apa khabar semua??semoga baik-baik sahaja.
keterujaan saya untuk update blog pada hari ini sangat tinggi!!!hoho..
bukannya apa..alhamdulillah..target saya dalam hidup dah tercapai!!
apa ek??
saya dapat jejakkan segala jiwa dan fizikal ke TAMAN NEGARA di Jerantut, Pahang.
Kampung kas tu..faham x??duk cakap ganu je..balik pahang cakap pahang la kan..
nak promote ni :) best kat sini :)
Saya pergi ke sana bersama-sama biosis club. UMT je ada tau club ni :)
Bersama kak wani selaku pengarah program,Dr, Andrew, kakak-kakak dan abang-abang memulakan perjalanan pada pukul 8 pagi dari UMT. Yang uniknya, saya paling muda..hoho..kenapa??only me first year student :)
Kenapa saya nak pergi sangat??
Sebab---> dari kecil nak gi..hehe.., suka masuk hutan, suka sungai..belakang umah tok pun ada sungai..tapi nama pun Taman Negara,best la lagi :), sebab nak explore the nature for the first time with all my kakak-kakak dan abang-abang.
Kami tiba pada pukul 4 petang cam tu kot..lupa dah,,tapi sebelum tu singgah makan kat Padang Piol,waahh...dah berapa tahun tak datang sini..maju dah quarters felda :) dulu saya tinggal kat sini..
Setibanya di sana, kami disambut oleh Encik Rasdan bin Salleh, Ejat dan yang lain :)
Sebelum terlupa, event kami diuruskan oleh Danz Travel and Adventures Sdn. Bhd.
boleh dihubungi melalui link di atas atau pun di sini http://tamannegara-danz.com/
camp site kami menghadap sungai tembeling! menghadap sungai pulak..dulu menghadap pantai :)
sungai tembeling |
next and next..
Pada belah malamnya pula, kami diberi taklimat serba ringkas dan pembahagian kumpulan..petang tadi pun ada juga taklimat dan kata-kata aluan.
Aktiviti pada malam itu ialah Interpretive Show dan NIght JUngle Walk.
Bersama pemandu pelancong yang sporting, kami meredah malam yang indah..ecece..bintang banyak malam ni :)
haA..FIRST time jumpa tapir depan mata betul-betul ni..selama ni jumpa dalam kurungan di zoo.
banyak yang saya belajar malam tu, serangga-serangga yang keluar waktu malam :)
subhanallah, indah ciptaan Allah :)
Tidur malam tu memang lena dan saya mimpi,,,,haaa,,,biarlah rahsia..nak mimpi lain,mimpi lain pulak,,layan je,,
Esoknya pulak, alhamdulillah cuaca panas..thank you Allah..
sesi pagi, kami mengikuti aktiviti Jungle Trekking dan Canopy Walkway
pokok tapak hantu |
puncak bukit teresek |
jom la kita |
selepas itu kami berjalan di atas jalan kanopi :)
memang feel habis la.,.,haha,.suka giler..rasa nak jerit je cam dalam citer lawak ke der 1..yang ayat ni 'Aku BEbas,,,Bebas..Bebas,.'hoho...sekali ngan gema..
nampak muka teruja di situ |
Rapid Shooting iaitu aktiviti redah subgai dengan menaiki bot.
Gambar tak sempat nak snap sebab phone saya bukan yang water proof jadi tersimpan dalam cip minda saya je la :)
huiihh, best!!! dengan cuaca hujan kan..best!!main hujan sekali!!
semalam kat UMT main pantai, hari ini main sungai pulak.
lepas tu, kami pergi melawat ke perkampungan orang asli Batek.
di sana, kami dpat mempelajari tentang gaya hidup masyarkat mereka,cara menghidupkan api dan teknik menyumpit.
Mereka malu-malu la dengan kami, takpe-takpe..akak bawak coklat ni dik..hehe..
kami habis aktiviti dalam pukul 5 lebih camtu, lepas tu..siap-siap berkemas untuk pulang ke UMT!!
sebelum pulang, kami dapat berkumpul seketika bersama-sama encik Rasdan dan para pemandu pelancong yang terbaik!
terima kasih kepada semua, ada rezeki kita jumpa lagi :)
tahniah kepada kak Saidah..dapat anugerah peserta terbaik :)
tq kepada pak lang dan pak cik bas... :)
memandangkan cuti midsem, saya terus balik rumah di Tawar Island..Island la sangat kan :)
keterujaan saya makin ekstrem bila saya bercerita kepada seisi keluarga..hehe..
what i had learn :
kerjasama itu penting :) tq semua :)
makin semangat nak explore the nature..coming soon animal diversity at lecture
cintakan alam ye.. Allah bagi untuk kita hargai, sayangi dan cintai bukan untuk saja-saja..yes, i admit, makin jatuh cinta kepada alam :) hidup bio!!
dan banyak lagi..
dah pasang niat, nak pergi ke sini lagi dengan adik-adik dan kawan-kawan!! kita buat aktiviti yang lagi advance pulak!!
tiba-tiba terfikir, honeymoon kat Taman Negara la..mencabar sikit :)
tidur kat gua satu malam :)
3 malam lagi kat chalet :) hoho... berangan lebih..
tahniah.. =)
ReplyDelete