Showing posts with label muslimah. Show all posts
Showing posts with label muslimah. Show all posts

Friday, February 1, 2013

al-hidayah_Muslimah Bebas

assalamualaikum semua :)



tengok tak al-hidayah 1/2/2013 tajuknya MUSLIMAH BEBAS???
alhamdulillah...tengok, sebab tu nak share.
kali ini saya catat dengan pen, bukan dengan mata semata-mata..hehe..
semangat duduk depan tv,( tak tolong mak masak eaa...)
tolong la..haha..tolong tadi.. :)

Panel jemputan adalah ustaz Mohd Izhar Ariff

Apakah yang dikatakan dengan MUSLIMAH BEBAS???
Bebas macam mana?



Muslimah adalah wanita islam yang taat kepada ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW dengan mentaati segala suruhan ALLAH dan meninggalkan larangan-Nya.

Wanita muslim..iaitu muslimah yang banyak melakukan maksiat kepada Allah digelar Fasiqah.
Tidak lah jatuh kafir, kerana masih Islam.
Begitu juga dengan muslim, muslim yang melakukan maksiat kepada Allah digelar Fasiq.

Tahu tak? orang fasiq tak boleh jadi wali kepada anak gadisnya untuk bernikah.

Ha...jadi, abang2x dan ayah2x..jadi muslim yang sejati tau..nanti boleh jadi wali kepada anak gadis kalian.Zaman sekarang, selalunya berwakilkan tok kadi sebagai wali untuk menikahkan anak gadisnya.



Apakah ciri-ciri MUSLIMAH BEBAS?


  • Taat kepada ibu bapa.
  • Taat kepada suami.
  • Mencegah sikap mengumpat.
  • Tak jahil tentang hukum-hakam agama, fikah dan sebagainya.
  • Mencegah perkara yang merosakkan iman seperti memakai susuk, pelaris dan sebagainya.
  • Mencegah sifat mazmumah.
#mencegah sifat mazmumah..ustaz Izhar kata tadi..orang perempuan janganlah jeles dengan kelebihan yang dimiliki wanita lain seperti kecantikan. Ingat ye,,kecantikan itu subjektif.

Ye la...semua orang cantik tau!!! Allah dah cipta kita cantik dah!!

Hikmah menjadi MUSLIMAH BEBAS:
  • Memiliki keluarga bahagia. Apabila kita sentiasa melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan, Allah akan temukan kita dengan pasangan yang sesuai buat kita dan hadirkan sebuah keluarga yang bahagia.
  • Bebas daripada perkara yang memudaratkan. Contoh, apabila kita menutup aurat dengan sempurna, secara automatik kita akan dilindungi oleh Allah daripada segala fitnah dunia.
  • Disayangi suami.

Sekian, perkongsian pada hari ini. Alhamdulillah :)
Mudah-mudahan Allah redha.

Thursday, January 24, 2013

Keliru?

assalamualaikum semua..
selawat banyak banyak tak hari ni? banyak daripada biasa?
biasa berapa? 20?haiii laaa...jangan lah macam tu..
hehe..

sape tengah keliru sekarang?
saya!!! keliru nak,,,hehe...

ni nak share daripada fb saya..ni untuk bacaan blogger pula



pernah tak rasa keliru???
spesifiknye..keliru tentang soal hati,,,cewwaahh.,,jiwang lak..haha..
ye r..betul ke kita suka dia???konon x..tapi bila dpt tahu sesuatu tentang dia...jadi stalker, penyiasat terhebat tu.,,,,
keliru..lebih lagi ada yang nak usik hati kita gak...sibuk je...jaga hati boleh..
saya pun duk jaga hati ni...kalau tak...da lama ikut rasa je..

memang la keliru,.sebab belum tiba masanya..perjalanan masih jauh..
suka tak semestinya couple kan,.,first thing first..ingat tujuan asal kita-->BELAJAR
ingat MAK AYAH
jaga hati..kawan saya banyak kali pesan kepada saya JAGA HATI..(ingat tak perit ke jaga hati...)
berkali mohon kepada Allah..jaga hatiku ini untuk-Mu Allah,,,
Cinta tu fitrah..suci..jangan kotorinya..pendam bukan tak suka..tapi sebab MALU pada diri..belum tiba masanya..

malu pada Allah..sebab..saya ni tak mampu jaga hati jika saya pilih untuk layan semua tu..dari elok xde apa apa..terus ada apa apa...jadi..lebih baik, saya JAGA HATI :)



Wednesday, August 29, 2012

pahala berpanjangan dengan menjaga aurat

assalamualaikum..

siapa setuju?
wanita memang cantik!!!
serius...yang seksi tu sure lah cantik..sebab nampak..haha..tak malu ko nak seksi seksi..
seksa abang tengok..
yang tertutup tu..manis je..haa...abang nak tengok pun malu..sebab tak nampak..
malu nak perhati lama-lama takut kantoi



duk google majalah kat rumah..
terjumpa majalah solusi isu 41 TUTUP AURAT SUPAYA SELAMAT

tutup aurat + niat ikhlas kerana Allah + pelaksanaan betul + natijah yang baik + tidak meninggalkan ibadah asas = sedang beribadah

dengan menutup aurat, wanita solehah telah membuat pilihan yang tepat  dengan memilih sebaik-baik pakaian iaitu pakaian TAKWA.


haaa...

jom kita create this list comel comel dan tampal dekat almari pakaian..
tandakan right or pangkah kat list tu...

1. PAKAIAN

  • fabrik yang tak terlalu tipis sehingga menampakkan bayang tubuh dan warna kulit
  • longgar dan tidak ketat
  • menutup seluruh bahagian lengan sehingga pergelangan tangan
  • kain atau seluar yang dipakai perlu labuh menutupi betis dan buku lali
  • menutup kaki (pakai stokin ke)
  • tidak menyerupai pakaian lelaki
  • tidak menyerupai pakaian wanita Musyrik atau kafir
  • bukan pakaian yang mempamerkan syuhrah (sifat berbangga-bangga)
2. TUDUNG

  • menutup keseluruhan kepala dan leher
  • labuh menutup bahagian dada
  • fabrik yang tidak terlalu tipis sehingga menampakkan rambut dan bentuk leher
3. PERHIASAN

  • tidak bertabarruj sehingga menarik pandangan
  • bersolek secara sederhana dan tidak berlebih-lebihan
  • tidak disemerbakkan dengan haruman yang melampau
  • menggunakan alat perhiasan bukan tujuan untuk menunjuk-nunjuk


haa...
bab tudung kan,,saya ada google blog tadi..
terjumpa frasa MAKSIAT TUDUNG???
hmm...agak ganas bagi saya..
dalam bacaan saya lak..
TUDUNG DEDAH..
hmm..
yang tak menepati syarat pemakaian la ni kan...


sedar tak...kita menutup aurat dengan sempurna,,,pahala tak henti henti mengalir untuk kita..
tengok..betapa ALLAH MAHA PENYAYANG..




Sunday, August 26, 2012

kahwin nak pilih yang mana??

assalamualaikum,,haa...selamat siang...
ni saya nak huraikan satu topik yang saya kata nak huraikan kan..
ingat??
ada...jap dalam link ni ce tekan..

jadi...jom kita baca..sumber daripada buku Aku Terima Nikahnya.. daripada ustaz hasrizal
best buku ni...tiba jadi matang jap saya soal hati ni,,,hehe...
almaklum..banyak sangat nasi kawah dan nasi minyak kat kampung...suka tengok orang kahwin.

"Perempuan itu dinikahi kerana empat pertama: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. maka pilihlah yang memiliki agama, nescaya sejahteralah hidupnya."


1. Apa tujuan berumah tangga?

“Begin with the end in mind” adalah slogan kita untuk menetapkan matlamat kehidupan dan segenap peringkat perjalanannya.

Berkahwin kerana harta? Harta bukan sumber bahagia.
Harta bukan matlamat utama dalam menentukan pemilihan pasangan.

Berkahwin kerana keturunan? Keturunan bukan jaminan untuk bahagia.
Soal keturunan bukan penentu mutlak kerana setiap manusia lahir dengan fitrah yang satu dan murni, lantas setiap mukalaf dan mukalafah mampu kembali kepada kemurnian itu, biarpun lahir ke dunia tanpa bapa yang sah sekalipun.


2. Berkahwin kerana kecantikan?


Cinta itu dari mata turun ke hati. Maka mata pemutus pertama. Jika berkenan di mata, mudahlah mata memujuk hati.
Tetapi selama mana kecantikan menyenangkan kehidupan? Kecantikan, biar secantik mana sekali pun, akan pudar perjalanan masa dan boleh dicabar oleh naluri manusia yang mudah kalah dengan alasan JEMU.
Cantik bukan sumber bahagia, ia bukan matlamat atau pertimbangan dalam menentukan pasangan.

“Maka pilihlah yang memiliki agama...nescaya sejahtera hidupmu,” pesan Nabi SAW.

“Maka saya kena kahwin dengan ustazah, saya kena kahwin dengan ustaz!”kata seorang pelajar ‘bukan bidang agama’.



3. Penyakit tidak jelas?

Apakah yang memiliki agama itu mesti seorang yang ustazah atau ustaz? Maka berkahwin dengan golongan ini, jaminan bahagia. Benarkah?

Di sinilah penting untuk kita bezakan golongan yang TAHU agama, MAHU beragama dan MAMPU dalam beragama.

Apakah TAHU itu merupakan maksud kita beragama dengan agama Islam ini? Sejauh mana gred A yang digarap dalam subjek pengeTAHUan Agama Islam menjadi bekal dan perisai generasi Muslim yang beragama?
‘Yang memiliki agama’ itu lebih luas daripada sekadar sempadan tahu agama. Ia adalah soal MAHU yang menjadikan penegetahuan agama itu dihayati,dan MAMPU dalam erti dia sentiasa bermujahadah untuk memperbaiki diri.

Maka janganlah disempitkan maksud mencari yang beragama itu hanya pada mereka yang berlabelkan ‘jenama TAHU agama’ tetapa apa yang penting ialah mereka yang MAHU dan terbukti pada perbuatan hariannya dia sentiasa berusaha menuju MAMPU.

Dia mungkin seorang ustazah.
Dia mungkin seorang jurutera dan doktor.
Dia mungkin bertudung labuh.
Dia juga mingkin belum bertudung, tetapi sentiasa mencari jalan untuk menuju kesempurnaan kebaikan. Dia seorang yang membuka dirinya untuk dibimbing dan diajar.

4. Hanya 'beragama'?

Ada pula yang menyangka bahawa kebahagiaan rumah tangga itu terletak pada beragamanya pasangan kita. Soal harta, keturunan dan rupa paras tolak tepi.

Maka jadilah seorang perempuan yang fasih lidahnya tentang agama dan rapi pakaiannya sebagai isyarat dia beragama, tetapi dia tiadak mengetahui nilai harta. Dia boros dan tidak bijak menguruskan harta rumah tangganya.

Dia nampak elok beragama, malah mungkin seorang pejuang agama, tetapi dia tidak peduli pada nilai keturunan dan kekeluargaan. Padanya, soal kekeluargaan dan keturunan bukan urusan agama.

Dia bijak dalam memperkatakan tentang agama, tetapi dia menjadikan alasan untuk todak peduli kepada penampilan diri. Pakaiannya selekeh atas nama agama, kulitnya tidak bersih beralasankan agama. 

Jika perempuan, dia tidak peduli untuk mewangikan diri atau bersolek untuk mengemas diri, kerana padanya itu semua bukan kehendak agama, dan si suami menikahinya bukan kerana itu. Saban hari mukanya bertepek dengan bedak sejuk dan tubuhnya bersarung baju kelawar. Hambar...

Jika lelaki, dia biarkan diri selekeh dan sentiasa berkemban di dalam kain pelikat dan baju pagoda, membiarkan bau peluh jantannya tidak berbasuh, kerana semua itu tiada kaitan dengan agama.





eh...syira???
hehe...nama saya..

so..amacam??
nak pilih yang cane ek??
saya kan nak yang beragama...
hehe...gatal,,bukan gatal..harapan tu..

tak hensem takpe..nanti dah bersama..saya akan buat hidup beliau jadi 'hensem'!!!
tak kaya takpe,nanti kita berusaha untuk kaya dunia dan akhirat ye..
keturunan??hmm...kita ramaikan umat nabi Muhammad yang berkualiti ye!!!





Wednesday, August 22, 2012

shopping muslimah online :)

assalamualaikum dan salam lebaran :)
ingat tak saya pernah cakap nak kongsi kedai shopping online yang saya selalu geledah dan berurusan..hehe..
ingat tak??
dekat entry istiqamah dengan hijabmu

ni saya share ye...


  • hijab...haaa...banyak koleksi tudung labuh...like la ye..
  • hudanur collections ni lagi la...tudungnya high quality...kenal dah ngan akak aini..
  • ummi balqis collection haa...ni tudung labuh yang cam ustazah tu,,kain dia sedap pakai..labuh dan   sejuk je..tak panas..purdah ada sekali tau..tudung akel..banyak lagi

banyak lagi sebenarnya..tak terlist..google sendiri ye..

ni baju pulak,,,

  • baju muslimah
  • anggun muslimah haaa..ni page kawan saya...promote sikit
  • puteri muslimah..haaa...ni page yang saya selalu singgah dan berjual beli..serius...akaknye baik...hehe...baju cantik cantik..kain muslimah pun ada jugak..
  • hilyah ni brand pertama saya pakai..kainnya sejuk je dan tebal..
haa...amacam??
banyak lagi..tapi ni yang saya selalu singgah dan bertanya,,hehe
bukan susah nak tutup aurat kan..

stokin lak???
ala..x sampai rm10 pun kan...

Tuesday, August 7, 2012

wanita sebenarnya suka diROGOL!?

assalamualaikum dan salam sejahtera..
hari ini,saya rasa macam downnn...waaaa...wake up muslimah!!!
sebab...hmmm...biarlah rahsia!
nampak gayanya sikap saya waktu PMR akan kembali selepas raya ini!!
struggle..saya akan buktikan yang saya akan berjaya!

haa,,,,ni nak share,,menarik..tertarik!!!
takut lak,,huaaa,,,,tq kepada kawan fb saya...benarkan saya share di blog ini..
untuk renungan kaum hawa dan adam...
ingatlah,,,syaitan tidak akan berhenti mencari peluang dan memusnahkan kita.




Dari page
Kami Muslimin berharap
Muslimah berpakaian mengikut
syarak
WANITA SEBENARNYA SUKA
DIROGOL!!

By
admin
– November 21, 2011Posted in:
kisah pengajaran
Adakah benar wanita sebenarnya
suka dirinya dirogol ?

Apa yang membuatkan lelaki
boleh terangsang nafsu seksnya
sehingga sanggup melakukan
jenayah ROGOL wanita??

Lelaki dijadikan sebegitu rupa,
dimana nafsu seksnya boleh
terangsang dengan hanya
memandang pada wajah atau
bentuk tubuh wanita sahaja.
Apatah lagi wanita yg mempunyai
rupa paras yg cantik dan bentuk
tubuh yang mengiurkan.
DItambah pula wanita yang
mengenakan fesyen pakaian yang
tidak menutup aurat seperti yang
memampakkan sebahagian dari
bahagian Buah-dada, Betis dan
Paha, Perut dan Pusat dan
bahagian punggung (seluar
dalam).

Jika kita perhatikan sekarang
terlalu ramai wanita2 yg
mengenakan pakaian

1) Yang menampakkan bahagian
atas buah dadanya (alur),
2) Memakai baju yg singkat
sehingga menampakan bahagian
pusat dan perut,
3) Memakai seluar yg apabila
bertinggung akan menampakan
bahagian alur punggung dan
seluar dalamnya.
4) Yang memakai skirt2 pendek
yang menampakankan bahagian
betis dan pahanya.
5) Memakai baju yang jarang
sehingga menampakan bentuk
buah dada dan warna bra yang
dipakainya.
6) Memakai kain yang jarang
sehingga menampakan seluruh
bentuk kakinya hingga ke pangkal
paha.


Maka semua ini akan menaikan
nafsu seks kaum lelaki.
Lelaki memang sentiasa bernafsu
apabila melihat wanita2 yang
berpakaian sebegini. apatah lagi
yang berpakaian separuh bogel.
seksi n seksa.
Bagi lelaki yang boleh menahan
nafsunya, maka itu semua hanya
sekadar menjamu mata.
Tetapi bagi lelaki yg tidak dapat
menahan nafsunya:-
Ada yang akan melepaskan
nafsunya dgn cara lain. (Dengan
isteri atau pasangan atau dot dot
dot).
Ada juga lelaki yang ingin
melepaskan napsunya pada
wanita yang dilihatnya itu sendiri.
dengan cara memaksa, maka
rogol terjadi.
Ada juga lelaki yang tidak dapat
melepaskan nafsunya pada
wanita yang dilihatnya itu tetapi
pada wanita lain (walaupun
wanita ini tidak seksi) dengan
cara memaksa, maka rogol terjadi.
Lelaki yang sanggup merogol
adalah lelaki yang kurang waras,
tapi bukan Gila, cuma tidak dapat
menggunakan otaknya untuk
berfikir secara rasional.

Dengan menggunakan kekuatan
fizikal yang ada pada lelaki dan di
dorong oleh nafsu yg meluap-
luap dan tanpa menggunakan
otak untuk berfikir, lelaki sanggup
mengambil risiko untuk
melakukan jenayah rogol.
Setelah merogol dan melepaskan
nafsu baru lah boleh berfikir. Tapi
cuma berfikir bagaimana nak
lepaskan diri supaya tidak dapat
ditangkap oleh pihak berkuasa.
Maka dengan menggunakan otak
yang kurang waras tersebut,
perempuan yang dirogol itulah
yang menjadi mangsa sekali lagi.
Cuma nak tutup mulut tapi
tertutup nyawa terus.


Moral of the story:
Pada kaum wanita:
Jangan naikkan nafsu seks pada
lelaki yang tidak dikenali dengan
berpakaian yang mendedahkan
tubuh anda atau yang
menampakkan bentuk tubuh
(ketat) dikhalayak ramai, buruk
padahnya.

Pada kaum lelaki:
Janganlah menganggap wanita
hanya alat pemuas nafsu seks
semata.
Hargailah wanita, yang
melahirkan anda di dunia ini.


Saturday, August 4, 2012

Jodoh penzina dengan penzina

assalamualaikum,belia benci zina!!
setuju??
tagline ini saya pinjam dalam majalah al-ustaz edisi kedua.
dan..dengan sukacitanya saya nak berkongsi pasal artikel tersebut..
sambil mempromosikan majalah al-ustaz:)


Jodoh penzina dengan penzina


soalan:

Adakah seorang gadis yang pernah membuat zina tetapi telah bertaubat sesungguh-sungguhnya akan mendapat jodoh dalam kalangan penzina juga?

Jawapan:

Nak tau seseorang itu dah bertaubat ke belum,cuba cek..jika beliau masih adakah mengamalkan gaya hidup lamanya seperti:


  • masih aktif berhubung dengan lelaki.
  • masih keluar makan, berjalan berdua-duaan dengan lelaki sama ada urusan kerja atau peribadi.
  • masih berdating dan chatting intim dengan orang lelaki tidak kira dia daripada kalangan orang agama atau tidak
maka jawapannya,
peluang untuk mendapat suami penzina akan terbuka luas seperti dahulu.

Taubatnya mestilah perubahan ketara dalam semua gaya hidup dan cara hubungannya dengan lelaki.
cara pemakaian lebih sopan, daripada tudung glamor munafik tapi mendedah aurat kepada yang menepati syarak..pergaulan lebih beradab.
 Hanya dengan demikian, mata lelaki soleh akan mula melihat dan masuk menghantar wakil kepada ibu bapanya.
sebab...
mata lelaki soleh tidak ingin melihat wanita yang bercampur gaul dengan teman lelaki sekerja, bertepuk tampar, bergurau senda, berdating sana-sini berdua-duaan.
hanya mata lelaki soleh luarannya dan tidak soleh dalamannya sahaja akan berminat dengan wanita tersebut.

"Lelaki yang berzina tidak akan mengahwini melainkan wanita yang berzina, atau wanita yang musyrik dan wanita yang berzina tidak akan mengahwini lelaki kecuali yang berzina atau musyrik."al-Nur ayat 3

"Wanita yang keji untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji untuk wanita yang keji. Wanita yang baik untuk lelaki yang baik."al-Nur ayat 26

ayat di atas mendapat perbezaan pendapat antara ulama dalam hal berkahwin dengan seseorang yang telah berzina. Ayat diatas secara sepintas lalu, kelihatan mengharamkan berkahwin dengan kumpulan penzina ini kecuali dengan seorang penzina juga.

namun, menurut pandangan yang terkuat , hukum ayat di atas telah dinasakhkan dengan ayat yang mengharuskan berkahwin dengan semua muslim dan muslimah yang masih boleh berkahwin, iaitu surah al-Nur ayat 32, ia adalah pandangan majoriti ulama.


tapi..kena ingat juga,jodoh itu kan rahsia Allah.
siapa lah kita nak menetapkan hukum dia layak dengan siapa..

Besar kemungkinan orang soleh tersebut berjaya menjadi lebih soleh apabila mendapat pasangan kurang baik. Martabatnya semakin tinggi di sisi Allah manakala pasangannya yang jahat menjadi soleh dan solehah.

jadi, pasangan individu yang kurang baik boleh sahaja menjadi anugerah terbesar buat sebilangan individu yang terpilih menjadi lebih baik dengannya.

Namun,boleh juga berlaku sebaliknya.macammna??
yang jahat bertambah buruk sikapnya dan yang baik merudum jatuh. Nauzubillah.

INGAt ni!!

antara tanda lelaki itu baik adalah dia TIDAK PERNAH MEMBICARAKAN SOAL SEKS ATAU YANG MENAIKKAN SYAHWAT DENGANMU SAMA ADA MELALUI SMS,TELEFON ATAU SECARA BERDEPAN SELAGI DIA BELUM MENIKAHIMU.
mana-mana lelaki yang membicarakannnya atau meminta sebelum bernikah adalah lelaki JAHAT dan tidak layak dijadikan suami atau itulah BAKAL SUAMI PENZINA,kecuali apabila mereka telah BERTAUBAT



saya sayang diri saya dan saya suka yang halal :)


Jelajah - Pulau Pinang 2 hari 1 malam

Hai u all. Ni cik syira nak update setelah setahun lebih. hahahaha Nak tawan hati para followers, meh kami share jenjalan kami p Penang. ...