Showing posts with label penaku. Show all posts
Showing posts with label penaku. Show all posts

Thursday, August 9, 2012

nah,untuk kakak saya!!

assalamualaikum,,waahh...10 last ramadhan is coming..
hari ni,,saya nak bagi hadiah hari lahir..haaa..dedicate for my lovely sister..who??
kak insyirah saya!!!

to my sis,saya da create this short story seminggu lepas..
alhamdulillah...ikhlas dari hati..
special untuk akak
maafla sebab ni yang saya mampu..
alhamdulillah

selamat hari lahir
sayang kakak
semoga kakak sihat dan bahagia sentiasa
dan dalam rahmat Allah
selamat masuk ipta..hehe..



jom baca ni kakak dan semua :)

“Cukup sampai di sini kisah kita,sahabat!”,tengking Zainal. Amani tergamam dengan tengkingan itu. Hanya kerana luahan isi hati Amani terhadap dirinya. Amani tahu dia tidak mampu memiliki hati Zainal. Meskipun mereka sering digelar pasangan serasi. Itu hanya di pandangan mata rakan-rakan yang lain.
“Aman, cuma luah apa yang Aman rasa terhadap Zainal je”,jelas Amani gugup.
Ternampak keberangan Zainal dari anak matanya. “Aman tahu kita hanya layak berkawan sahaja,”kata Amani lagi.
“Cukup, i don’t want to listen your explanation again!”arah Zainal dengan begitu lantang sehingga pengunjung di tasik itu memandang kehairanan.
“We full stop our friendship here,Izati Amani bin Mokhtar!”jerit Zainal lagi. Amani makin terkejut dan hampir menitiskan air mata.
“Baiklah,seandainya itu mampu membuat persahabatan kita lebih bermakna,”balas Amani sambil melangkah laju dan seterusnya memecut keretanya.


Bukan sengaja Amani menghancurkan persahabatannya,tetapi selagi ada kesempatan dia ingin meluahkan apa yang terbuku di hati. Amani akui rasa cinta itu hadir semenjak Zarul, kekasih lamanya meninggalkannya. Semakin ditepis, semakin muncul di jiwa rasa itu. Pertemuan dengan Zainal bukanlah satu kehendak tapi sudah Allah temukan mereka dalam satu insiden sewaktu  mendaftarkan diri ke universiti. Perkenalan yang tidak disangka kerana mereka rupanya berasal dari sekolah rendah yang sama dahulu Cuma tidak mengenali satu sama lain dan tidak pernah bertegur sapa. Lantaran itu,mereka semakin rapat. Ke mana sahaja mesti bersama-sama.
“Amani,awak janji dengan saya ye..,”pinta Zainal di suatu petang setelah menemani Amani ke kedai buku.
“Janji apa awak?”Tanya Amani sambil memandang kanak-kanak bermain di taman seberang jalan.
“Sampai bila-bila pun kita akan jadi sahabat..saya selesa macam ini sahaja..awak janji ye?”pinta Zainal sambil merenung anak mata Amani.
“Kalau perasaan cinta wujud macam mana?”
“Padamkan rasa itu,saya tak layak untuk awak.”
“Tapi...”
“Amani,please..janji dengan saya?”rayu Zainal.
“Baiklah cik Zainal sayang”,jawab Amani sambil menunjal bahu Zainal.
“Saya serius ni awak,”kata Zainal dengan nada serius.Amani menelan air liur. Seriuskah? Aku dah mula mencintaimu Zainal.
“Baiklah,Zainal,”balas Amani dengan senyuman manis.
“Terima kasih,Amani.”
“Sama-sama.” Zainal tahu Amani mencintainya dalam diam semenjak dia terbaca diari Amani sewaktu Amani meminta Zainal menjaga barang-barangnya ketika di perpustakaan. Dia pun turut merasakan hal itu. Namun, aku tak layak memilikimu, Amani.



Bunyi deringan lagu Percaya Padaku mengejutkan lamunan Amani. “Ish,siapa pulak telefon malam-malam buta ni?”rungut Amani. Tangannya menggagau mengambil telefon di atas meja kecil di tepi katilnya. Tertera nama Zainal memanggil. Serba-salah untuk Amani menjawabnya. Sebanyak tiga panggilan Amani sengaja tidak menjawab. “Tadi bukan main tengking aku, ni nak minta maaf la tu..aku dah letih!”rungut Amani sendirian. Selang lima minit kemudian, satu mesej daripada Zainal masuk ke dalam telefon Amani.
“Awak, maafkan saya. Saya tak berniat nak cakap sebegitu kepada awak.”
“Huh, ayat sama sahaja setiap kali bergaduh.”kata Amani dalam hati. Tapi kali ini tahap kemarahan Zainal sangat menakutkan Amani. Zainal sangat serius dan tidak mahu langsung mendengar penjelasannya. Amani tidak menjawab mesej itu. Dia terus sahaja mematikan telefon itu dan terlena setelah berair mata petang tadi gara-gara Zainal. Oh, air mata sangat murah untuk Zainal. Lumrah wanita, mudah menangis untuk orang yang dia cinta.
Sudah masuk tiga bulan kami tidak bertemu. Sudah tidak ada makna bagi Amani. Amani membuka laman sosial pun terasa kosong. Kalau tidak ada juga senda gurau Zainal menghiburkan hatinya di kala sibuk menyiapkan tugasan. Mana taknya, sambil mencari maklumat di internet, Amani sengaja membuka laman sosialnya dengan harapan Zainal ada di situ untuk menemaninya. Kini, sepi. Amani menutup kembali laman hak miliknya.


            Minggu depan genap ulang tahun persahabatan Zainal dan Amani. Sebenarnya mereka tidak tahu bila bermulanya persahabatan itu. Tetapi, mereka berspekat bersetuju untuk mengambil tarikh sewaktu mereka mendaftarkan diri ke universiti sebagai permulaan persahabatan mereka.
 “Adakah dia akan menghubungiku? Perlu ke aku menghubunginya setelah apa yang dia katakan kepadaku dahulu.” monolog Amani tatkala melihat gambar kenangan mereka sewaktu genap setahun persahabatan mereka. Wajah gembira mereka jelas terpancar sewaktu menyambut hari itu. Adakah tahun ini dapat berulang kembali kegembiraan itu?
8 Ogos, hari persahabatan kami. Amani manis mengenakan baju kurung ungu bersama selendang. Dia mengenakan secalit pelembap bibir sekadar menyerikan wajahnya. Kecantikan Amani memang terserlah walaupun dia tidak mengenakan apa-apa solekan. Amani berhasrat untuk pergi ke suatu tempat. Kebetulan, hari ini dia cuti. Jadi, tiada masalah untuk dia ke destinasi yang dirancang.


Amani memandang sepi kafe yang mereka selalu makan bersama setelah penat menimba ilmu. Setiap kali tarikh itu, ada sahaja kejutan yang Zainal adakan. Amani duduk di tempat yang selalu mereka duduk dahulu. Tidak lama kemudian, muncul seorang budak lelaki membawa bungkusan datang ke arah Amani.
“Siapa pulak ni?”omel Amani sendirian.
“Kak Amani ke?”
“Haah..kenapa?”
“Ni ada orang bagi kat akak..dia kata jaga elok-elok.”
“Boleh akak tahu siapa?”
“Nanti akak tahu juga..saya dah lewat ni...saya pergi dulu ye kak,assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.” Amani lantas menyambut bungkusan itu. Bungkusabn yang berwarna ungu. Mengingatkan aku kepada warna kegemaran Zainal. Tanpa disedari ada sepasang mata memerhati tingkah mereka dari jauh.


Seusai minum, Amani terus pulang ke rumah. Tak sempat membuka tudung, dia  terus membuka balutan kotak itu. Dia sangat teruja. Subhanallah, senaskhah tafsir al-Quran Tafsir Wanita. Idaman Amani selama ini. Berkulit ungu, itu yang diidamkan. Amani tersenyum lebar. Namun,hanya seketika. Siapakah yang berhati mulia memberikan Quran ini kepadaku??

Di sebalik helaian Quran terselit sekeping surat. Amani lantas membaca,


Kepada bidadari dunia,
Terimalah Quran wanita ini, apabila aku melihat Quran ini, nama pertama yang terlintas dalam benak fikiranku adalah namamu, Izati Amani binti Mokhtar. Ku fikir apa salahnya aku memberikan Quran ini kepadamu.
Terima kasih kerana menjadi sahabatku selama ini. Maafkan aku kerana tidak menghubungi. Untuk pengetahuan Amani, aku baru sahaja menjalani rawatan kerana kesihatanku yang semakin kronik. Penyakit apa? Tak perlu untuk aku katakan. Maafkan aku kerana merahsiakan kepadamu.

Amani tak mampu menahan sebak. Dia berasa sangat bersalah. Kenapa tegar Zainal merahsiakan kepadaku selama ini?

Amani yang manis,
Maafkan aku kerana menengking kepadamu tempoh hari. Aku tidak berniat ke arah itu. Sebenarnya, aku tak nak Amani berharap dengan keadaan aku yang entah bila mampu bertahan. Namun, jauh di sudut hatiku. Amani adalah sahabat dan kekasih yang bertakhta di hatiku.
Seandainya aku panjang umur dan sememangnya jodoh kita tertulis di Loh Mahfuz. Izinkan aku menjadi imam untuk Amani dan keluarga kita.
Yang sentiasa mengingatimu,
Zainal.


Berjuraian air mata Amani mengalir. Ya Allah, Engkau pertemukanlah kami suatu hari nanti. Engkau sembuhkan sahabatku itu. Amin.
Amani merangkul erat Quran tafsir Wanita itu. Dia sangat berharap akan bersatu dengan Zainal.



Monday, July 23, 2012

tudung dan aku..

Assalamualaikum,apa khabar?
alhamdulillah dua hari kita selesai menjalani ibadah puasa.
niatnya nak mengemaskini borang tadi.borang ape?nikah?haha...ni untuk belajar.
tapi,gatal jari lak nak menaip..

tudung dan aku..sebenarnya nak cerita pasal hijab..
tapi,macam tinggi makna hijab itu,
jadi..tudung dan aku ye!!
takde kaitan antara yang hidup dan telah selamat dimakam :)

cerita daripada seorang hamba Allah yang hina,
di tadika dia telah diasuh memakai tudung,nama sekolah tersebut TASBIH a.k.a PASTI..
banyak diterapkan nilai islam..
selepas setahun lebih bertukar ke Tabika Kemas..wahh..culture shock sebentar..kakak pakai tudung ibu,,macam mana??
sebab malu kot,dia pakai baju kurung sahaja bersama rakan,,
kanak-kanak lagi...

menginjak alam persekolahan..
dia semakin mengerti berkenaan aurat..
tapi mungkin tiada siapa kisah,dia hanya memakai ala kadar..ikut trend..
berkat tunjuk ajar kakak-kakak di asrama..
dia dapat tanamkan diri dia untuk menutup aurat,,
perlahan-lahan,tidak mendadak..
memakai stokin,,
tapi tu cuma di sekolah,di luar..dia jadi seperti remaja biasa..
tewas dengan dunia..Ya Allah..

menjadi remaja..
dia masih lagi menjaga adabnya sebagai gadis melayu Islam..
bertudung,,tak selempang sana-sini..
sekali dia tewas..terpesona dengan tabarruj..
subhanallah,,cantik dengan pin sana-sini.,.lilit sampai boleh singkat..
terpegun dengan cantiknya baju,.tetapi cantik yang menjolok mata...
Ya Allah...
dia tertipu akan nikmat itu,.
terasa seperti sang kumbang melihatnya dengan mata nafsu..bukan mata hati..
terasa malu menerpa diri,,.seksi sangat ke diri??
astaghfirullah...


dia termenung muhasabah diri..
apa yang aku dapat seandainya aku masih terikut dengan cara ini.,
sampai bila??
aku rasa seperti malaikat jijik melihatku..
hodoh sekali melihat bentuk badanku yang sedap dipandang sang kumbang..
astagfirullah..

"takde guna cantik dan sedap dipuji oleh orang lelaki,lumrah lelaki sukakan kecantikan..cantik itu perlu disimpan,,jangan nak show sangat"
kata sahabat dia...

dia mengadu kepada Allah,,
Allah memudahkan urusannya dengan membawa dia berteman dengan rakan-rakan yang baik dan lebih solehah,.,ukhwah itu indah bila atas nama Allah :)

subhanallah,,dia bermimpi,,perempuan memakai tudung labuh..
perempuan itu nampak cantik walaupun dari belakang..dan apabila dihalakan ke cermin...
subhanallah..itu wajah dia,,,
dia memakai tudung labuh,,
sangat cantik,,

sejak itu dia perlahan-lahan menjaga penampilannya agar lebih sesuai di sisi syarak..

sekali lagi dia didatangi mimpi..
perempuan itu memakai purdah,,,subhanallah,,sangat sangat indah,,
tak terucap..
dan perempuan itu adalah..ahh...hanya nampak mata..rohnya kuat mengatakan itu dirinya..

subhanallah..mungkin hidayah Allah sudah tiba...
dia patut berubah.,,Ya Allah...




janganlah kita lari daripada hidayah Allah...
mudah-mudahan dia mampu istiqamah dan menjaga akhlaknya untuk dunia dan akhirat.
insya-Allah..amin..





Monday, July 16, 2012

cerpen:syukran jannati

assalamualaikum,lama tak update..kali ni saya nak share cerpen saya karang waktu bosan di rumah..hehe.,
hope dapat beri kita sedikit pengajaran untuk masa depan ye..Insya Allah...



“Mama,tadi ustazah ajar along solat..”
“..adik da reti baca niat solat..mama dengar ye..usolli fardhu...,”keletah anak sulungku bercerita kepadaku tentang aktiviti dia di tadika hari ini.
Aku tersenyum senang melihat dia.Esok,genap 5 tahun usia anakku.
“Pandai anak mama ni..nanti boleh ajar adik kan.”kataku kepada along.Anak keduaku Nur Masyitah mengajuk apa yang alongnya,Muhammad Dani celotehkan tadi.
“Along nak cerita kan papa pulak nanti,”ujar Dani.Aku mengiakan sahaja kehendaknya.Terima kasih Allah kerana menganugerahkan anak-anak yang baik.


Seusai solat maghrib,aku menyediakan makan malam untuk kami sekeluarga.Suamiku,Saiful masih belum pulang,katanya ada kerja yang perlu disiapkan.Sudah biasa bagi aku menyambutnya pulang sewaktu aku menyiapkan makanan.Saiful yang bekerja sebagai Jurutera di ibu kota membuat dirinya sibuk mengejar waktu.Aku pula yang bekerja sebagai pendidik digunakan masa sebaik mungkin untuk kerjaya dan keluarga.Bukan aku tidak mahu kerja lain yang hanya di waktu siang,tapi jadi pendidik itu yang terbaik.
Tidak lama kemudian,bunyi kereta memasuki ruang laman rumah kedengaran.Along girang membuka pintu menyambut papanya.Hilang penat melihat keletah anak-anak.
“Papa balik..nak peluk...,”omel along.Si kecil yang berusia 9 bulan laju merangkak ke arah pintu.Suka melihat papanya pulang.Saiful tersenyum melihat anak-anak,lantas mendukung mereka.
“Papa penat ni sayang,,papa nak mandi dulu ye nanti kita makan sama-sama,”kata papa kepada Dani dan adiknya.
“Baik,bos..hehe...papa busuk.,”gurau Dani. “Ya..along anak papa yang paling wangi kan..,”kata Saiful lalu naik ke atas.Budak-budak ni..ada saja..ujarku sendirian.
Selepas selesai makan,Saiful dan anak-anak bersantai di ruang tamu.Si Masyitah sibuk mengagah papanya.Nak ajak bersembang agaknya.Aku membersihkan apa yang patut di dapur.Melihat dari jauh sahaja keadaan mereka.Tengok kegembiraan mereka buatku menjadi lapang.
“Papa,dengar along baca ye...ni ustazah ajar...usolli fardhu.....”
“Pandainya anak papa..good boy,”kata papa sambil mengusap ubun-ubun kepalanya.
“Papa ni..”
“Kenapa along?”
“Papa cakap sama macam mama cakap..pandainya anak mama..,”ajuk Dani kepada papanya.Meletus ketawa kami.Saiful lantas mengenyit kepadaku.Aku datang kepada mereka dengan senyuman mesra.
“Ni kan papa dan mama,mestilah sama...kan sayang?”jelas suamiku kepada anaknya sambil menarik tanganku untuk duduk di sisinya. “Betul tu along..hehe..,”sokongku.
“Ye,along kalah..,”rajuk Dani.Kami tersenyum melihat keletah Dani.
“Papa..ustazah kata kan..solat lima waktu wajib,Mama pun kata macam tu dulu..,”jelas Dani. “Tapi...along tengok...papa jarang solat...”sambung Dani.
Terus kelu lidah suamiku.Saiful memandang Dani dengan tenang.Aku terus mengusap lengan suamiku sambil berkata,”Along tak baik cakap macam tu kat papa.”
“Papa solatlah along..along je tak nampak,takkan papa nak tunjuk-tunjuk pulak..nanti riak kan tak baik,”jawab Saiful.
“Baguslah papa,ustazah kata lagi..solat berjemaah lagi baik..along tak pernah nampak pun kita solat sama-sama..,”luah along.
“Mama dan papa solat sama-sama..along mana nampak..along sibuk dengan ipad mama je,”kata papa. “Lagipun along kan kecik lagi,nanti kita solat sama-sama ye.”
Along mengangguk kegembiraan.Aku tersenyum simpul melihat suamiku berkata sebegitu.Pandai memujuk,mamanya pun boleh cair.






            Setelah menidurkan anak-anak.Aku masuk ke kamar dan melihat suamiku sedang membaca majalah Solusi.Aku sengaja meletakkan buku itu di rak katil agar menarik minat Saiful untuk membaca.Saiful bukanlah seorang pembaca tegar sepertiku,pelajar genius sewaktu di Tingkatan 5 dulu.Bukan minat membaca tetapi minat mengira.Berbeza dengan ku yang suka membaca dan tak suka mengira.
“Abang...,”panggilku sambil mendekatinya.
“Sayang...,”sahutnya sambil tersenyum.
“Sayang..sayang sayang sayang..”sambungnya.Aku geli hati dibuatnya.Ada sahaja idea nak tarik perhatian aku.Walaupun dah biasa dengar ayat ni di ceramah motivasi oleh Dr.Izzi.
“Ye sayang..sayang pun sayang sayang..,”balasku sambil mencium tanganya.Kami ketawa.
“Banyak pulak keletah si along tu,geram abang tadi,”luah Saiful. “Mati kutu abang tadi,anak-anak punya pasal abang senyap..kalau tak habis abang cili mulut tu,”luahnya lagi.
Saiful,bukannya tak pernah solat..tapi boleh bilang dengan jari dalam seminggu dia solat.Berapa kali dah aku nasihat,ada saja alasan diberi.Solat berjemaah seminggu sekali..aku faham dengan kehendak kerjaya dia yang sibuk,tapi tanggungjawab kepada Allah,itu lagi penting. “Hmm...abang ni..Ina sentiasa doakan abang dan keluarga kita berada dalam hidayah Allah.Mungkin abang tak nampak lagi.Bila nak nampak entah,agaknya tunggu kena buang kerja baru sedar,”kataku.
“Eh,awak ni..ada pulak,”jeling suamiku.Aku tersenyum.
“Tau tak nak kena buang kerja,abang solat ye..abang kan tahu..usia macam Dani tu sedang mengenal dunia,kehidupan sekeliling,apa yang cikgu ajar dia mesti mudah hadam.Lebih-lebih lagi Dani tu dah macam klon abang Saiful Ina dah,ye la...pandai dia aplikasikan apa yang dia belajar dengan apa yang terjadi dalam keluarga kita”.
“Tengok,Dani dah luahkan apa yang dia fikir,budak-budak kan..dia dah tahu mana baik mana salah..,”kataku sambil membelai tangan Saiful.
“Ehmm..ye la..klon abang ye..Masyitah klon awak..jom tidur sayang,”balas Saiful.Saja nak matikan perbualan.Aku biarkan saja.Nanti dah sedar,berubah lah cik abang sayang ni.






            Selama beberapa hari Saiful outstation,jadi aku yang menguruskan segalanya.Letih juga dibuatnya nak melayan kerenah dua si manja.Petang esok Saiful akan pulang.
Petang esoknya,pulang Saiful dengan senyuman manisnya.Betapa girangnya anak-anak melihat papa mereka pulang.Mamanya lagi gembira.Suami tercinta tiada di sisi,sepi rasanya.Kami makan seperti biasa,bergurau-gurau di ruang tamu.Macam-macam yang Dani cerita,Masyitah mengekek ketawa melihat gelagat alongnya.Malam ini kami tidur dengan lena sekali.
“Sayang,bangun sayang..kita solat sekali.,.”kejut Saiful sambil mengusap kepalaku.Aku melihatnya.Terkejut aku melihat suamiku dah siap mandi dan berpakaian untuk solat.Terus aku bangun.Pelik aku dibuatnya.Tapi Alhamdulillah.
“Awal abang bangun..,” kataku sambil mengikat rambut dan bersiap-siap untuk mandi.
“Sayang ni...bagus pe..abang nak jadi hamba Allah yang soleh lagi berjaya..sayang suka kan..,”usik suamiku.
“Mestilah abang...”
“Cepat sikit mandi..nak jadi imam ni..”
“Baik..sweetheart,”balasku sambil mengenyit mata kepadanya.


            Saiful menjadi imam kepadaku di pagi ini.Terasa syahdu mendengar gemersik suara Saiful mengalunkan ayat suci al-Quran.Seusai mengaminkan doa,aku bersalam tangan suamiku lantas Saiful mengucup dahiku.Subhanallah,dapat ku rasakan cinta yang tulus daripada cinta seorang insan bernama suami.Saiful memandangku lantas berkata, “Sayang,abang nak jadi imam yang betul-betul imam kepada keluarga kita..bukan imam sekadar atas sijil nikah je...abang nak jadi hero kat hati Dani dan Masyitah...,”kata suamiku.Sempat lagi buat jenaka di pagi hari.
“Ye abang,abang tetap jadi hero di hati saya dan anak-anak..,”balasku sambil tersenyum.
“Abang sebenarnya terkesan dengan si Dani tu..kata-katanya buat abang sedar tentang tanggungjawab abang kepada pemberi cinta kita,Allah yang Esa.Abang mungkin seorang suami dan papa yang bagus..perasan lak abang,tapi abang tak cukup baik di mata Dia,”luah suamiku.


La...tak habis lagi rupanya dengan si Dani tu cik abang ni.Dalam hatiku berbunga rasa bersyukur kepada Allah kerana menampakkan rasa tanggungjawab itu di hati Saiful.Terima kasih anak mama kerana kata-katamu menyedarkan papamu.Aku lantas merangkul pinggang Saiful.Terima kasih Allah atas rahmat-Mu ini.


Saturday, May 21, 2011

jannah cinta buat-Mu(episod 6)akhir...

Hujung minggu yang dinanti sudah tiba,aku kini sudah berada sehari lebih awal di kampung untuk berjumpa dengan Faiz,bakal suamiku.Aku menanti ketibaan Faiz dengan penuh debaran.Wah,macam nak nikah dah!Hehe..
Ibu kata Faiz sudah selalu datang ke rumah sewaktu ketiadaan aku.Hmm..nampaknya Faiz sudah mengorak langkah lebih pantas dan efisien sampai aku pula yang ternanti-nanti.Entah apa agaknya propaganda dan manifesto dia telah cipta untuk pikat hati ibu dan ayahku.Ingat dia boleh ke jadi wakil rakyat dalam rumah aku ini.
Sedang aku menanti sambil menonton televisyen,tiba-tiba satu mesej aku terima.Tertera nama Jack di skrin telefon bimbitku.Aku terkejut.Lantas aku baca apa yang dihantarnya.
You can count the stars..you can count the sands of the sea.But you can’t count the love that I have for you..
Oh,Jack!”Kenapa kau hantar mesej sebegini?”getus hatiku.Aku bakal berkahwin.Cukuplah kita sebagai sahabat baik.Aku menghargaimu tapi usahlah buaikan perasaanku ini.Tapi,aku bersyukur kerana Jack menghubungi aku setelah hampir seminggu mendiamkan diri.
Tidak lama kemudian,sebuah kereta tiba di halaman rumahku.Ibu dan ayah menyambut kedatangan tuan empunya kereta itu.Aku pula kelam- kabut mengemaskan diri sebelum bertemu dengan bakal suami.Hehe..Faiz sudah naik ke rumah.Aku pula curi-curi dengar perbualan mereka di dapur sambil menyediakan minuman.Tapi,suara Faiz macam aku biasa dengar.Aku kurang pasti siapa empunya suara itu.Ah,Salwa..dah ada depan mata tinggal tengok saja lagi!
Aku datang ke ruang tamu sambil menatang dulang kecil yang berisi minuman dan kek pisang.Dengan sopan santunnya aku menghidangkan minuman.Sempat pula aku mencuri pandang kepada Faiz.Tergamam aku apabila dia turut memerhatikan tingkahku.Dia tersenyum kepadaku.Aku terkedu.Ya Allah,betul ke apa yang aku lihat di depan mata ini?
“Jack!”,panggilku.
Faiz hanya menganggukkan kepala sambil tersenyum.
“Itu setahun yang lalu…Faiz Malik bin Abdullah nama I sekarang,”jelasnya.
“You dah peluk Islam?Why you didn’t tell me?”tanyaku terkejut.Dalam benak fikiranku aku perkahwinan bukan jadi perkara utama saat ini tetapi seorang hamba Allah telah bertambah di muka bumi ini.Alhamdulillah,Jack telah mendapat petunjuk dari Allah.
“Yes,I sengaja tak nak beritahu you.Maafkan I,Salwa..”mohon Faiz.
“It’s okey…you dah jadi muslim..i’m very glad.”kataku lantas menitiskan air mata.
“Salwa….will you marry me?”tanya Faiz.
“No,Faiz…”Faiz terkejut dengan jawapanku.”I cannot leave you…I will be your wife,”jawabku sambil menitiskan air mata.Faiz tersenyum mendengar jawapanku.Ibu dan ayah turut tersenyum mendengar jawapanku.
“Sebenarnya ayah dah tahu lama pasal kamu berdua.Faiz yang beritahu kepada ayah.Jadi,ayah tidak mahu bertindak melulu.Ayah tahu Salwa akan menerima pinangan Faiz kerana Salwa taat kepada kami dan kalau sudah jodoh pasti tidak ke mana.Faiz memeluk Islam kerana jatuh cinta dengan  Allah …Allah memberikannya hidayah..alhamdulillah,”jelas ayah.Aku terus memeluk ayah.”Terima kasih ayah”.

2 bulan kemudian…

                Aku kini sah menjadi isteri kepada Faiz Malik bin Abdullah.Walaupun baru seminggu kami membina mahligai cinta,aku berasa cukup bahagia.Ya Allah,terima kasih kerana Engkau jodohkan aku dengan lelaki yang aku idamkan selama ini.Semoga kami berkekalan hingga ke akhir hayat.Faiz dan Jack,mencintaimu dan memilikimu kenangan terindah dalam hidupku.
                Kami bersama-sama melihat album perkahwinan yang mengabadikan seribu satu kenangan dari saat kami dinikahkan sehingga tamatnya majlis perkahwinan di kedua-dua belah pihak.Kami sedondon berpakaian putih manakala aku berbusana pengantin berwarna putih bersulamkan warna emas kelihatan berseri-seri di hari bahagia kami.Memilih tema ungu putih sebagai elemen utama dalam majlis perkahwinan jelas menonjolkan warna kelembutan dan ketelusan hati.Ya..ketelusan hati kami untuk melayari hidup bersama-sama hingga ke akhir hayat.
                “Look..you look so beautiful my beauty..”kata Faiz sambil menunjukkan gambar candidku sewaktu akad nikah.Aku tersenyum malu.
                “Kenapa abang selalu panggil Salwa beauty?Sejak dari zaman saya belajar di IPT lagi…”tanyaku hairan.Aku sudah mula memanggil Faiz dengan panggilan abang.Kadangkala tersasul terpanggil dengan nama sebelum dia memeluk agama Islam,Jack.
“Because my dear,you are so beauty for me…first time abang jumpa Salwa abang rasa tenang tapi mendebarkan!Abang pun tak tahu macam mana boleh timbul perasaan cinta abang terhadap Salwa..”jelas Faiz.
" Tak sangka pertemuan yang tak dirancang kita di kedai kek itu menjadi satu kenangan indah buat abang dan perasaan cinta abang terhadap Salwa semakin bertambah..jadi abang takkan lepaskan peluang pertemuan itu..cukuplah 5 tahun yang lalu..."
“Salwa ingat tak..Salwa pernah cakap kepada abang yang Salwa takkan bercinta sebelum kahwin…no couple..sebab alasan Salwa…cinta kepada Allah yang utama..dan….
“Mesti sedih suami Salwa andai ada lelaki lain pernah menakluk cinta Salwa sebelum kami berkahwin..”sambungku pantas sambil tersenyum bahagia.Mengingati kenangan lama sungguh indah rasanya.
“Kami sekarang tu siapa?”tanya Faiz sengaja.”Salwa dan Faiz Malik..”jawabnya sendiri.”Sejak itu abang nekad akan miliki Salwa suatu hari nanti.Walaupun,abang waktu itu masih lagi penganut kristian..but I am feel different when I know you..beauty…inilah jodoh kan,”kata Faiz sambil membelai mesra jari-jemariku.
“Ya..abang…"jawabku.
"Setelah abang memeluk Islam,abang dapat menikmati erti hidup sebenar.Islam sungguh indah.Abang rasa tenang.Abang belajar agama di Kelantan,berulang-alik setiap minggu dari Selangor.Penat memanglah penat,tapi apa salahnya.Abang ingin mendalami Islam.Untuk Allah yang Esa..setelah beberapa bulan abang menjadi muslim abang teringat akan janji abang untuk miliki Salwa..terima kasih Salwa kerana sudi terima abang sebagai teman hidup Salwa."nyata Faiz dengan tenang.
"Sebenarnya Salwa bersyukur dapat bersama dengan abang.Salwa tak sangka abang memeluk Islam..Pada fikiran Salwa,kita hanya kawan baik dan kawan baik sampai bila-bila..sebab kita tak seagama dan Salwa akan berkahwin dengan Faiz…dan rupa-rupanya Faiz itu adalah kawan baik Salwa..Jack..alhamdulillah abang,”kataku kepada Faiz dengan penuh keikhlasan.
“My beauty..hear what I say..there are 3 great things that happened in my life.The first thing is that I fell in love with you.The second thing is that you feel in love with me..and the third thing is that we stayed in love with each other through all the years in blessing of Allah..”kata Faiz lantas mengucup dahiku.Aku terasa bahagia.
“Thanks,honey..”balasku manja.”Insya-Allah..Salwa akan menjadi isteri yang solehah dan umi yang terbaik untuk anak-anak kita..”ikrarku kepada Faiz.
“Insya Allah,abang akan menjadi suami yang terbaik untuk Salwa dan abi yang terbaik buat anak-anak kita.Semoga jannah cinta yang terbina ini sentiasa dalam redha-Nya..dan abang berharap kita mampu untuk membina jannah cinta buat-Nya..insya-Allah,”ikrar Faiz dengan penuh ketulusan.
“Insya-Allah…”jawabku tersenyum bahagia.
 
tamat....
                salam...alhamdulillah...selesai sudah cerita Jannah cinta buat-Mu..segala kekurangan harap dimaafkan..terima kasih kepada yang sudi membaca..any comment..can leave kat box comment ok!sekian..wassalam...


Thursday, May 19, 2011

jannah cinta buat-Mu(episod 5)

Dalam perjalanan aku ke rumah,fikiran aku menerawang kepada lamaran Faiz.Betul ke pilihan aku ni?Ya Allah berilah petunjuk yang betul.Pada masa yang sama,aku teringat Jack.Cukuplah Jack sekadar kawan baik untukku.Nampak gayanya,berpeluanglah Jack nak memberi hadiah perkahwinanku nanti.Aku tersenyum sendirian.Namun,terasa ngilu hati ini.Kebetulan lagu nasyid nyanyian In-team,Kasih-Kekasih berputar di radio.Alunan lagu ini seperti memahami apa yang ada dalam fikiranku di kala ini.
..Sebelum diijabkabulkan..syariah tetap membataskan..pelajari ilmu rumahtangga..agar kita lebih bersedia..menuju hari yang bahagia….
Ya!Sebuah perkahwinan memerlukan pengetahuan.Pengetahuan untuk duniawi dan ukhrawi.Perkahwinan menjadikan sepasang insan dari kaum Adam dan Hawa hidup saling melengkapi.Lantas kemunculan Faiz telah menimbulkan pertanyaan.Aku dapat rasakan Faiz seorang yang baik lantaran dia melamarku secara bersopan.menemui kedua-dua orang tuaku bersama keluarganya.Faiz tidak menjebakku ke lembah yang boleh menimbulkan fitnah.Aku mesti mengenali Faiz terlebih dahulu sebelum kami berumahtangga.Hairan juga aku,aku tak kenal dia..tapi dia kenal aku.
Setibanya di rumah,aku merehatkan diri.Terasa nikmat seketika setelah berada di dalam kereta berjam-jam lamanya.Aku lantas mencapai telefonku dan menghubungi ibu.Ada sesuatu yang perlu aku beritahu kepada ibu.
“Assalamualaikum ibu!”aku membuka bicara di telefon.
“Waalaikumsalam,kenapa Salwa?”tanya ibu kepadaku.
“Emm..Salwa nak mohon satu perkara boleh..izinkan Faiz bertemu dengan Salwa di kampung hujung minggu depan..”mohonku kepada ibu.
“Insya-Allah,nanti ibu beritahu kepada Faiz,”balas ibuku.
“Terima kasih,ibu.Bukannya apa,Salwa nak kenal Faiz itu dengan lebih dekat sebelum kami berumahtangga.Tak salah kan?
“Tak salah,memang selayaknya kita mengenali dulu seseorang lebih-lebih lagi sebagai teman hidup,”jelas ibu.
“Terima kasih,ibu.Assalamualaikum,”balasku.
“Waalaikumsalam.”ibu mengakhiri perbualan kami.
Minggu ini aku sibuk menyediakan kuliah untuk para penuntut ilmu di bidang bahasa ini.Berbincang tentang isu semasa sering menjadi kupasanku di bilik kuliah.Kadangkala,aku akan bercerita tentang pengalamanku tentang sesuata perkara kepada mereka,sengaja aku melakukan hal sedemikian bagi menghilangkan kebosanan kepada mereka dan secara tidak langsung dapat mengeratkan hubunganku dengan mereka.Aku berasa seronok dapat menerokai gelagat remaja zaman ini.Berbeza daripada aku dahulu,aku masih lagi remaja sekarang tapi remaja yang dah layak digelar remaja pencen.Hehe..
Sedang aku asyik menonton televisyen di rumah,telefonku berdering.”Ishh,siapa pulaklah…”rungut hatiku.
Tertera nama Jack di skrin telefon bimbitku.Hatiku melonjak kegembiraan.Sudah lama kami tidak bertanya khabar.
“Hello..beauty,”sapa Jack.
“Hello..”jawabku ringkas sambil mengambil posisi duduk yang selesa.
“Lama tak dengar cerita daripada you..I busy ada seminar pergigian di Terengganu..”jelasnya.
Aku hanya mendengar apa yang diceritakan oleh Jack.Kadangkala dia mengeluarkan reaksi kelakar melalui nada suaranya.aku turut ketawa.Aku kadangkala berasa rindu dengan suaranya.Namun,semuanya adalah sementara.Aku bakal menjadi milik orang lain.Jadi,usahlah mendambakan Jack berjenaka untukmu Salwa.
“Jack,I want to tell something to you..”kataku.
“Bad or good?”tanyanya teruja.
“I don’t know..but..hmm..Jack,I bakal berkahwin tak lama lagi,”beritahuku kepadanya.
Terdiam seketika.Sepi antara kami.
“Jack..are you okey?”tanyaku.
“What?I am okey…ohh…congratulation!Dapatlah I tengok you punya wedding nanti!So,let me guess what type of this news..ehhmm..good news!”balasnya.Tapi aku dapat rasakan nada suaranya berubah.
“Yes,you orang first yang tahu berita ini.”kataku untuk memujuk hatinya.
“Really?Thank you beauty!,”balasnya kembali.
Kami mengakhiri pebualan dengan ucapan semoga berbahagia dengan pasangan masing-masing.Sengaja berbuat demikian untuk menghilangkan resah di hati.Aku dapat rasakan bahawa Jack terkejut dengan beritaku itu.Dalam diam aku menyipan perasaan cinta kepada Jack.Namun,apakan daya.Aku ini hanyalah seorang wanita,aku takkan melafazkan kata cinta kepadanya.Malahan pula,kita berbeza agama.Namun,jauh di lubuk hatiku,aku tetap mendoakan agar Allah memberikan petunjuk kepada Jack.

A part of you has grown in me.So you see,it’s me and you together  forever never part..Maybe in distance but never in heart…

Itu mesej terakhir yang aku terima daripada Jack.Aku cuba menghubunginya berkali-kali.Namun,tiada  jawapan.Ke manakah dia?Kami sudah tidak berhubung semenjak mesej terakhir  yang  Jack kirimkan kepadaku.Apakah makna di sebalik semua ini?Ya Allah,aku enggan kehilangan sahabat sebaik Jack.


bersambung...

Tuesday, May 17, 2011

jannah cinta buat-Mu(episod 4)


                                       I don’t know how beautiful you are…
Mesej ini menjadi penyambut aku kala di subuh hari.Jack pasti mengirim kata-kata romantis kepadaku.Aku tidak memberi apa-apa reaksi yang memberi harapan.Hanya sekadar ucapan terima kasih akan ku balas.Malas nak berharap kepada yang tak pasti.
Tapi dalam hatiku turut membalas mesej ini.
                         I don’t know how gentle you are…
Cukuplah dalam hati,Jack tak perlu tahu semua itu.Mulakan hari ini dengan senyuman.
                Awal-awal pagi lagi ibu menelefon aku agar pulang ke kampung.Katanya ada urusan penting.Mujurlah hari ini dan esok tiada kuliah.Jadi,aku pulang ke kampung dengan keadaan tergesa-gesa.Apa yang pentingnya?Ibu masih lagi enggan beritahu kepadaku.Ibu kata tak puas berbual melalui telefon.
                Mujurlah laluan highway tak sesak,mungkin bukan musim raya agaknya.Aku tiba setelah matahari hampir terbenam.Sesampainya aku di kampung,ibu dan ayah menyambutku dengan senyuman.Keluarnya aku daripada kereta aku terus bersalaman dengan kedua-dua orang tuaku.
“Tak kerja pulak Salwa hari ini?”tanya ayah kepadaku.
“Kebetulan hari ini dan esok takde kuliah.Tu yang balik..mak kata mustahak..apa dia?”tanyaku kepada ayah.
Ayah lantas memandang ibu dengan pandangan inginkan penjelasan.Ibu pulak tersengih-sengih.Aku pula yang ternanti-nanti.
“Apa ibu?”tanyaku.
“Alahai Salwa ni,baru sampai dah nak tanya pasal tu..malam nilah kita bercerita  ye nak..”pinta ibu.
“Aik..kata penting..boleh pulak kata nak cerita malam ni…”rungutku hairan.
Ibu hanya tersenyum mendengar omelanku.
“Betul cakap ibu tu,malam ni selepas isyak kita bercerita sambil minum kopi yang ibu kamu buat ye..,”saran ayahku sambil tersenyum.Sempat pula berjenaka.
“Ye la…Salwa nak masuk bilik dululah ibu ayah…”kataku lalu bergerak ke bilik tidurku.
                Usainya solat maghrib,aku menolong ibu di dapur menyediakan hidangan makan malam.Ayah ke surau.Sudah menjadi rutin ayah sejak pencen dari jadi polis solat berjemaah di surau setiap hari.Di rumah,yang ada hanya kami bertiga,adikku sedang menuntut di Universiti Malaya.Jadi,memang sunyilah ibu dan ayah sewaktu ketiadaan kami.
                Selesai makan malam,ayah duduk membaca suratkhabar yang  entah berapa kali dibacanya.Mana taknya,hanya suratkhabar menjadi wadah bacaan untuk ayah mengetahui perkembangan dunia.Tak suratkhabar,buku-buku agama ayah akan baca di malam hari.Ayah memang suka membaca buku-buku agama.katanya,melalui pembacan kita dapat meneroka ilmu dari segenap inci.Sedangkan dalam al-Quran pun ada menyarankan agar kita membaca.Surah Al-‘Alaq..bacalah dengan nama tuhanmu..
Aku menolong ibu mengemas dapur.Selesainya di dapur,kami pergi ke ruang tamu.Ibu mengambil tempat duduk si sebelah ayah.Aku pula duduk menghadap mereka.
“Ibu ayah ceritalah perkara yang penting tu..”pintaku dengan semangat.
Ibu dan ayah hanya tersenyum melihat keterujaan aku.
“Tak sabar benar anak kamu ni Mah,”kata ayahku kepada ibu.
“Cepatlah bang,Mah pun nak dengar juga..”pinta ibu sambil ketawa.
“Eh..bukan Mah dah tahu…”jawab ayah sambil melipat suratkhabar yang sudah dibacanya.
“Cepatlah..”rengetku manja.
“Baiklah wahai anakku..,”kata ayah.
Aku mula memberi sepenuh perhatian kepada kata-kata ayah.Ibu hanya diam seribu bahasa.
“Kelmarin ada orang datang ke rumah.Mereka datang membawa hajat hendak menyunting Salwa sebagai menantu.”jelas ayah.
Aku terkedu.Tak terkata.Baru aku sedar yang aku selayaknya boleh berkahwin dengan umurku yang hampir mencecah 27 tahun.
“Apa ibu dan ayah cakap?”tanyaku.
“Ibu dan ayah tak memberi  apa-apa kata sepakat lagi,mahukan jawapan daripada Salwa dulu.”kata ayah.”Errr..Salwa ada orang lain ke?”tanya ayah.
Aku terdiam.”Tiada sesiapa pun…”,kataku.Tapi,hanya Tuhan yang tahu.”Jack..ayah..,”jawabku dalam hati.
“Budak lelaki itu baik,dia ada datang sekali semalam..,”kata ibuku pula.
“Macam mana dia boleh kenal Salwa?”tanyaku hairan.
“Katanya dia kenal Salwa di ibu kota..namanya Faiz,”jelas ayah.
“Faiz mana pulak ni?”tanyaku kembali.
“Macam ni..apa kata Salwa istikharah dulu..apa jawapan dari Salwa ayah terima.”,cadangan ayahku.Ibu turut setuju dengan cadangan itu.
“Baiklah,ayah…Salwa akan fikirkan..”kataku.
“Salwa masuk tidur dulu..esok nak balik Kuala Lumpur pula.Assalamualaikum,”kataku kepada ibu dan ayah.
“Waalaikumsalam,”jawab ibu dan ayah serentak.
“Ya Allah,jika benar Faiz adalah hak mutlak aku di dunia ini..Engkau jodohkan aku dengan dia.Jika bukan,Engkau pertemukan orang yang selayaknya untuk memimpinku di dunia ini untuk meraih rahmat-Mu ya Allah..Sesungguhnya Engkau maha mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Mu yang hina ini..Amin..”
Doaku mengakhiri solat istikharah.Pertama kali aku rasa berdebar lantaran lamaran seorang lelaki.Siapa Faiz?Sakit kepalaku memikirkan tentangmu..Namun,aku dapat rasakan Faiz adalah jodohku.Aku redha andai dia untukku.
Sebelum aku bergerak pulang ke Kuala Lumpur aku memberitahu kepada ibu dan ayahku tentang hal lamaran Faiz.Aku terima.Mungkin itu yang terbaik untukku walaupun aku tidak pernah bertemu dengannya.Lagipun cara dia melamar aku secara berhemah dan tidak melulu seperti sesetengah pemuda zaman ini.Riak wajah gembira jelas terpancar di wajah ibu dan ayah.Aku hanya tersenyum sahaja.Aku turut gembira bila ibu dan ayahku gembira.Namun,Jack?
 bersambung..







Jelajah - Pulau Pinang 2 hari 1 malam

Hai u all. Ni cik syira nak update setelah setahun lebih. hahahaha Nak tawan hati para followers, meh kami share jenjalan kami p Penang. ...