apa khabar?semalam saya tak update pun blog saya..siapa perasan?sila ucap tahniah kepada diri anda sebab care pasal blog saya!ade?ha..saya nampak!
hari ni saya nak share based on the topic..ceh..macam nak study pulak kan!bak kata budak comel.."takde hal lah!".budak comel?coming soon...
TERIMA KASIH EMAK!
kenapa?ni bukan hari ibu!peduli apa saya.Setiap saat saya nak cakap terima kasih kepada emak saya dan semua emak di dunia ini.
betapa besarnya pengorbanan seorang ibu..
sedangkan dalam islam pun..ibu diberikan keutamaan 3 kali lebih dari seorang ayah!
maaf ayah..tapi itulah realitinya..
akak sayang ayah juga ya..
siapa tak sayang mak dan ayah dia?
habaq mai!!!cheq nak katok dia!
sempena bulan ramadhan yang bakal melabuhkan tirai..
wahai rakan..
cuba kalian perhatikan..
dalam family korang siapa yang paling ligat membuat kerja?
anda?
ye..haha...assignment bertimbun-timbun
ayah?
memang..cari nafkah..persiapan raya lagi..duit tol lagi..balik kampung la kata..
tapi..
mak lagi ligat..
kenapa?
sebab...
mak yang bangun awal daripada kita untuk siapkan sahur..seorang diri je masak kat dapur..kita bangun makanan dah terhidang atas meja.
mak yang kejut kita dan adik-adik bangun sahur,tak putus asa kejut adik-adik yang liat nak bangun..semata-mata untuk pastikan kita sekeluarga mendapat keberkatan sahur..
mak yang akan sediakan juadah berbuka untuk kita..memanglah kita bantu mak..tapi kita ni apalah sangat jika nak dibandingkan jasa mak..
mak dengan sabarnya melayan karenah adik kita yang nak itu nak ini bila berbuka..
lagi...
kalau ibu seorang suri rumah kuranglah sedikit letihnya..tetapi jika ibu anda bekerja..
fikirkan betapa penatnya ibu..balik rumah..sediakan masakan untuk keluarga pula.
tapi..
seorang ibu tak pernah mengeluh,ibu tetap tersenyum ceria.
kalian fikirlah betapa besarnya pengorbanan seorang ibu..
lebih lebih lagi dalam ramadhan yang penuh keberkatan ini.
semoga sedikit luahan hati saya mampu membuka mata hati kita untuk lebih menghargai seorang ibu..
(serius..saya nak nangis...wuuaaa..mak..akak sayang mak!)
nak letak gambar mak..cancel!
mak tetap di hati akak!
nak letak gambar mak..cancel!
mak tetap di hati akak!
hargai mereka selagi mereka masih ada di sisi kalian..
No comments:
Post a Comment