dah hampir 3 minggu tak update blog. almaklum..broadband tak bagi makan..hehe
alhamdulillah..saya sedang menjalani kehidupan sebagai siswi untuk semester 2!
muda lagi..hoho..ehh..usia makin kurang kakak ehhh,,,
sem kali ini saya ambil 6 subjek, sama macam sem lepas.
tapi kali ini lagi hebat sebab ada dua subjek 4 kredit.
hoho...kena kerja keras nak capai target! sem ini saya nak dapat dekan!!doakan kita tau ;)
nak tahu tak apa yang jadi dalam masa dua minggu dalam sem ini?
saya menyertai kafe cinta..best! anjuran Pembina KT dan MPP UMT.
antara pengisian yang saya dapat...
- ingat ye ..dosa tak boleh didekati apatah lagi dicuba. macam couple la kan..bila dah cuba..haaa...mulalah dosa tu senang je nak ikut kita
-bercouple adalah KUNCI syaitan...ye la..cuba tengok..betapa angaunya pasangan bercouple..duk berkepit, berayat-ayat..nauzubuillah
-apa-apa hal pun dalam hidup ini kena yakin dengan Allah tau.
dan banyak lagi input yang menarik.
ni adab yang perlu dijaga apabila berjumpa dengan insan yang berlainan jantina.
1. Jaga niat. Ingat tujuan kita nak berjumpa mestilah hal perlu dan positif sahaja.
2. Jaga suara, tak payahlah nak sengaja nak memanjakan suara. boleh cair cik abang dengar si wanita merengek manja.
3. Jaga pakaian. Pakaian yang menutup aurat.
4. Tempat pertemuan. Jangan pergi berjumpa tempat yang sunyi dan gelap pulak! bajet hero pulak ko ek!! gi tempat yang terbuka tau dan ramai orang!
5. Mesti ada mahram menemani kita. Haa...tapi macam kes kita khususnya yang berada jauh dari keluarga, cukuplah membawa sahabat yang kita percaya. susahlak nak mengangkut adik-beradik teman kita kan!!!hoho
6. Jaga pandangan mata. Ingat ye, dari mata turun ke hati tu!! hehe..jangan nak tatap sangatlah muka orang depan anda.
7. Topik perbualan yang wajar dan perlu sahaja.
Ini kata-kata yang saya suka baca..hoho..ada pada kertas program.
Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar
dan dua mata untuk melihat.
Tetapi, mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati kepada kita?
Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya.
Itulah namanya CINTA,
Lagi..program..
Public Talk Boreal Forest Fragmentation Implications of Forestry on Biodiversity and Climate.
Ceramah yang disampaikan oleh Miss Amanda Tas from Sweden. Beliau ini adalah Nature Conservationist.
Banyak input yang saya dan member2x dapat.
Yang pasti, sayangi alam sekitar ye anak-anak.
Lagi..haaa,,lab vertebrate pertama saya!!
bersama ikan yu,,huhu |
lukis2x haiwan dalam laut, encik ikan, encik pari dan banyak lagi.
subhanallah..indah ciptaan Allah :)
lagi...lab prinsip ekologi pertama saya!
saya dan member2x belajar menggunakan alat-alat untuk mengkaji alam. Banyak..hehe..
best, walaupun not real forest, but enjoy..nanti lah masuk hutan.
group projek eko! amir tangkap gambar :) |
lagi..haaa...alhamdulillah..saya baru sahaja menyertai Kelab Amatur Intelektual (KAI)!
sem lepas tak join sebab entah..hehe....
sem ini nak join dan dapat..dan alhamdulillah..
bersama para sahabat :) |
terkejut urat2x badan..hehe...
sem 2 baru 2 minggu berlalu..
banyak impian saya untuk sem ini, ternyata sem ini lebih padat dengan tanggungjawab sebagai pelajar dan organisasi.
Mudah-mudahan Allah memberi saya dan anda semua kekuatan untuk menjadi hamba yang Allah redha.
No comments:
Post a Comment