd Akhir.

Waaa...teruja mak..huhu..
sukanya..tq Allah..
inilah takdir Allah, ikutkan nama saya takde pun dalam list untuk ke bengkel tersebut, terlepas pandang nak isi nama,,
lastly, tanya ada peserta yang cancel tak..
alhamdulillah, rezeki..
dapat jugak join program ini..


Bersama Ustazah Fatimah Syarha
karya terbaru Dr. Farhan..
next,,
meeting SINERGI..ehh..suprises untuk bithday bulan april dan mei,,saya bulan.....jeng2x..
tq!!! 1 mei dah dapat kek!!

Ukhwah itu indah apabila atas nama Allah..

tq for this cake!


haa...buat pertama kalinya..saya mengikuti program TRC!



Pengalaman jaga haiwan..waa...saya rasa dekat dengan Allah..
waktu telefon dengan mak..mak tanya..tak takut ke?
tak lah...ehh..takut jugak..hehe,.,.
tapi..ular dan semua haiwan tu kan makhluk Allah juga..
diorang lagi taat kepada Allah compare dengan akak ni...

dan pulak..seorang pengunjung ni tanya..
awak ada ilmu ular ke??
hoo..macam mistik lak dia tanye...
ehh..x la..belajar sikit2x je.. (dalam hati..ambe baca bismillah, doa banyak2x..bila belai cik ular ni..)
ada ilmu ular la tu dia kata..

serius, saya dah jatuh sayang kepada ular,..bukan abang ular ye..hehe..
pengalaman??
tak yah cerita lah..Allah dah bagi yang terbaik untuk saya dan ahli TRC..thank you Allah..
semoga saya dan rakan-rakan dapat join lagi event dengan TRC.,


setakat ini lah..storynye..hehe..banyak nak share..tapi....biasalah..hidup sebagai mahasiswa..besar tanggungjawab tu,,.

mudah-mudahan Allah merahmati anda dan saya dalam menjalani kehidupan yang mendatang,
bulan rejab dah masuk kan?? jom banyakkan berpuasa sunat..

next event....hoho..nantikan...

sekejap je kan masa,,,

Demi masa.
sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
melainkan yang beriman dan beramal soleh,
yang berpesan-pesan dengan kebenaran, 
yang berpesan-pesan dengan kesabaran.




Saturday, March 2, 2013

semester 2~starting punya kisah!

assalamualaikum dan salam sejahtera!
dah hampir 3 minggu tak update blog. almaklum..broadband tak bagi makan..hehe
alhamdulillah..saya sedang menjalani kehidupan sebagai siswi untuk semester 2!
muda lagi..hoho..ehh..usia makin kurang kakak ehhh,,,

sem kali ini saya ambil 6 subjek, sama macam sem lepas.
tapi kali ini lagi hebat sebab ada dua subjek 4 kredit.
hoho...kena kerja keras nak capai target! sem ini saya nak dapat dekan!!doakan kita tau ;)

nak tahu tak apa yang jadi dalam masa dua minggu dalam sem ini?

saya menyertai kafe cinta..best! anjuran Pembina KT dan MPP UMT.



antara pengisian yang saya dapat...
- ingat ye ..dosa tak boleh didekati apatah lagi dicuba. macam couple la kan..bila dah cuba..haaa...mulalah dosa tu senang je nak ikut kita
-bercouple adalah KUNCI syaitan...ye la..cuba tengok..betapa angaunya pasangan bercouple..duk berkepit, berayat-ayat..nauzubuillah
-apa-apa hal pun dalam hidup ini kena yakin dengan Allah tau.

dan banyak lagi input yang menarik.

ni adab yang perlu dijaga apabila berjumpa dengan insan yang berlainan jantina.

1. Jaga niat. Ingat tujuan kita nak berjumpa mestilah hal perlu dan positif sahaja.
2. Jaga suara, tak payahlah nak sengaja nak memanjakan suara. boleh cair cik abang dengar si wanita merengek manja.
3. Jaga pakaian. Pakaian yang menutup aurat.
4. Tempat pertemuan. Jangan pergi berjumpa tempat yang sunyi dan gelap pulak! bajet hero pulak ko ek!! gi tempat yang terbuka tau dan ramai orang!
5. Mesti ada mahram menemani kita. Haa...tapi macam kes kita khususnya yang berada jauh dari keluarga, cukuplah membawa sahabat yang kita percaya. susahlak nak mengangkut adik-beradik teman kita kan!!!hoho
6. Jaga pandangan mata. Ingat ye, dari mata turun ke hati tu!! hehe..jangan nak tatap sangatlah muka orang depan anda.
7. Topik perbualan yang wajar dan perlu sahaja.

Ini kata-kata yang saya suka baca..hoho..ada pada kertas program.

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar 
dan dua mata untuk melihat.
Tetapi, mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati kepada kita?
Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya.
Itulah namanya CINTA,

Lagi..program..

Public Talk Boreal Forest Fragmentation Implications of Forestry on Biodiversity and Climate.
Ceramah yang disampaikan oleh Miss Amanda Tas from Sweden. Beliau ini adalah Nature Conservationist.

Banyak input yang saya dan member2x dapat.

Yang pasti, sayangi alam sekitar ye anak-anak.

Lagi..haaa,,lab vertebrate pertama saya!!
bersama ikan yu,,huhu

lukis2x haiwan dalam laut, encik ikan, encik pari dan banyak lagi.
subhanallah..indah ciptaan Allah :)

lagi...lab prinsip ekologi pertama saya!
saya dan member2x belajar menggunakan alat-alat untuk mengkaji alam. Banyak..hehe..
best, walaupun not real forest, but enjoy..nanti lah masuk hutan.
group projek eko! amir tangkap gambar :)


lagi..haaa...alhamdulillah..saya baru sahaja menyertai Kelab Amatur Intelektual (KAI)!
sem lepas tak join sebab entah..hehe....
sem ini nak join dan dapat..dan alhamdulillah..


bersama para sahabat :)
lagi satu...saya join HOKI!!! yeahhh...ni join yang tahap serius ni!!! terkejut padang bola nampak saya tadi. mana taknya..boleh bilang berapa kali pergi padang..selalu pergi ke pantai je..
terkejut urat2x badan..hehe...

sem 2 baru 2 minggu berlalu..
banyak impian saya untuk sem ini, ternyata sem ini lebih padat dengan tanggungjawab sebagai pelajar dan organisasi.

Mudah-mudahan Allah memberi saya dan anda semua kekuatan untuk menjadi hamba yang Allah redha.




Friday, February 1, 2013

al-hidayah_Muslimah Bebas

assalamualaikum semua :)



tengok tak al-hidayah 1/2/2013 tajuknya MUSLIMAH BEBAS???
alhamdulillah...tengok, sebab tu nak share.
kali ini saya catat dengan pen, bukan dengan mata semata-mata..hehe..
semangat duduk depan tv,( tak tolong mak masak eaa...)
tolong la..haha..tolong tadi.. :)

Panel jemputan adalah ustaz Mohd Izhar Ariff

Apakah yang dikatakan dengan MUSLIMAH BEBAS???
Bebas macam mana?



Muslimah adalah wanita islam yang taat kepada ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW dengan mentaati segala suruhan ALLAH dan meninggalkan larangan-Nya.

Wanita muslim..iaitu muslimah yang banyak melakukan maksiat kepada Allah digelar Fasiqah.
Tidak lah jatuh kafir, kerana masih Islam.
Begitu juga dengan muslim, muslim yang melakukan maksiat kepada Allah digelar Fasiq.

Tahu tak? orang fasiq tak boleh jadi wali kepada anak gadisnya untuk bernikah.

Ha...jadi, abang2x dan ayah2x..jadi muslim yang sejati tau..nanti boleh jadi wali kepada anak gadis kalian.Zaman sekarang, selalunya berwakilkan tok kadi sebagai wali untuk menikahkan anak gadisnya.



Apakah ciri-ciri MUSLIMAH BEBAS?


  • Taat kepada ibu bapa.
  • Taat kepada suami.
  • Mencegah sikap mengumpat.
  • Tak jahil tentang hukum-hakam agama, fikah dan sebagainya.
  • Mencegah perkara yang merosakkan iman seperti memakai susuk, pelaris dan sebagainya.
  • Mencegah sifat mazmumah.
#mencegah sifat mazmumah..ustaz Izhar kata tadi..orang perempuan janganlah jeles dengan kelebihan yang dimiliki wanita lain seperti kecantikan. Ingat ye,,kecantikan itu subjektif.

Ye la...semua orang cantik tau!!! Allah dah cipta kita cantik dah!!

Hikmah menjadi MUSLIMAH BEBAS:
  • Memiliki keluarga bahagia. Apabila kita sentiasa melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan, Allah akan temukan kita dengan pasangan yang sesuai buat kita dan hadirkan sebuah keluarga yang bahagia.
  • Bebas daripada perkara yang memudaratkan. Contoh, apabila kita menutup aurat dengan sempurna, secara automatik kita akan dilindungi oleh Allah daripada segala fitnah dunia.
  • Disayangi suami.

Sekian, perkongsian pada hari ini. Alhamdulillah :)
Mudah-mudahan Allah redha.

Wednesday, January 23, 2013

saya lebih takut kepada Allah




by LUKISAN DAKWAH ISLAM
buka entri terus muncul gambar ni..ni yang saya post kat fb tadi.
first time tengok gambar ni di fb,
subhanallah, alangkah indahnya ada lelaki macam ni.
memang ada pun, saya dah jumpa.
mudah-mudahan kami ada jodoh..hoho..tbe je..serius ni!!

pendapat akak la kan..
nak couple boleh...dah nikah couple lah,,
nak seksi boleh, dalam rumah dengan yang halal sahaja lah..
nak buat tak endah tentang hukum hakam Allah boleh, SILA CARI TEMPAT LAIN UNTUK HIDUP!!!

Friday, January 18, 2013

mencari ketenangan_al-hidayah 18/1/2013

auuuummmcaaakkkk!!!
siapa tengok al-hidayah hari ni?
tajuknya saya kurang pasti..mencari ketenangan.
(tengok kak dina sampai terlupa tajuk..hehe)

tazkirah hari ini dipanelkan oleh ustazah Norhafizah Musa.
Saya suka style ustazah..cool tapi penyampaiannya sampai ke jiwa saya.alhamdulillah

Antara isi yang saya dapat saya lampir di sini ye...

ustazah Norhafizah kata..hati kita ada empat lapisan..
haaa..sebelum tu..hati ni pun seumpama sebuah rumah!!
cantik rumah..cantik lah sekelilingnya..

1. Shodr
Lapisan paling luar. Lapisan yang banyak berhubungan dengan nafsu dunia dan syaitan.

2. Qolbu
Lapisan hati yang lebih dalam.Ibarat pagar antara urusan dunia dan akhirat. Boleh juga umpama seperti ruang tamu.

3. Fuad
Lapisan hati yang paling dalam. Lapisan hati yang mendapat cahaya Illahi.

4. Lubb
Lapisan hati paling dalam. Bak kata saya..lapisan yang paliiiiiiiiiiiiiiinnnngggg dalam..

Wauuuu..luasnya hati..

Next... 4 perkara yang mesti diamalkan untuk memperoleh ketenangan:

1. Banyakkan berdoa kepada Allah.. (ada selitkan doa di kala matahari terbit dari Nabi Ibrahim..tapi saya tak salin..maaf tau )

2. Istiqamah mengingati Allah (macam tu la ayatnye..pointnye ISTIQAMAH..)

3. Sentiasa mencuci hati. Ustazah kata..pasu kristal pun kalau dibiarkan tanpa dicuci..berhabuk jugak..begitu juga hati kita..hati ni kena selalu cuci..macam mana???
dengan mengingati Allah..zikir...dan banyak lagi..istighfar.


4. Jauhi 5 perkara:
apa???
1. Pengaruh bisikan syaitan. haaa...apabila hati tu duk nak wat jahat je..beware..orang sekitar kita pun tak suka..
2. Menurut hawa nafsu. Tolong kalahkan nek hawa dan wan nafsu! Kita ada akal, hati dan Quran..gunakan sebaik mungkin.
3. Hilang sifat ihsan. Tahu kan apa makna ihsan..(berbuat sesuatu sepertimana kita dapat rasa yang Allah tengok apa kita buat, dengar apa kita kata dan tahu apa kita fikirkan) jalankan tanggungjawab kita sebaik mungkin. macam ustazah bagi contoh tadi....tentang kita ni..eh...saya nanti..hehe..wanita bekerjaya..semua benda nak diswastakan...maksudnya,,anak hantar taska..suami bibik jaga..haaa...tak ke haru,,,lari cik abang nanti(melawak jap)
4. Hilang keyakinan terhadap Allah. jangan buat macam ni...memang resah hidup..bila hati gelisah..sila muhasabah semula tau, ada la tak kena dengan kita tu..
5. Menidakkan ciptaan Allah. Ni lagi satu..mintak dijauhkan!


sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang.

ehh,.lupa...
ustazah pesan juga tadi..
rajinkan diri kita ni pergi ke masjid..rumah Allah..
bila pergi ke sana..nak masuk ke dalam pun..
subhanallah...terasa ketenangan..
serius!!!
saya pun rasa macam tu..sebab apa..sebab..
bila kita pergi rumah ALLAH..
kita sebagai tetamu..mestilah permintaan kita dimakbulkan..
macam kita pergi rumah orang kan...cakap je nak apa..dapat...
pergi masjid...beribadah kepada Allah... :)


renung-renungkan kita di tahap mana...
Allah2x...

p/s:disebabkan tak mencatat..ni je saya mampu kongsi...kesimpulannya, sila catat ye..nak menuntut ilmu jangan malas nak pegang pen dan kertas.

alhamdulillah :)

Sunday, January 13, 2013

indah hanya sekali

assalamualaikum dan selamat bertemu semua!
lama dah tak update..ada yang lagi penting perlu diutamakan..my final exam!
alhamdulillah..berjalan dengan lancar.

study week dengan hujan..ribut..hoho..
universiti malaysia terengganu jadi bualan hangat di media..cehh..
macam artis pulak.,.
banjir la...macam-macam..
dugaan dalam menuntut ilmu :)

kali ini..topik..haaa...

indah hanya SEKALI!

(tajuk ni terfikir apabila tengok ceramah ustaz azhar idrus)
ala..yang bersama zizan di malam tahun baru tahun 2012

first time tengok..hoho..lawak giler...
spontan gelak..segar mata!! semua semangat tengok!

lepas tu...second time tengok..
hmm..gelak sikit2x je..
adik saya yang lawak tergolek-golek(first time tengok..)
hambar je saya waktu tu..
tiba..kawan saya mesej saya..saya cerita la sedang tengok semula ceramah tu..tapi da tak kelakar..
kawan saya kata,,,
"biasalah!!lawak yang pertama tu real..nikmat kelakar!yang 2nd..hambar dah.."


haa...dapat tak apa yang cuba disampaikan melalui sketsa di atas?

indah hanya sekali..
nak pulak pertama kali!!
macam cinta pertama..pehhh...tak dapat nak lupa..
eh..bukan ni!!

macam ni...
yang pertama selalunya yang terindah..macam tengok raja lawak ke..ceramah ustaz2x ke..
bila kita fokus..indah tu dapat..
bila tengok kali kedua..dah tak de apa apa..

nak masuk part jiwang boleh tak??
haa..begitu juga dalam bercinta..
yang pertama tu indah..tapi bila dah hancurkan hati kita..
kali kedua tu..
indah juga..tapi ada rasa nak tak nak je..betul ke mamat ni serius ngan aku???


ok,,,serius jap!!nak cakap..
nak couple2x lepas nikah la eaaa..
keindahan yang betul-betul indah akan dapat!
walaupun sekali indah tu...tapi indah yang membawa ke syurga..
(ce tanya mak ayah kita kan..contoh terdekat pasangan berkahwin )
selisih faham pun..kita tetap tak terpisah..
sentiasa usaha untuk bersama sampai ke syurga..
so sweetttttttt!!!!

dalam kehidupan pun macam tu jugak..tak kisah lah dalam persahabatan, kerjaya dan sebagainya
tak semua indah,,tapi itulah keindahan dalam kehidupan kita!
jadi untuk memastikan keindahan tu tak lari daripada kita..

sila buat--->1. refresh niat kita setiap masa..niat kerana Allah..
2. sentiasa doakan orang sekeliling kita dan orang yang menyayangi kita
3. jangan tamak!
4. buat baik..jangan nakal-nakal
5. banyakkan berdoa kepada Allah


jadi..
pastikan..apa yang kita lalui..jadi INDAH!!!!

p/s:apasal cik kak syira syahir banyak pasal jiwang2x pulak..huhu...



Monday, December 3, 2012

dakwah untuk siapa?

assalamualaikum sahabat :)
apa khabar hari ini? alhamdulillah.

topik kali ini pasal dakwah..nak kongsi apa yang saya dapat dari usrah tadi.

apa itu dakwah??
jawapan saya---> ajak! betulkan?
dakwah ni bagi saya ialah usaha mengajak ke arah kebaikan dan tak dorong orang lain ke arah keburukan.

apa hukum berdakwah?

dakwah ini ada dua hukum, fardu ain dan fardu kifayah
kenapa ada dua hukum?
sebab,,waktu zaman dahulu..yang zaman khalifah..hukum fardu kifayah sebab dah ada yang terang-terangan boleh menjadi pendakwah..

dan pada zaman kita ni..hukumnya fardu ain..
setiap dari kita adalah pendakwah..pendakwah boleh dilakukan sama ada dari segi percakapan, tingkah laku dan cara kita sendiri.

seperti sabda Rasulullah..sampaikan walau pun satu ayat :)

nak dakwah ni mestilah-----> rabbani iaitu ketuhanan kepada Allah, sejagat dan syumul iaitu menyeluruh.

sebelum terlupa!! faktor kejayaan dakwah ialah :

1. Ilmu.
apabila kita mempunyai ilmu yang cukup tentang sesuatu yang nak disampaikan, maka dakwah kita tidak dipandang remeh oleh sesetengah orang.



2. Merendah diri
haa..dalam usrah tadi..seorang sahabat saya tanya apa beza merendah diri dan merendah jiwa??
saya macam pernah dengar tentang persoalan ini :)
merendah diri memang elok..tapi tak elok..hoho..bukannya apa..kadang-kadang merendah diri tu boleh buat kita kurang keyakinan diri!!betul tak??
jadi caranya nak elak kita kurang keyakinan, eloklah kita always berikan kata-kata positif kepada diri kita..
merendah jiwa pula..haaa..ni yang bagus..maknanya kita ni humble la kan..jaga hati kita..bila hati kita jaga untuk Allah,,automatik kerendahan jiwa akan muncul,,maka lahirlah sifat-sifat mahmudah dalam diri kita.

3. Sabar
Nak jadi pendakwah yang sukses, kita kena ada sifat sabar!
Sabar itu indah!! cuba sabar sikit... :)


4. Benar
Yang ni sudah tentu!!bercakap benar, bersikap benar dan segala-galanya akan menjadi benar dan dipermudahkan Allah.

Rukun-rukun dakwah---> pendakwah, penerima dakwah,topik dakwah dan cara kita berdakwah

dakwah untuk siapa???untuk semua :))))))



di sini..saya suka nak share apa akak usrah ni cakap :)


apabila kita berdakwah kepada orang lain..tak kisah lah apa cara pun kan..dengan penuh hikmah yang pasti..tapi kita ditolak..
teruskan usaha dakwahmu..biar pun beribu kali kamu dihina..
jangan pernah berpatah harap..
jangan rasa bersalah apabila dia menolak ajakanmu..
dan yang pasti..
jangan putus asa!!

kerana..

Allah melihat usaha kita..mungkin usaha kita yang ke sejuta kali..akan membuahkan hasil..
dan ingatlah..
hidayah itu milik Allah..kita mesti terus berusaha, Allah memandang kepada usaha kita :)

Thursday, November 8, 2012

untungla ada couple

assalamualaikum :)
haa...dah hampir sebulan tak update blog...berhabuk tahap apa ntah..ni duk nak bersihkan..huhu..
malam ni start blog2x semula..sebab

~~saya rindu kalian
~~ni la masa yang sesuai nak story2x..
~~.........

UNTUNGLA ADA COUPLE!!!



kenapa pulak la akak sorang ni?bukannya apa..ini fenomena yang biasa di ipta dan ipts era ini..
nak habis sem...tup2x..tau si mamat tu dengan si dara ni..
berkepit cam belangkas dah akak tengok..
untungla..ada yang care..dapat makan sama-sama..study sama-sama..shopping sama-sama..apa lagi yang sama-sama....untung ek??
menyampah akak..
tapi...
bohongla..naluri manusia..mesti ingin disayangi kan..perhatian.,.lebih-lebih lagi bila tahu dia syok kat kita..waaa...rasa dunia ni indah ya amat...sweet2x cam tu...

saya pun terasa cam tu jugak..

tapi..

bila direnungkan..dicari gali...

ternyata..semuanya palsu belaka..

ingat!!!



ada ke orang yang nak ke syurga Allah , tergamak melakukan sedemikian??
fikirkan..
tiba nak cakap..saya jadi kagum bila tahu awak ke..dia ke..single..waahhh...bagusnya..untungla pasangan  dia nanti..

ingat tau..kata kata hilal asyraf dalam bukunya..SEBELUM AKU BERNIKAH

'sekiranya benar cinta, mesti kita mahu bersama hingga ke syurga. Apa-apa yang membawa ke neraka, itu bukan cinta namanya.'

persoalan bila saya mula terfikir syoknya couple

~ishh, ada ke nak couple..cam kelakar je..
~hmm..lupa da ke niat asal ko masuk universiti ni?
~apa niat ko nak couple ni..sure ke ko bersama dengan dia sampai hujung nafas??ke nak wat research je..ye la..syok ke rasa disayangi.. ke...nak isi masa lapang..dan mengisi ruang hati yang suram???
~tolonglah kakak,sedih mak dan ayah bila tahu sikap kita sebenar cane..duk berkepit dengan laki..
~no couple islamik la kakak!!!
~bila frust,pehhh....

bila suka kepada someone..berdoa yang terbaik :) mudah-mudahan kita dipertemukan insan yang selayaknya untuk kita..
kawan je..no couple..tapi kalau kita ngan dia declare nak bersama satu hari nanti??cano??tunang da ek??
tapi sekarang duk busy dengan hal masing-masing..takpe..fokus dalam matlamat masing-masing dahulu,,matlamat bersama..insya -Allah..
hmmm...kalau jodoh tak ke mana..

jodoh tu kan rahsia Allah..
mungkin hari ini kita tidak dijodohkan untuk bersama..akan datang?jap..jodoh tak semestinya hal kahwin..persahabatan pun jodoh jugak.. :)
siapa tahu..alih-alih muka dia jugak yang muncul salam tok kadi :)




setakat nak isi kekosongan hati..tak payah la..takde faedah pun..
perbaiki diri kita dahulu..betulkan hubungan kita dengan Allah, ibu bapa, pensyarah, rakan-rakan dan semua orang sekitar kita :)

majukan diri kita dahulu..selagi tiada lafaz nikah..selagi tu kisah cinta kita belum bermula tau!!
seronok pulak saya baca buku cinta high class
sesuai untuk sesiapa yang nak mencari redha Allah..



pesanan dari penaja untuk anda dan diri penaja,,khususnya yang darah muda seperti penaja..

~~kejar cinta Allah jom!!indah terasa bila kita merasai cinta daripada Allah :)

maaf-ayat saya berputar belit..duk speaking london je :) yes,yes and yes only..

semoga kita sentiasa dalam rahmat Allah..jom hadiahkan al-fatihah kepada kedua-dua mak ayah kita :)








Jelajah - Pulau Pinang 2 hari 1 malam

Hai u all. Ni cik syira nak update setelah setahun lebih. hahahaha Nak tawan hati para followers, meh kami share jenjalan kami p Penang. ...