hope dapat beri kita sedikit pengajaran untuk masa depan ye..Insya Allah...
“Mama,tadi
ustazah ajar along solat..”
“..adik
da reti baca niat solat..mama dengar ye..usolli fardhu...,”keletah anak
sulungku bercerita kepadaku tentang aktiviti dia di tadika hari ini.
Aku
tersenyum senang melihat dia.Esok,genap 5 tahun usia anakku.
“Pandai
anak mama ni..nanti boleh ajar adik kan.”kataku kepada along.Anak keduaku Nur
Masyitah mengajuk apa yang alongnya,Muhammad Dani celotehkan tadi.
“Along
nak cerita kan papa pulak nanti,”ujar Dani.Aku mengiakan sahaja
kehendaknya.Terima kasih Allah kerana menganugerahkan anak-anak yang baik.
Seusai
solat maghrib,aku menyediakan makan malam untuk kami sekeluarga.Suamiku,Saiful
masih belum pulang,katanya ada kerja yang perlu disiapkan.Sudah biasa bagi aku
menyambutnya pulang sewaktu aku menyiapkan makanan.Saiful yang bekerja sebagai
Jurutera di ibu kota membuat dirinya sibuk mengejar waktu.Aku pula yang bekerja
sebagai pendidik digunakan masa sebaik mungkin untuk kerjaya dan keluarga.Bukan
aku tidak mahu kerja lain yang hanya di waktu siang,tapi jadi pendidik itu yang
terbaik.
Tidak
lama kemudian,bunyi kereta memasuki ruang laman rumah kedengaran.Along girang
membuka pintu menyambut papanya.Hilang penat melihat keletah anak-anak.
“Papa
balik..nak peluk...,”omel along.Si kecil yang berusia 9 bulan laju merangkak ke
arah pintu.Suka melihat papanya pulang.Saiful tersenyum melihat
anak-anak,lantas mendukung mereka.
“Papa
penat ni sayang,,papa nak mandi dulu ye nanti kita makan sama-sama,”kata papa
kepada Dani dan adiknya.
“Baik,bos..hehe...papa
busuk.,”gurau Dani. “Ya..along anak papa yang paling wangi kan..,”kata Saiful
lalu naik ke atas.Budak-budak ni..ada saja..ujarku sendirian.
Selepas
selesai makan,Saiful dan anak-anak bersantai di ruang tamu.Si Masyitah sibuk
mengagah papanya.Nak ajak bersembang agaknya.Aku membersihkan apa yang patut di
dapur.Melihat dari jauh sahaja keadaan mereka.Tengok kegembiraan mereka buatku
menjadi lapang.
“Papa,dengar
along baca ye...ni ustazah ajar...usolli fardhu.....”
“Pandainya
anak papa..good boy,”kata papa sambil mengusap ubun-ubun kepalanya.
“Papa
ni..”
“Kenapa
along?”
“Papa
cakap sama macam mama cakap..pandainya anak mama..,”ajuk Dani kepada
papanya.Meletus ketawa kami.Saiful lantas mengenyit kepadaku.Aku datang kepada
mereka dengan senyuman mesra.
“Ni kan
papa dan mama,mestilah sama...kan sayang?”jelas suamiku kepada anaknya sambil
menarik tanganku untuk duduk di sisinya. “Betul tu along..hehe..,”sokongku.
“Ye,along
kalah..,”rajuk Dani.Kami tersenyum melihat keletah Dani.
“Papa..ustazah
kata kan..solat lima waktu wajib,Mama pun kata macam tu dulu..,”jelas Dani.
“Tapi...along tengok...papa jarang solat...”sambung Dani.
Terus
kelu lidah suamiku.Saiful memandang Dani dengan tenang.Aku terus mengusap
lengan suamiku sambil berkata,”Along tak baik cakap macam tu kat papa.”
“Papa solatlah
along..along je tak nampak,takkan papa nak tunjuk-tunjuk pulak..nanti riak kan
tak baik,”jawab Saiful.
“Baguslah
papa,ustazah kata lagi..solat berjemaah lagi baik..along tak pernah nampak pun
kita solat sama-sama..,”luah along.
“Mama
dan papa solat sama-sama..along mana nampak..along sibuk dengan ipad mama
je,”kata papa. “Lagipun along kan kecik lagi,nanti kita solat sama-sama ye.”
Along
mengangguk kegembiraan.Aku tersenyum simpul melihat suamiku berkata
sebegitu.Pandai memujuk,mamanya pun boleh cair.
Setelah menidurkan anak-anak.Aku
masuk ke kamar dan melihat suamiku sedang membaca majalah Solusi.Aku sengaja
meletakkan buku itu di rak katil agar menarik minat Saiful untuk membaca.Saiful
bukanlah seorang pembaca tegar sepertiku,pelajar genius sewaktu di Tingkatan 5
dulu.Bukan minat membaca tetapi minat mengira.Berbeza dengan ku yang suka
membaca dan tak suka mengira.
“Abang...,”panggilku
sambil mendekatinya.
“Sayang...,”sahutnya
sambil tersenyum.
“Sayang..sayang
sayang sayang..”sambungnya.Aku geli hati dibuatnya.Ada sahaja idea nak tarik
perhatian aku.Walaupun dah biasa dengar ayat ni di ceramah motivasi oleh
Dr.Izzi.
“Ye sayang..sayang
pun sayang sayang..,”balasku sambil mencium tanganya.Kami ketawa.
“Banyak
pulak keletah si along tu,geram abang tadi,”luah Saiful. “Mati kutu abang
tadi,anak-anak punya pasal abang senyap..kalau tak habis abang cili mulut tu,”luahnya
lagi.
Saiful,bukannya
tak pernah solat..tapi boleh bilang dengan jari dalam seminggu dia solat.Berapa
kali dah aku nasihat,ada saja alasan diberi.Solat berjemaah seminggu
sekali..aku faham dengan kehendak kerjaya dia yang sibuk,tapi tanggungjawab
kepada Allah,itu lagi penting. “Hmm...abang ni..Ina sentiasa doakan abang dan
keluarga kita berada dalam hidayah Allah.Mungkin abang tak nampak lagi.Bila nak
nampak entah,agaknya tunggu kena buang kerja baru sedar,”kataku.
“Eh,awak
ni..ada pulak,”jeling suamiku.Aku tersenyum.
“Tau tak
nak kena buang kerja,abang solat ye..abang kan tahu..usia macam Dani tu sedang
mengenal dunia,kehidupan sekeliling,apa yang cikgu ajar dia mesti mudah
hadam.Lebih-lebih lagi Dani tu dah macam klon abang Saiful Ina dah,ye
la...pandai dia aplikasikan apa yang dia belajar dengan apa yang terjadi dalam
keluarga kita”.
“Tengok,Dani
dah luahkan apa yang dia fikir,budak-budak kan..dia dah tahu mana baik mana
salah..,”kataku sambil membelai tangan Saiful.
“Ehmm..ye
la..klon abang ye..Masyitah klon awak..jom tidur sayang,”balas Saiful.Saja nak
matikan perbualan.Aku biarkan saja.Nanti dah sedar,berubah lah cik abang sayang
ni.
Selama beberapa hari Saiful
outstation,jadi aku yang menguruskan segalanya.Letih juga dibuatnya nak melayan
kerenah dua si manja.Petang esok Saiful akan pulang.
Petang
esoknya,pulang Saiful dengan senyuman manisnya.Betapa girangnya anak-anak melihat
papa mereka pulang.Mamanya lagi gembira.Suami tercinta tiada di sisi,sepi
rasanya.Kami makan seperti biasa,bergurau-gurau di ruang tamu.Macam-macam yang
Dani cerita,Masyitah mengekek ketawa melihat gelagat alongnya.Malam ini kami
tidur dengan lena sekali.
“Sayang,bangun
sayang..kita solat sekali.,.”kejut Saiful sambil mengusap kepalaku.Aku
melihatnya.Terkejut aku melihat suamiku dah siap mandi dan berpakaian untuk
solat.Terus aku bangun.Pelik aku dibuatnya.Tapi Alhamdulillah.
“Awal
abang bangun..,” kataku sambil mengikat rambut dan bersiap-siap untuk mandi.
“Sayang
ni...bagus pe..abang nak jadi hamba Allah yang soleh lagi berjaya..sayang suka
kan..,”usik suamiku.
“Mestilah
abang...”
“Cepat sikit
mandi..nak jadi imam ni..”
“Baik..sweetheart,”balasku
sambil mengenyit mata kepadanya.
Saiful menjadi imam kepadaku di pagi
ini.Terasa syahdu mendengar gemersik suara Saiful mengalunkan ayat suci
al-Quran.Seusai mengaminkan doa,aku bersalam tangan suamiku lantas Saiful
mengucup dahiku.Subhanallah,dapat ku rasakan cinta yang tulus daripada cinta
seorang insan bernama suami.Saiful memandangku lantas berkata, “Sayang,abang
nak jadi imam yang betul-betul imam kepada keluarga kita..bukan imam sekadar
atas sijil nikah je...abang nak jadi hero kat hati Dani dan Masyitah...,”kata
suamiku.Sempat lagi buat jenaka di pagi hari.
“Ye
abang,abang tetap jadi hero di hati saya dan anak-anak..,”balasku sambil
tersenyum.
“Abang
sebenarnya terkesan dengan si Dani tu..kata-katanya buat abang sedar tentang
tanggungjawab abang kepada pemberi cinta kita,Allah yang Esa.Abang mungkin
seorang suami dan papa yang bagus..perasan lak abang,tapi abang tak cukup baik
di mata Dia,”luah suamiku.
La...tak
habis lagi rupanya dengan si Dani tu cik abang ni.Dalam hatiku berbunga rasa
bersyukur kepada Allah kerana menampakkan rasa tanggungjawab itu di hati
Saiful.Terima kasih anak mama kerana kata-katamu menyedarkan papamu.Aku lantas
merangkul pinggang Saiful.Terima kasih Allah atas rahmat-Mu ini.
No comments:
Post a Comment