Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Saturday, September 24, 2016

Do and Don't untuk aktiviti sampling.

Assalamualaikum dan hai semua. Apa khabar? Hope everything is fine.

Maaflah dik, akak memang suka rojak bahasa. Haha..campur english malay. Acah orang bandar. Makan petai jugak kita..haha

Duk gi seminar tadi, tak fokus. Sebab teringat nak share ni kepada adik-adik ku..cehhh.

Special kepada adik-adik yang melakukan aktiviti sampling, hiking, walking or everything yang related with the nature. Ni yang akak biasa buat bila sampling.

view from Broga Hill


Do and Don't yeah! Have a look.

1. Niat nak masuk hutan kena betul. Eh, masuk hutan ada niat jugak! Nak keluar duit pun ada niat untuk apa kan..huhu

2. Plan well, do well. Semoga dengan perkongsian akak ni dapat membantu adik-adik.

3. Baju. Baju wajiblah long sleeves. Sila pakai short sleeves if nak calar calar kena duri pokok.

4. Seluar panjang dan tracksuit. Ala macam seluar nak gi joging tu. Nak advance lagi, pakai seluar banyak poket tepi. Pakai legging kat dalam. Opps, ni kalau lasak sangatlah kan. Terutama hiking. Buatnya seluar adik terkoyak. Malu seumur dik. huhu

5. Tudung tak perlulah melambai-lambai, lilit berlilit-lilit. Simple dan tak macam-macam hal. Tudung instant banyak dijual. Pasar malam banyak. Tudung yang tak perlu iron lagi bagus. hehe..

Note: No need to branded la kan...nak masuk hutan. Cantik tak semestinya mahal kan. Material pakaian mestilah mudah serap peluh dan mudah kering. Baju jersi pun okay. Tak tebal. Warna pula? Warna nature is better like green, chocolate and apa lagi ya,,haha.. Baju tu kan, nak jimat..kau ulang pakai esoknya pulak. Haha..ye la..baju seluar tetap akan kotor..malam nak tidur tukar la baju bersih. Solat baju bersih. Its up to you all.

6. Bawak stoking banyak sikit ya. Buatnya masuk tempat berair. Esoknya takde stoking..huuuu...tak selesa kaki. Kat giant banyak stoking murah-murah. Akak ko ni suka kumpul stoking..colorful. Haha.. Kedai RM2 lagi murah. Jap, stokin or stoking?? Omg...haha

7. Kasut wajib bertutup. Kasut sukan. Tapi ni cadangan tambahan yang akak suka sangat..kasut adidas kampung. Its highly recommended. Tak sampai RM10 dik sepasang. Kotor pun tak payah beria nak rendam 7 hari 7 malam. Haha..mudah jaga. Kasut adidas ni la berjaya teman akak hiking kat gunung irau yellow pass tau. Nak beli kasut hiking too much lak harga. Hehe.. Bawak selipar biasa jugak. 

Di Irau Yellow Pass

Ni benda yang perlu standby dalam beg:

8. Baju hujan. Ada duit sikit, belilah jacket waterproof. Kat Lazada murah. RM39.90. Biasa mahal jacket tu..beratus..huhu.. (Ni bila akak da kerja baru mampu beli tau..hahaha)

9. Surat khabar lama. Standby untuk guna apa apa hal kan..

10. Kain batik and kain pelikat wajib bawak. Buatnya nak alas ko tidur ke..alas solat.

11. Torch light. Head lamp lebih baik. Ada lampu khemah tu pun bagus jugak..Cerah sikit tempat tu..haha..

12. Pisau poket. Ni bawak bila masuk hutan. Yang bawak parang lagi bagus. Tapi tu dah advance.

13. Air paip sebotol. Standby untuk hang ambil wuduk. Incase tempat sampling jauh dari campsite.

14. Yang advance lagi..bawalah tikar kan..tak pun yoga mat tu. Tak lah sejuk sangat tidur dalam khemah.

15. Sleeping bag. RM30 paling murah. Kat giant ada. Mydin tak ingat. Hoho..sampai balik kampung pun sleeping bag diangkut. Haha..senang. Tak berebut tempat tidur dengan cousins.

Semua barang ni ada jual dekat kedai barangan perkhemahan berhampiran traffic light nak ke xiri. Belah kiri daripada UMT, di kedai berhampiran Mesra Niaga pun ada juga.

16. Bawak extra plastik or non-woven bag. Senang nak letak apa-apa.

17. Zipper bag perlu bawak. Nak letak sample ke kan..ada di Giant kot jual. Ala..kedai DIY ada macam-macam jual..hang pi cari je.

18. Bag pulak. Bag hiking..tu kalau yang mampu..beg biasa tak pe da,.asalkan jangan beg roda. Haha..Beg yang memudahkan korang la kan. Beg waterproof lagi baik. Di Lazada dan pasar malam ada je jual..murah pun murah.

19. Ubat-ubatan. Standby la kan. Air 100 plus. Coklat untuk bagi u all tenaga. Choki choki pun okay.

20. Tali. Any tali..tali rafia ke..segulung kecik takpe da..guna incase nak jadi tirai ke..apa ke..nak sidai kain.

21. Untuk adik perempuan, dont make up too much k. Cukuplah pelembap ke..bedak ke..sunblock ke..

22. Haaa..ni yang tertinggal. Buku nota kecik dan pen sebatang. Ni yang paling simple. Apa sahaja finding, just catat je..berguna untuk report korang nanti. Cuaca, environment, pokok apa..anything. Buku rujukan seperti bird checklist.

23. Bawak extension. Buatnya plug satu. Jenuh nak gilir guna kan.

24. Powerbank.

25. Al-Quran. Almost benda last akak senarai..ish ish. Tak last..ni takkan nak habaq gak..pandai hang la...dah bawak baca. Tak bawak, dalam phone ada kan Quran tu...hehe

26. Barang kemas simpan. Jangan pakai. Kalau pakai, tanggungjawab hang. Huhu.

27. Ni extra point, ada kamera, bawaklah. Wajib bawak. Takde takpe..kawan hang ramai bawak. Haha..

28. Bawak bateri.

29. Bawak wet tissue.

30. Last, bawak la sudu, tupperware..no polisterin k.


Apa lagi ya...hmm..xde dah kot. Huhu..

Haa..jangan lupa. Bawak vitamin C shaklee k! huhu.. untuk bekalan badan.

Apa yang penting waktu ni adalah teamwork. Grab la peluang ni. Jangan malas-malas. Jangan biar kawan hang je buat kerja. Study betul-betul. Betapa indahnya alam..hadiah Allah untuk kita.

Sekian, dari akak yang rindu nak sampling. Huhu..

ahli kumpulan subjek toksikologi







Saturday, January 3, 2015

2015, i am coming.

Assalamualaikum semua :)

3 Januari 2015, hari ini..ulangtahun kelahiran nabi Muhammad SAW.

Di waktu petang ni..hajat saya nak ke pantai...huhu..tapi nak sewa kereta lagi..nak tu lagi..nak ni lagi...see..untuk memanjakan diri menghirup udara petang..maybe near rm50 boleh habis. Huhu.
Sewa kereta..minyak kereta..makan lagi...

sudahnya,,saya menaip di blog ni.


2014 sudah berlalu, apa kejayaan??

ni bukan nak riak..nak share pengalaman. Mudah-mudahan anda yang membaca terdetik untuk berazam juga. Azam dan cuba untuk mencapainya.

alhamdulillah, tahun lepas banyak perkara yang berlaku, azam saya tercapai..

1. belajar berenang
2. pergi bercuti ke Taman Negara bersama keluarga, alhamdulillah,,hasil duit keuntungan berniaga tudung,
3. Khatam al-Quran sekali. Orang lain banyak kali khatamnye..sob sob.
4. Naik kuda..huhu..lama kot idam ni..hehe

4 je ke? huhu...ada lagi...

alhamdulillah..Allah beri keizinan untuk saya menikmati..kawan kawan sekeliling yang sangat baik. :)

Takde yang mustahil kan??? Jadi, marilah kita melaksanakan impian tu...
yang lepas biarkan lepas..2015???
waahhh...mood nak berkonvo dan berumahtangga,,haha

ehh...sebelum tu..siapkan projek tahun akhirmu...megachiropteran!!!

Doakan kejayaan saya dan rakan rakan ye. :)

Azam tahun ini???
Nak jadi awet muda...huhu..pulak!!!!

Bukan apa..alhamdulillah..mostly impian saya daripada kecil banyak tercapai..sekarang??
Ada juga..tapi memerlukan usaha yang luar biasa.

Kita guna impian lama seperti khatam Quran tu..cuba istiqamah seperti tahun lepas.

Target saya tahun ini. TIDAK MAKAN MAGGI!!!
Kurangkan makan ayam.
Minum 3 liter air sehari..haaa..biar terkucil sokmo..hihi..

Alamak..apasal more to awet muda!! Nope!! Nak sihat,,kena amalkan gaya hidup sihat.

Hiking?? Hmm..gara gara da puas berhiking di Irau Yellow Pass..saya dah tak hiking...apakah???

Tak target nak berhiking tahun 2015 ni...tahun ini like more want go to island...waaaa...sambil menikmati angin laut..ala romantic la konon...

Nak jadi backpacker..huhu,,

Semoga impian anda dan saya tercapai tahun 2015 ini ya :)

p/s: Selamat menyambut Maulidur Rasul :) :) :) Selawat 10 kali selepas solat. Amalkan ye :)



Sunday, October 26, 2014

Maal Hijrah :)

Assalamualaikum semua.

Ini serius! Dah lama tak bertaip di wall ini. Huhu..kenapa ye?
Sibuk kononnya! Blurghh..jawapan common.

Ok, jawapan saya, komitmen sebagai pelajar tahun akhir membuatkan saya sedang mengurangkan masa saya di alam maya.

Hanya yang perlu sahaja akan dilayan. Cewahh..nampak tak ketegasan di situ.

tak terlambat lagi kan untuk saya ucapkan 
salam maal hijrah :)
alhamdulillah, kita masih diberi ruang dan peluang untuk bertaubat dan berbakti kepada agama, dunia dan masyarakat :)

Saya sambut maal hijrah di setiu tahun ini, Kenapa? Kes saya sedang menyiapkan projek tahun akhir.
Alhamdulillah, banyak perkara yang kami belajar :)
Disebabkan banyak..saya tak taip apa yang banyak tu ye..hihi

Ada azam ke untuk tahun baru islam ini kawan-kawan? :)

Takde?? Kenapa?
Sebab azam yang lepas pun aku tak settle lagi :(

Aiyaa..Jangan macam ini!!

Niat dan azam tu kena pasang! Minta kepada Allah. Insya-Allah, Dia akan berikan kekuatan yang extra kepada kita untuk memiliki apa yang kita niatkan tu.

Ingat, apabila doa dilafazkan, Allah akan memakbulkan, Banyak cara Allah akan makbulkan doa kita tu. :)

Apa doa saya untuk tahun ini?
Mudah-mudahan segalanya baik-baik dan saya nak dapat dekan untuk dua sem ini. Doakan saya dan diri anda juga ye :)

Salam Maal Hijrah. Semoga kita menjadi hamba Allah yang lebih baik di sisi-Nya :) 

p/s: Ramai pulak orang nikah di tahun baru ini..huhu..saya bila?


Friday, August 23, 2013

kisah mak dan mak mertua

assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
seriously dah lama tak update..fokus kepada 2 kerja..sampai terlupa encik blog saya ini.
hmm..duk fokus..tapi..Allah uji saya...wuuaa...hidup kan tempat ujian.tak nak kena uji..pergi syurga nanti la kakak!


ini kisah mak dan mak mertua..
mak dan mak mertua siapa?
saya ke awak?

baiklah...ini cerita sewaktu dalam perjalanan nak pulang beraya hari tu..
petang akhir ramadhan kami sekeluarga bertolak nak balik ke utara..
tapi, kereta buat hal..padahal dah banyak kali servis..ada hikmahnya kan..
hikmahnya..saya dapat kisah ini..

bismillah..

sementara menunggu kereta siap dibaiki..
Kebetulan, di situ ada sepasang suami isteri sedang menunggu kereta juga.
Mak cik tersebut mengalukan kami berada di situ
saya, mak dan adik-adik duduk di kerusi yang disediakan.
Mak dan mak cik tersebut memulakan perbualan.
Rupa-rupanya mak kenal mak ayah mak cik tersebut.

Saya curi-curi dengar perbualan mereka.
Hehe..nak menyampuk malu..buatnya ada can jadi menantu..tak pasal..haha

bersempena dengan 1 Syawal pada esok hari,
keluar lah topik ini..

makcik: akak balik utara rumah siapa?
mak: balik rumah abang..
makcik: ouhh...ada mak ayah lagi ke kat sana?
mak: mak ada lagi..ayah dah takde..tu yang balik..mak dia ada lagi..
makcik: akak pulak?
mak: tak de sape dah kat sini..semua dah pergi..adik-beradik pun ada keluarga sendiri..
makcik: baguslah macam tu..mak mertua kita tu macam mak kita jugak kan..jaga..jenguk dia selagi hidup..
mak: haah..betullah tu..
makcik: saya tak lama dengan mak mertua saya,,berapa tahun je sempat...sangat baik maknya..
mak: ouhh..
makcik: kita yang dah ada suami ni..hormatlah mak mertua,,sayang dia macam sayang mak sendiri..
             hairan betul saya apabila orang ada masalah dengan mak mertua..mana silapnya entah..

saya yang duk pasang telinga ni..terkedu seketika..waktu tu sebak dah sebenarnya,,cover syira..huhu...walaupun takde mak mertua lagi..mak yang ada depan mata ini buat saya lagi sebak..sayang mak..

makcik: orang tua ni bukan nak apa sangat pun...dia pun da tua..tak macam orang muda, macam-macam.
             ikut je apa yang dia nak,,,hargai mereka selagi ada.

:(

sob2x...sebak...




aikk..gambar di bawah lagi besar pulak..hehe..

syurga di telapak kaki bonda.. :)

waktu tu saya teringat kepada semua calon ibu mertuaku..hoho..takde lah..adalah kan..

pengajaran:
sayangi lah mak ayah kita..selagi hidup..jaga mereka sungguh-sungguh..jangan tangisi yang sudah pergi..
sekalung al-fatihah kepada mak ayah kita dan bakal mak ayah mertua kita..mudah-mudahan dirahmati Allah selalu..

ini harapan saya untuk masa hadapan..
i wish..
sempat jaga mak ayah saya sepertimana mereka jaga saya sewaktu saya kecil..
kepada awak bakal encik suami..unknown..
semoga saya juga sempat berbakti kepada mak ayah awak yang telah melahirkan dan mendidik awak menjadi sebaik ini :)
kepada mak mertua..jangan marah saya if saya tersalah masak..hhuhu..saya sedang belajar..
didik saya seperti anak kandung mak ye...semoga kita menjadi sahabat nanti!
bimbing saya untuk menjadi ibu, isteri dan anak yang solehah untuk kalian semua.. amin.. :)


Monday, December 10, 2012

pahala, aku datang!!!

Assalamualaikum dan hai semua!!

mood saya ni sebenarnya nak tidur..sambil baca solusi..tiba tiba nak update blog dengan idea yang tertangguh.


PAHALA, aku datang!!!
selalunya istanbul aku datang...hoho

tiba terfikir tajuk ni apabila...

nak buat sesuatu kebaikan, ye la..nak tolong orang ke..belanja makan ke..
buat benda baik mesti dapat pahala kan..

lebih-lebih lagi situasi saya sebagai seorang pelajar yang kadang-kadang ada yang meminta tolong, bertanya sesuatu, dan sebagainya..

contohnya,,mungkin anda pun pernah mengalaminya..
waktu ada kutipan derma!!!
hoho..saya tak kedekut..tapi kadang tu terfikir negatif pulak..
makanya, saya akan cakap kepada diri saya
------> syira, Allah pilih kau untuk buat baik ni..

dengan menderma kita dapat membuat hidup kita lebih berkat.
Allah pun suka.


waktu kutipan derma..bayangkan..kotak derma tu asyik hala ke kita je..
pernah tak terfikir kenapa??
kenapa hala ke aku je ni??
(idea nakal bermain di minda)




untuk mempositifkan keadaan..muhasabah diri!

kotak derma tu hala ke kita..orang mintak tolong kepada kita, orang mengajak kita ke program-program yang mendekatkan diri kepada Allah..
kenapa kita??
mungkin ada sebab, Allah lebih mengetahui apa yang patut untuk kita
tanpa kita sedar...
PAHALA datang kepada kita tanpa kita pohon pun,
tengok,
bukan susah pun nak cari pahala,
tinggal kita je nak sahut buat kebaikan atau lepaskan pahala tu dibawa angin.


kakak dan abang semua,
cik pahala dengan penuh senyuman datang kepada kita!
bila cik pahala datang, jangan nak larikan diri pula.
buat buat tak nampak, buat-buat sibuk..
Allah tarik nikmat tu baru tau!!

sambutlah dengan..
PAHALA,AKU DATANG!!!!!

kejarlah pahala yang datang tu..hapuskan dosa-dosa yang mengaburi hati kita.


jom, buat kebaikan :))))

Bila Allah tak ubah kita ke situasi yang lain..mungkin Allah nak ubah hati kita ke arah yang lebih baik :)
~kan...alhamdulillah..

Thursday, November 8, 2012

untungla ada couple

assalamualaikum :)
haa...dah hampir sebulan tak update blog...berhabuk tahap apa ntah..ni duk nak bersihkan..huhu..
malam ni start blog2x semula..sebab

~~saya rindu kalian
~~ni la masa yang sesuai nak story2x..
~~.........

UNTUNGLA ADA COUPLE!!!



kenapa pulak la akak sorang ni?bukannya apa..ini fenomena yang biasa di ipta dan ipts era ini..
nak habis sem...tup2x..tau si mamat tu dengan si dara ni..
berkepit cam belangkas dah akak tengok..
untungla..ada yang care..dapat makan sama-sama..study sama-sama..shopping sama-sama..apa lagi yang sama-sama....untung ek??
menyampah akak..
tapi...
bohongla..naluri manusia..mesti ingin disayangi kan..perhatian.,.lebih-lebih lagi bila tahu dia syok kat kita..waaa...rasa dunia ni indah ya amat...sweet2x cam tu...

saya pun terasa cam tu jugak..

tapi..

bila direnungkan..dicari gali...

ternyata..semuanya palsu belaka..

ingat!!!



ada ke orang yang nak ke syurga Allah , tergamak melakukan sedemikian??
fikirkan..
tiba nak cakap..saya jadi kagum bila tahu awak ke..dia ke..single..waahhh...bagusnya..untungla pasangan  dia nanti..

ingat tau..kata kata hilal asyraf dalam bukunya..SEBELUM AKU BERNIKAH

'sekiranya benar cinta, mesti kita mahu bersama hingga ke syurga. Apa-apa yang membawa ke neraka, itu bukan cinta namanya.'

persoalan bila saya mula terfikir syoknya couple

~ishh, ada ke nak couple..cam kelakar je..
~hmm..lupa da ke niat asal ko masuk universiti ni?
~apa niat ko nak couple ni..sure ke ko bersama dengan dia sampai hujung nafas??ke nak wat research je..ye la..syok ke rasa disayangi.. ke...nak isi masa lapang..dan mengisi ruang hati yang suram???
~tolonglah kakak,sedih mak dan ayah bila tahu sikap kita sebenar cane..duk berkepit dengan laki..
~no couple islamik la kakak!!!
~bila frust,pehhh....

bila suka kepada someone..berdoa yang terbaik :) mudah-mudahan kita dipertemukan insan yang selayaknya untuk kita..
kawan je..no couple..tapi kalau kita ngan dia declare nak bersama satu hari nanti??cano??tunang da ek??
tapi sekarang duk busy dengan hal masing-masing..takpe..fokus dalam matlamat masing-masing dahulu,,matlamat bersama..insya -Allah..
hmmm...kalau jodoh tak ke mana..

jodoh tu kan rahsia Allah..
mungkin hari ini kita tidak dijodohkan untuk bersama..akan datang?jap..jodoh tak semestinya hal kahwin..persahabatan pun jodoh jugak.. :)
siapa tahu..alih-alih muka dia jugak yang muncul salam tok kadi :)




setakat nak isi kekosongan hati..tak payah la..takde faedah pun..
perbaiki diri kita dahulu..betulkan hubungan kita dengan Allah, ibu bapa, pensyarah, rakan-rakan dan semua orang sekitar kita :)

majukan diri kita dahulu..selagi tiada lafaz nikah..selagi tu kisah cinta kita belum bermula tau!!
seronok pulak saya baca buku cinta high class
sesuai untuk sesiapa yang nak mencari redha Allah..



pesanan dari penaja untuk anda dan diri penaja,,khususnya yang darah muda seperti penaja..

~~kejar cinta Allah jom!!indah terasa bila kita merasai cinta daripada Allah :)

maaf-ayat saya berputar belit..duk speaking london je :) yes,yes and yes only..

semoga kita sentiasa dalam rahmat Allah..jom hadiahkan al-fatihah kepada kedua-dua mak ayah kita :)








Thursday, September 20, 2012

apa yang diniatkan itu doa!!

assalamualaikum dan apa khabar??
semoga sihat dan gembira selalu..

dah 3 minggu saya di kampus UPM Terengganu( tu dulu..) sekarang ?? sila cari ye..
alhamdulillah..macam macam pengalaman..indah dan indah!!

ada ke waktu orientasi kos..dalam explorace..kena makan bawang putih tu!!waaahhh...seulas tu...pedas!!!
tak jangka, dapat jugak habiskan!!hoho..

okay..iklan je..tapi kisah benar tu..


back to my topic!
 pernah tak kita terfikir apa yang kita nak..kebanyakkannya Allah beri kita peluang untuk memiliki apa yang kita mahu?
kadang kadang kita hanya terlintas untuk melakukan atau memiliki sesuatu..
tiba tiba,Allah bagi kita jalan untuk ke arah itu..
tinggal untuk kita ambil sahaja peluang itu.
pernah tak berlaku??

mesti pernah!!
saya teringat ustazah saya pernah kata..
SETIAP KATA KATA ADALAH DOA!!
saya setuju!
dan setiap apa yang kita niatkan adalah doa..

doa adalah pengharapan kita kepada Allah..
sebagai tanda kita mengagungkan keesaan-Nya..
sebagai tanda kita syukur kita kepada Allah.

apabila kita berdoa dan niatkan sesuatu..
Allah dengar apa yang kita pinta..
dengan penuh keikhlasan dan kerendahan hati..
Insya Allah..Allah akan memakbulkan doa kita..
jika tidak dimakbulkan , ingatlah bahawa Allah merancang sesuatu yang lebih indah buat kita!

yang penting,,doa,usaha dan tawakal!!

saya percaya dengan janji Allah yang maha mengabulkan doa!!


setakat ini..alhamdulillah..apa yang saya niatkan..saya catatkan..saya ungkapkan..alhamdulillah...Allah aturkan untuk saya memiliki..merasai..walau pun seketika..dan mungkin lama saya menanti..
dan saya percaya dengan janji Allah!!

tapi kadang tu pernah gak tak dapat..takpe lah..Allah tahu yang terbaik untuk saya dan anda.
jadi..jangan berhenti berniat yang baik baik dan berdoa kepada Allah...





Monday, August 27, 2012

cara-cara nak selamat di universiti

assalamualaikum kengkawan..wahh..kawan..ye la..
hari ni saya pergi melawat baby baru...so cute...halus je pipi...geram saya..


haaa,,,menghitung hari nak pergi universiti ni kan,.,
untuk akak dan abang,,nak sambung tahun baru,,
bagi saya dan yang lain..
nak sambung degree!!!
alhamdulillah..


impian dari kecik tu nak masuk universiti..cuba ingat,,
ayah..tok..cikgu,,semua kata

BELAJAR RAJIN-RAJIN,NANTI LEH MASUK U..
haa...c u...
zaman dulu kecoh satu kampung kalau dapat masuk u..
zaman sekarang,,pelik kalau tak masuk u..
ehh...jangan la pelik sangat..
Allah ada plan untuk kita semua kan..

haa..maih sini,,
nak kongsi pesanan apabila di ipt..
saya pun baru nak jejak..
so,,bukan nak tunjuk hebat..cuma nak berkongsi apa yang saya dapat..
kongsi ye!!

ingat duk universiti sentiasa selamat ke??
kita yang pilih nak selamat ke huru-hara kan..



haaa...
~ kita kena SET NIAT DAN TARGET!niat bukan nak bikin hot..cool je..haha..niat nak menuntut ilmu kerana Allah..

~PANDAI PILIH SAHABAT..haa..berkawan lah dengan semua orang..tetapi jangan terpengaruh yang tak baik..
almaklum..semua jiwa panas..darah muda..semua nak cuba..

~jaga HUBUNGAN KITA DENGAN ALLAH DAN MANUSIA
*baca quran at least 1 page satu hari
*nak kuar bilik tu..baca lah ayat kursi..selawat..mudahan kerja kita berkat dan dilindungi
*sesibuk mana pun kita...rajinkan diri dengan aktiviti agama..solat jemaah

~KAWAL NAFSU

~elak CULTURE SHOCK..terkejut tengok yang pakai ketat-ketat..awak pun nak try..jangan...
just BE YOURSELF

~JAGA DIRI..tu yang penting..

~CINTA??saya tak halang..sebab ni soal hati..ecece..ko terasa ke dik??
jaga elok-elok...SETIA..jangan MAIN-MAIN CINTA..sakit tau tak..tapi jangan nak duk berkepit je..lemas mak cik!!

jadikan cinta sebagai pemangkin semangat untuk kita berjaya,
jangan jadi pembakar semangat!!
haha...terbakar ko nanti...


~jangan lupa MAK AYAH..doakan kesejahteraan mereka..calling la selalu..

~HORMAT ORANG LAIN


sekian saja dari saya..banyak lagi nak buat..haha..tamak..ni pun idea dari kakak saya..tq sis..
all the best for us..kita fokus dan cipta kecemerlangan!




Jelajah - Pulau Pinang 2 hari 1 malam

Hai u all. Ni cik syira nak update setelah setahun lebih. hahahaha Nak tawan hati para followers, meh kami share jenjalan kami p Penang. ...