hari ni,,saya nak bagi hadiah hari lahir..haaa..dedicate for my lovely sister..who??
kak insyirah saya!!!
to my sis,saya da create this short story seminggu lepas..
alhamdulillah...ikhlas dari hati..
special untuk akak
maafla sebab ni yang saya mampu..
alhamdulillah
selamat hari lahir
sayang kakak
semoga kakak sihat dan bahagia sentiasa
dan dalam rahmat Allah
selamat masuk ipta..hehe..
jom baca ni kakak dan semua :)
“Cukup
sampai di sini kisah kita,sahabat!”,tengking Zainal. Amani tergamam dengan
tengkingan itu. Hanya kerana luahan isi hati Amani terhadap dirinya. Amani tahu
dia tidak mampu memiliki hati Zainal. Meskipun mereka sering digelar pasangan
serasi. Itu hanya di pandangan mata rakan-rakan yang lain.
“Aman, cuma luah apa
yang Aman rasa terhadap Zainal je”,jelas Amani gugup.
Ternampak keberangan
Zainal dari anak matanya. “Aman tahu kita hanya layak berkawan sahaja,”kata
Amani lagi.
“Cukup, i don’t want to
listen your explanation again!”arah Zainal dengan begitu lantang sehingga
pengunjung di tasik itu memandang kehairanan.
“We full stop our
friendship here,Izati Amani bin Mokhtar!”jerit Zainal lagi. Amani makin
terkejut dan hampir menitiskan air mata.
“Baiklah,seandainya itu
mampu membuat persahabatan kita lebih bermakna,”balas Amani sambil melangkah
laju dan seterusnya memecut keretanya.
Bukan
sengaja Amani menghancurkan persahabatannya,tetapi selagi ada kesempatan dia
ingin meluahkan apa yang terbuku di hati. Amani akui rasa cinta itu hadir
semenjak Zarul, kekasih lamanya meninggalkannya. Semakin ditepis, semakin
muncul di jiwa rasa itu. Pertemuan dengan Zainal bukanlah satu kehendak tapi
sudah Allah temukan mereka dalam satu insiden sewaktu mendaftarkan diri ke universiti. Perkenalan
yang tidak disangka kerana mereka rupanya berasal dari sekolah rendah yang sama
dahulu Cuma tidak mengenali satu sama lain dan tidak pernah bertegur sapa.
Lantaran itu,mereka semakin rapat. Ke mana sahaja mesti bersama-sama.
“Amani,awak janji
dengan saya ye..,”pinta Zainal di suatu petang setelah menemani Amani ke kedai
buku.
“Janji apa awak?”Tanya
Amani sambil memandang kanak-kanak bermain di taman seberang jalan.
“Sampai bila-bila pun
kita akan jadi sahabat..saya selesa macam ini sahaja..awak janji ye?”pinta
Zainal sambil merenung anak mata Amani.
“Kalau perasaan cinta
wujud macam mana?”
“Padamkan rasa itu,saya
tak layak untuk awak.”
“Tapi...”
“Amani,please..janji
dengan saya?”rayu Zainal.
“Baiklah cik Zainal
sayang”,jawab Amani sambil menunjal bahu Zainal.
“Saya serius ni
awak,”kata Zainal dengan nada serius.Amani menelan air liur. Seriuskah? Aku dah
mula mencintaimu Zainal.
“Baiklah,Zainal,”balas
Amani dengan senyuman manis.
“Terima kasih,Amani.”
“Sama-sama.” Zainal
tahu Amani mencintainya dalam diam semenjak dia terbaca diari Amani sewaktu
Amani meminta Zainal menjaga barang-barangnya ketika di perpustakaan. Dia pun
turut merasakan hal itu. Namun, aku tak layak memilikimu, Amani.
Bunyi
deringan lagu Percaya Padaku mengejutkan lamunan Amani. “Ish,siapa pulak
telefon malam-malam buta ni?”rungut Amani. Tangannya menggagau mengambil
telefon di atas meja kecil di tepi katilnya. Tertera nama Zainal memanggil.
Serba-salah untuk Amani menjawabnya. Sebanyak tiga panggilan Amani sengaja
tidak menjawab. “Tadi bukan main tengking aku, ni nak minta maaf la tu..aku dah
letih!”rungut Amani sendirian. Selang lima minit kemudian, satu mesej daripada
Zainal masuk ke dalam telefon Amani.
“Awak,
maafkan saya. Saya tak berniat nak cakap sebegitu kepada awak.”
“Huh,
ayat sama sahaja setiap kali bergaduh.”kata Amani dalam hati. Tapi kali ini
tahap kemarahan Zainal sangat menakutkan Amani. Zainal sangat serius dan tidak
mahu langsung mendengar penjelasannya. Amani tidak menjawab mesej itu. Dia
terus sahaja mematikan telefon itu dan terlena setelah berair mata petang tadi
gara-gara Zainal. Oh, air mata sangat murah untuk Zainal. Lumrah wanita, mudah
menangis untuk orang yang dia cinta.
Sudah masuk tiga bulan
kami tidak bertemu. Sudah tidak ada makna bagi Amani. Amani membuka laman
sosial pun terasa kosong. Kalau tidak ada juga senda gurau Zainal menghiburkan
hatinya di kala sibuk menyiapkan tugasan. Mana taknya, sambil mencari maklumat
di internet, Amani sengaja membuka laman sosialnya dengan harapan Zainal ada di
situ untuk menemaninya. Kini, sepi. Amani menutup kembali laman hak miliknya.
Minggu depan genap ulang tahun persahabatan Zainal dan
Amani. Sebenarnya mereka tidak tahu bila bermulanya persahabatan itu. Tetapi,
mereka berspekat bersetuju untuk mengambil tarikh sewaktu mereka mendaftarkan
diri ke universiti sebagai permulaan persahabatan mereka.
“Adakah dia akan menghubungiku? Perlu ke aku
menghubunginya setelah apa yang dia katakan kepadaku dahulu.” monolog Amani
tatkala melihat gambar kenangan mereka sewaktu genap setahun persahabatan
mereka. Wajah gembira mereka jelas terpancar sewaktu menyambut hari itu. Adakah
tahun ini dapat berulang kembali kegembiraan itu?
8 Ogos, hari persahabatan
kami. Amani manis mengenakan baju kurung ungu bersama selendang. Dia mengenakan
secalit pelembap bibir sekadar menyerikan wajahnya. Kecantikan Amani memang
terserlah walaupun dia tidak mengenakan apa-apa solekan. Amani berhasrat untuk
pergi ke suatu tempat. Kebetulan, hari ini dia cuti. Jadi, tiada masalah untuk
dia ke destinasi yang dirancang.
Amani
memandang sepi kafe yang mereka selalu makan bersama setelah penat menimba
ilmu. Setiap kali tarikh itu, ada sahaja kejutan yang Zainal adakan. Amani
duduk di tempat yang selalu mereka duduk dahulu. Tidak lama kemudian, muncul
seorang budak lelaki membawa bungkusan datang ke arah Amani.
“Siapa pulak ni?”omel
Amani sendirian.
“Kak Amani ke?”
“Haah..kenapa?”
“Ni ada orang bagi kat
akak..dia kata jaga elok-elok.”
“Boleh akak tahu
siapa?”
“Nanti akak tahu
juga..saya dah lewat ni...saya pergi dulu ye kak,assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
Amani lantas menyambut bungkusan itu. Bungkusabn yang berwarna ungu.
Mengingatkan aku kepada warna kegemaran Zainal. Tanpa disedari ada sepasang
mata memerhati tingkah mereka dari jauh.
Seusai minum, Amani
terus pulang ke rumah. Tak sempat membuka tudung, dia terus membuka balutan kotak itu. Dia sangat
teruja. Subhanallah, senaskhah tafsir al-Quran Tafsir Wanita. Idaman Amani
selama ini. Berkulit ungu, itu yang diidamkan. Amani tersenyum lebar.
Namun,hanya seketika. Siapakah yang berhati mulia memberikan Quran ini
kepadaku??
Di sebalik helaian
Quran terselit sekeping surat. Amani lantas membaca,
Kepada
bidadari dunia,
Terimalah
Quran wanita ini, apabila aku melihat Quran ini, nama pertama yang terlintas
dalam benak fikiranku adalah namamu, Izati Amani binti Mokhtar. Ku fikir apa
salahnya aku memberikan Quran ini kepadamu.
Terima
kasih kerana menjadi sahabatku selama ini. Maafkan aku kerana tidak
menghubungi. Untuk pengetahuan Amani, aku baru sahaja menjalani rawatan kerana
kesihatanku yang semakin kronik. Penyakit apa? Tak perlu untuk aku katakan.
Maafkan aku kerana merahsiakan kepadamu.
Amani tak mampu menahan
sebak. Dia berasa sangat bersalah. Kenapa tegar Zainal merahsiakan kepadaku
selama ini?
Amani
yang manis,
Maafkan
aku kerana menengking kepadamu tempoh hari. Aku tidak berniat ke arah itu.
Sebenarnya, aku tak nak Amani berharap dengan keadaan aku yang entah bila mampu
bertahan. Namun, jauh di sudut hatiku. Amani adalah sahabat dan kekasih yang
bertakhta di hatiku.
Seandainya
aku panjang umur dan sememangnya jodoh kita tertulis di Loh Mahfuz. Izinkan aku
menjadi imam untuk Amani dan keluarga kita.
Yang
sentiasa mengingatimu,
Zainal.
Berjuraian air mata
Amani mengalir. Ya Allah, Engkau pertemukanlah kami suatu hari nanti. Engkau
sembuhkan sahabatku itu. Amin.
Amani merangkul erat
Quran tafsir Wanita itu. Dia sangat berharap akan bersatu dengan Zainal.
terima kasih adik sayang...akhirnya mampu juga kamu tunaikan permintaan akak yg mengarut tu..btw tahniah selamat berkarya..terharu sangat tak mampu nak cakap apa dah..syukran ya ukhti Nur Syahirah..moga kamu di rahmati Allah dan memudahkan urusan kamu meuntut ilmuNya..alhamdulillah meningkat usia akak, semakin dekat dengan kematian..terima kasih..sayang adik :)
ReplyDeletesama-sama kakak sayang...hehe..alhamdulillah...niat dah ade mak buatmmAllah beri ilham kan,..
Delete